Tuesday, 9 August 2011

Timbalan Menteri Kewangan Yang Amat Cerdik !

Posted by   on




Majlis pelancaran dinar emas di Kelantan
tahun lepas.
Baca kenyataan Timbalan Menteri Kewangan, Dr Awang Adek Hussin pada tahun lepas setelah kerajaan Kelantan memperkenalkan dinar emas dan perak di bawah. Katanya dinar emas dan perak tidak boleh diperniagakan di pasaran terbuka dan ia bersalahan dari segi peraturan Bank Negara dan boleh menganiaya orang ramai dan juga peniaga:


Dinar hanya boleh disimpan bukan diniaga – Awang Adek

28/08/2010 4:10pm

BACHOK 28 Ogos – Kerajaan Pusat tiada masalah jika dinar emas dan dirham perak yang diperkenalkan kerajaan Kelantan hanya untuk disimpan bukan bagi diniaga di pasaran terbuka, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin.

Beliau berkata, kerajaan Pusat akan menentangnya jika kerajaan negeri cuba menggunakan kedua-duanya sebagai mata wang kerana ia menyalahi peraturan Bank Negara Malaysia (BNM) dan boleh menganiayai orang ramai selain peniaga.
"Selain mudah ditipu dengan dinar emas palsu bahan logam itu juga nilai harganya turun naik setiap saat di peringkat antarabangsa,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan wang zakat kepada fakir miskin di Dewan Haji Hussin, Perupuk di sini, hari ini.
Sebelum ini kerajaan negeri memperkenalkan dinar dan dirham itu sebagai transaksi yang akan digunakan lebih 100 peniaga termasuk sebagai gaji kepada kakitangan kerajaan Kelantan.
Awang Adek yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan mengakui beliau pernah menerbitkan dinar emas menerusi sebuah syarikat yang diterajui sebagai simpanan bukan untuk diniaga seperti yang didakwa.
Beliau mencabar kerajaan negeri agar menunjukkan bukti jumlah penggunaan dalam tempoh empat bulan akan datang jika benar dakwaan ia mendapat sambutan daripada pelbagai pihak selepas diperkenalkan. – Bernama


Baca pula perkembangan terbaru kerajaan Korea Selatan yang memperuntukkan lebih ASD1 Billion bagi membeli emas bagi mempelbagaikan rizab asingnya. Ini berikutan sistem matawang sudah tidak boleh dipercayai lagi. Lihat di bawah:

SEOUL 2 Ogos – Korea Selatan memperuntukan lebih AS$1 bilion bagi pembelian pertama emas dalam tempoh lebih sedekad ekoran ketidaktentuan pertumbuhan global dan tekanan hutang berdaulat bank-bank pusat dunia untuk mempelbagaikan rizab asingnya.
Semua negara di dunia sudah mula membeli emas sebagai aset, Ini sekaligus melonjakkan harga emas dunia. Bank of Korea berkata, pembelian terkini itu bernilai AS$1.24 bilion (RM3.596 bilion). Pemulihan ekonomi global yang rapuh dan syarat-syarat hutang yang bahaya di Amerika Syarikat dan Eropah telah meningkatkan perlindungan selamat bagi emas sehingga mencecah rekod tertinggi pada Jumaat lalu.
Bank of Korea berkata, pihaknya telah membeli 25 tan emas sejak dua bulan lalu, meningkatkan jumlah emas yang ada kepada 39.4 tan.
Rizab mata wang seperti dolar dan euro telah mencatatkan kerugian sejak krisis kewangan global disebabkan polisi monetari yang tidak normal ekoran masalah defisit fiskal.
Data melibatkan 27 ekonomi utama daripada Bank Penyelesaian Antarabangsa menunjukkan nilai efektif penyelarasan inflasi dolar telah merosot sebanyak 10 peratus dalam tempoh dua tahun dan euro pula enam peratus, menggambarkan kenaikan dalam pusingan setiap mata wang.
Bagaimanapun, pegangan emas Korea Selatan masih terlalu kecil berbanding Bank-Bank Pusat Asia – dengan China menduduki tempat keenam, memiliki emas terbesar iaitu 1,054.1 tan pada akhir Mei lalu, menurut data Majlis Emas Dunia.
”Bank Pusat Korea Selatan agak terlewat tetapi para pelabur emas menjangka harga sokongan terus berlaku memandangkan bank-bank pusat di dunia ini masih kurang membuat pelaburan dalam emas,” kata Ketua Asset Great Pacific Wealth Management, Sean McGillivray.
Bank of Korea berkata, ia merupakan pembelian pertama emas sejak 1997/98 untuk meningkatkan rizab asing.
Amerika Syarikat adalah negara terbesar memiliki emas dalam rizabnya iaitu 8,133.5 tan atau 74.7 peratus daripada jumlah rizab. – Reuters 

No comments:
Write comments

Hey, we've just launched a new tips for small business blog. You'll like it - hidupringkas.com
Join Our Newsletter