Jas duit

Jasduit - Just do it !

Tuesday, November 18, 2014

Kisah suami lebih berselera dengan janda jadi tumpuan

  Mat Bihi       Tuesday, November 18, 2014
Sejak semalam kisah suami lebih berselera dengan janda ini dikongsi dalam muka buku. Saya terbaca pengakuan kisah benar seorang suami yang curang ini apabila kisah tersebut dikomen oleh Wardina Saffiyah yang merasa amat jengkel dengan sikap suami curang itu.

Hari ini saya lihat kisah yang sama berlegar lagi di ruang muka buku saya. Kali ini seorang ilmuan terkenal iaitu seorang ustaz dan dalam masa yang sama seorang Dr falsafah, Ustaz Dr Zaharuddin Abdul Rahman memberikan komen versi dirinya pulak.
Kisah suami lebih berselera dengan janda jadi tumpuan

Persamaan antara Ustaz Dr. Zaharuddin dengan Wardina Safiyyah adalah kedua-duanya hanya melihat kesalahan pihak lelaki. Kalau Wardina Safiyyah merasa jengkel, maka Dr Zaharuddin pula melabelkan lelaki itu sebagai 'Sex Animal'.

Bagi Dr Zaharuddin, sex animal adalah satu spesis yang amat merbahaya kewujudannya di dalam masyarakat. Sex animal wujud apabila spesis itu sentiasa mengharapkan kaum wanita agar sentiasa mempunyai body yang mantap untuk menjadi bahan bahaman mereka. Baca kisah itu di sini.

Kesukaran isteri kekalkan selera suami

Memang betul, kata Dr Zaharuddin bahawa adalah sesuatu yang mustahil untuk semua wanita sentiasa mempunyai badan yang mengiurkan sepanjang hidup. Badan kita ada peringkat kematangannya. Bentuk badan akan berubah-ubah berdasarkan peningkatan usia.

Walau bagaimanapun, perlu diakui bahawa dalam peringkat umur biasa antara 20-an sehingga ke usia 40-an, semua wanita mampu menjaga kesihatan dan kekalkan bentuk tubuh badan mereka. Bersenam dan jaga makan adalah salah satu dari caranya.

Malah kita boleh lihat ramai kaum nenek kita di kampung maintain bentuk tubuh badan mereka sehingga di mamah usia. Mungkin Ustaz Zaharuddin jarang melihat kaum nenek di kampung ketika dia kanak-kanak dulu agaknya.

Walau apapun, sehebat manapun seorang isteri dimiliki oleh para suami, dari segi kepuasan seks sudah pasti tak akan pernah puas. Bukan saja dari segi seks, malah kalau kereta mewah sekalipun, sebaik saja seorang lelaki memiliki kereta idamannya, dia sudah mula kelam kabut nak miliki kereta lain pulak.

Kalau tak percaya cuba lihat bagaimana para artis bergetah bertukar ganti dari satu suami ke satu suami. Dalam pada mereka bertukar ganti itupun jika ditanya pada para lelaki miang dan separa miang, masih berduyun-duyun lelaki yang tetap mengidamkan artis bergetah tersebut. Memang tepat kata orang bahawa...
" Indah itu hanya sebelum dimiliki..."

Hikmah dibolehkan poligami untuk suami berselera kuat

Kita perlu lihat segala kepincangan yang berlaku dalam ertikata kemudahan yang telah disediakan oleh agama. Banyak masalah timbul dalam bab perkahwinan dan sikap suka makan luar samada pada orang Islam maupun bukan Islam.

Tapi masih ramai masyarakat terutamanya kaum wanita mahu menafikan kemudahan berpoligami yang dibenarkan oleh agama. Bila suami ada hasrat nak kahwin lebih, maka badan para isteri mula bertukat menjadi harimau belang berjalur.

Mereka bersedia terkam dan sanggup buat apa saja untuk menafikan hasrat atau permintaan suami. Sedangkan kalau para isteri tenang dan bertindak menjadi jurunasihat dan penyelesai masalah pada suami yang berselera itu adalah lebih baik.

Boleh bincangkan dan sama-sama cari jalan kenal pasti masalah sebenar suami dan selesaikan dengan cara yang paling baik. Ini tidak... terus minta cerai dan mencabar suaminya untuk buat pilihan. Macamlah suami yang tengah angau itu akan buat pilihan yang betul !.

Kenapa suami baham janda dengan cara zina

Isu yang berlaku pada suami curang yang lebih berselera pada janda itu adalah isu sikap ketahanan si suami menahan diri daripada melakukan dosa. Memang tak boleh disalahkan pada si isteri yang dilihat suami sudah tidak mengancam.

Isu isteri yang tidak menjaga dirinya agar sentiasa mengancam ketahan suami pula adalah satu lagi isu lain. Itu adalah pilihan isteri samada nak jaga badan atau tidak. Kalau jaga dan diniatkan untuk kepuasan suaminya maka ganjarannya sudah tentu adalah terlalu besar dan kembali pada si isteri itu juga. Terpulanglah pada isteri samada nak buat atau tidak.

Kalau buat ganjarannya amat besar, maka faham-faham sajalah kalau tidak dilakukan apa pula akibatnya. Kalau dah tahu dan dah tekad buat pilihan, maka apa saja akibatnya kena terima dan bersabar sajalah.

Si suami bersalah kerana dia tewas sedangkan ada pilihan untuk tidak berzina, kenapa tak kahwin?. Bukan dia bersalah kerana ada selera seks tinggi pada janda lalu di kecam sebagai 'sex animal'. Ingat! kalau lelaki tak ada selera seks tinggi akan luputlah zuriat anak Adam atas muka bumi ini. Yang pentingnya, salurkan selera seks itu pada jalan yang dibenarkan.

Pendapat anda pada suami lebih berselera dengan janda

Kalau nak goreng cerita panas ini memang tak akan habis. Kita masih belum sentuh watak serta peranan janda yang menjadi pilihan suami tadi. Saya lihat ramai juga kaum lelaki yang berbicara dalam isu ini persis seorang lelaki macho pilihan wanita. Mereka berbicara dalam keadaan tidak mendapat ujian, senanglah nak cakap.

Samada anda macho atau tidak, isu ini bukanlah satu perkara yang terasing dalam dunia kita sekarang ini. Ianya berlaku dan bukanlah satu kes terpencil. Malah dah jadi satu penyakit merebak yang kesnya mungkin ebih tinggi daripada kes demam denggi di negara kita.

Ahad sudah saja saya terbaca kisah pengakuan isteri yang membaham suami orang. Dan suami orang yang dibahamnya pula adalah suami kepada kawan karibnya. Malah dia mengaku telah banyak kali membiarkan dirinya dibaham oleh ramai lagi lelaki lain sedangkan dia ada suami. Dan sekarang dia sedar dan nak bertaubat.. dia sedang pening sekarang.

Apakah kes sebegitu pula akibat daripada suaminya yang tidak pandai menjaga badan...? Apa pendapat anda dalam isu ini. Cuba berikan komen sedikit aka kisah suami lebih berselera dengan janda ini. TK
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Kisah suami lebih berselera dengan janda jadi tumpuan

Previous
« Prev Post

14 comments:

  1. itulah dia kehebatan ciptaan Allah SWT ... ada yang diberikan macam ini, ada yang diberikan macam ini. Tidak ada yang sama. Tidak boleh untuk dikatakan lelaki mesti begini dan perempuan mesti begini kecuali yang sudah difitrahkan ... sampai bila-bila pun tidak selesai isu ini ......

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh diperkatakan untuk mempelajari dan merenung diri tapi bukan untuk mengata kat orang, tak gitu?

      Delete
  2. Apabila si suami dan si janda yang beranak ramai berzina selama 10 tahun dan menghalalkan benda yang haram, yang akan menjadi mangsa adalah anak2. Adakah anak2 sijanda tu anak2 haram? Sisuami meletakkan kesalahan atas isteri kerana tidak pandai menjaga badan. Perkara berlaku sejak 10 tahun yang lalu. Mungkin di awal perkahwinan mereka. Tak kan masa itu siisteri tidak lawa. Itu hanya la alasan si suami untuk memuaskan nafsu dengan orang lain. Kata kan la jika si isteri pula yang berlaku curang dan menuduh sisuami kerana perut dah gendut atau sudah mati pucuk, sanggup kah si suami melepaskannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. teringat cerita kaki bunuh orang yang membunuh 99 orang dan ingin bertaubat. Ditemuinya ulama mohon bantuan, lalu ulama kata tiada harapan, maka ulama itu jadi mangsa ke 100 ....

      Delete
  3. "Penzina lelaki tidak dinikahi kecuali oleh penzina perempuan atau perempuan musyrik, dan penzina perempuan tidak dinikahi kecuali oleh penzina lelaki atau lelaki musyrik. Dan diharamkan yg demikian itu (menikahi penzina) atas org org mukmin." 24:3.
    Berat bab zina ni..., dah nak sama level dgn musyrik.
    Kena bnyk bersyukur dgn apa yg Allah swt dah berikan atau jodohkan dgn kita, sedikit sebnyk kekurangan, kelemahan apa segi sekalipun, kita sama sama tutup menutupi, sama sama kita baiki. Bila bersyukur dan qana'ah tentu tenang hati kita, walau pun psgn kita tak sesempuna mana. "..Sesiapa yg bersyukur, mk sesungguhnya dia bersyukur itu utk dirinya sendiri,..." 31:12. Utk dirinya sendiri tu dgn makna, baik utk dunianya (tenang tenteram hatinya), baik juga utk Akhiratnya.
    Tp bila mmg nafsunya berlebih dan mmg dah tak terkawalkan lg, buat cara betul, gentleman, nikah ! Isteri tak setuju, gi Mahkamah, takkan tok hakim nak sekat kot ? Berani ke dia nanggung dosa sekat org nak nikah dan buat yg halal. Masalah masalah yg mendtg kemudian tu, pandai pandai la ngejust, yg penting jgn sampai terjebak dgn yg haram, apa lg sampai zina yg berlarut larutan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau dah bertaubat nasuha.... orang itu insyaallah bersih. Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihi

      Delete
    2. Betul betul betul, sbb tu kita ASWJ ni tak mudah mudah tuduh sana sesat sini sesat, sana munafik sini munafik, sana tak beriman sini tak beriman, walau pun dlm Hadis sebut tak beriman, kita ikut dan pegang pendapat ulama' kita yg tafsir dgn makna tidak beriman dgn iman yg sempurna atau cacat imannya. Kalau taubat, Alhamdulillah ! Kalau tak sempat taubat pun kita serah aje kpd Allah swt, jgn kita tuduh yg tidak tidak pd mrk mrk yg sedemikian. Nasib kita sendiri pun belum tentu.

      Delete
    3. Memang betul... terkedu bila kenangkan nasib sendiri. Mengharapkan Rahmat Allah sungguh-sungguh...!

      Delete
  4. Dulu aku pun tk faham..bila tengok org lain dapat bini cantik tapi masih ada affair dengan pompuan lain kurang cantik dari bini nya,lama2 aku faham kenapa?bini dia servis kurang atas katil ada yg macam batang pisang maaf la,sebab tu zina antara dosa besar tetapi penzina bukan jahat,cuma tewas dengan nafsu dia masih lagi bertanggungjawab pada anak bini..yg tak nak ada affair dia orang pergi spa sapa pun tak tahu..Hanya Allah SWT yg tahu..Ini kenyataan banyak kat Malaysia ni..yang solat pun masih terjebak walaupun dah kahwin(sebab bini tak kasi kahwin lagi)..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau dah tahu bini servis macam batang pisang ajarlah dia cara yg sepatutnya. Kalau tak ajar dan dia tak tak tahu jangan salahkan dia. Tak gitu?

      Delete
  5. rocky the great brown unused dick says: bagi aku yang pakar dalam soal seksalogy & seksualogy ni (aku ada diploma perkotelan), soal seks ni suatu yang seni; isteri lepas umo 35 selalunya "take thing for granted"; bila laki kritik soal seks, mula melenting kata suami asek nak layan kotel je padahal fitrah semulajadi seorang lelaki selagi ada kepala kotel, kehendak itu selari dengan fitrah laen tak kira serban besar mana janggut panjang mana. Sekian. (ruj: majalah playboy, majalah hustler, novel2 bodoh melayu & lords of the ring).

    ReplyDelete
    Replies
    1. kasar sikit ayatnya... walaupun betul maksud yang cuba disampaikan. Bahasa itu terjemahan akal dan lambang akhlak mungkin elok dipertimbangkan

      Delete
  6. semua nya atas diri masing-masing.Allah bagi akal fikiran bukan untuk buat kejahatan. kalau mampu nak kahwin teruskan. Tapi jangan lepas kahwin berat sebelah pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju tu, kalau berat sebelah dan tersedar, baikilah, manusia mudah lupa...

      Delete