Jas duit

Jasduit - Just do it !

Wednesday, March 20, 2013

Bakal peneraju negara...

  Mat Bihi       Wednesday, March 20, 2013
 Pasti An-Nur, Puchong Intan baru-baru ini telah adakan majlis sukaneka untuk para pelajar 4, 5 dan 6 tahun mereka seperti yang diadakan setiap tahun-tahun yang sudah. Macam biasa aku bertugas sebagai jurugambar amatur mereka untuk rekod aktiviti.

 Untuk maklumat Pasti AnNur merupakan penyandang anugerah Pasti terbaik kebangsaan bagi program 3K. Iaitu Pasti yang paling baik seantero negara berbanding segala Pasti lain di seluruh dunia (sebab Pasti hanya ada kat Malaysia)
Program 3k adalah bermaksud Keceriaan, Kebersihan dan Keselamatan. Hasil dari usaha gigih para petugas Pasti An-Nur, mereka mendapat pengiktirafan sebagai pasti yang paling ceria, paling bersih dan paling selamat. kalau Pasti lain nak jadi sebagus Pasti An-Nur, marilah pergi melawat dan dapatkan tips berguna bagaimana mengendalikan pasti di tempat masing-masing.
 Aku tertanya-tanya juga kenapa tidak di adakan juga audit kecemerlangan untuk kesemua pasti dalam urusan Membaca, Menulis dan Mengira serta Melukis. Ini merupakan ukuran yang lebih menarik khas buat menilai prestasi kanak-kanak yang dihantar mengaji ke Pasti.
Aku nak syorkan pada pihak pengurusan Pasti An-Nur agar mula mencari pendekatan bagaimana mereka dapat mengukur prestasi para pelajar dalam urusan 4M yang aku sebutkan di atas dan seterusnya menrapkan pada Pasti yang lain. itupun jika belum diadakan lagi.
Ada terlalu banyak gambar yang dirakamkan dan aku paparkan hampir kesemua yang ada. manalah tahu jika ada para ibu bapa yang tak ada kesempatan merakamkan gambar anak-anak mereka hari itu, bolehlah ambil dari sini.
































logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Bakal peneraju negara...

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment