Wednesday, March 24, 2021

Masalah syarikat di mana pasukan pekerja tak ada satu identiti kumpulan

  Mat       Wednesday, March 24, 2021
Pekerja syarikat perlu ada satu identiti kumpulan

Ini lanjutan dari artikel yang sebelum ini berkenaan perkara yang menghalang pasukan pekerja anda berfungsi dengan baik.

Kalau tak baca lagi artikel tu, elok pergi baca dahulu. Saya berikan linknya kat sini.

Anda tentu tahu betapa pentingnya untuk pastikan semua pekerja tahu apa peranan yang dia main dalam kumpulan kecil di mana dia bertugas. Kemudian apa peranan kumpulan kecilnya itu untuk jabatan. Dan seterusnya dari peranan jabatan tersebut, membawa kepada syarikat.

Semua itu adalah gambaran terhadap kepentingan untuk pastikan adanya identiti kumpulan dalam syarikat anda.

Penting ada satu identiti kumpulan

Identiti kumpulan ni umpama diri anda sebagai seorang individu. Walaupun ada banyak anggota dari kepala turun ke kaki sampai ke seluruh organ dalaman yang ada, tapi semua akur bahawa semua berfungsi untuk diri anda.

Bayangkan tangan kiri anda tak mahu ambil peduli dan anggap dia berbeza dari anda! .. kacau jadinya!

Bayangkan dalam syarikat anda, kerani akaun tak ambil peduli masalah yang dihadapi oleh team sales. Bukannya nak tanya apa yang dia boleh buat untuk pastikan team sales lancar prestasi menjualnya, malah apa yang team sales minta, di ambil endah tak endah tak mahu kongsi maklumat.

Kerani akaun umpama tangan pada tubuh badan anda. Memang tak boleh bayangkan betapa bodohnya tangan yang tak mau berikan kerjasama pada anggota lain. Tapi itulah yang sering berlaku dalam sebuah syarikat yang tidak ada satu identiti kumpulan.

Tanda pekerja tak ada identiti kumpulan

Saya kongsikan antara tanda-tanda yang boleh berlaku yang menunjukkan syarikat anda ada masalah dalam mewujudkan satu identiti kumpulan.

  1. Sentiasa wujud konflik antara matlamat syarikat dengan matlamat peribadi pekerja – contoh mudah adalah seperti pekerja yang lansung tak mahu buat over-time sebab dia punya prinsip hidup hanya mahu kerja 8 jam sahari sahaja untuk syarikat anda. Lepas tu dia ada urusan lain yang peribadi.
  2. Kurang berikan komitmen – Apa saja kerja yang syarikat usahakan, para pekerja tidak bersungguh-sungguh berikan sumbangan mereka untuk menjayakannya. Semua buat sekadar melepaskan batok di tangga.
  3. Tidak wujud rasa bertanggung jawab sesama pekerja – Macam saya berikan contoh atas tadi, kerani anggap hal akaun tak ada kena mengena dengan team sales dan begitulah sebaliknya. Malah dalam satu kenderaan kerjapun masing-masing nafsu nafsi.
  4. Kerjasama sangat rendah – Tak ada keputusan bersama, malah tak boleh nak duduk semeja bincang untuk buat keputusan. Kedekut nak kongsi maklumat, biarkan rakan kerja lain terkial-kial sendirian selesaikan halnya.

Itu antara tanda mudah tengok yang menunjukkan tak ada satu identiti kumpulan dalam syarikat anda. Dah tentu ada banyak lagi caontoh lain kalau nak difikirkan. tapi contoh di atas saya rasa dah sangat jelas memberikan gambaran dan kefahaman tentang apa itu satu identiti kumpulan pekerja.

Satu identiti kumpulan kerja dapat menjadikan kumpulan pekerja di syarikat anda berikan komitmen bersungguh-sungguh. Mereka sedar semua orang punya satu hala tuju dalam menjayakan usaha syarikat untuk berjaya.

Ringkasnya dengan adanya satu identiti kumpulan kerja semua urusan berikut menjadi mudah dan lancar dalam syarikat anda

  • Saling bekerjasama
  • Kongsikan maklumat
  • Lebihkan usaha
  • Buat keputusan bersama
  • Letakkan matlamat syarikat di atas matlamat peribadi

3 punca identiti kumpulan lemah

Berdasarkan maklumat dari buku yang saya baca, ada 3 punca kenapa identiti kumpulan lemah. Lihat di bawah perkara tersebut.

  1. Team baru up – Kalau anda baru saja kumpul satu kumpulan dan masing-masing saling tak kenal antara satu sama lain, memanglah tak akan ada terus satu identiti. Masing-masing bergerak slow macam kucing nak bertarung.
  2. Masuk ahli baru – Ada masanya team yang ada dah baik. Tapi bila masuk saja seorang ahli baru, habis jadi kucar kacir. Walaupun yang baru hanya seorang!
  3. Ahli kumpulan yang pelbagai – Dalam satu kumpulan tentu setiap ahli punya latar belakang dan pengalaman yang berbeza. Malah cara berfikir juga tak sama. Semua ini perlukan usaha untuk saling faham memahami kekuatan dan kelemahan setiap ahli.

Cara bentuk satu identiti kumpulan

Mungkin dalam banyak-banyak perkara yang saya tulis dari awal sampai sekarang, ini adalah satu-satunya jawapan yang pembaca sedang cari.

Dah mengaku kepentingan wujudnya satu dentiti kumpulan dan memang sedang hadapi masalah yang sama .. jadi macam nak selesaikan semua masalah tu?

Kalau anda nak jawapan yang ringkas, memang tak ada.

Kalau nak tips untuk selesaikan dengan pantas masalah ini juga memang tak ada. Melainkan anda ambil semua pekerja dari kalangan robot AI.

Cara panjang saja yang ada. Iaitu bermula dengan berhati-hati nak masukkan ahli baru. Jangan main-main dengan temuduga dan belajar cara kenal pasti dan pilih ahli yang betul. Peergi belajar pada mereka yang pakar dalam bab ni.

Bila ahli baru masuk, jangan main lepas macam tu saja tanpa ada proses induksi untuk pecahkan kejanggalan masuk tempat baru. Bayangkan kalau anda pergi makan kenduri sampai di depan rumah kenduri tak ada siapa sambut dan anda tak nampak seorangpun yang anda kenal. Jangan buat pada pekerja yang baru masuk macam tu.

Tanam sampai hadam matlamat syarikat. Apa visi, misi, amalan dan segala tok nenek yang penting untuk syarikat biar semua terbawa sampai ke dalam mimpi.

Sering adakan projek berkumpulan. Bermula dari yang mudah sampai kepada yang susah. Jangan hadkan kepada urusan kerja saja. Masukkan sekali projek ramai-ramai yang santai luar dari urusan kerja.

Ada banyak lagi idea dalam kepala saya ni untuk usahakan satu identiti kumpulan pekerja. Tapi saya simpan untuk diri snediri saja la dulu. Takkan nak kongsikan semua kat sini percuma kot! Dah la nak share atau like artikel ni pun susah .. pergi lah cari kursus berbayar kalau nak belajar semua tu.

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Masalah syarikat di mana pasukan pekerja tak ada satu identiti kumpulan

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !