Sunday, 9 October 2011

Ringkasan Budget 2012 BN

Posted by   on

Secara ringkasnya fokus nombor satu sampai nombor tiga dilimpahi dengan peruntukan demi peruntukan kepada para usahawan, pengusaha institusi pendidikan, kontraktor semua kelas daripada kelas F sampai Kelas A, para profesional dan lain-lain seumpama dengannya.

Lebih tepat lagi semua yang bakal menadah limpahan tersebut perlu ditambah dengan UMNO di belakangnya sebagai memenuhi syarat mereka yang boleh menerima semua projek-projek yang disenaraikan.

Ini merupakan satu langkah pengumpulan modal pilihanraya umum 2013 yang bakal berlansung tidak berapa lama lagi. Manakala peruntukan yang selanjutnya lebih merupakan gula-gula meraih undi daripada mereka yang terlibat seperti para guru serta polis pencen, orang kampung, suri rumah dan lain-lain.

Lihat ringkasan semua peruntukan projek yang dikhaskan kepada para-para kroni yang disayangi di bawah:

  • Dasar Transformasi Nasional (DTN) Bermula dari 2011 ke 2020
    • falsafah pemandu 1Malaysia Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.
    • Program Transformasi Kerajaan (GTP) dengan 7 NKRA
    • Program Transformasi Ekonomi (ETP) dengan 12 NKEA
    • Model Baru Ekonomi dengan 8 SRI
    • Program Transformasi Politik
  • Kemasukan FDI terus melonjak kukuh sebanyak 75 peratus kepada RM21.2 bilion dalam tempoh 6 bulan pertama 2011 berbanding RM12.1 bilion bagi tempoh yang sama tahun 2010. Pada tahun 2012, pelaburan swasta dijangka berkembang kukuh 15.9 peratus disokong oleh peningkatan kemasukan pelaburan langsung asing dan domestik.
  • Rizab antarabangsa terus kukuh mencatat RM414.5 bilion pada 15 September 2011, mampu membiayai 9.5 bulan import tertangguh serta 4.5 kali hutang luar jangka pendek.
  • Pendapatan per kapita dianggarkan meningkat kepada RM28,725 pada tahun 2011 berbanding RM26,175 pada tahun 2010.
  • Pertumbuhan ekonomi negara dalam tempoh separuh pertama 2011 mencatat 4.4 peratus.
  • Pertumbuhan ekonomi bagi tahun 2011 dianggar berkembang 5 hingga 5.5 peratus.
  • Pertumbuhan ekonomi negara bagi tahun 2012 diunjurkan antara 5 hingga 6 peratus.

PERUNTUKAN BAJET 2012

  1. Bajet 2012 akan menyediakan peruntukan RM232.8 bilion
    1. RM181.6 bilion adalah bagi peruntukan perbelanjaan mengurus
      • RM52 bilion adalah bagi Emolumen
      • RM30.5 bilion disediakan bagi Perkhidmatan dan Bekalan
      • RM96.5 bilion diperuntukkan kepada Pemberian dan Kenaan Bayaran Tetap
      • RM1.1 bilion disediakan untuk Pembelian Aset
      • RM1.5 bilion untuk perbelanjaan lain
    2. RM51.2 bilion bagi perbelanjaan pembangunan.
      • RM29.8 bilion disediakan bagi sektor ekonomi untuk menampung keperluan infrastruktur, perindustrian serta pertanian dan pembangunan luar bandar.
      • RM13.6 bilion diperuntukkan bagi sektor sosial, termasuk pendidikan dan latihan, kesihatan, kebajikan, perumahan serta pembangunan masyarakat.
      • RM4.4 bilion diperuntukkan bagi pembangunan sektor keselamatan
      • RM1.4 bilion bagi pentadbiran am
      • RM2 bilion untuk simpanan luar jangka.
  2. Kutipan hasil Kerajaan Persekutuan bagi tahun 2012, dianggarkan sebanyak RM186.9 bilion
  3. Bagi tahun 2012, jumlah projek melalui Pakej Rangsangan Khas berjumlah RM6 bilion akan dilaksanakan.


“DASAR TRANSFORMASI NASIONAL: BAJET MEMBELI UNDI RAKYAT, MENSEJAHTERA KRONI NEGARA” 

  1. MELIGAT PELABURAN
    • Kerajaan akan meliberalkan 17 lagi subsektor perkhidmatan secara berfasa pada tahun 2012. Inisiatif ini akan membolehkan hak pegangan ekuiti asing sehingga 100 peratus dalam subsektor terpilih.
      • perkhidmatan hospital swasta
      • perkhidmatan pakar perubatan dan pergigian
      • arkitek; kejuruteraan
      • perakaunan dan percukaian
      • perundangan
      • perkhidmatan kurier
      • perkhidmatan pendidikan dan latihan
      • serta perkhidmatan telekomunikasi
    • Antara projek utama yang akan dilaksanakan adalah
      • Projek landasan kereta api berkembar Gemas – Johor Bahru
      • Projek Lebuhraya Pantai Timur Jabor – Kuala Terengganu
      • Lebuhraya Pantai Barat Banting – Taiping
      • Lebuhraya Segamat – Tangkak
      • Lebuhraya Central Spine
      • Pembinaan jalan Kota Marudu – Ranau
      • Pembangunan semula Pangkalan Udara Sungai Besi Kuala Lumpur.
    • RM300 juta utk usahawan Bumiputera.
    • RM978 juta untuk merancakkan pembangunan di lima wilayah koridor
      • pembinaan lebuh raya persisiran pantai Johor Bahru-Nusa Jaya di Iskandar Johor
      • projek pelancongan warisan Taiping di Koridor Utara
      • projek agropolitan Besut di Koridor Pantai Timur
      • projek kelompok industri berasaskan kelapa sawit Lahad Datu di Wilayah Koridor Sabah
      • projek bekalan air Samalaju di Wilayah Koridor Sarawak.
    • Penubuhan Pusat Pengurusan Perbendaharaan yang akan membangunkan Malaysia sebagai pusat kewangan berdaya saing di rantau ini.
      • Pengecualian cukai pendapatan sebanyak 70 peratus selama 5 tahun
      • Pengecualian cukai pegangan ke atas pembayaran faedah pinjaman
      • Pengecualian duti setem ke atas surat cara perjanjian pinjaman dan perjanjian perkhidmatan
    • Kerajaan bersetuju untuk membangunkan Pusat Kewangan Antarabangsa Kuala Lumpur atau KLIFD
      • Pengecualian cukai pendapatan seratus peratus bagi tempoh sepuluh tahun
      • Pengecualian duti setem ke atas surat cara perjanjian pinjaman
      • Perjanjian perkhidmatan bagi syarikat berstatus KLIFD
      • Elaun Bangunan Industri dan Elaun Modal Dipercepatkan bagi syarikat berstatus KLIFD Marquee
      • Pengecualian cukai pendapatan sebanyak 70 peratus selama lima tahun bagi pemaju hartanah di KLIFD.
    • Menyenaraikan Felda Global Ventures Holdings atau FGVH sebelum pertengahan tahun 2012 bagi menghasilkan dana untuk menjadikan FGVH sebuah syarikat berstatus konglomerat global. Penyenaraian FGVH akan mewujudkan sebuah lagi syarikat blue chip perladangan di samping meningkatkan minat pelabur antarabangsa terhadap Bursa Malaysia.
      • Setiap peneroka akan menerima “durian runtuh” yang mana jumlahnya akan diumumkan nanti, sebelum penyenaraian dilakukan.
    • kerajaan telah memberi kadar cukai konsesi 10 peratus ke atas dividen pelabur institusi bukan korporat dan pelabur individu dalam Amanah Pelaburan Hartanah sehingga 31 Disember 2011. Bagi terus menggalakkan perkembangan industri ini, Kerajaan mencadangkan galakan cukai dilanjutkan selama 5 tahun lagi mulai 1 Januari 2012 hingga 31 Disember 2016.
    • Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) menyumbang hampir 31 peratus kepada KDNK, 56 peratus kepada tenaga kerja dan mencakupi 19 peratus daripada jumlah eksport. Sebagai usaha meningkatkan lagi sumbangan PKS kepada pertumbuhan ekonomi, satu skim Dana Pembiayaan PKS patuh syariah berjumlah dua bilion ringgit yang dikendalikan oleh bank-bank Islam terpilih akan diwujudkan pada 2012. Kerajaan akan menanggung dua peratus daripada kadar keuntungan pembiayaan.
    • Kerajaan akan menyediakan SME Revitalisation Fund dengan dana RM100 juta. Skim ini menawarkan pinjaman mudah dengan maksimum satu juta ringgit kepada golongan peniaga untuk membangunkan semula perniagaan mereka. Dana ini akan diuruskan oleh SME Bank dan akan ditawarkan pada Januari 2012.
    • Kerajaan juga bercadang untuk menubuhkan satu Dana Kecemasan PKS sebanyak RM10 juta untuk membantu PKS yang terlibat dengan bencana alam. Dana ini akan disalurkan kepada PKS dalam bentuk geran dan pinjaman mudah melalui SME Corporation dan MIDF. Skop pembiayaan dana akan meliputi pembelian mesin dan peralatan untuk menggantikan mesin yang musnah dalam bencana alam, pembelian bahan mentah dan membaik pulih premis.
    • Bagi terus menyokong pembangunan industri francais tempatan, kerajaan mencadangkan fi francais yang ditanggung oleh francaisi dibenarkan potongan cukai.
    • Pengecualian sepenuhnya duti import dan duti eksais kepada pemegang francais akan terus diberi bagi mengimport kereta hibrid dan kereta elektrik. Pengecualian cukai ini dilanjutkan sehingga 31 Disember 2013.
    • Bagi terus menggalakkan pelancong dari dalam dan luar negara, destinasi menarik khususnya Pulau Langkawi akan dibangunkan semula.
      • Pelan Induk Lima Tahun Pembangunan Pelancongan Langkawi akan dilancarkan dengan peruntukan pembangunan RM420 juta. Antara inisiatif yang akan diambil ialah
        • menyusun semula Lembaga Pembangunan Langkawi
        • penubuhan pasukan renjer hutan
        • menaik taraf muzium, kawasan pantai dan perniagaan
        • menyediakan sistem pengangkutan yang lebih efisien.
    • Kerajaan mencadangkan pengusaha yang melabur dalam hotel baru bertaraf empat dan lima bintang di Semenanjung Malaysia diberi galakan Taraf Perintis dengan pengecualian cukai pendapatan sebanyak 70 peratus atau Elaun Cukai Pelaburan sebanyak 60 peratus bagi tempoh lima tahun.
    • Kerajaan akan memperbadankan Malaysia Healthcare Travel Council bagi membangun dan mempromosi negara sebagai destinasi utama penjagaan kesihatan di rantau ini.
    • Kerajaan mencadangkan kadar RPGT dikaji semula. Bagi hartanah yang dilupuskan dalam tempoh pegangan sehingga dua tahun, kadar RPGT adalah 10 peratus. Bagi hartanah yang dilupuskan dalam tempoh pegangan melebihi dua hingga lima tahun, RPGT dikekalkan pada kadar lima peratus. Bagi hartanah yang dilupuskan selepas lima tahun pula, RPGT tidak dikenakan.
  2. MENGUNGGULI MODAL INSAN, MENCERNA KREATIVITI DAN MENCETUS INOVASI
    • RM100 juta untuk Gerakan Inovasi Nasional.
      • Melaksana program penerapan dan pembangunan inovasi di peringkat sekolah dan IPTA serta di kawasan luar bandar. Program ini akan dijalankan melalui kerjasama antara agensi Kerajaan dan NGO
      • Meneruskan pelaksanaan program Jejak Inovasi oleh Yayasan Inovasi Malaysia untuk menggalakkan pencetusan idea baru dan pengkomersialan produk inovasi hasil penciptaan rakyat terutamanya di luar bandar
      • Memperkenalkan Anugerah Cipta 1Malaysia (C1PTA) bagi mengiktiraf reka cipta pelajar dan belia yang paling inovatif di peringkat nasional. Program ini akan dilaksanakan oleh NGO dengan kerjasama Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi
      • Memupuk budaya inovasi melalui program realiti dan dokumentari inovasi di media elektronik serta penerbitan artikel di media cetak
      • Mempastikan sesuatu produk melalui market validation untuk menentukan daya maju komersial. Untuk ini, Market Validation Fund dengan peruntukan permulaan RM30 juta akan diwujud dan diuruskan oleh Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) dengan kerjasama Agensi Inovasi Malaysia
      • Lebih daripada 300 harta intelek dalam bentuk produk dan teknologi baru daripada universiti akan ditawarkan kepada sektor swasta untuk dikomersialkan. Jangkaan Gross National Income atau GNI yang dijana adalah melebihi 30 billion ringgit sehingga tahun 2020
      • Menganjur World Innovation Forum dan Asia Business Angel Forum pada tahun 2012. Inisiatif ini merupakan sebuah platform untuk menemukan pelabur dan pembiaya serta komuniti usahawan
    • Untuk membolehkan syarikat PKS memulakan perniagaan produk penyelidikan baru dan pengkomersialan, Kerajaan akan menyediakan Dana Inovasi Pengkomersialan patuh syariah berjumlah 500 juta ringgit pada kadar keuntungan yang menarik. Dana ini membiayai syarikat PKS di mana produknya telah menjalani proses pengesahan pengkomersialan pasaran. Dana ini akan disediakan oleh bank-bank Islam terpilih mulai tahun 2012 dengan kerajaan menanggung dua peratus daripada kadar keuntungan.
    • Bagi menggalakkan kreativiti, inovasi dan teknologi moden yang melibatkan pereka bentuk tempatan, Kerajaan mencadangkan perkhidmatan reka bentuk industri diberi galakan Taraf Perintis dengan pengecualian cukai pendapatan sebanyak 70 peratus selama lima tahun.
    • Sektor pendidikan akan diperuntukkan RM50.2 bilion bagi tahun 2012
    • Bagi Kementerian Pelajaran, peruntukan pembangunan sebanyak RM1.9 bilion akan dibelanjakan untuk semua jenis sekolah terdiri daripada Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil, Sekolah Mubaligh dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan.
    • Sebagai tambahan, peruntukan RM1 bilion akan diwujudkan melalui Tabung Khas Pembinaan, Penambahbaikan dan Penyelenggaraan Sekolah khusus bagi keperluan mendesak untuk membaik-pulih bangunan sekolah, penyelenggaraan, pembelian peralatan dan pembinaan blok tambahan
      • RM500 juta kepada Sekolah Kebangsaan
      • RM100 juta disediakan kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina
      • RM100 juta Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil
      • RM100 juta Sekolah Mubaligh
      • RM100 juta Sekolah Agama Bantuan Kerajaan
      • RM100 juta kepada Maktab Rendah Sains Mara.
    • Bayaran RM24.50 bagi sekolah rendah dan RM33.50 bagi sekolah menengah untuk bayaran kokurikulum, kertas ujian dalaman, Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia dan Insuran Takaful dimansuhkan. Pemansuhan semua bayaran ini akan melibatkan peruntukan sebanyak RM150 juta.
    • Sekolah swasta yang berdaftar dengan Kementerian Pelajaran dan memenuhi peraturan yang ditetapkan diberi galakan berikut:
      • Pengecualian cukai pendapatan sebanyak 70 peratus atau Elaun Cukai Pelaburan sebanyak 100 peratus ke atas perbelanjaan modal dalam tempoh lima tahun
      • Potongan dua kali bagi perbelanjaan promosi di luar negara bagi menarik lebih ramai kemasukan pelajar asing
      • Pengecualian duti import dan cukai jualan ke atas semua peralatan pembelajaran.
    • Bagi menggalakkan orang ramai menyumbang kepada sekolah-sekolah sumbangan ini diberi potongan cukai. Kemudahan ini juga dipanjangkan kepada semua tempat-tempat ibadat yang berdaftar. Kerajaan akan menyegerakan kelulusan pengecualian cukai bagi institusi pendidikan dan semua rumah ibadat dalam tempoh masa yang singkat.
    • Di samping itu, sektor swasta adalah disaran untuk berganding bahu memantapkan pembangunan modal insan berkemahiran tinggi. Untuk ini, Kerajaan mencadangkan pemberian galakan cukai berikut:
      • Potongan dua kali ke atas perbelanjaan yang dilakukan oleh syarikat dalam melaksanakan program Internship
      • Potongan dua kali ke atas pemberian biasiswa
      • Potongan dua kali ke atas perbelanjaan bagi menyertai pameran kerjaya di luar negara.
  3. PROGRAM TRANSFORMASI LUAR BANDAR
    • Program Transformasi Luar Bandar atau RTP akan mentransformasikan kawasan luar bandar supaya mampu menarik pelaburan swasta, menyediakan peluang pekerjaan dan kegiatan ekonomi serta menggalakkan generasi muda kembali berkhidmat.
      • Mewujudkan Pusat Transformasi Luar Bandar atau RTC sebagai pusat integrasi perkhidmatan meliputi pengumpulan, pemprosesan dan pengedaran hasil pengeluaran pertanian; perbankan dan insurans; khidmat nasihat perniagaan; latihan dan kemahiran; klinik serta ruang niaga. Buat permulaan, Terminal Agrobisnes Negara atau TEMAN sedia ada di Wakaf Che Yeh, Kelantan dan Gopeng, di Perak akan dimajukan sebagai projek perintis RTC. Di samping itu, empat lagi RTC akan dibangunkan di Kedah, Johor, Sabah dan Sarawak
      • Mewujudkan Dana Perkhidmatan Profesional bagi golongan profesional seperti peguam, doktor dan akauntan untuk membuka firma di pekan-pekan kecil. Bagi tujuan ini, dana berjumlah RM100 juta akan disediakan oleh BSN secara pinjaman mudah dengan kadar faedah empat peratus. Di samping itu, surat cara perjanjian pembiayaan skim ini turut diberi pengecualian duti setem
      • Melaksanakan Program Lonjakan Mega Luar Bandar seluas 6,500 hektar di 11 kawasan Projek Agropolitan seluruh negara yang melibatkan tanaman komoditi, penanaman kontan dan ternakan ikan sangkar dengan peruntukan sebanyak RM110 juta.
      • RISDA akan melaksanakan program tanaman baru getah dan penanaman semula getah serta kelapa sawit dengan peruntukan RM140 juta yang akan memanfaatkan hampir 20,000 pekebun kecil.
    • Seterusnya, untuk memperkukuhkan pembangunan infrastruktur asas luar bandar secara lebih komprehensif, peruntukan RM5 bilion akan disediakan pada tahun 2012 untuk memperkukuhkan pembangunan infrastruktur asas luar bandar secara lebih komprehensif
      • RM1.8b bagi Program Jalan Luar Bandar dan Projek Perhubungan Desa membina 2,749 kilometer jaringan jalan raya yang membawa manfaat kepada 1.76 juta penduduk bandar.
      • RM2.1b memperluas liputan bekalan air bersih 200 ribu rumah
      • RM1.1b lagi elektrik rumah, khususnya di Sabah Sarawak.
    • Melihat kepada kejayaan pelaksanaan Projek Penyelenggaraan Infrastrukur Awam (PIA) dan Projek Infrastruktur Asas (PIAS) dalam menaiktaraf infrastruktur asas terutamanya di luar bandar, Kerajaan akan memperuntukkan sejumlah RM500 juta lagi demi melangsungkan terus usaha mulia tersebut. Apa yang mustahak, pelaksanaan PIA dan PIAS ini akan melibat penyertaan hampir 29,000 kontraktor Kelas F yang berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor.
    • Kerajaan amat menitikberatkan bekalan air bersih khususnya kepada masyarakat luar bandar termasuk di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak. Walau bagaimanapun, tempoh pelaksanaan projek retikulasi ke Sarawak mengambil masa yang lama. Sebagai langkah segera, telah membekalkan 20 ribu tangki menggunakan kaedah tadahan hujan, untuk penduduk Sarawak, terutama rumah panjang melibatkan perbelanjaan RM52 juta.
    • Kemudahan ini memberi faedah hampir 100 penduduk. Bagi tahun 2012, program akan dipanjangkan pula seluruh negeri dengan peruntukan RM50 juta.
    • Di kawasan Felda pula, infrastruktur sistem bekalan air yang telah beroperasi melebihi 50 tahun tidak lagi dapat beroperasi dengan baik kerana kebanyakannya telah usang. Keadaan ini telah menyebabkan berlakunya krisis kekurangan dan gangguan bekalan air yang kritikal di sesetengah kawasan Felda, terutamanya di Pahang, Kedah, Kelantan dan Terengganu. Justeru, kerajaan akan memperuntukkan RM400 juta bagi kerja-kerja menaik taraf infrastruktur bekalan air secara berperingkat di kawasan-kawasan Felda yang terpilih.
    • Kerajaan bersetuju menyediakan peruntukan RM50 juta untuk menambah baik kemudahan bekalan air yang melibatkan penyambungan dari estet ke paip utama sedia ada. Kerajaan juga bersetuju supaya Pihak Berkuasa Bekalan Air mengenakan tarif domestik kepada perumahan pekerja estet berbanding dengan tarif industri yang dikenakan sekarang. Kementerian Sumber Manusia akan dipertanggungjawab untuk menyelaras dan memantau pelaksanaan kemudahan bekalan air ini.
    • Bagi meningkatkan lagi akses perkhidmatan perbankan kepada penduduk luar bandar, BSN akan melantik agen-agen di kawasan luar bandar di seluruh negara untuk menyediakan perkhidmatannya. Dalam tempoh tiga tahun akan datang, BSN akan melantik sejumlah lima ribu agen. Di peringkat permulaan, perkhidmatan yang disediakan meliputi transaksi simpanan dan pengeluaran, pembayaran bil serta pembelian Sijil Simpanan Premium. BSN akan menyediakan RM50 juta bagi membiayai pembangunan sistem, latihan kepada agen dan kos operasi.
    • RM28 juta akan disalurkan kepada Tabung Pembangunan Pengangkutan Awam di SME Bank. Dengan yang demikian, pengusaha bas berhenti-henti, bas mini dan bas sekolah boleh memohon pinjaman mudah dengan kadar faedah empat peratus untuk membeli atau membaik pulih bas. Kemudahan pembiayaan ini akan disediakan mulai 1 Januari 2012.
    • Pada waktu ini, terdapat seramai 190,000 Orang Asli di seluruh negara dengan majoritinya tinggal di Pahang dan Perak. Bagi tahun 2012, kerajaan akan memperuntukkan RM90 juta untuk penyediaan kemudahan asas termasuk memperluaskan projek bekalan air terawat serta program penjanaan pendapatan.
    • Sememangnya, kerajaan amat bersimpati dengan bencana tanah runtuh yang berlaku di kawasan Sungai Ruil, Cameron Highlands baru-baru ini. Untuk mempastikan keselamatan penduduk Orang Asli di kawasan tersebut, Kerajaan dengan ini memperuntukkan RM20 juta bagi pemindahan penduduk ke kawasan perumahan baru.

No comments:
Write comments

Hey, we've just launched a new tips for small business blog. You'll like it - hidupringkas.com
Join Our Newsletter