Tuesday, August 31, 2021

Apa kerja paling utama yang sepatutnya anda perlu lakukan bila mula berniaga

  Mat       Tuesday, August 31, 2021
Kali ini, dalam segmen bisnes, saya nak kongsikan artikel 3 kerja utama sebagai seorang taukeh perniagaan kecil.

Sebelum itu. Nak ucapkan selamat menyambut perayaan hari ulang tahun kemerdekaan negara yang ke-64 untuk semua rakyat Malaysia. Artikel ni merupakan tulisan yang saya post di satu lagi blog saya www.hidupringkas.com. Rasa nak tutup blog tu selepas tamat tempoh sewaan domainnya tak lama lagi. Jadi saya pindahkan kesemua artikel dari sana ke sini. Nak fokus kurangkan urusan untuk ke depan. Jadi tengah tapis hentikan sebanyak mungkin urusan.

Kita sambung balik ke tajuk utama artikel ini ..

Apa kerja yang sepatutnya perlu diberikan keutamaan sebagai seorang peniaga kecil?

Soalan itu saya dapat ketika diberi kesempatan untuk berkongsi pengalaman berniaga kepada peniaga-peniaga kecil baru-baru ini secara online.

Saya tak sempat menjawab soalan tersebut sebab ada banyak lagi soalan lain yang datang bertalu-talu yang perlu saya jawab secara spontan. Bila masa dah tamat baru saya terbaca akan soalan tersebut.

Oleh kerana saya rasa soalan itu sangat penting, maka saya ambil kesempatan di sini untuk menjawab soalan tersebut.

Dengan perkongsian dalam artikel ini, saya harap para peniaga lain yang tertanyakan soalan yang sama dapat ambil manfaat dari pandangan saya ini.

Kerja utama seorang peniaga kecil

Semua peniaga. Tak kira samada anda taukeh besar atau taukeh kecil. Mempunyai masa 24 jam sahaja sehari. Dari usahawan besar seperti Ananda Krishnan atau Syed Mokhtar Al-Bukhari. Atau usahawan kecil macam saya termasuklah diri anda sendiri. Kita punya masa yang sama tak lebih dan tak kurang.

Apa yang bezakan antara kita semua adalah bagaimana masa yang ada itu diisi. Apa yang anda buat dengan masa 24 jam tersebut.

Bukan saja usahawan. Orang yang makan gaji juga sama jumlah masa yang diberikan setiap hari. Persoalannya, apa anda buat dengan masa itu. Kerja apa yang anda lakukan pada setiap kesempatan masa selagi masih bernyawa.

Saya kenal seorang kawan yang dah tak boleh bekerja. Masalah kesihatan membuatkan dia tak dapat teruskan kerja cari makan. Oleh kerana umurnya masih belum terlalu tua, maka dia tetap teruskan kehidupan macam biasa dengan habiskan masa duduk di rumahnya saja.

Saban hari dia habiskan masa dengan pergi solat berjemaah kesemua 5 waktu. Alhamdulllah! tersangat baik amalan itu.

Apa yang dia buat dengan masa di antara kesemua solat 5 waktu itu?

Itu yang tak berapa baik.

Dia habiskan masa samada dengan menonton TV atau bermain game di telefon pintarnya. Adalah juga kerja-kerja lain seperti pergi kedai atau keluar ke pekan cari barang. Bila habis, balik kerumah dia isikan masa lapang itu dengan tengok TV atau main game.

Masa awalnya mungkin masih ok. Dia mungkin cuba sesuaikan diri dengan norma kehidupan barunya. Sedang berfikir apa nak buat. Itulah yang saya andaikan.

Tapi setelah masa berlalu, setahun, 2 tahun 3 tahun dan seterusnya, nampak tak ada perubahan. Saya tertanya-tanya apa nak jadi?

Tak terfikirkah dia untuk cuba kuasai satu kemahiran yang sesuai untuk dirinya bagi meningkatkan potensi diri. Kemudian dapatlah digunakan kemahiran itu untuk mula menjana ekonominya semula sedikit demi sedikit?

Paling lekeh, kalau dia cuba belajar masak sampai pandai 5 menu pilihan yang disukai orang ramai. Cari jalan agar masakan itu ada kelebihan lebih sikit dari masakan orang lain. Bukankah dia akan mampu sekurangnya menawarkan makanan dijual secara COD dengan menggunakan medium pemasaran online?

Itu contoh ketara kenapa masa yang sama ada pada semua orang. Tapi setiap orang akan menempah kejayaan dalam berbagai tahap yang amat berbeza.

Ramai yang abaikan kelebihan masa dan keupayaan bernyawa yang masih dikurniakan Tuhan kepadanya.

Meleret pula saya terangkan pasal masa dan apa yang diisi terhadap masa.

Apa yang nak saya kata kat sini adalah betapa pilihan kerja yang anda lakukan untuk mengisi masa itu sangat penting dalam menentukan hasil yang bakal anda raih di masa yang akan datang.

Untuk peniaga kecil macam anda dan saya. Pengisian kerja yang betul dalam memenuhi masa yang ada bakal menentukan kejayaan perniagaan yang anda jalankan.

Jadi nak isi dengan kerja apa?

Jawapannya adalah seperti berikut.

Anda perlu isikan masa anda, sebagai seorang taukeh kepada perniagaan kecil, dengan 3 perkara utama seperti berikut:

  • Menjual – Semua urusan yang berkaitan yang perlu dilakukan sehingga anda berjaya mencipta jualan.
  • Operasi – Semua urusan pembuatan dan penghantaran sehingga anda dapat tunaikan semua jualan yang tercipta di atas.
  • Pentadbiran – Semua urusan pentadbiran agar kesemua 2 urusan tersebut di atas dapat dijalankan dengan sempurna dan konsisten.

Itulah 3 kerja utama yang anda perlu berikan tumpuan bila mula berniaga. Bukan kerja sebagai seorang CEO. Bukan kerja sebagai seorang Ahli Korporat atau lain-ain seumpamanya.

Kita hanyalah peniaga kecil atau sederhana. Bukan peniaga besar atau bisnes korporat. Bukan tak boleh berlagak atau berimpian jadi ahli korporat. Simpan impian besar itu. Bergerak dengan buat perkara kecil-kecl dahulu selayaknya sebagai seorang peniaga kecil.

Bercita besar tapi mulakan dengan kerja-kerja kecil. Itulah yang terbkti berkesan dilakukan oleh semua orang yang besar-besar dalam bisnes mereka sekarang.

Dream big! start small!

Usahawan hidupringkas

Pembahagian masa untuk 3 kerja utama

Sekarang anda dah tahu apa 3 kerja utama sebagai seorang peniaga kecil. Masih belum habis lagi.

Anda perlu tahu pula macam mana pembahagian masa yang perlu diperuntukkan untuk kesemua 3 kerja tersebut di atas.

Jumlah masa yang diberikan untuk kesemua kerja tersebut tidak boleh sama banyak.

Anda perlu berikan masa yang lebih besar untuk kerja yang paling penting.

Jadi, perlu tahu apakah kerja paling penting dalam kerja sebagai seorang peniaga kecil.

Saya berikan jawapannya berdasarkan amalan dan kajian saya sepanjang berkecimpung sebagai seorang peniaga kecil. Bagi saya, cara ini terbukti berkesan dan memberikan hasil yang baik untuk pastikan bisnes kecil saya dapat bertahan.

Daripada susunan ketiga-tiga urusan di atas, kerja paling utama adalah kerja ‘menjual’. Kemudian kedua utama adalah kerja operasi dan akhir sekali kerja pentadbiran.

Ramai yang berniaga tersasar dari fokus utamanya dengan memberikan tumpuan secara terbalik. Mereka fokus banyak sangat pada pentadbiran kemudian fokus pula kepada operasi dan kerja menjual paling sedikit diberikan keutamaan.

Bagi saya itu salah tumpuan. Sebagai taukeh, anda perlu ambil berat dan serius dalam aktiviti menjual. Itu saja yang akan membantu perniagaan anda stabil dan dapat bertahan.

Masa yang diperuntukkan untuk ketiga-tiga urusan tersebut adalah seperti berikut:

  • Menjual – 60%
  • Operasi – 30%
  • Pentadbiran – 10%

Pembahagian masanya lebih kurang macam itu. Mungkin adalah lebih dan kurang sedikit sebanyak. Tapi keutamaannya tetap macam susunan di atas. Sentiasa lebihkan masa terhadap menjual.

Katakan anda berniaga sebanyak 5 hari dalam seminggu. Dengan pembahagian masa yang saya berikan di atas. Bermakna anda perlu peruntukkan sebanyak 3 hari untuk aktiviti menjual. 1.5 hari untuk operasi dan separuh hari sahaja untuk urusan pentadbiran!

Sekarang anda dah jelas terhadap kerja utama sebagai seorang peniaga kecil. Dah sedar betapa masa yang paling banyak adalah dalam urusan menjual.

Tentu anda tertanya-tanya apa nak buat dalam aktiviti menjual tu?

Dalam seminggu sebanyak 3 hari kena fokus pada aktiviti menjual. Nak diisikan atau nak fokus pada apa pula supaya aktiviti menjual itu mampu menaikkan perniagaan kecil anda?

Saya akan kongsikan pembahagian masa dan aktiviti dalam kerja menjual itu dalam artikel lain selepas ini.

Sementara itu, anda bolehlah semak semula bagaimana anda isikan masa selama jadi peniaga kecil sejak dulu sampai sekarang. Adakah ada ketiga-tiga urusan tersebut dan adakah pembahagian masanya betul.

Selamat bermuhasabah!

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Apa kerja paling utama yang sepatutnya anda perlu lakukan bila mula berniaga

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !