Friday, 2 September 2016

10 perkara tentang zakar yang anda perlu tahu - untuk lelaki sahaja

Posted by   on

Jika anda seorang lelaki, anda tentu ada zakar sekurang-kurangnya satu. Tentu semua lelaki rasa dia memag dah tahu dan kenal sangat pasal zakar yang dia miliki. Saya juga rasa macam itu sebelum ini. Tapi bila tergerak nak membaca beberapa maklumat pasal zakar, baru perasan rupa-rupanya banyaik perkara yang selama ini saya tak tahu.

Sebagai seorang lelaki, kita perlu ambil berat pasal zakar yang kita ada. Ia adalah alat penting untuk melanjutkan keturunan kita di atas muka bumi ini. Mungkin ada yang akan tuduh orang lelaki ni, tak ada benda lain nak bincang selain dari bab persetubuhan. Apa orang nak kata biarkan lah saja. Itu pendapat mereka. Tapi hakikatnya zakar amat penting untuk lelaki dan kita perlu ambil tahu pasal kesejahteraan zakar kita dan juga menjaga keinginan perasaan bersetubuh kita untuk menjalani kehidupan yang sihat.

Berikut adalah 10 fakta berkenaan zakar yang seorang lelaki perlu tahu,

1. Zakar bukan otot

Mungkin ini fakta penting yang ramai masih salah sangka. Zakar yang bergantung dicelah kaki anda bukanlah sejenis otot sebagaimana otot pada tangan atau kaki anda. Dan sudah tentu juga tak ada tulang dalam batang zakar anda itu. Zakat terdiri daripada himpunan tisu-tisu yang berliang atau berongga (porous).

Tisu-tisu yang berongga itu akan dipenuhi dengan darah untuk membuatkan ianya menjadi keras, membesar dan tegang. Oleh kerana zakar bukan otot, anda sudah tentu tak boleh berlatih angkat berat untuk membesarkan otot tersebut macam otot tangan. Tapi ambil perhatian, zakar anda boleh tercedera jika cuba dipatahkan ketika ia tegang. Walaupun ianya bukan tulang, jangan ingat tisu-tisu tersebut tak boleh terpatah atau tercedera.

2. Melancap tidak melemahkan zakar

Ada banyak kepercayaan yang disebarkan oleh entah pakar dari mana tentang amalan melancap ini. Kononnya orang yang melancap akan menjadi kelabu mata mereka. Ada juga khabaran bahawa orang yang melancap akan membuatkan zakar mereka menjadi lembek dan lemah. Ada juga sebara kononnya orang yang kerap melancap akan menjadi gila.

Walau darimana maklumat tersebut didapati, yang pastinya belum lagi ada sokongan perubatan yang membenarkan semua kepercayaan tersebut. Malah menurut pakar, melancap sebaliknya akan membuatkan zakar anda kekal berfungsi dengan baik dan menghalang zakar anda dari menjadi lembek.

Melancap dan menembak keluar air mani juga membuatkan toksin dari kelenjar prostat turut dibuang sama. Ini boleh mengurangkan kemungkinan dari terkena kanser prostat. Melancap juga membuatkan badan mengeluarkan endorfin yang membantu mengelakkan diri anda daripada merasa tertekan seterusnya meningkatkan keyakinan diri anda. Oleh itu, cepat-cepat kahwin supaya anda boleh mendapat semua keistimewaan di atas.

3. Kerap tegang tandanya sihat

Kenapa zakar anda menjadi tegang setiap kali bangun tidur ? sebabnya adalah kerana zakar perlu ditegangkan setiap hari. Ini merupakan satu rutin selenggara yang dipakukan oleh badan untuk pastikan semua sel atau tisu pada zakar tersebut sihat dan berfungsi dengan baik. Apabila zakar tegang, ia melancarkan aliran darah di situ, membawa bekalan oksigen dan seterusnya menyihatkan tisu dan sel pada zakar.

4. Merokok tak baik untuk zakar

Berita buruk buat anda yang kaki merokok. Merokok mampu menjadikan zakar anda mengecil sepanjang 1cm. Ertinya dengan amalan merokok anda yang tegar itu, barangkalai anda tidak sedar sepatutnya zakar anda lebih pajang 1 cm berbanding sekarang. Merokok menyebabkan aliran darah menjadi tidak berapa lancar di pembuluh darah seterusnya mengganggu ketegangan zakar.

5. Latih zakar tegang lama

Ini semua lelaki tentu tahu. Lagi lama anda mampu tahan ketegangan, lagi bagus untuk seorang lelaki. Jadi macam mana nak buat senaman supaya zakar tahan tegang lama. Takkan nak buat senaman angkat besi sebab zakar bukan otot..?.

Sebenarnya zakar anda juga perlukan senaman. Paling mudah yang anda boleh lakukan adalah letakkan kain tuala pada zakar yang tegang dan buat senaman angkat tuala tersebut. Ini dapat membantu keupayaan anda di ranjang. Anda juga boleh mengurut zakar dengan menarik dan memusing-musingkannya untuk memantapkan aliran darah pada zakar tersebut.

6. Amalan berkatan di barat

Ramai orang barat yang berkhatan atau bersunat seperti mana orang kita amalkan. Bagi orang barat ia lebih merupakan satu budaya yang menjadi ikutan. Pada masa dahulu, orang barat berkhatan sebab percaya ia mampu menjadikan zakar tidak berapa sensitif dan seterusnya mengelakkan anak-anak mereka bermain dengan zakar tersebut. Menurut The American Academy of Pediatrics, berkhatan adalah tidak diperlukan dari segi keperluan perubatan. Tentu anda ada sebab untuk berkhatan bukan ?

7. Gembirakan zakar anda

Zakar menjadi salah satu tempat yang dihuni oleh bantak jenis bakteris dan ada lebih kurang 42 jenis bakteria yang memang hanya ada kat zakar sahaja. Bagi mereka yang berkhatan, jumlah tersebut adalah kurang sedikit. Walau apapun, semua itu diperlukan untuk kekalkan kesihatan zakar anda. Apa yang anda perlu lakukan hanyalah membasuh supaya zakar anda kekal bersih dan selamat. Basuh sahaja dengan air yang bersih dan tak perlu gunakan sabun.

8. Kenapa buah zakar tak sama tinggi

Cuba perhatikan buah zakar atau telur anda kat bawah tu, adakah ianya sama tinggi bergantung ?. Jika tidak sama tinggi ertinya anda kemungkinan amat sihat dan mampu melahirkan zuriat dengan baik. Itulah secara teorinya yang para pakar katakan.

Walau bagaimanapun masih ada perbincangan dan perdebatan yang panjang sebab apa telur tak sama tinggi. Salah satu alasannya adalah untuk pastikan keadaan sperma yang baik dan sihat. Jika buah zakar duduk sama tinggi, mereka akan bersentuhan sesama sendiri dan menjadikan suasana yang suam dan ini tidak berapa baik untuk sperma.

9. Berapa sebenarnya purata siaz zakar

Berapa sepatutnya saiz zakar anda. Panjang, pendek, besar, kecil... mana satu yang betul sebenarnya? Walau apapun saiz zakar anda yang pastinya anda perlu tahu bahwa zakar yang kecil akan bertukar saiz membesar sebanyak 86%.

Jika saiz zakar anda pula panjang, ianya hanya akan membesar sebanyak 47% sahaja apabila menegang. Ertinya dalam keadaan rehat, tidak penting samada saiz zakar anda kecil pendek. Ia tetap akan membesar bila menegang. Menurut kajian yang boleh dipercayai, saiz zakar purata adalah 12.9 cm panjang dan ukurlilit pula adalah 12.19 cm. Sekarang ambil benang dan boleh cuba ukur zakar anda.

10. Bolehkah besarkan zakar

Ada macam-macam minyak yang kononnya mampu besarkan dan panjangkan saiz zakar anda. Ada jenis krim sapu setiap hari, ada yang pakai lintah dan lain-lain lagi. Untuk perhatian anda, pakailah apa minyak urutpun zakar anda tak akan membesar atau panjang sebab zakar bukan otot.

Tapi zakat anda boleh dipanjangkan jika dilakukan regangan zakar secara konsisten. Ertinya anda perlu tarik zakar itu supaya jadi panjang biar ia regang berterusan. Asasnya kat sini adalah aktiviti regangan yang berterusan untuk besarkan dan panjangkan zakar.

Jadi lepas ini, jangan nak simpul tarik henjut dan sebagainya untuk basar atau panjangkan zakar anda. Cara mudah yang boleh anda lakukan untuk regangkan zakar secara konsisten adalah dengan menggantungkan batu atau benda berat pada kepala zakar dan biar ia regang begitu lama-lama setiap hari. Kalau susah, ada alat khas yang boleh bantu anda regangkan zakar secara konsisten, anda perlu beli alat tersebut.

1 comment:
Write comments

  1. assalamualaikum wbt.

    minyak daun bungkus Bluedymetics
    RM123

    khusus untuk kekanda.besar.panjang. asli daripada balik papan, kalimantan. insya allah berkesan.

    fb : https://m.facebook.com/Daunbungkus.Bluedymetics

    whatsapp : http://www.wasap.my/+60147169936/DaunBungkus.Bluedymetics.My

    #daunbungkus
    #dauntigajari
    #daunpapua

    ReplyDelete

Hey, we've just launched a new tips for small business blog. You'll like it - hidupringkas.com
Join Our Newsletter