Friday, May 14, 2021

Adakah kelebihan jadi kaya luar biasa hanya untuk mereka yang terpilih saja?

  Mat       Friday, May 14, 2021
Bugatti Divo – sumber

Saya ada satu grup wasap terdiri dari kawan-kawan usahawan dan coach yang hebat-hebat. Masing-masing ada banyak pengalaman dalam dunia perniagaan. Luas jaringan kenalan dan paling penting sangat bertenaga untuk berjaya.

Macam dalam mana-mana grup wasap, ada kawan-kawan yang rajin kongsikan maklumat. Ada kawan-kawan yang rajin tiupkan semangat dan suntikan inspirasi. Dan paling ramai, kawan-kawan yang sangat kedekut buat semua perkongsian di atas.

Saya ingatkan dulu, jika duduk dalam grup dikalangan usahawan bermotivasi, tentulah jumlah yang tak kedekut kongsikan idea, semangat dan inspirasi adalah tinggi. Ternyata sangkaan saya silap. Sama saja rupanya.

Boleh dirumuskan bahawa untuk jadi seorang yang rajin berkongsi idea, berikan semangat dan tiupkan daya inspirasi tidak perlu tunggu berjaya. Tak perlu tunggu jadi usahawan terlebih dahulu juga.

Ia adalah sikap yang tak bergantung kepada samada berjaya atau berniaga. Kalau jenis kedekut bersuara dan berikan idea, tetap akan kedekut juga samada miskin atau kaya, berniaga atau makan gaji.

Oleh itu, jika anda masuk dalam mana-mana grup wasap, tak payah nak rasa terkilan jika majoriti kawan-kawan lebih suka jadi CCTV saja kat dalam grup tu. Layan sajalah mereka yang rajin dan aktif bersuara dan berbincang.

Kaya luar biasa beli Bugatti Divo

Salah seorang kawan yang rajin berikan idea dan semangat adalah saudara Azad Jasmi. Dia disenaraikan dalam carta 70 individu sedang meningkat naik dalam LinkedIn tahun lalu.

Pagi tadi dia kongsi dalam grup wasap tu tentang seorang yang kaya luar biasa beli kereta Bugatti Divo.

Mungkin anda baru pertama kali dengar nama kereta tu. Jangan risau. Anda ada kawan yang pertama kali juga dengar. Saya baru pagi tadi dapat tahu ada kereta nama macam tu. Dan kereta tu bukan sebarang kereta.

Selepas dapat mesej tu, saya buat carian kat google.

Hanya 40 buah Bugatti Divo dibina untuk pelanggan yang terpilih saja. Kalau anda tak ada memiliki sebuah Bugatti Chiron, pertama kali juga saya dengar nama tu. Atau paling lekeh pun, jika anda tak kenal seorang kawan yang kenal kawan yang memiliki Bugatti Chiron, anda bukanlah pelanggan sasaran untuk jadi pembeli Bugatti Divo.

Pendek kata, jenama Bugatti ni khas untuk mereka yang kaya luar biasa saja.

Nak tahu berapa harga Bugatti Divo versi paling basic dijual?

Harganya adalah USD5.8 juta. Dalam matawang negara kita sekarang berdasarkan nilai masa ni, harganya dalam RM23.91 juta sahaja!. Jumlah duit banyak tu membolehkan anda beli 53 unit rumah teres yang berharga RM450 ribu seunit.

Tapi bukan harga itu yang seorang kaya luar biasa dari negara kita beli Bugatti Divo tu. Dia beli versi yang lebih mahal. Dengan beberapa kelebihan custom ikut selera dialah kot.

Harga yang dia bayar untuk bawa masuk Bugatti Divo tu ke Malaysia adalah USD8 juta. Itu harga tanpa cukai lagi tu!. Nilainya adalah RM33 juta dalam matawang kita. Boleh dapatkan tambahan 10 unit lagi rumah teres berharga RM450 ribu yang saya sebut kat atas tadi.

Siapa individu kaya luar biasa tu

Individu yang beli bawa masuk Bugatti Divo itu bernama JP Chin. Kalau nak tahu lebih lanjut berkenaan orang kaya luar biasa tu boleh pergi ke pautan ni.

Ringkas punya versi macam mana dia boleh jadi kaya luar biasa tu bermula dengan kerjaya selama 13 tahun di IBM dalam dunia IT. Dari pengalaman tu dia buka syarikat perniagaan dalam industri sama pada tahun 1996.

Syarikat itu terus jadi rakan niaga IBM paling top dalam bidang ‘mainframe business’ ketika itu. Kemudian dia masuk dalam dunia IT yang tawarkan sokongan dalam industri perbankan sampai sekarang tak ada bank yang tak kenal syarikatnya.

Kebetulan Azad peminat kereta, jadi dia sangat peka apa yang berlaku dalam dunia kereta. Dan dalam masa yang sama JP Chin juga kaki kereta. Tapi dalam level yang dah lain macam bila dia kaya gila. Dia siap ada muzium kereta untuk simpan semua kereta yang dibelinya.

