Friday, 7 June 2013

Mat Saleh bersetubuh di Pantai Cenang!

Posted by   on

Langkawi

Tajuk agak gempaq sikit! tapi bukan tujuan saya untuk menulis cerita seks di ruangan ini. Ia adalah lanjutan daripada posting sebelum ini bertajuk Apa Akan Jadi Pada Langkawi.

Posting tersebut biasa saja dan ceritanya berkenaan pembangunan Langkawi. Cerita yang dibuat pula hanyalah santai dan bersahaja berdasarkan lintasan melalui pengamatan berulang alik ke Pulau tersebut selama ini.

Oleh itu tiada apa yang perlu dijangkakan daripada artikel tersebut. Lagipun fokusnya adalah untuk memaparkan gambar yang telah dirakam sepanjang berada di Langkawi.

Agak mengejutkan apabila menerima satu komen berbisa daripada pembaca yang tidak berani nyatakan nama. komennya bermula dengan ayat, "artikel bodoh!.....".

Komen berbau porno dari anon

Wow! terkesima jugak saya dibuatnya. Lalu ulasan agak panjangnya terus dibaca. Ulasan berbaur lucah dengan perkataan-perkataan porno membuatkan saya terbanyang penulis merupakan seorang yang mengikuti cerita atau bahan porno secara mendalam.

Dia membidas dengan tuduhan bahawa saya tidak memerhatikan betapa banyaknya botol minuman arak bertaburan di sepanjang pantai Cenang. Dia mempersoalkan samada saya tahu atau tidak aktiviti seks para pelancong dari kalangan orang Eropah yang melepaskan nafsu mereka di atas Pantai Cenang!.

Boleh difahami daripada kritikannya membayangkan bahawa dia seorang yang memperjuangkan akhlak yang mulia dan bertamadun agar dapat direalisasikan di bumi Allah terutamanya di Langkawi.

Tetapi malangnya dia tidak sedar akhlak mulia itulah yang tiada pada dirinya sendiri dengan ayat serta perkataan porno dan lucah serta tidak beradab. Ringkasnya adab yang dipamerkannya adalah adab kurang ajar yang meletakkan dirinya sama sahaja dari segi pemikiran dengan mereka yang mengamalkan budaya porno.

Mulanya marah jugak apabila melihat ada manusia seperti itu yang jauh lari dan berfikiran berlainan daripada orang lain. Bila difikirkan, barulah tersedar bahawa manusia sewel memang ada walau di mana kita berada. Jika kita melayan mereka, alamat diri kita juga menjadi sewel seperti mereka.

Namun begitu, komen sebegitu mampu menjadikan keseluruhan hari penulis suram dan negatif. Kesannya mendalam dan tidak dapat dipadamkan begitu saja. Jadi jalan terbaik saya terpaksa menyekat cara buat komen terlebih dulu untuk disemak sebelum meluluskannya.

Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga!!!.

Budaya seks tak ada kena mengena dengan pembangunan

Tetapi elok juga diulas isu yang cuba dibangkitkan oleh orang sebegitu. Saya rasa dia cuba kaitkan pembangunan dan kemajuan di Langkawi telah membawa budaya seks bebas dan juga amalan mabuk di sana.

Satu lagi perkara yang saya syak adalah pengkritik merupakan penyokong tetap Pakatan Pembangkang. Apabila disebut nama Mukhriz anak kepada Tun Mahathir, dia jadi naik darah dan terus bertukar segala cara berfikir menjadi segalanya negatif seolah-olah mereka bukan manusia dan kerjanya hanya nak merosakkan manusia lain terutamanya di Malaysia ini.

Apatah lagi PR telah merudum tewas di tangan BN di Kedah pada PRU 13 baru-baru ini telah meambahkan lagi sakit hati beliau. Walaupun hakikatnya PR kalah  disebabkan salah satunya berpunca daripada masalah dalaman salah satu parti di kalangan PR. Aku rasa tak perlu ulas semua itu.

Kembali pada isu mabuk arak dengan botol bertaburan di Pantai Cenang. memang ada botol arak di sepanjang pantai tapi taklah sampai kena mengelak untuk membolehkan kita berjalan kaki di pantai.

Bukan saya tak pernah berjalan-jalan di sepanjang pantai tersebut samada waktu siang, malam petang subuh atau magrib. Tapi tak ada lah terjumpa suasana seperti adanya pesta mabuk terbuka macam dalam cerita Hindustan.

Kaki mabuk ada di mana-mana

Orang minum ayer mabuk memang ada di kedai dan bar di sana. Tapi kalau nak diikutkan minum arak di kedai, bukan saja ada Di Langkawi, malah di mana-mana saja di negara kita hatta di pekan kecil da kedai orang minum ayer mabuk.

Botol arak bukan saja ada dipantai Cenang, kalau berjalan kaki di sepanjang kaki lima bangunan dua tingkat jalan opera di TTDI Jaya, kita akan tersepak botol atau tin ayer mabuk. Begitu juga kalau berjalan kaki di sekeliling padang permainan taman-taman yang banyak di KL Puchong Intan tempat yang saya biasa lihat.

Bersepah botol arak dibiarkan bergelimpangan di tepi longkang atas kerusi dan bawah kerusi lepak tepi padang. kalaulah harga tin tak tinggi, tentu terlalu banyak dibiarkan di sana. Nasib baik ada ramai orang yang kerjanya tiap hari melilau kutip tin kosong untuk dikumpulkan dan dijual.

Aktiviti seks haram ada di mana-mana

Dalam bab seks di tepi pantai pulak, tak payah nak kata hanya di Pantai Cenang, pantai merdeka, pantai morib, pantai, tanjung keling, dulu pantai bersih, pantai batu feringgi, pantai teluk bahang, pantai di Carribean, Pantai di Montpellier, pantai di Madagascar, pantai di Kampung Bob Marley...terlalu banyak senarainya kalau nak dibuat.

Itu belum cerita lagi di dalam bilik-bilik hotel di dalam kereta sebelah taman atau sebelah bukit atau sebelah lorong sunyi. Belum cerita lagi di Bukit Bintang, di lorong Chow Kit, di rumah persendirian, di rumah sewa, di apartmen mewah, apartmen murah.

Di Puchong saja tangkapan remaja dan tua bangka berselingkuh dan bersekedudukan sebanyak 5 pasangan dalam satu malam adalah perkara biasa!!!. Mereka bukan India, bukan Cina dan bukan Minah Blonde atau Mat Brown, mereka orang kita, orang Melayu dari Kedah, dari Kelantan, dari Johor dari Penang dari mana-aman lagi.....mereka buat maksiat tak kira tempat.

Bukan masalah tempat itu maju atau tidak maju, kaya atau tidak kaya, langkawi atau Casablanca, tapi masalah manusia itu. mereka golongan yang kacau akai tak dapat kawal nafsu!.

Undang-undang memang ada bagi mendakwa perkara maksiat buruk seperti itu samada sivil atau syariah. maknanya kerajaan samada PR atau BN tak iktirah aksi sebegitu. Di negara eropah juga banyak kes dakwaan melakukan aksi seks di tempat awam yang dilarang.

Kalau masih ingat George Michael pernah kena dakwa berkelakukan seks salah di dalam semak di sebiah negara luar. maknannya benda tu salah dan bukan salahnya pembangunan, atau kemajuan...salah manusia!!!!

Mencegah mungkar tugas semua orang

Apa yang kita kena tanya pada diri sendiri, apa yang aku buat secara segera dan berkesan bagi membendung kesemua aktiviti tersebut tak kira di mana kita berada. kalau ada Mat Saleh tengah beraksi atas pantai cenang dengan keling atau siapa saja malah bini dia sekalipun, dan orang yang ada sergah menghalangnya, lama kelamaan tak ada yang akan buat secara terang-terang...!!!

Puh!!!! celoteh panjang sungguh kali ini. Berbalik pada gambar pulak yang akau paparkan di sini. Gambar atas sekali adalah gambar di tempat sama seperti artikel sebelum ini, tapi dalam komposisi yang berlainan. Aku rasa lebih suka dengan komposisi ini berbanding yang sebelum ini. Tukar sikir saja...hasilnya nampak berbeza..kan...kan...kan!

4 comments:
Write comments
  1. cantik gambar yang ante amik, boleh kah kiranya ana tahu apa jenis kamera ente?,,,ana tertarik shoot yang ente,mahir dlm fotografi...

    ReplyDelete
  2. boogle02,
    Terima kasih atas pujian, Alhamdulillah. Gambar atas tu guna kamera D7000.
    Kebiasaannya pakai kamera compact Ricoh GX200.

    ReplyDelete
  3. rocky says: wa pernah la terserempak mat salleh maen kat celah batu Pantai Kok Chenang & Pulau Perhentian; aleh2 wa jugak saket ati sebab diaorg maen diaorg yang rasa sedap; wa pulak rase sneak yaa amat..puuihhh nyesal lak wa tengok

    ReplyDelete

Hey, we've just launched a new tips for small business blog. You'll like it - hidupringkas.com
Join Our Newsletter