Monday, August 16, 2021

Apa akan berlaku pada perniagaan anda selepas wabak covid-19 berjaya dibendung?

  Mat       Monday, August 16, 2021
Persediaan pasca covid-19

Apa agaknya yang akan berlaku pada perniagaan saya selepas tamatnya masalah wabak covid-19 nanti?

Bagi yang sedang berniaga, terutamanya yang ‘terkesan’ dengan apa yang berlaku, soalan yang sama tentu sedang bermain dalam kepala sekarang.

Saya sebut ‘terkesan’ sebab wabak covid 19 ni membuatkan semua bisnes samada jadi lebih bagus, teruk atau tiada apa-apa kesan.

Saya nak fokus pada yang terkesan saja.

Yang tak ada apa-apa kesan, kalau pun ada, tentu tak perlu risau sangat sebab kalau masalah covid-19 yang melanda seluruh dunia ni tak berikan apa-apa kesan, tentu bila selesai semua juga tak akan ada kesan.

Adakah masalah covid-19 akan selesai

Sebelum anda fikirkan apa akan jadi selepas isu covid-19 habis, elok juga fikirkan soalan yang lebih penting.

Adakah masalah covid-19 ni akan dapat diselesaikan?

Untuk jawab soalan itu, kena tengok sejarah wabak lebih kurang serupa, yang pernah melanda dunia dan bagaimana manusia tanganinya. Adakah berjaya dikawal atau tidak.

Antara sejarah hitam wabak penyakit yang melanda dunia adalah wabak yang dipanggil ‘Spanish Influenza’ yang dibawa oleh virus H1N1.

Wabak tersebut serang Eropah pada tahun 1918 dan dianggarkan membunuh seramai 50 juta orang atau mungkin lebih lagi.

Masa tu perkembangan sains tak macam sekarang. Masih tak ada vaksin lagi masa tu.

Jadi macam mana wabak Spanish Influenza atau H1N1 ni berhenti?

Kalau dilihat dari banyak laporan yang dah ditulis, dari mula ia merebak sampai keadaan kembali reda, seramai 500 juta orang telah diangkiti wabak ni.

Semua itu berlaku dengan pantas dalam tempoh 2 tahun dan mula reda pada tahun 1920.

Dalam tempoh 2 tahun itu, mana yang lemah dibunuhnya. Tinggal yang kuat saja. Yang dapat bertahan dari ancaman nyawa wabak tersebut. Akhirnya tinggal lebih ramai yang kuat daripada yang tak kuat.

Tanpa berikan apa-apa ubat atau vaksin, yang memang tak ada pun waktu tu, akhirnya wabak reda juga.

Sampai ke satu tahap H1N1 akhirnya tak memberi kesan lagi. Orang ramai mula jalani kehidupan seperti biasa balik. Tiada lagi ketakutan ketika wabak mengamuk bunuh jutaan manusia.

Adakah virus H1N1 berjaya di hapuskan?

Tidak! sampai sekarang masih ada virus H1N1 tu. Tapi taklah mengamcam populasi manusia, macam yang berlaku pada tahun 1918 dulu.

Virus akan sentiasa ada. Untuk melenyapkan terus virus dari muka bumi mungkin adalah satu kerja yang sangat sukar.

Begitu juga untuk jadikan manusia kebal dari apa saja virus adalah satu kerja yang sukar.

Kecuali jika ada satu vaksin hebat yang direka oleh saintis yang dapat menghadapi apa saja jenis virus dan segala mutasi yang boleh berlaku pada virus tersebut.

Kalaulah tak ada vaksin untuk hadapi covid-19 ni pun, akan jadi macam Spanish Influenza juga. Wabak ini akan merebak dan akhirnya tak ada lagi orang yang dia boleh jangkiti.

Saintis kata kalau virus jangkiti lebih dari 50% populasi, akhirnya dia akan sampai satu peringkat di mana dah tak ada sesiapa nak dijangkiti lagi.

Masa itu, segalanya akan kembali reda dan masalah akan hampir selesai. Nak buat macam tu memang boleh tapi akan korbankan ramai nyawa.

Ketika berlakunya wabak Spanish Influenza dulu, dunia sedang berada di dalam kancah peperangan. Itu sebab utama tidak ada usaha global untuk bendung wabak seperti mana yang berlaku sekarang.

Zaman kita, sentiasa ada usaha untuk elakkan jumlah kematian besar-besaran dari melanda umat manusia.

Sebab itu vaksin di buat untuk pantaskan proses tubuh badan mengenali virus yang menyerang dan bertindak melawannya. Bila majoriti manusia mula sesuaikan diri dengan virus, wabak dapat dikawal dan keadaan kembali normal.

Tanpa panjang lebar cerita pasal virus ni, saya ringkaskan bahawa, insyaallah keadaan akan kembali normal.

Walaupun virus covid-19 ni tetap akan kekal wujud bersama kita. Selagi dia tak berubah buat mutasi pelik dan buat serangan pantas semula, segalanya insyaallah akan terkawal.

Perniagaan macam mana lepas ni?

Kembali semula kepada persoalan tentang apa yang akan berlaku kepada bisnes anda selepas semua masalah covid 19 ni selesai.

Dalam artikel di Harvard Business Review yang saya baca dia ada syorkan untuk anda yang berniaga mula fikirkan 3 perkara penting ini.

Untuk membuat perancangan dan persediaan terhadap kemungkinan yang berlaku selepas ini anda perlu lihat;

  • Macam mana bisnes anda jana jualan – Kena tengok prosesnya dari A ke Z. Macam mana order masuk sehinggalah akhirnya barang atau servis sampai kepada pelanggan.
  • Siapa yang menjadi pelanggan anda – Ini termasuklah mereka yang menggunakan produk atau servis, mereka yang membuat keputusan untuk beli, mereka yang memperngaruhi keputusan samada nak beli atau tak beli. Kena terperinci.
  • Sikap pengguna – Macam mana agaknya perangai pengguna selepas ni. Adakah akan berubah atau kekal seperti asal balik.

Perubahan sikap pengguna

Selepas dah gariskan kesemua 3 perkara di atas, anda akan mula nampak apa yang bakal berlaku berdasarkan 3 perkara seperti di bawah ini pula.

Ini merupakan apa yang berkemungkinan akan berlaku terhadap sikap pengguna selepas redanya masalah wabak covid-19 nanti.

  • Amalan yang akan kekal – Ini merupakan sikap yang dijangkakan akan kembali semua ke asal seperti sebelum berlakunya krisis wabak
  • Amalan yang akan berubah – Ini pula adalah sikap yang berubah akibat dari terjadinya wabak covid-19
  • Amalan yang terus hilang – Amalan yang akan sebelum ini ada, kemudian disebabkan wabak berlaku, ianya terus hilang terus hilang tidak lagi diamalkan oleh orang ramai.

Berdasarkan 3 perkara di atas, anda terpaksa buat telahan mana satu yang bakal berlaku kepada pengguna setelah redanya wabak nanti.

Macam mana nak agak amalan yang mana akan kembali seperti asal, mana yang akan berubah, dan mana satu yang akan lenyap?

Memang satu kerja yang agak susah!

Tapi perlulah juga buat telahan dengan menggunakan segala maklumat kajian berkenaan sikap manusia.

Anda boleh jadikan panduan di bawah pula sebagai pedoman untuk membuat ramalan.

Berdasarkan kajian, samada satu amalan itu akan berubah atau tidak bergantung pada 4 perkara

  • Adakah amalan itu sudah jadi tabiat – Amalan akan jadi tabiat bila ianya diulang buat banyak kali. Tempoh amalan dilakukan tidak memberi kesan sangat. Macam tabiat melepak makan di kedai makan contohnya dah jadi tabiat. Jadi bila keadaan jadi normal, tabiat itu akan kembali semula.
  • Apakah motivasi dalam mengamalkannya – Ada dua motivasi sahaja. Samada motivasi kebendaan atau motivasi psikologi. Antara dua tu, motivasi psikologi paling kuat. Contohnya amalan ziarah kawan atau saudara. Ia memberikan motivasi psikologi yang kuat. Jadi biasanya akan kembali semula.
  • Tekanan terhadap amalan – Samada tekanan perundangan atau tekanan masyarakat. Amalan yang dilihat serong oleh masyarakat akan membuatkan anda cuba elakkan diri dari melakukannya. Begitu juga jika undang-undang melarangnya, majoriti orang ramai akan mengelak.
  • Ubah kepada amalan alternatif – Jika ada satu lagi amalan yang jauh lebih baik diberikan pilihan, amalan lama akan berubah. Contohnya amalan beli barang secara online mungkin akan kekal sebab sangat mudah dari pergi ke kedai secara fizikal.

Buat telahan perubahan amalan

Berdasarkan semua pedoman asas yang saya kongsikan kat atas tu, anda boleh pertimbangkan apa yang akan berlaku terhadap aktiviti perniagaan anda selepas selesainya wabak covid-19 nanti.

Bagi perniagaan yang saya buat selama ini, nampaknya keadaan akan kembali seperti biasa, insyaallah, selepas semua ini selesai nanti.

Walau bagaimanapun, tiada siapa yang tahu apa sedang menanti di depan sana. Paling penting adalah sentiasa bersedia untuk membuat pemantauan dan bersikap terbuka untuk buat perubahan jika perlu samada cepat atau lambat.

Saya doakan anda yang bertahan sejak bermulanya wabak ini sehingga sekarang akan kembali pulih dan membina semula segala yang telah rosak.

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Apa akan berlaku pada perniagaan anda selepas wabak covid-19 berjaya dibendung?

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !