Monday, May 31, 2021

Jangan biarkan perasaan kuasai diri ada - Boleh cuba cara mudah ni

  Mat       Monday, May 31, 2021

Selepas tunaikan solat zohor kat rumah, saya keluar untuk ke pejabat. Kerajaan putuskan untuk buat ‘total lockdown’ bermula 1 Jun 2021 nanti. Ada 3 fasa pulak tu. Beri isyarat ianya akan berterusan dalam masa yang panjang macam tahu lepas.

Sejak pagi tadi, sambil brisk walk kat taman, saya cuba cerahkan pemikiran. Fikir apa yang perlu dibuat dengan aktiviti perniagaan syarikat saya yang bakal diuji sekali lagi.

Syarikat akan berhadapan dengan tekanan masalah kewangan yang tak sempat dibaik pulihkan sejak tahun lepas. Baru nak stabil buat susunan semula, dah kena hentam balik.

Timbul pertanyaan jahat , ‘kenapa aku yang perlu fikirkan semua bebanan untuk pastikan semua orang dapat teruskan hidup macam biasa. Kenapa aku saja yang perlu fikir nak cari duit kat mana?’.

Bisikan macam itu pantas saja cetuskan emosi negatif. Mula rasakan diri jadi mangsa. Kalau tak sedar emosi sedang mula kuasai diri, tentu akan dilayan perasaan itu membesar. Pantas saya jawab semula pada diri, bukan jadi mangsa. Sebaliknya memang nak ambil semua bebanan tanggung jawab tu sukarela.

Suara jahat tadi menyusut hilang.

Bayangkan situasi paling teruk

Bila perasaan jahat gagal kuasai diri, saya dapat berfikir secara rasional semula.

Macam yang dah banyak kali cuba diamalkan, saya mula bayangkan keadaan paling buruk yang mungkin melanda.

Teringat satu laporan baru-baru ni yang Malaysia merupakan salah satu negara bakal hadapi risiko tinggi krisis kesihatan. Akibat tekanan bekalan oksigen yang meningkat naik mendadak untuk hadapi covid 19. Baca laporan tu kat Guardian.

Dalam keadaan macam ini, faktor keselamatan dan kesihatan akan jadi perkara utama. Ekonomi akan jadi perkara kedua.

Dan paling teruk keadaan ekonomi saya sendiri termasuk semua bisnes yang ada akan runtuh. Maknanya terpaksa mulakan semuanya balik dari kosong. Itu paling teruk yang mungkin dihadapi.

Jika jadi begitu, tentu sangat menarik. Banyaklah kerja nak kena buat balik untuk bina semula apa yang dah tak ada.

Saya mula rasa tenang semula. Insyaallah sanggup hadapi itu semua. Hanya perlu ikut saja rentak dan tengok apa yang akan berlaku.

Sambil jalan kaki, saya buka wasap dan mula berikan arahan pada semua orang satu persatu, apa yang perlu dibuat bagi hadapi total lockdown kali ini. Pengalaman lockdown pertama dah ada. Ulang semula saja semuanya dan tengok nak jadi macam mana.

Selesai satu bab dan saya sambung bersenam macam biasa.

Singgah McD beli makanan

Berbalik semula ke perenggan awal artikel ini.

Dalam perjalanan nak ke pejabat, sampai di simpang stesen minyak Shell. Ada McD drive thru kat situ. Saya belok untuk beli makanan buat bekal kat pejabat nanti. Kereta nampaknya panjang beratur nak buat perkara sama.

Saya pusing. Teruskan perjalanan tak jadi nak drive thru. Masuk ke Giant pula untuk beli dari McD kat situ saja.

Selepas parkir, check in dengan MySejahtera, masuk ke dalam. Check in sekali lagi untuk masuk ke McD. Kena tunggu kat luar ikut giliran sebab pekerja McD tak bagi masuk selagi ada pelanggan sedang order kat skrin auto mereka.

Saya akur dan tunggu. Jarak dari saya ke mesin agak jauh lebih 3 meter. Lama juga tunggu. Lembabnya makcik tu order, bisik hati saya.

Perasaan tak sabar mula berputik. Sebaik saja makcik tu selesai, tiba-tiba meluru masuk kak cik, terus ke mesin itu. Dia selamba tak ikut peraturan tunggu kat luar. Kebetulan bila dia lalu makcik tadi selesai, tentu peluang baik baginya, dia rasa.

Saya termanggu-manggu terkebil melihat selambanya kak cik tu.

Putik bunga tak sabar yang muncul tadi nampaknya dah berkembang jadi bunga yang lebih besar. Masih sempat berfikir, saya salahkan pekerja McD. Mereka tulis arahan tapi tidak kuat kuasakan.

Sebaik saja pekerjanya lalu saya mengadu kenapa saya setia ikut arahan sedangkan kak cik tu selamba terus masuk potong giliran?

Nasib baik kakak pekerja McD tu berikan respon. Dia dapatkan kak cik tadi dan tanya samada dia scan ke tak sebelum masuk tadi. Kak cik tu tersipu malu dan pusing balik ke luar untuk scan. Pekerja McD suruh saya segera ke mesin buat order.

Timbul pula rasa kesian kat Kak Cik tadi. Tapi tak apalah. Saya bukan salahkan dia. Tapi salahkan staff McD yang tak kuat kuasakan arahan mereka sendiri.

Selesai order, buat bayaran, saya ambil resit. Nombor giliran ambil order saya 191. Saya lihat skrin, order saya sedang diproses. Setia berdiri menunggu. Satu order demi satu order orang lain ambil. Saya punya masih tak siap.

Saya tengok kakcik yang kemudian dari saya pun dah pi ambil ordernya. Saya masih tak siap. Nombor 194 kemudian 195 juga dah siap, semua pergi ambil dan saya masih menunggu.

Bunga tak sabar, kembang lagi dah berputik jadi buah pula. Makin besar!.

Saya ke kaunter dan bertanya kenapa 191 tak siap-siap lagi. Mereka sedang bancuh Latte untuk saya masih tak siap. Buah tak sabar kembang besar bertukar jadi marah. Saya tahan diamkan diri dan berpatah belakang berdiri .. tunggu lagi.

Nombor 196 pula dah siap.

Bila sedar yang perasaan marah sedang cuba kuasai diri, akhirnya saya buat keputusan untuk matikan saja perasaan tersebut.

Saya rela tunggu lama. tak perlu nak kejar apa-apa. Biarlah semua order orang lain siap. Saya nak begitu, itulah niat hati saya.

Lalu saya keluar pergi window shopping sebentar kat kedai tak jauh dari situ. Kemudiannya saya nampak satu kerusi panjang kosong. Saya duduk dan buka e-book di telefon dan baca. Niat nak habiskan sikit lagi buku tu. Bila dah habis, baru saya nak bangun pergi ambil order tu. Sejam atau 2 jam, biarlah. Saya boleh habiskan buku tu dan buka buku lain pula nanti.

Tak lama kemudian, ketika sedang membaca, lalu staff McD yang jaga pintu masuk tadi. Dia nak ke tandas yang kebetulan perlu lalu depan saya yang sedang duduk kat situ. Saya biarkan saja dia selesaikan hajatnya dulu.

Bila dia berpatah balik, saya tegur, “Kak!, kalau rajin, nanti tolong tengokkan order saya no 191 samada dah siap atau belum!”.

Dia angguk dan berlalu.

Tak lama kemudian, nampak dari jauh dia datang sambil tatang order saya di tangannya.

Baiknya kakak tu, bisik hati saya. Perasaan marah memang dah tak ada sebaik saja saya buat keputusan untuk relaks dan terima keadaan. Timbul rasa berterima kasih pula pada kakak tu.

Saya ambil sambil ucapkan terima kasih dan bangun keluar dari Giant menuju ke kenderaan.

Ketika hidupkan engin kereta, saya teringat satu buku yang saya baca berkenaan marah. Dia beritahu yang marah ini adalah dalam bentuk gelombang. Setiap kali timbul marah, akan naik satu gelombang. Kemudian, berlaku satu lagi kemarahan, akan terbentuk satu lagi gelombang. Dua gelombang itu akan bergabung jadi satu, yang lebih besar.

Begitulah seterusnya bila tercuit satu lagi kemarahan, bergabung lagi gelombang jadi 3, 4, 5 dan akhirnya akan jadi gelombang tsunami.

Tak ada cara lain untuk kawal keadaan itu selain dari mendatarkan semua gelombang itu supaya ianya mati terus.

Itulah yang saya buat bila dah berlaku gabungan satu demi satu gelombang marah tadi. Padamkannya terus dengan berikan tumpuan pada urusan lain yang lebih bermakna ketika itu.

Alhamdulillah, berjaya sekali lagi.

Itulah caranya yang anda juga boleh cuba amalkan. Jika selalu diamalkan, moga-moga apa saja perasaan yang negatif, tak akan mampu kuasai diri anda dan saya. Insyaallah!

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Jangan biarkan perasaan kuasai diri ada - Boleh cuba cara mudah ni

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !