Friday, October 18, 2013

Servis lemah tenaga batin lelaki ada kat mana?

  Mat Bihi       Friday, October 18, 2013
urut lemah tenaga batin
"Minta maaf!, nak tanya di mana boleh saya dapatkan servis lemah tenaga batin lelaki?". Itu soalan yang saya dapat selepas update FAQ terhadap Pak Din Bomoh Patah. Nampaknya ada saja soalan yang tak boleh diuruskan oleh FAQ.

Untuk tidak menghampakan, saya buat artikel ini khas untuk servis masalah lemah tenaga batin atau untuk kuatkan tenaga batin lelaki atau untuk membetulkan anak burung pipit (atau helang) kaum lelaki berdasarkan pengalaman saya.

Jangan risau bab ini bukanlah satu kemaluan walaupun kita bercakap mengenai kemaluan. Bab lemah tenaga batin ini adalah perkara biasa yang dihadapi oleh lelaki di mana saja mereka berada. Kalau tidak tentu tak ada orang mereka pil Viagra, bukan?

Pak Din Bomoh tak urus servis lemah tenaga batin

Setakat yang saya bersembang dengan Pak Din Bomoh, dia tak sebut pasal kepakarannya menguruskan hal ehwal lemah tenaga batin. Dia cuma beritahu pada saya kepakarannya adalah dalam bab patah, retak terkehel tulang atau sendi dan dia juga pakar tentang masalah kayap. Itu saja Pak Din beritahu saya.

Jadi jika anda ada masalah lemah tenaga batin, jangan pergi berbisik pada Pak Din, mungkin dia tak dapat menolongnya. Atau mingkin juga Pak Din ada rahsia atau kenalan lain yang boleh selesaikan masalah tersebut.

Cuma jika anda ada masalah pinggan, boleh guna air Pak Din untuk mengusapnya. Moga-moga ada manfaat daripada usaha tersebut. Pak Din ada beritahu jika ada masalah pada tempat lain gunakan air yang dan gunakan cara yang sama yang diajarnya. Boleh pergi dan cuba dan saya telahpun mencubanya.

Servis lemah tenaga batin lelaki ada di Jelebu

Ada seorang lagi pakar urut yang sering saya kunjungi tinggal di Durian Tipus, Jelebu. Nama panggilannya dan terkenal di seluruh kawasan kampung itu ialah Haji Man Gua. Dia dah pergi haji dan namannya Man dan Gua adalah gelarannya sebab dia menggunakan ganti nama bila berbicara dengan perkataan Lu dan Gua.

Haji Man Gua ini memang urut betul-betul dan bukan pakai air macam Pak Din. Tetapi ada peliknya sedikit. Dia tak ada pakai minyak atau apa-apa pelincirpun ketika menjalankan rawatan urutnya itu.

Sebenarnya dia bukannya urut, sebaliknya lebih kepada membetulkan segala alignment pada keseluruhan sendi anggota badan kita. Oleh itu tumpuan Haji Man Gua hanyalah pada kawasan dan bahagian sendi. Dari kepala sampai leher turun ke tulang belakang hinggalah ke setiap sendi jari kaki dan tangan akan dibetulkannya.

Tengok dia kepak semua sendi-sendi tu memang rasa gerun. Tapi jangan risau belum pernah ada orang yang kena usung masuk ICU dikerjakan oleh Haji Man Gua. Biasanya yang pergi bertongkat akan pulang tanpa tongkat dan jika datang tertunduk balik akan menegak. Itu kelebihan Haji man Gua.
" Mungkin anda tak ada masalah lemah tenaga batin, cuma perlukan maklumat agar Terbongkar! Rahsia Seks Hebat Untuk Suami-Isteri!"

Konsep urut Haji Man Gua

Badan kita beserta segala tulangnya seperti kereta yang ada chassis. Jika chassis senget dan dibiarkan, lama kelamaan semua benda atau bahagian lain akan rosak sedikit demi sedikit. Yang paling awal sekali adalah bahagian tayar yang akan makan sebelah. Last sekali akan jalan macam ketam dan tersadai atas jalan jika dibiarkan tidak dibetulkan.

Begitulah lebih kurang konsep Haji Man Gua. Dia akan betulkan kembali, kasi semua tulang belulang kita kembali align. Dari situ perjalanan darah akan kembali laju dan mencapai tahap maksimum sehingga kehujung sel anggota badan kita. Bila darah ok, kesihatan akan ok juga dan anggota atau organ dalaman pun akan turut ok.

Saya ada baca beberapa buku dan majalah kesihatan dari barat yang menceritakan konsep yang sama. Mereka pastikan tulang belakang dijaga paling rapi. Cara duduk, cara angkat barang dan cara buat kerja mestilah kesemuanya seimbang dan menggunakan keseluruhan anggota yang berpasangan dengan sekata.

Sikap ini jika diamalkan akan menyelesaikan banyak masalah seperti pening kepala, letih, sakit sana, sakit sini tertekan dan sebagainya. Contoh mudah adalah cuba angkat barang seimbang dengan tangan kiri dan kanan agar sebelahnya tidak senget yang mana akan beri kesan pada anggota lain pulak.

Nak ke sana untuk betulkan anggota badan dan kembali align dan sihat baca kat sini dan juga petua nak ke sana baca kat sini. Boleh bisikkan pada Haji Man Gua nak servis kasi kuat tenaga batin sekali. Bayarannya juga macam Pak Din. Ikut suka nak bagi dia ambil tak bagi dia tak kisah dan tak kunci pintupun.

Pusat Rawatan Tanpa Ubat - PUSRATU


Ini satu lagi pusat rawatan untuk buat alignment keseluruhan anggota badan. Letaknya di Sg Buluh dan nama pakarnya adalah Tabib Noh. Dia merentap dan betulkan semua anggota badan utama lebih hebat dari Haji Man Gua.

Tabib Noh memang mengkaji teknik rawatan ini dan mengajar semua anak buahnya setiap hari berkenaan struktur tulang manusia dan bagaimana betul dan letakkan semula pada tempatnya. Ramai yang hampir lumpuh pergi dapatkan rawatan padanya lega dengan ajaib sekali.

Saya tak mau panjangkan entri ini untuk Pusratu kerana dia menjalankan aktiviti secara komersial dan anda tak mampu kalau tak ada dalam RM2,500 dalam poket!!!. Kalau nak cuba juga hubungi Tabib Noh di 012-438 2640 untuk maklumat lanjut. Sediakan wang anda terlebih dahulu!.

Setakat ini khas untuk orang yang tanya pasal kuat tenaga batin lelaki...selamat mencuba!
logoblog

Thanks for reading Servis lemah tenaga batin lelaki ada kat mana?

Previous
« Prev Post

21 comments:

  1. Hehe..bagus betul bro ni ekk..pastinya ramai yang mencari hj man gua ni..hehe

    ReplyDelete
  2. ini sih betul untuk lelaki he he..

    ReplyDelete
  3. selmat mencuba
    moga kembali perkasa
    seperti ketika muda

    ReplyDelete
  4. terbaik..bomoh Man Gua pula akan diserbu lepas ni..hu3

    ReplyDelete
  5. den belum pernah urut batin...hehe macam menarik je

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada jugak orang panggil urut batin...tapi sebenarnya pak din urut pakai air dan hj man gua urut sendi

      Delete
  6. bberatur orang pasni pergi umah hj man gua

    ReplyDelete

  7. Zul


    Ni Pak Din Urut patah kat Sg. Pencala ker????? kalau Pak Din ni aku kenallah.......... urut cara bathin. Tak sampai 5 minit. Ikhlas tiada chargre dikenakan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Urut sendi dan kasi mantap tenaga batin ni bukan Pak Din, Tapi Hj Man Gua di Jelebu...

      Delete
  8. Zul..blh bawak kn sy bjumpa pak din sg pencala tu

    ReplyDelete
  9. Saya saya pernah jumpa Pak Din Sg Penchala tu .. memang terbaik .. Alhamdulillah

    ReplyDelete
  10. boleh dapatkan no telefon pak din sg penchala tu zul...saya ingin mencuba....sms saya 0129049403

    ReplyDelete
  11. boleh dapatkan no telefon pak din sg penchala tu zul...saya ingin mencuba....sms saya 0129049403

    ReplyDelete
  12. KHASIAT BUAH TUNJUK LANGIT

    Swietenia Atau pun dipanggil buah tunjuk langit merupakan genus pokok dari keluarga chinaberry, Meliaceae. Genus ini dinamakan sempena nama seorang doktor Austria - Belanda Gerard van Swieten (1700-1772).

