Wednesday, January 27, 2021

Goobat.care menjadi farmasi pertama yang menerima bitcoin di Malaysia

  Mat       Wednesday, January 27, 2021

Farmasi dalam talian menerima mata wang kripto dalam usaha menjadikan penjagaan kesihatan yang mampu dimiliki dan dicapai untuk rakyat negara ini

Goobat.care

KUALA LUMPUR, 25 Januari 2021 – Syarikat teknologi farmasi Goobat Sdn Bhd menjadi farmasi dalam talian pertama di Malaysia yang menerima Bitcoin di kedai e-dagang tempatannya, Goobat.care.

Pengasas Bersama Goobat, Asher Looi

“Peminat mata wang kripto kian meningkat di Malaysia. Malah, kami mendengar dan mengetahui bahawa terdapat permintaan yang kian meningkat daripada pengguna yang mahukan penerimaan Bitcoin dan mata wang kripto sebagai pilihan bayaran, justeru kami percaya ini adalah langkah yang tepat”

Pengasas Bersama Goobat, Asher Looi

Bitcoin telah wujud sejak 2009.

Perkembangannya di pasaran kewangan sejak awal lagi menempatkan kedudukannya sebagai mata wang baru yang sah, sehubungan itu menempatkannya sebagai satu bentuk bayaran baru dalam pasaran yang kian berkembang.

“Goobat percaya bahawa mata wang kripto adalah masa hadapan untuk kewangan. Kami telah menyaksikan bagaimana ia memperoleh penerimaan dan keyakinan dalam penggunaan di seluruh dunia.

“Beberapa bank pusat dilaporkan akan mula meneroka dan menerima pakai mata wang kripto ini. Sebagai sebahagian daripada industri runcit, kami merasakan ianya penting dan tepat pada masanya untuk mendidik orang ramai bahawa urusniaga Bitcoin adalah selamat, dan para pengguna masih mempunyai kawalan terhadap wang di dalam dompet mereka sepenuhnya,” kata Looi.

Urusniaga Bitcoin di kedai laman sesawang Goobat.Care akan menggunakan laluan Bitpay – laluan penjelasan kripto berpangkalan di Amerika Syarikat yang juga penyedia terbesar di dunia bagi perkhidmatan bayaran blockchain.

Logo Goobat

Looi menjelaskan, faktor penubuhan kedai dalam talian berkenaan adalah hasil kesedaran bahawa kebanyakan farmasi di kawasan pinggir bandar tidak menyediakan rangkaian produk sepenuhnya. Malah, disebabkan kurangnya skala ekonomi, farmasi-farmasi tersebut lebih cenderung memasarkan produk pada harga yang lebih mahal.

“Apabila kami menubuhkan Goobat.Care, kami mahu memastikan yang kami dapat membantu pengguna pinggir bandar mendapatkan keperluan mereka. Justeru kini kami mempunyai lebih daripada 3,000 produk disediakan secara dalam talian, pada harga mengikut kemampuan mereka,” kata Looi.

Bukan hanya ia memberikan pilihan untuk membeli-belah mengikut keselesaan mereka, terdapat juga sepasukan 15 kakitangan yang cekap bekerja pada bila-bila masa di Goobat.care.

Pasukan tersebut terdiri daripada unit teknologi, operasi dan tiga ahli farmasi yang mana perkhidmatan mereka tersedia menerusi WhatsApp.

Syarikat teknologi farmasi Goobat Sdn Bhd menjadi farmasi dalam talian pertama di Malaysia yang menerima Bitcoin di kedai e-dagang tempatannya, Goobat.care.

Sebaik sahaja pembelian berjaya disempurnakan di Goobat.care, pelanggan di Lembah Klang boleh memilih untuk menerima produk mereka melalui Penghantaran Segera dalam tempoh 3 Jam atau pilihan Penghantaran Standard iaitu dalam tempoh 3 hingga 5 hari bekerja.

Pilihan kedua adalah untuk pelanggan di seluruh negara.

Goobat memastikan ia akan menyediakan pengendalian khas untuk beberapa produk yang mungkin sensitif kepada suhu atau boleh terjejas disebabkan perubahan kelembapan seperti probiotik dan ubat-ubatan lain.

Di masa hadapan, Goobat.care merancang untuk memperkenalkan aplikasi mudah alih dan menambah lebih banyak bahasa pada platformnya menjelang akhir Januari 2021.

Berdasarkan pelancaran digital dan perkembangannya, Goobat mensasarkan untuk mencapai 100,000 pengguna berdaftar dalam beberapa bulan berikutnya dan perolehan sebanyak RM10 juta bagi suku pertama tahun 2021.

Platform berkenaan bermatlamat untuk memberi tumpuan dan dihasilkan khas untuk rakyat Malaysia sebelum ia diperluaskan ke Indonesia, Singapura, Thailand, Vietnam dan India, jelas Looi.

Diasaskan pada Ogos 2019 di bawah syarikat induk Health Estate Sdn Bhd, Goobat Sdn Bhd – pengendali kedai dalam talian Goobat.care – telah dilancarkan pada 11 Disember menggunakan platform sumber-terbuka yang boleh diubah suai sepenuhnya pada awan Amazon Web Services (AWS).

“Kami menyatukan konsep data raya (big data) di dalam teras semua touchpoint. Matlamat akhir kami adalah untuk membina model artificial intelligence (A.I.) di masa hadapan untuk memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada para pelanggan kami.

“Dalam jangka panjang, model A.I. ini akan mengenal pasti kumpulan berisiko berdasarkan corak penggunaan mereka atau corak pembelian di luar Goobat.care, dan kami akan memberikan saranan peribadi untuk produk suplemen tambahan kepada para pelanggan kami,” tambahnya.

-TAMAT-

Mengenai Goobat

Selama berdekad lamanya, industri penjagaan kesihatan digital tidak memperlihatkan perkembangan ketara. Sehubungan itu, kami bermatlamat untuk menjadi salah satu perintis dalam membawa penjagaan kesihatan yang berkualiti kepada rakyat Malaysia.

Goobat diasaskan pada Ogos 2019 dengan wawasan dan misi yang jelas untuk melonjakkan penjagaan kesihatan digital yang kian berkembang dalam industri.

Kita mengetahui bahawa pembelian secara dalam talian kini merupakan gaya hidup sedunia dan permintaan untuk produk dan perkhidmatan penjagaan kesihatan kini menjadi keperluan dan bagi sesetengah orang, ia masih menjadi hak istimewa yang sukar didapati.

Justeru, Goobat bermatlamat untuk mengurangkan jurang di antara rakyat Malaysia dan penjagaan kesihatan.

Kami berhasrat untuk mencapai matlamat ini dengan menawarkan produk kesihatan & kecantikan yang dihantar ke pintu rumah anda dalam tempoh 3 jam*.

Setiap orang juga akan menerima manfaat daripada rangkaian produk dan perkhidmatan kami yang meluas serta artikel penjagaan kesihatan yang menyeluruh di laman sesawang kami.

Secara ringkasnya, kami berasa ini adalah sebahagian daripada tanggungjawab kami untuk membawakan penjagaan kesihatan yang mampu dimiliki, diakses dan dicapai oleh rakyat Malaysia di seluruh negara.

Untuk pertanyaan media, sila hubungi:
Asher Looi
Pengasas Bersama
+60 19-299 8833
asher@healthestateberhad.com

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Goobat.care menjadi farmasi pertama yang menerima bitcoin di Malaysia

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !