Thursday, August 19, 2021

Apa yang saya belajar tentang jadi ketua bila bekerja di bawah boss Mat Saleh dari Sweden

  Mat       Thursday, August 19, 2021
Bukan mudah jadi ketua

Jadi ketua bukannya mudah. Itu antara perkara yang saya sering mengelat sejak dibangku sekolah rendah, menengah sehinggalah ke universiti.

Bila masuk dunia kerja makan gaji, macam itu lah juga. Lagipun tak ada sesiapa yang fresh tiada pengalaman kerja akan masuk terus jadi ketua.

Memang selesa dan aman damai jika tak perlu jadi ketua. Anda hanya perlu taat arahan bila duduk bawah seorang ketua. Apa saja yang berlaku, terutamanya yang tak elok, ketualah yang akan jawab.

Itu yang seronoknya jadi orang bawah. Tak kena, boleh salahkan boss. Tak puas hati salahkan boss. Ada masalah, lantaklah kat boss. Nak berhenti kerja pun beri alasan sebab boss ..

Antara perkara paling best duduk kat bawah ni adalah sentiasa saja dapat kritik boss. Pendek kata boss semuanya salah dan tak pandai buat itu dan ini. Lebih seronok lagi jika dapat kritik dan kutuk secara berjemaah!

Naik jadi ketua

Walaupun sedaya upaya saya menolak untuk ke depan bila diminta untuk jadi ketua. Tapi bila makan gaji, anda tak dapat buat begitu selama-lamanya.

Naik ke atas biasanya akan disertakan dengan ganjaran duit yang lebih. Walaupun hakikatnya kenaikan gaji adalah tidak setimpal dengan bebanan kerja yang anda perlu tunaikan, bila sampai satu tahap, anda terpaksa terima juga.

Pengalaman saya kerja makan gaji macam itu juga. Ketika kerja di Syarikat Ericsson, saya diminta untuk ketuai satu jabatan kecil di bawah boss saya seorang Singh.

Ketika berusaha menolak, saya berikan alasan secara jujur bahawa saya rasa tak bersedia dan tak tahu macam mana nak jadi ketua.

Dia selesaikan masalah itu dengan berikan pada saya senarai buku yang saya perlu baca untuk sediakan diri jadi ketua dan untuk faham macam mana nak jadi ketua.

Dia juga yakinkan saya bahawa saya ada ciri-ciri yang diperlukan untuk jadi ketua yang dapat meyakinkan orang bawah. Bila saya tanya apa yang dia lihat ada pada saya untuk melayakkan jadi ketua, dia jawab ..

“Keupayaan buat kerja walaupun dalam suasana tekanan yang berat” - Kekuatan yang perlu ada pada seorang ketua

Saya tanya kenapa dan bagai mana dia tahu saya tak terkesan dengan tekanan?

Dia jawab, dia tak tahu samada saya tertekan atau tidak. tapi yang pastinya, segala tindakan saya, air muka saya, dan keadaan saya adalah sama saja samada dalam keadaan cemas atau relaks.

Itu saja yang penting buat masa ini. Tambah boss saya lagi. Keadaan sebenar yang berlaku dalam diri adalah perkara yang saya perlu latih untuk kuasainya. Sebab itu dia berikan senarai buku yang saya perlu baca.

Ciri-ciri ketua yang bagus

Sejak dapat senarai buku berkenaan ketua atau kepimpinan itu saya mula membaca satu buku demi satu buku. Nak cuba faham apa dia makna ketua dan macam mana nak jadi ketua yang baik.

Hasil dari semua pembacaan itu, saya dapat satu rumusan yang ringkas berkenaan ketua.

Untuk jadi ketua anda perlu ada 2 keupayaan berikut.

Pertamanya, anda perlu berupaya untuk buat keputusan. Ya atau tidak adalah diperlukan untuk menentukan langkah seterusnya. Orang bawah hanya tunggu keputusan anda.

Selepas dah buat keputusan anda perlu ada keupayaan yang kedua ini pula. Ini keupayaan yang paling sukar dan perlukan kemahiran dan pengalaman yang banyak.

Anda perlu mampu mempengaruhi orang untuk melaksanakan keputusan tersebut.

Tak guna berani buat keputusan itu dan ini tapi akhirnya tak mampu pastikan orang ikut. Ianya sama saja dengan tak buat apa-apa keputusan.

Jadi, jika di senarai ikut kepentingan, anda wajib ada keupayaan ..

  • Pengaruhi orang laksanakan keputusan yang dibuat
  • Buat keputusan

Ketua yang baik adalah mereka yang pandai buat keputusan yang baik dan betul serta dapat meyakinkan orang untuk laksanakan keputusan tersebut.

Ketua yang buruk adalah orang yang sentiasa buat keputusan buruk dan pandai pula yakinkan orang laksanakan keputusan tersebut walaupun ianya adalah keputusan yang buruk.

Jika nak diringkaskan kepada satu perkataan sahaja yang membawa maksud KETUA, perkataan yang sinonim dengan ketua adalah PENGARUH.

Kerja bawah Mat Saleh Sweden

Untuk ringkaskan cerita, bermula dari situ saya naik dan naik sehingga boss akhir saya sebelum berhenti kerja adalah seorang Mat Saleh dari negara Sweden.

Dia sentiasa cool dalam keadaan apapun. Kalau nak tahu samada dia tengah marah atau tertekan hanya boleh dilihat pada warna kulit mukanya saja. Kalau naik merah tu ertinya dia marah atau tertekan.

Tapi kalau anda hanya lihat dari reaksi air muka dan pertuturannya, anda tak akan tahu sama dia marah atau tidak. Sebab dia sentiasa mampu kawal cara dia bertutur dengan tenang dan tidak beremosi walaupun nampak mukanya merah menyala.

Sentiasa bertanya kenapa

Ada seorang lagi rakan kerja saya yang ber-bosskan Mat Sweden ni. Dia sentiasa tertekan dan tak selesa dengan cara Mat Sweden yang sentiasa bertanya kenapa.

Itu cara boss saya terima segala maklumat atau sebarang jawapan yang orang bawahnya berikan. Dia sesekali tak akan puas keputusan tanpa sebab yang meyakinkan.

Paling dia tak suka adalah buat andaian. Perlu ada ‘reasoning’ atau penghujahan yang betul sampai dia puas hati. Sekalipun keputusan tak sama dengan pendapatnya, jika dapatkan berikan alasan yang lebih baik dan meyakinkan, dia akan terima.

Jadi dia tak kisah kalau orang bawah nak bangkang keputusannya.

Ciri-ciri tu serasi dengan cara saya. Jadi setiap kali saya nak buat apa-apa keputusan, saya perlu selidik terlebih dahulu dan dapatkan segala maklumat yang betul dan bukan sekadar buat andaian.

Sentiasa ‘follow up’ sampai selesai

Ini satu lagi perangai Mat Sweden tu.

Masa kerja, saya diberikan telefon bimbit percuma dari model yang terkini. Dan saya diwajibkan sentiasa buka phone tu sekalipun ketika bercuti.

Pada mulanya saya sangat tak selesa dengan perangainya yang suka telefon dan follow up. Selagi tak selesai kerja tu, selagi itulah dia follow up sehingga siap.

Walaupun saya pernah sound dia supaya jangan buat macam itu, dia tak layan. Saya mulanya rasa macam dia tak percayakan keupayaan dan jaminan saya.

Tapi bila dia beritahu yang dia hanya buat apa yang perlu dilakukan oleh dirinya sebagai seorang yang ambil tanggung jawab penuh terhadap semua kerjanya, saya paksa diri untuk selesakan diri dengan caranya itu.

Dia sentiasa ada buku nota kecil yang dibawa ke mana-mana. Dalam buku nota itu tersenarai semua kerja yang masih perlu dipantau dan belum siap. Selagi kerja tu belum ditanda sebagai siap, selagi itulah dia akan call dan tanya dan peringatkan.

Untuk sesuaikan diri, saya terpaksa buat cara yang sama. Senaraikan semua kerja yang masih belum siap. Saya juga terpaksa sering follow up ke bawah dan semak satau persatu sampai kerja siap sebab tahu dia akan call dan tanya juga.

Sehinggalah budaya cara kerja itu jadi cara saya buat kerja juga sampai sekarang.

Dan sekarang saya sedar betapa pentingnya budaya kerja sebegitu untuk pastikan anda tak lepas tangan biarkan orang bawah begitu saja tanpa berusaha pastikan dari segenap sudut agar kerja terlaksana.

Budaya itu juga cuba saya perturunkan kepada semua pekerja yang saya lantik jadi ketua sekarang. Itulah yang saya akan ajar pada mereka untuk follow up.

Contohnya, jika anda arahkan orang bawah masuk pejabat ambil mesin pada pukul 5 hari ni, pastikan call 2 atau 3 kali untuk remind. Dan sebelum pukul 5 call sekali lagi untuk tanya. Dan pada pukul 5 call lagi dan tanya dah ambil ke belum.

Selagi dia tak ambil, terus follow up sampai selesai. Kalau ada masalah bincang macam mana nak selesaikan supaya barang tu dapat diambil juga pada pukul 5.

Takut orang marah jika follow up

Biasanya, orang memang tak suka dengan perangai suka follow up ni. Mereka harapkan agar anda berhenti dari follow up dan berikan saja kepercayaan.

Macam anak-anak kita. Mereka tak suka ibu bapa yang suka tanya dan follow up dan berikan peringatan dan arahan.

Jika anda berhenti dan ikut kemahuan mereka sedemikian, itulah yang mereka mahukan.

Tapi hakikatnya, ibu bapa yang berhenti buat begitu adalah ibu bapa yang lepas tangan dan tak mahu pedulikan anak-anak lagi. Bila anak-anak rosak atau ada masalah, ibubapa juga yang susah.

Jadi, nak marah pun marahlah. tak suka pun tak suka lah. Fokus hanya kepada objektif untuk laksanakan amanah yang diberikan sampai terlaksana itu saja.

Moga artikel ini ada manfaatnya untuk jadi ketua!

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Apa yang saya belajar tentang jadi ketua bila bekerja di bawah boss Mat Saleh dari Sweden

Previous
« Prev Post

2 comments:

  1. It depends on where and which country or culture you're in really. 1 sets of rules does not fits all. Yours with the swedish guy as your boss, you may adapt or 'forced' to adapt or conform, otherwise....its fair game what you might think the outcome would be!

    Tapi tulisan kamu tidak boleh hanya memberi satu sudut yang cara yang kamu lalui itulah is a 'bench mark'....no it doesn't work that way.

    I'll give you an example.

    Germany used to have the least amount hours of work per/week yet its still has 28 hours per/week for the metal sectors. Does that make Germany slacked, no yet Germany has the most advanced and modern, strongest economy within the european union!

    Another thing about Germany is your employer would be breaching labour laws if employees are to be contacted outside the usual working hours.

    Kongsi pendapat boleh tapi meletak kan acuan sebagai fits all....its a no no!

    Saja share since I have work in different continents and countries over 35 years in different industries and saw first hand management and downline staffs where I had the privilege of working at different levels right up to being in management, just like you.

    MLN - Melayu Luar Negara

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sudut pandang yang sangat bernas tuan kongskan. Terima kasih banyak sudi betulkan kesilapan saya. Insyaallah akan saya amalkan.

      Delete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !