Thursday, May 20, 2021

Cerita ini gambarkan makna khidmat pelanggan terbaik yang perlu dicontohi

  Mat       Thursday, May 20, 2021

Khidmat pelanggan terbaik untuk dihadam dan cuba di amalkan. Ini satu cerita benar yang saya baru baca. Teruja nak kongsikan cerita ni hari ni juga, jadi saya terus tulis dan nak post artikel ni segera.

Ceritanya berkenaan seorang ayah yang luangkan masa bawa anak lelakinya berumur 6 tahun tonton perlawanan Baseball.

Anak lelakinya itu asyik minta ayahnya bawa pergi ke stadium sebelum ini tapi dia tak sempat. Bila tiba waktu yang mengizinkan, dia terus ke kejohanan baseball koleh di daerah itu.

Perlawanan sangat sengit dan menarik. Anak lelakinya seronok menikmati pengalaman tersebut sepanjang masa. Tapi ada satu saja perkara yang anak dia tak berapa seronok.

Masa datang tadi, anaknya bawa bersama sarung tangan baseball masuk ke dalam stadium. Dia berharap kalau-kalau ada boleh sesat yang dipukul oleh pemain akan datang ke tempat duduknya.

Setiap kali pemain nak pukul, dia dengan sarung tangan dipakai kemas, dah bersedia teruja menantikan kot-kot bola datang. Tentu seronok tangkap bola sesat tu. Dan boleh la dia bawa balik sebagai cenderahati tanda ingatan kahadirannya di perlawanan yang menarik tu.

Dari mula sampailah ke habis perlawanan, sebiji boleh pun tak datang.

Sedih la juga, budak-budak kan!

Dengan sedikit sedih, sarung tangan baseball masih pakai kat tangan, dia bangun menuju ke pintu keluar untuk balik samping dipimpin ayahnya.

Masa berebut nak keluar dari pintu gate tu, mereka nampak seorang lelaki yang agak berumur, pekerja yang bertugas di kawasan pintu gate tu. Mungkin alumni kolej itu, atau mungkin peminat pasukan yang bertugas cari peluang untuk dapatkan tiket free.

Lelaki tu sedang rehat seorang lepaskan lelahnya.

Masa lalu tepi lelaki tu, dia tiba-tiba cekak dan pegang glove yang budak tu pakai di tangan.

“Ada dapat tangkap bola masuk kat dalam glove ni tak?” tanya lelaki itu serius.

“Tak!”, jawab budak itu perlahan nada berbisik.

Terus saja lelaki itu seluk poket keluarkan bola baseball sebiji dan letakkan di tapak muka glove.

“Nah!, sekarang kamu dah dapat satu!” kata lelaki itu bersemangat.

“Lepas ni jangan lupa datang lagi” sambungnya lagi.

Anak lelakinya terkujat kaku. Dipandang muka ayahnya. Terpancar seulas senyuman yang amat mengharukan. Bapanya juga terpaku. Bergenag air mata bapanya melihat kegembiraan anak lelakinya itu.

Bila sampai kat kereta mereka, setelah membelek bola itu, rupanya memang bola rasmi kejohanan yang mereka saksikan tadi. Mungkin ada bola sesat yang terdampar keluar dan lelaki tadi kutip ambil untuk simpan.

Nah!

Itu contoh nyata terbaik bagaimana khidmat pelanggan sedang menjalankan tugasnya dengan amat baik dan berkesan sekali.

Sejak dari situ, mereka jadi pengunjung tetap stadium itu selama bertahun-tahun. Dan yang pastinya, anak lelakinya itu jadi peminat sukan baseball sepanjang hayatnya.

Moral dari cerita kat atas tu

Adakah anda, termasuk juga saya. Berikan kebenaran untuk semua pekerja syarikat, membuat keputusan dalam bertindak melakukan yang terbaik untuk memberikan khidmat pelanggan yang paling istimewa bila ada kesempatan melakukannya?

Nota: Cerita menarik makna khidmat pelanggan terbaik ini dikongsikan oleh Tim Fulton.

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Cerita ini gambarkan makna khidmat pelanggan terbaik yang perlu dicontohi

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !