Monday, April 26, 2021

"Waa! Mahalnya!" - Apa yang anda boleh buat bila pelanggan kata macam tu

  Mat       Monday, April 26, 2021

Waa! Mahalnya!

Biasa dengar pelanggan kata macam tu?

Kalau anda seorang usahawan yang jual produk atau servis yang berkualiti tinggi, dan sudah tentu dengan tawaran harga yang tinggi, akan selalu dengar ungkapan sebegitu.

Tapi kalau anda jual produk yang anda sendiri tak berapa yakin duduk di tahap mana, lalu harga paling rendah yang terlintas dalam kepala diletakkan, sudah tentu tak akan ada ungkapan terkejut mahal macam itu berlaku. Kalau ada pun dah tentu yang kata tu sewel tak berapa nak centre otaknya.

Kenapa letak harga mahal

Dalam menentukan harga produk atau servis, anda sudah tentu dan buat semua pertimbangan yang terperinci. Anda juga sangat jelas dengan apa yang pelanggan akan dapat.

Bukan saja-saja harga macam tu diletakkan.

Anda dah bandingkan semua produk pesaing berdasarkan harga dari yang paling rendah kepada yang paling tinggi. Buat senarai harga sebelah kiri dan senarai kelebihan yang setiap produk ada. Kemudian cuba cari kat mana nak selitkan posisi produk anda tu berdasarkan harga yang sepatutnya.

Panduan tentukan harga dah pernah saya konsikan dalam blog ni. Kalau nak baca pergi ke pautan sini.

Punca orang merunggut harga mahal

Ada 2 punca paling utama kenapa anda akan dengar perkataan ‘Waa! Mahalnya!” keluar dari mulut pelanggan yang terkejut sebaik saja dia dapat tahu harga produk anda.

#1. Pelanggan tak faham

Sebab anda gagal beri kefahaman kepada pelanggan tentang nilai barang atau servis tersebut. Jadi pelanggan yang datang tak faham apa yang dia dapat berbanding jumlah duit yang dikeluarkannya.

Cuba lihat orang yang masuk kedai sukan beli kasut adidas. Dia boleh lihat sendiri beza harga yang jauh antara kasut power dengan kasut adidas. Tapi kasut adidas juga yang dibelinya. Sekalipun dia telan pahit air liur ketika menghulurkan jumlah duit pada cashier.

Macam mana nak bagi pelanggan faham?

Usaha kasi pelanggan faham bermula dari aktiviti awal ketika buat marketing. Anda perlu tahu siapa pelanggan yang nak ditarik dan ditawarkan produk tersebut. Bukan semua orang adalah pelanggan anda. Ertinya pelanggan are not always right. Perlu ingat perkara tersebut.

“Bukan semua pelanggan adalah pelanggan yang baik dan sesuai untuk bisnes anda!”

hidupringkas.com

Bila dah tahu sasaran pelanggan, kena tahu demografik mereka. Kat mana mereka berada, macam mana cara mereka fikir, apa yang mereka suka dan tak suka, channel penyampaian mana yang lebih sesuai dengan mereka dan lain-lain lagi.

Buat kerja marketing secara umum untuk tarik siapa saja adalah satu kerja yang akan menyusahkan diri anda sendiri.

Kemudian bila pelanggan dah datang, perlu perhatikan pula isu ke-2 yang saya kongsikan kat bawah.

#2. Proses menjual salah

Proses menjual ni bermula sebaik saja bakal pelanggan hubungi anda atau jurujual syarikat. Atau ketika dia datang ke premis perniagaan anda.

Ketika sampai ke premis dengan kereta dan prospek terpinga-pinga cari jalan nak parkir. Susah nak letakkan kenderaannya dan bila dah parkir susah nak pergi masuk dalam kedai. Pengalaman awalnya sebegitu akan mula cemarkan mood membeli pelanggan. Dia teruskan juga sebab dah alang-alang sampai.

Sebaik saja masuk ke dalam premis, tiada sambutan pulak. Macam tak ada orang. Atau ada orang tapi semuanya buat tak tahu saja. Ada pulak pekerja yang sempat jeling satu imbas dan teruskan buat kerja macam tak ada apa saja. Akan merendahkan lagi mood membeli pelanggan.

Dia bertahan teruskan juga sebab alang-alang dah sampai takkan nak patah balik.

Bila tanya harga, terus diberikan tanpa berlaku proses cuba faham pelanggan itu, maka akan terpancullah, “Waa! mahalnya!”

Itu semua adalah disebabkan proses menjual yang anda amalkan sekarang tak cekap sebagaimana yang sepatutnya.

Ada perlukan lihat semula keseluruhan proses yang ada dari awal perhubungan atau cubaab pelanggan nak masuk ke premis macam saya gambarkan kat atas tadi.

Pastikan dalam proses tu dimasukkan sekali maklumat yang mampu menyatakan nilai produk tersebut dengan terang dan jelas.

Pastikan tak ada sedikitpun berlaku keciciran kesemua kelebihan produk anda.

Pastikan semua disampaikan dengan mudah dan lancar agar pelanggan dapat faham dengan jelas dan terang sebagaimana yang sepatutnya.

Ambil masa untuk betulkan

Penerangan kat atas tu mungkin membuatkan anda rasa macam susahnya nak atasi masalah pelanggan tak puas hati dengan harga.

Kalau anda rasa macam tu, relaks. Jangan rasa gibab awal sangat. Memang semua itu bukan ambil masa sehari dua saja. Ia merupakan satu proses yang berterusan sampai berjaya ke peringkat kebnayakan produk yang orang tak marah bila harganya mahal.

Sebab makan masa dan perlu cekap dan tabahlah maka ramai yang tak sanggup. Lalu ambil jalan pendek tibai bagi harga rendah sampai pelanggan menitis air mata mendengarnya.

Jangan putus asa untuk betulkan. Perhatikan tanda-tanda ada kesilapan berlaku samada para peringkat pemasaran atau jualan.

Pemasaran tak betul apabila yang datang masuk kedai anda bukan pelanggan yang anda sasarkan.

Jualan ada masalah apabila ramai yang masuk. Memang mereka jenis pelanggan yang disasarkan. Tapi hampir kesemuanya keluar tanpa buat pembelian dan tak datang lagi selepas itu.

Selamat berjaya.

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, "Waa! Mahalnya!" - Apa yang anda boleh buat bila pelanggan kata macam tu

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !