Monday, May 17, 2021

Cara dapatkan hasil jualan yang tinggi - Boleh amalkan petua rahsia ini

  Mat       Monday, May 17, 2021

Pengalaman berniaga sejak tahun 1998 temukan saya dengan ramai usahawan dan peniaga lain. Sebagai usahawan kecil, satu-satu nya perkara paling penting yang tentukan samada bisnesnya boleh jalan atau tidak adalah kemampuan untuk menjual.

Kalau taukeh itu sendiri tak pandai menjual, dia wajib cari pekerja yang pandai untuk tujuan itu. Produk bagus macam manapun kalau tak reti nak jual, tak akan laku.

Sama juga jika anda pandai buat pemasaran. Mampu panggil orang datang berduyun ke kedai. Jika anda tak ada ilmu menjual bila orang datang nak beli, maka bisnes tetap akan lingkup juga.

Tak ramai mahir menjual

Saya dah jumpa berpuluh syarikat yang punya ramai jurujual. Kebanyakan syarikat tersebut akan rekrut dalam lingkungan 10 ke 20 orang jurujual.

Bisnes yang ada kuota jualan, yang wajib dilakukan, tak boleh berjaya tanpa menggunakan khidmat jurujual. Syarikat induk yang memiliki produk untuk dipasarkan ke seluruh Malaysia biasanya akan menggunakan konsep melantik ajen atau peniaga lain untuk menjual produk mereka. Ajen pula akan rekrut kumpulan jurujualnya.

Syarikat induk hanya akan berikan latihan untuk mengenali dan kuasai kemahiran produk sahaja kepada para jurujual syarikat yang dilantiknya. Kerja pemasaran secara umum, untuk perkenalkan produk kepada orang ramai juga akan dilakukan oleh syarikat induk.

Biasanya, jika syarikat induk hasilkan produk yang memenuhi citarasa dan keperluan pelanggan sasarannya, persembahan pemasaran pula sangat menarik, permintaan terhadap produk itu sudah tentu akan wujud.

Pelanggan akan mula pergi cari ajen yang ada di kawasan berdekatan dengannya.

Bila pelanggan datang, maka bermulalah tugasan menjual. Ajen yang pandai menjual akan berjaya mencapai hasil jualan yang tinggi. Manakala ajen yang tak pandai menjual akan gagal sekalipun pelanggan ramai datang masuk ke kedainya.

Macam yang saya kata tadi kat atas, dealers biasanya terpaksa guna khidmat jurujualnya untuk menjual. Lebih ramai jurujual yang dia ada, lebih tinggi kemungkinan dia akan dapat jurujual yang betul-betul cemerlang.

Dalam kesemua syarikat yang ada jurujual yang ramai, biasanya hanya dalam lingkungan 20% sahaja dari jurujualnya yang super cemerlang.

‘Prinsip Pareto’ berlaku juga kepada prestasi jurujual syarikat-syarikat tersebut.

Katakan syarikat ada 20 orang jurujual. Dari jumlah itu, hanya ada 4 orang sahaja jurujual yang jumlah jualan mereka mencapai 80% dari keseluruhan hasil jualan syarikat. Kadang-kadang lebih teruk dari itu. Hanya ada 2 orang sahaja yang tapaw habis lebih dari 80% hasil jualan syarikat.

Hanya 20% dari salesman yang syarikat ada, menjana 80% dari jumlah keseluruhan jualan yang syarikat buat. 80% lagi salesman yang ada hanya geli-geli sumbangkan 20% saja dari keseluruhan jualan syarikat

hidupringkas.com

Maksudnya, dalam mana-mana kumpulan jurujual, pasti akan ada hanya 20% sahaja mereka yang super power dalam kemahiran menjual.

Persoalannya sekarang. Apa yang membezakan antara jurujual top tersebut dengan jurujual lain?

Apa rahsia yang jurujual tu amalkan sampai mampu meninggalkan jauh kesemua jurujual lain yang hidup segan mati tak mahu tu?

Saya berikan garis panduan asas sahaja dulu untuk artikel ini. Penerangannya akan saya buat pada artikel selepas ini.

Petua rahsia kuasai kemahiran menjual

Berikut apa yang anda perlu tahu tentang rahsia kemahiran menjual yang perlu diamalkan untuk membolehkan anda menjual dalam kuantiti yang tinggi.

  1. Perlu kreatif yakinkan prospek
  2. Mulakan dengan sentuhan emosi kemudian baru rasional
  3. Jangan bangkitkan masalah ‘cognitive dissonance’ pelanggan
  4. Bijak saja tak cukup, perlu guna daya empati
  5. Mampu kawal emosi tahap tinggi
  6. Pastikan pelanggan suka pada diri anda
  7. Bina kepercayaan

Saya akan huraikan lebih panjang setiap satu dari rahsia tersebut di atas dalam artikel lain selepas ini.

Bagi yang dah pandai, tentu dapat gambaran dan dah boleh faham kesemua petua yang saya gariskan kat atas tu.

Bagi yang masih tak boleh nak faham dan mahukan penerangan lanjut, .. Sabar ya!

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Cara dapatkan hasil jualan yang tinggi - Boleh amalkan petua rahsia ini

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !