Tuesday, April 13, 2021

Kisah Pak Lang budak nakal ketika sekolah membesar jadi petani di kampungnya

  Mat       Tuesday, April 13, 2021

Pak Lang dah lama duduk kat Kampung Petani. Dia lahir kat kampung tu, membesar dan bersekolah kat situ juga. Tamat tingkatan 5 dia tak masuk mana-mana universiti. Keputusan SPM yang dia dapat hanya Lulus saja.

Kalau dalam bab pelajaran di sekolah, Pak Lang memang tak masuk dalam kategori murid kesayangan cikgu. Malah kelas Pak Lang dikenali dengan nama Kelas Zoo. Begitulahlah yang gurubesar berikan gelaran pada Kelas tersebut. Boleh bayangkan betapa meriahnya Kelas Pak Lang dan kawan-kawanya.

Balik sekolah dari zaman rendah sampai menengah, Pak Lang akan tolong bapaknya buat kerja kampung. Musim padi dia bantu bersawah. Sehinggalah habis musim mengerat padi dia bantu bapaknya tangguk ikan pulak.

Disebabkan dah terdedah dengan semua jenis kerja yang banyak guna tenaga, badan Pak Lang terbentuk cantik dengan otot yang sasa. Takat tanggung beras dua guni penuh tu, urusan mudah bagi Pak Lang.

Dalam keluarga Pak Lang semua adik beradiknya pandai kat sekolah. Tinggal Pak Lang saja yang kurang minat dengan pelajaran. Semua adik abangnya sambung belajar masuk Universiti. Habis belajar, kerja baik dengan pangkat besar. Tinggal Pak Lang saja kat kampung.

Bila dah dewasa, semua usaha bendang Pak Lang ambil alih. Rumah pusaka juga diberikan pada Pak Lang dengan persetujuan semua saudara maranya. Kalau abang adik tak bantu saudara mereka yang agak ketinggalan di kampung, siapa lagi?

Kerja buat bendang lumayan

Ramai anak-anak kampung yang berhijrah ke bandar. Sama macam abang dan adik Pak Lang yang lain. Hanya beberapa kerat penduduk saja, yang sama nakal macam Pak Lang ketika muda, yang kekal kerja kampung.

Bila orang tua dah tak larat, anak-anak tak ada yang sanggup ambil alih dan usahakan warisan orang tua mereka. Lagipun masing-masing kerja kat bandar. Duit gaji cukup untuk makan dan minum tanpa perlu harap beras yang orang tua usahakan di kampung. Banyaklah bendang yang akhirnya terbiar.

Walaupun Pak Lang mengaji tak tinggi, tapi sifat giat dan berani berusaha, atau dalam kata orang putih, “entreprising”, yang ada padanya dirinya luar biasa.

Dia pergi minta pada semua orang kampung yang terbiar bendang mereka untuk diusahakan. Dari terbiar begitu saja, semua setuju dan serahkan saja pada Pak Lang.

Pak Lang bukan ambil buta. Dia pajak dengan jumlah bayaran ikut saiz bendang yang diusahakannya. Orang kampung dapat duit mudah bila semua bendang mereka dipajak pada Pak Lang. Ada juga yang Pak Lang beli terus tanah bendang mereka.

Dengan usaha gigih Pak lang, banyaklah hasil yang Pak Lang berjaya raih setiap kali habis musim kerat padi. Tolak semua kos pajakan dan kos benih dan segala upah yang lain, puluhan ribu akan masuk dalam akaun Pak Lang di bank setiap tahun.

Orang kampung macam Pak lang pandang tinggi pada tanah. Pantang dia dengar ada orang nak jual tanah pusaka, habis semua dibelinya. Lama kelamaan Pak lang bukan saja jadi taukeh bendang. Dia juga ada banyak kebun kelapa sawit dan kelapa biasa.

Dalam diam, Pak Lang sebenarnya jauh lebih kaya dan berharta berbanding abang dan adiknya yang kerja besar di bandar. Pak Lang pergi buat penilaian semua harta pusaka yang diusahakannya dan dia bayar dengan harga tinggi pada abang serta adiknya.

Tapi bukan semua harta pusaka dia beli. Tanah pusaka luar yang mereka ada cukup untuk difaraidkan buat semua adik beradiknya. masing-masing ada panggu mereka sendiri kalau ada niat nak balik duduk buat rumah kat kampung. yang Pak Lang beli hanyalah bendang dan sebidang tanah kebun yang Pak Lang usahakan bila tamat musim padi.

Ubah suai rumah pusaka

Antara harta yang Pak lang beli adalah rumah pusaka mereka sekeluarga. Dia nilaikan rumah tu dan tawarkan harga yang baik kepada semua abang dan adiknya. Tapi mereka tak mahu terima. Semua abang dan adiknya halalkan saja. Bagi mereka, nilai peranan yang Pak Lang taburkan menjaga ibu bapa mereka sehingga ke tua tiada galang ganti.

Oleh sebab semua adik dan abangnya serahkan rumah pusaka tu pada Pak Lang, maka ikut dialah nak buat macam mana rumah tu.

Satu hari, Pak Lang tergerak untuk ubah suai rumah itu. Dia nak gabungkan rumah kayu bentuk asal dengan tambahan binaan batu di bahagian bawahnya. Nanti besar lah sikit rumahnya. Dapat menampung semua keluarga abang dan adiknya bila balik bercuti ke kampung nanti. Dia nak tambah beberapa buah bilik lagi di bahagian bawah binaan baru tu.

Pak Lang gunakan khidmat rakan kampungnya Pak Mid untuk semua kerja ubah suai rumahnya. Pak Mid sejak tamat sekolah menengah ikut arwah ayahnya jadi tukang buat rumah. Bila Pak Mid ambil alih bisnes arwah bapaknya, dia luaskan lagi perniagaan itu melangkaui sempadan daerah dan negeri.

Pak Mid bina konsep design & build. Dia tawarkan kepada pemilik tanah yang nak bina rumah semua urusan kerja dari A ke Z. Dari reka bentuk sehingga ke binaan. Pak Mid ada teamnya sendiri yang masing-masing punya syarikat mereka.

Semua tukang yang Pak Mid gunakan, upah mereka dibayar ikut projek. Begitu juga arkitek rekabentuk dan konsep rumah. Pak Mid pakai khidmat Haji Halim untuk semua projek buat rumah pelanggannya.

Ada ramai lagi kontraktor lain dalam kampung tu, tapi Pak Lang tak pakai khidmat mereka. Sebab utama Pak Lang tak pakai, adalah kerana mereka semua kontraktor kejar projek kerajaan. Paling ramai kontraktor Kelas F. Ada juga 2 atau 3 orang yang punya syarikat kontraktor binaan kelas lebih besar. Sama juga. Mereka fokus pada projek kerajaan.

Pak Lang dapat lihat kualiti kerja berbeza antara kawannya Pak Mid dengan semua kontraktor kejar kerja kerajaan yang ada. Memang tak boleh bandingkan dengan kualiti kerja Pak Mid. Terperinci, harga berpatutan dan tak pernah menipu.

Macam Pak lang juga, Pak Mid sangat pentingkan hasil kerjanya. Duit keuntungan bukan matlamat utama. Kalau kerja bagus, untung akan ikut sama bagus. Berbanding kontraktor kerajaan yang fokus utama mereka adalah duit untung. Bukan kepada kualiti kerja yang dilaksanakan.

Pernah Pak Lang tanya pada Pak Mid kenapa dia tak masuk bida kerja kerajaan. Pak Mid beritahu dia ada cuba masuk. Tapi pegawai minta duit pelincir. Dah harga kena lawan, tambah pulak dengan kos pelincir, kualiti kerja terpaksa direndahkan. Jadi dia lupakan saja niat nak ambil kerja kerajaan.

“Aku tak mau tujuh keturunan aku disumpah oleh semua pengguna bangunan yang aku bina tak ikut spesifikasi yang ditentukan” kata Pak Mid pada Pak Lang.

Bayangkan kalau Pak Lang minta duit rasuah pada Pak Mid kalau dia nakkan kerja ubah suai rumahnya itu?

Itu kerja gila. Tak mungkin akan berlaku. Pak Mid kontraktor kepada syarikatnya sendiri dan Pak Lang pemilik rumahnya. Yang diperlukan adalah hasil yang baik dalam semua urusan yang mereka usahakan. Itu yang tak ada kepada pekerja makan gaji. Perasaan kepunyaan terhadap hasil kerja dan pemilikan terhadap syarikat tak ada.

Rumusan Pak Lang dan Pak Mid sama saja. Lebih baik berniaga dengan pemilik atau pengguna sebenar. Berurusan dengan pegawai yang diamanahkan oleh majikan susah nak lepas dari desakan terhadap rasuah.

Cara mudah untuk kaya cepat bagi pegawai yang diamanahkan oleh majikan adalah dengan buat duit luar. Dia berikan kerja kepada peniaga yang sanggup hulurkan duit suapan padanya. Jadi, pegawai dapat makan duit depan dan belakang. Gaji dia ambil, duit rasuah peniaga juga dia ambil.

Patutlah Pak Lang tengok para pegawai sebegitu mewah hidup mereka. Kalau dibandingkan gaya mereka, ternyata kelihatan para pegawai itu berganda lebih kaya dari Pak Lang. Sedangkan mereka hanya kerja makan gaji.

Semua itu buat Pak lang dan Pak Mid risau memikirkan anak dan cucu mereka. Kalau ikut perjalanan hidup orang sekarang, mereka dibesarkan dengan masuk sekolah. Kemudian masuk universiti. Lepas tu kerja makan gaji. Bila makan gaji pegang amanah yang diberikan majikan. Mampu kah mereka pegang amanah itu tanpa rasa tergugat dengan keinginan untuk hidup senang dan mewah?

Perlukah lawan arus?

Sekuat manapun prinsip hidup yang ditanam dalam hati anak cucunya, ia tidak dapat jamin pegangan prinsip tu goyang. Perbuatan seseorang bukan saja bergantung kepada prinsip. Malah prinsip jarang duduk atas sekali.

Keputusan biasanya dipengaruhi oleh keadaan. Benda yang mudah sentiasa jadi pilihan manusia. Tekanan sekeliling juga kuat mendorong keputusan. Bila rasuah mudah diamalkan, mudah dihulurkan. Ramai pula yang buat amalan itu jadi kebiasaan. Insan luar biasa saja yang akan mampu pertahankan prinsipnya dalam keadaan sebegitu.

Semua itu Pak Lang nampak jelas berlaku pada masyarakatnya. Makin lama makin rancak ..

Apa yang Pak lang perlu buat?

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Kisah Pak Lang budak nakal ketika sekolah membesar jadi petani di kampungnya

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !