Saturday, 7 January 2012

Tahun 2011 Catat Kerugian Terbesar Dalam Sejarah Dunia Akibat Bencana Alam

Sepanjang tahun 2011, berbagai peristiwa bencana alam telah melanda di serata penjuru dunia dan kerugian dianggarkan sebanyak USD380 Billion sebagaimana yang dilaporkan oleh sebuah agen insuran Munich-Re yang berpusat di Munich. Bukan saja kerugian dari segi kewangan malah bencana alam sepanjang tahun 2011 juga telah meragut seramai 27,000 nyawa.

Menurut pakar, kejadian bencana besar-besaran yang menyebabkan kerugian sbegitu hanya akan berlaku setiap 1,000 tahun sekali.

Kerugian yanhg paling besar mencatatkan kerugian adalah gempabumi yang melanda Jepun dengan kekuatan 9 skala richter dan telah meragut seramai 16,000 nyawa manakala jumlah kerugian dianggarkan sebanyak USD210 Billion.

Baca laporannya di sini

Negara Manakah Pengguna Ganja Terbesar Dunia?

Kajian terbaru menunjukkan terdapat seramai 200 juta pengguna dan penagih dadah di seluruh dunia. Pada tahun 2008 laporan menyatakan terdapat seramai 191 juta penghisap ganja di seluruh dunia.

Negara paling ramai penagih dadah ganja di dunia adalah negara Australia dan juga negara New Zealand. Di kedua negara tersebut seramai 10% ke 15% daripada penduduknya yang berumur antara 15 ke 64 tahun merupakan pengguna ganja.

Asia merupakan kawasan paling sedikit jumlah pengguna ganja iaitu antara 1.2% ke 2.5% daripada penduduknya. Australian dan New Zealand juga merupakan negara pengguna terbesar dadah jenis lain iaitu seramai 2.8% daripada jumlah penduduknya.


HIV merupakan salah satu daripada kesan buruk menggunakan dadah namun agak pelik kerana Australia merupakan salah satu negara yang pesakit AIDS nya paling sedikit iaitu sekitar 1.5%. Mungkin para pengguna dadah di sana peka dengan aspek kesihatan mengelakkan HIV.

Tak sangka pulak saya yang negara Australia dan New Zealand mempunyai terlalu ramai pengguna ganja. Saya ingat satu masa dulu kampung saya mempunyai terlalu ramai penagih ganja. Kenduri kendara kalau tidak dihidangkan ganja memang tak sah pada waktu itu. Ganja diletakkan di dalam mangkuk pada malam potong bawang dan mereka yang bergotong royong buat persediaan memasak turut sama bergotong royong menghabiskan stok ganja yang disediakan.

Setelah undang-undang ganja dikuat kuasakan di bawah akta dadah merbahaya. Harga ganja meningkat naik dengan drastik sekali dan ramailah para pengedar ganja di berkas atau tutup kedai kerana tak berani ambil risiko.

Sekarang ini masih ramai lagi otai-otai yang masih tak dapat lepaskan ketagihan ganja walaupun harganya terlalu mahal. Kalau dulu saya ingat satu kartus hanya dijual dengan harga seringgit sahaja. Daun ganja dibalut dengan kertas minyak berbentuk cilinder kecil sedikit daripada saiz rokok dan dalam 1/3 panjang daripada saiz rokok. Sekarang saya tak pasti berapa ganja haram tersebut dijual satu beg plastik kecil.

Walau bagaimanapun bersyukurkan pada mereka yang tidak terjebak dengan ketagihan ganja itu, jika tidak jenuh nak cari duit untuk beli bekalan ganja yang semakin sukar didapati di pasaran walaupun gelap.

Baca laporan di sini.

Wednesday, 4 January 2012

3 Pemain Bola Malaysia Tersenarai Dalam 11 Terbaik Asia!

Antara pemain terbaik Asia !
Sebelum ini laporan menunjukkan kedudukan bolasepak negara telah meningkat ke kedudukan yang lebih baik didalam rangking dunia. Malaysia naik 7 anak tangga berbanding tahun lalu dengan berada di kedudukan ke-148 sekarang.

Kedudukan kita paling baik adalah pada tahun 1993 apabila berada di tangga ke-75 dan rekod paling buruk pernah kita tanggung adalah di tangga ke-170 pada tahun 2008.

Baru-baru ini laman sukan bolasepak terkenal goal.com telah menyenaraikan pasukan pilihan terbaik mereka bagi membarisi kesebelasan pemain utama mewakili asia dan berita baiknya adalah 3 orang pemain hebat kita telah dimasukkan ke dalam senarai pemain kesebelasan utama tersebut. Mereka adalah:


  1. Khairul Fahmi Che Mat
  2. Mohd Fadhli Shas
  3. Safee Sali
Ini menunjukkan mereka tersenarai sebagi antara pemain hebat asia sebaris dengan nama besar seperti:
  • Yuto Nagamoto
  • Park Chu Yong
  • Park Ji Sung
Syabas diucapkan dengan pencapaian hebat mereka yang berjaya menambat hati pemerhati bolasepak bertaraf dunia dan diharapkan ini mampu memberikan suntikan kepada semua pemain bolasepak di seluruh negara untuk menjadikan pasukan kita bertaraf lima bintang dipersada dunia.
Hey, we've just launched a new tips for small business blog. You'll like it - hidupringkas.com
Join Our Newsletter