    3 BAHAN AKTIF PENTING

    FLAVONOIDS daripada kandungan khasiat buah tunjuk langit semakin terkenal di kalangan para saintis dunia dengan keupayaannya meninggikan dan meningkatkan taraf kesihatan manusia. Ia terdapat di dalam pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan termasuk tumbuhan herba yang dikenali ramai iaitu Ginkgo biloba dan Eurycoma longifolia (Tongkat Ali). Bahan Flavonoids yang tinggi di dalam buah Mahogany mengandungi bahan enzim semulajadi yang dapat merangsang pembukaan pembuluh darah bagi melancarkan perjalanan darah ke seluruh badan serta membekalkan nutrisi dan oksigen lalu bertindak sebagai enzim anti- pengoksidaan.

    SAPONINS adalah enzim semulajadi yang wujud di dalam khasiat buah tunjuk langit seperti sabun atau pelincir yang membantu melicinkan perjalanan darah keseluruh tubuh badan. Saponins di dalam buah Mahogany dapat mengurangkan lemak dan kolesterol pada dinding saluran darah bagi melancarkan perjalanan darah. Keadaan ini akan membantu menguatkan fungsi jantung di mana peningkatan sistem imuniti dan pengurangan tahap pembekuan gula dalam darah akan berlaku. Kandungan bahan Saponins yang tinggi ini juga boleh didapati di dalam makanan herba yang disanjungi dunia iaitu herba Ginseng Panax.

    BITTER ALKALOIDS di dalam Buah Tunjuk Langit ada unsur organic yang mempunyai sifat perubatan semulajadi. Buah ini adalah amat pahit jika dimakan begitu sahaja. Rasanya pahit adalah disebabkan oleh kandungan bitter alkaloids yang tinggi di mana ia membuatkan darah di dalam badan berasa pahit dan membantutkan pertumbuhan pelbagai jenis virus dan bakteria yang menjadi penyebab utama kepada pelbagai jenis penyakit. Ini akan membantu pembinaan secara matang sel-sel darah putih di dalam tubuh manusia untuk memperkukuhkan sistem imunisasi tubuh badan bagi menghalang dari serangan organisma-organisma yang tidak baik.

    Fungsi-Fungsi Utama Flavonoids

    Mengurangkan tahap gula dalam darah
    Menyeimbangi kandungan gula dalam darah
    Memperbaiki kelancaran peredaran darah
    Menyingkirkan redikal bebas dalam tubuh badan
    Memperbesarkan dan menguatkan keanjalan saluran darah
    Mengurangkan kandungan kolestrol yang tidak baik di dalam darah

    Fungsi-Fungsi Utama Saponins
    Mempertingkatkan daya tubuh badan (daya imuniti)
    Merangsangkan perembesan insulin dari pankrias
    Mempertingkatkan fungsi pembinaan darah
    Menangani kekejangan otot di dalam saluran pernafasan
    Melancarkan sistem saluran pernafasan
    Mempertingkatkan daya penghasilan sperma kaum lelaki
    Memperbaiki sistem peredaran darah
    Menyah toksid dalam badan (detoksifikasi)
    Mengelakkan kemabukan dan keracunan
    Mententeramkan fikiran dan otak

    ReplyDelete
  13. Salam...Sy ada menjual buah tunjuk langit gred A..sekitar 250 biji sehinga 300 biji sebungkus harga cuma rm30....cepat dan pantas sy hantar guna kan pos laju.call or msg sy xpun wasap sy kt 0174687570(mohd zuhairi)

    Kebaikan buah tunjuk langit terlalu banyak...melancarkan darah...buang angin..pulih kn tenaga batin untuk lelaki..meningkatkan tenaga dan mencergaskan badan bagi lelaki dan wanita yang berumur berkesan lebih hebat berbanding tongkat ali...mencuci buah pingang..kurangkn kolestrol..menurunkan darah tingi..buah ini selamat di makan...rahsia rahsia orang terdahulu untuk kekal sihat..berasal dari pohon mahogany di dalam hutan

    Buah tunjuk langit mempunyai nilai perubatan yang tinggi, disahkan melalui kajian saintifik oleh ahli Biokimia Amerika, Dr Larry Brookes (1996). Kebelakangan ini ia telah digunakan oleh pakar perubatan dan doktor dalam bidang perubatan dan diiktiraf sebagai antara makanan kesihatan terbaik.

    Buah yg sy jual adalah asli...bukan pil bukan kapsul tapi dalam bntuk biji2 kuaci mahogany....sehari cukup sebiji untuk kesihatan.sesiapa pun boleh amal kan...
    Keluaran sy adalah asli..nama syarikat sy JUTAWAN HERBS NO PENDAfTARAN SYARIKAT SAYA PG 0346818-W NAMA PEMILIK MOHD ZUHAIRI BIN NOORDIN

    ReplyDelete