Itu lah ceriteranya macam mana saya boleh tahu pasal seorang individu yang kaya luar biasa bernama JP Chin yang beli kereta Bugatti Divo, yang tak pernah terlintas dalam benak kepala saya untuk memilikinya.

Bagaimana nak berjaya macam JP Chin

Bila saya semak sedikit sebanyak cerita JP Chin bagaimana dia bermula dan macam mana dia boleh jadi berjaya macam itu, nampak satu corak sama yang turut dilalui oleh hampir semua orang berjaya di luar sana.

Saya kongsikan perkara sama dalam grup wasap tu corak tersebut. Dan saya kongsikan perkara sama untuk anda yang rajin datang baca tulisan saya kat blog ni.

Ada 2 perkara asas yang dibuat atau dilalui oleh semua orang yang berjaya.

  1. Guna pakai apa yang dah ada sebelum ini – Semua pengalaman, kemahiran, pengetahuan dan jaringan kenalan yang anda dah ada, tuang semuanya atas meja dan lihat satu persatu. Fikirkan macam mana nak pakai untuk ke depan. Fikir juga macam mana nak mantapkan lagi tahap penguasaan anda.
  2. Bercita-cita besar – Hanya orang yang mencari sahaja akan dapat apa yang dia cari. Kalau ada skill yang hebat, banyak pengalaman dan pengetahuan, tapi tidak bercita-cita besar, anda tak akan ke mana-mana. Untuk ada cita-cita dan impian besar, masuk duduk sekali dengan grup sebegitu.

Kalau anda buat apa yang saya cadangkan kat atas tu, saya amat yakin anda juga akan trut berjaya dalam bidang yang anda ceburi.

Pastikan masa buang semua pengalaman, kemahiran, pengetahuan dan jaringan yang dah dikutip di masa yang lalu, lihat corak yang saling berkaitan. Tak boleh lari jauh sangat sampai tak relevan.

Contohnya, tak boleh sekejap jadi nelayan laut dalam kejap jadi cikgu tadika. Nampak jauh sangat relevannya.

Itulah masalah kebanyakan orang yang terlepas bot untuk tempah kejayaan yang melebihi purata. Suka ubah linkungan kecekapan terhadap sesuatu jurusan. Mat Saleh kata Circle of competence.

Pergi baca bab Circle of competence tu pada pautan ni supaya anda, terutamanya yang masih muda, dapat amalkan strategi berkesan untuk berjaya dalam hidup ini.

Bila dah kenal pasti apa circle of competence anda, perlu pupuk cita-cita dan impian besar serta luaskan imaginasi dengan berkawan rapat di kalangan mereka yang turut sama bercita-cita besar.

Tak boleh rasa kekok. Tak boleh rasa meloya dan timbul sikap anti sebab mereka suka cakap tinggi dan besar sangat. Antara berlagak, tinggi diri, sembang kencang atau tidak, anda sendiri boleh dapat rasa bila alaminya.

Bila anda rasa meloya dengan kumpulan yang anda rasakan sembang terlalu kencang sampai ratusan juta atau terlalu canggih perancangannya, mungkin ada dua sebab saja.

Pertama memang mereka sembang kencang betul.

Keduanya sebab anda jahil dan tak dapat menilai mana satu intan mana stau kaca. Saya lebih suka ambil pendekatan yang kedua ini terlebih dahulu sebelum nak menilai apa-apa terhadap segala cakap dan sembang orang.

Kaya luar biasa bukan untuk semua

Apa yang saya kongsikan kat atas tu adalah formula untuk berjaya saja. Berjaya lebih sikit ke depan berbanding mereka yang average atau biasa-biasa.

Untuk jadi lebih sikit dari biasa-biasa sebenarnya boleh saja dibuat oleh ramai orang. Hanya perlu sabar dan konsisten saja dan jangan kerap ubah haluan yang lansung tak releven.

Macam mana pulak nak jadi kaya luar biasa?

Bagi saya itu adalah pilihan untuk orang tertentu saja. Nasib baik banyak memainkan peranannya kat sini yang bukan dibawah kawalan anda.

Termasuklah genetik, dimana anda dilahirkan, bila celik selepas lahir tu tengok siapa sebagai muka ibubapa anda. Kemudian di mana anda disekolahkan. Dengan anak-anak siapa pulak anda berkawan dan membesar. Siapa class mate anda dan lain-lain lagi seumpamanya.

Tapi yang pastinya, jika anda tidak jadikan diri masuk dalam kategori berjaya lebih dari biasa-biasa. Jangan nak harap anda akan jadi berjaya luar biasa. Termasuklah jadi kaya luar biasa.

Nota: Ramai ahli politik negara kita selama pimpinan Tun M muncul jadi kaya luar biasa. Sama juga. Yang kaya lebih dari biasa-biasa sangat ramai. Kekal berpolitik saja untuk jadi begitu. Untuk kaya luar biasa, nasib baik banyak main peranan. Cuba perhatikan.

Takat ni saja kali ini dan selamat berjaya ..

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Adakah kelebihan jadi kaya luar biasa hanya untuk mereka yang terpilih saja?

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !