Monday, June 7, 2021

Bisnes ada masalah tak tau nak buat macam mana lagi - Cuba buat benda ringkas ni

  Mat       Monday, June 7, 2021

Untuk kawan-kawan usahawan yang bisnes ada masalah, saya nak kongsikan satu petua mudah macam mana nak selesaikannya.

Biasanya dengan cara ringkas ni, 95% dari masalah akan selesai dan bisnes insyaallah akan lancar balik sehiggalah serabut datang semula.

Kalau datang balik pun, sekurangnya anda dah tahu formula paling asas dan paling ringkas dah pernah anda amalkan. Jadi boleh buat semula sekali lagi.

Saya pernah buat cara sama, dan alhamdulillah, memang ajaib! Sangant mujarab. Terus baca kat bawah ni ..

Bisnes ada masalah perkara biasa

Anda tentu tahu. Bisnes ada masalah adalah perkara biasa.

Hidup atas muka bumi ni, tak akan pernah sunyi dari masalah. Semua benda hidup akan lalui perkara itu. Tubuh badan kita macam tu juga.

Samalah bila berniaga, bisnes akan sering berhadapan dengan masalah. Masalah adalah petanda nak bagi tahu, ada yang tak kena.

Jika tahu dengan pasti kat mana masalah tu. Ambil pendekatan betulkannya dan berjaya, Alhamdulillah.

Yang serabutnya, tak tahu kat mana masalah sebenar. Tapi hanya tahu memang ada masalah. Jadi macam mana nak buat?

95% dari masalah IT selesai begini ..

Anda tahu tak. 95% masalah yang anda hadapi dengan komputer, telefon bimbit atau apa saja alat elektronik lain, biasanya dapat diselesaikan dengan hanya reboot balik.

Kalau komputer tiba-tiba ada masalah, tak kisahlah software ke apa. Perkara paling simple yang anda perlu buat paling awal adalah cuba restart balik komputer tu. Biasanya masalah tu selesai.

Phone tetiba slow, restart balik .. selesai masalah.

Ada aplikasi jem ketika guna komputer. Restart .. selesai.

Unifi tiba-tiba ada error tak tau nak buat apa. Restart .. buka balik masalah selesai.

Banyak contoh boleh saya bagi. Saya yakin anda memang dah biasa buat perkara ni dan kebanyakan dari masa, memang selesai.

Saya cari maklumat kenapa jadi macam tu?

Biasanya, masalah timbul hanya disebabkan ada sikit tak kena saja pada software. Disebabkan yang sikit tu, habis kacau berlarutan ke perkara lain dan akhirnya jadi tak ketahuan. Jadi bila restart, semuanya dimulakan balik dengan betul dan semua masalah yang serabut tadi tak ada lagi.

Jika anda semak masalah dalam bisnes macam tu lah juga.

Biasanya bisnes yang anda buat ada masa rehat. Esoknya buka balik dan petang rehat semula. Ketika berjalan mungkin berlaku sikit saja masalah. Tak perasan dan tak dapat kesan.

Masalah yang sikit tu menjalar ke tempat lain berangkai-rangkai dan akhirnya keseluruhan bisnes jadi serabut penuh dengan masalah yang tak diselesaikan.

Keesokkan harinya buka semula, bermula dengan masalah yang masih ada tapi tidak diselesaikan. Terus jalan macam biasa dan semua masalah membesar ke segenap ruang.

Akhirnya anda serabut tak tau nak buat apa.

Jalan paling ringkas, boleh ikut cara selesaikan masalah IT kat atas tadi.

Tutup sebentar dan buka balik

Untuk pastikan anda susun semula dan mula balik tanpa masalah adalah dengan tutup sebentar. Tak tau apa masalah sebenarpun tak apa. Tenang!

Kerangka perniagaan adalah sangat jelas dan mudah. Masa tutup tu, anda hanya perlu lihat semula satu persatu kerangkanya dan susun bagi elok kembali ke asas.

Saya dah banyak kongsikan kerangka asas bisnes kat blog ni. Tak rugi kalau saya ulang sekali lagi.

5 kerangka asas bisnes

Ada 5 perkara asas yang perlu ada dan perlu betul dalam setiap perniagaan. Lihat kat bawah.

#1. Produk bernilai

Setiap perniagaan tentu ada produk atau servis yang bernilai, ditawarkan kepada pelanggan. Produk tu jadi bernilai sebab dia dapat selesaikan masalah yang dihadapi oleh pelanggan anda.

Kenal pasti apa masalah yang produk atau servis anda selesaikan tu. Pastikan sekurangnya anda selesaikan satu masalah umum dan keduanya masalah yang lebih spesifik.

Contoh kedai makan. Masalah umum adalah lapar. Spesifiknya adalah makan dikedai yang tersorok tak ada orang nampak.

Perlu pasti dengan terang dan jelas perkara tersebut kalau nak terus berniaga. Buat senarainya satu persatu dan ringkaskan dalam satu ayat simple.

Bila dah jelas dengan perkara ni, pergi ke kerangka asas ke-2 di bawah ni pula.

#2. Pastikan orang mahu

Ini pun perkara mudah juga. tapi yang mudah tulah selalunya orang ambil mudah.

Tahu tak paling kerap berlaku, perkara paling mudah dibuat, adalah perkara yang paling mudah tidak dibuat!.

“Perkara paling mudah dibuat adalah yang paling mudah tak dibuat”

hidupringkas.com

Anda sangka oleh sebab produk boleh selesaikan masalah maka tentulah orang mahu. Betul tak?

Tapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. Kenapa tak ada orang datang beli pun?

Kalau nak tahu punca paling besar jadi macam tu adalah, disebabkan orang tak tahu tentang perniagaan anda tu.

Dah tak tahu macam mana pelanggan nak datang?

Maknanya, anda gagal teruk dalam aktiviti pemasaran. Gagal beritahu kepada seramai mungkin pelanggan sasaran anda. Kalau dah buat pemasaranpun anda masih gagal jelaskan supaya orang faham.

Sebab itu saya mulakan dengan kenal pasti apa masalah yang produk anda selesaikan kat atas tadi. Pilih ayat yang betul. Sentuh emosi mereka sampai semua bakal pelanggan faham dan yakin yang mereka perlukan produk anda tu.

Cuba senaraikan saluran pemasaran yang anda pakai sekarang untuk beritahu pelanggan sasaran tentang bisnes yang dijalankan. Biasanya ada 2 saluran utama. Pertamanya fizikal dan keduanya digital.

Buat list saluran fizikal anda sekarang macam mana, lokasi kedai, signboard, tanda arah, expo, kad bisnes dan lain-lain lagi.

Kemudian senaraikan saluran digital yang anda pakai selama ini. Media sosial, Google, Waze, Wasap, Email, blog, mudah, grab, foodpanda, jomorder dan lain-lain lagi.

Pastikan ada saluran yang anda berikan tumpuan. Sekurang-kurangnya 3 saluran yang ‘berkesan’.

Saya hitamkan perkataan berkesan tu sebab penting. Tak guna ada 12 saluran satupun tak berkesan!

Betulkan balik supaya lancar dan lihat kerangka ke-3 pulak.

#3. Menjual

Bila kerangka asas ke-2 di atas tadi dah berjalan baik, orang akan datang. Samada fizikal atau digital. Masuk kedai atau telefon atau mesej atau wasap atau DM.

Maka bermulalah aktiviti menjual.

Proses dan pendekatan yang anda amalkan menentukan samada mereka akan setuju atau tidak keluarkan duit buat pembelian.

Jika seratus datang, seorang pun tak beli. Semak semula aktiviti pemasaran di atas. Adakah anda beritahu pada orang yang betul.

Atau jika dalam 100 orang datang hanya seorang saja yang beli, itupun sebab dia kawan baik anda, ada masalah menjual kat situ.

Cuba semak sekarang bagaimana proses menjual berlaku selama ini. Adakah anda amalkan 4 langkah asas menjual. Bagaimana anda lakukan kesemua 4 langkah tersebut satu persatu. Semak semula.

Ok!, anda dah mula risau sebab tak tahu ada 4 langkah dalam proses menjual rupanya.

Tak apa. Saya kongsikan juga kat sini.

Berikut 4 langkah tersebut

Ambil hati > kenal pasti masalah > berikan cadangan solusi > jual

4 langkah menjual – hidupringkas.com

Itu secara ringkasnya.

Cuba anda semak semula apa yang dah diamalkan selama ini dalam memenuhi setiap langkah proses di atas tadi.

Bila dah betulkan semua proses menjual dan berpuas hati dengannya sila ke betulkan pula kerangka ke-4 di bawah.

#4. Puaskan hati pelanggan

Setiap orang yang keluarkan duit untuk dapatkan produk anda adalah dengan satu hasrat.

Dengan bayaran itu, dia harap apa yang anda janjikan ketika proses pemasaran dan penjual kat atas tu ditunaikan. Tak boleh kurang sedikitpun, lebih tak apa.

Soalan yang perlu ditanya sekarang, apakah yang anda dah buat selama ini untuk pastikan perkara tersebut berlaku?

Tak payah nak teruk-teruk cari idea luar biasa. Cukup dengan pastikan segala apa yang pelanggan bakal dapat dijelaskan dengan baik supaya tidak ada salah faham.

Buat senarai ‘barang’ yang pelanggan akan dapat dengan pembeliannya. Buat manual cara menggunakan semua barang itu. Dan paling penting buat secara back n white apa yang barang itu boleh lakukan untuk pelanggan anda.

Dengan hanya buat benda kat atas tu saja, anda akan berjaya selesaikan hampir semua kemungkinan salah faham. Seterusnya selesaikan lebih separuh dari rasa tak puas hati pelanggan yang mungkin berlaku selama ini.

Rujuk semula proses menjual kat atas tadi di kerangka ke-3. Proses penjelasan terhadap produk sudah berlaku ketika itu. Semak apa tools yang anda gunakan selama ini untuk pastikan anda tak terlebih janji hingga tidak dapat ditunaikan.

Buat juga proses step by step bagaimana anda tunaikan pembelian tadi. Proses tunaikan pembelian untuk bisnes servis tak sama dengan produk fizikal. Tapi kedua-duanya wajib ada proses yang terang jelas dan konsisten.

Semak semula semua proses tiu satu persatu dan betulkan mana yang rasa perlu.

Bila dah selesai, anda boleh pergi ke kerangka akhir bawah ni.

#5. Pastikan ada untung

Ini bab kewangan. Suka atau tidak, perkara paling penting dalam bisnes. kalau ini tak ada, bukan bisnes namanya. Mungkin kebajikan atau mungkin hobi.

Jika anda nak pastikan bisnes anda hidup dan stabil serta bergerak ke depan, pastikan ada untung.

Soalan paling utama dalam bab kewangan ini adalah, adakah selama ini bisnes anda menjana keuntungan. Kalau ya! bagus!.

So berapa peratusan keuntungannya. Berapa Gross Profit Margin bisnes anda dan berapa Net Profit Margin?

Kalau tak faham semua benda ni, atau jika anda sebenarnya tak pernah tahu semua peratusan keuntungannya, ada kemungkinan besar yang anda tak tahupun berapa jualan minimum yang bisnes kena buat supaya mula jana keuntungan.

Saya andaikan anda tahu. Kalau tak pasti boleh rujuk artikel lain dalam blog ini berkenaan cara urus kewangan dan kita untung.

Betulkan 5 kerangka dan buka semula

Dalam masalah komputer, anda perlu restart semula sahaja. Proses betulkan semula satu persatu apa yang berlaku dalam komputer tu berjalan secara automatik berdasarkan algotithme yang memang dah ada di dalamnya.

Tapi untuk bisnes anda, proses betulkan algorithme terpaksa anda buat sendiri.

Itulah proses betulkan 5 kerangka asas yang saya dah kongsikan semua tu kat atas.

Bila dah buat, saya ingatkan, tak payah serius dan nak hebat sangat dalam buat pembetulan tu. Ikut saja proses yang saya terangkan secara mudah tu dan buat yang perlu saja tapi lengkap.

Kemudian buka balik bisnes anda tu dan jalankan setiap satu kerangka yang dah anda kenal pasti. Insyaallah, akan lancar semula sehingga ke satu tahap yang baru.

Rajinlah review semula proses kesemua 5 kerangka tu satu persatu secara konsisten dan buat penambah baikan sedikit demi sedikit.

Bimbingan peribadi betulkan bisnes

Saya yakin anda ada kemampuan untuk laksanakan apa yang diterangkan di atas tu sendiri. Kalau tak ada duit, nak bayar pada kawan yang lebih pandai untuk lakukan semua itu, terpaksalah buat sendiri-sendiri.

Perah otak dan jangan timbul perasaan malas. Nak maju kena hadam kesemuanya suka atau tidak suka.

Tapi, jika anda rasa ragu-ragu takut tak boleh nak buat sendiri, perlukan ada orang bimbing semak dan brainstorm dengan anda betulkan kesemua 5 kerangka di atas dan laing penting ..

.. anda ada duit RM700 nak bayar untuk satu sesi, saya boleh bantu anda untuk lakukannya bersama. Email kepada saya dengan tekan menu ‘contact’ kat atas tu dia akan terus bawa anda ke email saya. Tulis kat situ maklumat berkenaan bisnes anda berserta alamatnya.

Jika ada rezki, kita berhubung lebih lanjut dan insyaallah anda boleh datang bertemu dengan saya untuk sesi semak dan betulkan kerangka untuk buka semula bisnes anda tu.

Selamat berjaya !

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Bisnes ada masalah tak tau nak buat macam mana lagi - Cuba buat benda ringkas ni

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !