Tuesday, June 8, 2021

Fokus pada keupayaan diri sendiri tanpa perlu berlumba dengan orang lain

  Mat       Tuesday, June 8, 2021
Be yourself no matter what they say ..

Fokus keupayaan diri sendiri, jangan berlumba .. bla bla bla ..

Ya! saya tahu!.

Ramai sangat orang cakap perkara sama. Dah biasa sangat ayat tu. tapi tak apalah. Teruskan baca sebab ini versi saya pula ..

Masa belajar di Perancis dahulu, ada satu perkara yang sangat menarik saya lihat ada pada para pensyarah di sana. Cara bagaimana pelajar diberi penilaian sangat berbeza berbanding apa yang anda biasa alami di sini.

Ada 2 perkara penting yang menjadi asas dalam membuat penilaian terhadap prestasi para pelajar.

Pertamanya, anda tak perlu bermula dengan cemerlang untuk terus jadi cemerlang. Malah bermula dengan sangat cemerlang boleh jadi satu bebanan jika kecemerlangan itu tidak tulin.

Permulaan hanya sekadar satu rujukan di mana bermulanya satu titik pertama. Samada anda bermula dengan kosong, atau 100 bukanlah perkara penting. Yang pentingnya perlu dimulakan. Itu sahaja.

Sudah tentu dalam setiap tahap ada titik atau keupayaan minimum yang perlu dicapai.

Umpamanya jika anda masuk ke universiti, masih tak boleh membaca, itu memanglah satu perkara yang pelik. Tak ada sistem pendidikan akademik yang boleh terima macam tu.

Prisnsip kedua adalah, anda perlu ada peningkatan kemajuan. Keupayaan atau pencapaian yang kedua akan dibandingkan dengan pencapaian titik mula di atas tadi. Itulah gunanya penilaian titip pertama yang saya sebutkan di atas.

Contoh mudah, jika dalam subjek matematik, ketika penilaian pertama anda dapat markah 7/20, kemudian dalam penilaian kedua anda dapat 9/20. Itu merupakan satu pencapaian yang perlu diberi pujian. Terus berusaha dan pastikan ada peningkatan lagi selepas itu.

Terbalik pula jika anda mendapat 19/20 ketika penilaian pertama sebelum itu, dan dapat 12/20 pada penilaian kedua. Itu satu pencapaian yang tidak disukai oleh guru yang mengajar anda.

Memang lah lulus, malah jika guna cari kita kat sini dalam menilai pelajar, anda jauh lebih bagus dari pelajar pertama yang saya contohkan kat atas tadi. Kita di sini biasanya akan tetap puji pelajar kedua tu, pandai!.

Tapi hakikatnya dalam keadaan sebenar, pelajar pertama adalah lebih bagus dari kedua sebab dia buat peningkatan. Tak kisah dia ada di mana dan bagaimana tahap pencapaiannya dari segi pemarkahan.

Pelajar kedua walaupun lulus dan jumlah markah lebih tinggi dari pelajar pertama tadi, dia sebenarnya ada masalah sebab prestasinya merosot teruk.

Nampak tak beza cara menilai yang berkonsepkan pencapaian diri, berdasarkan keupayaan diri anda sendiri, berbanding konsep menilai pencapaian dengan membandingkan anda dengan orang lain.

Bakat, prestasi awal bukan perkara utama

Saya cuba terapkan perkara sama dalam membina kumpulan kerja dalam syarikat.

Pemilihan bermula pada peringkat awal temuduga. Tentukan 2 perkara berikut yang anda perlukan untuk ambil staff.

  • Kemahiran – senaraikan apa jenis kemahiran yang calon perlu ada untuk membolehkan kerja dilaksanakan pada tahap paling minima. Cara nak nilai kemahiran sangat mudah jika anda tahu bisnes apa dan kerja apa yang calon perlu buat.
  • Sikap – tentukan sikap atau tabiat asas yang perlu ada pada staff. Ini agak sukar sikit. Belum tentu tepat andaian sikap yang anda boleh teka ketika temuduga. Namun begitu, perlu ada cara tanya soalan untuk menilai sikap yang ada pada calon.

Bila dah ambil staff, saya tak berapa kisah sangat pada bakat atau prestasi awal pekerja tersebut. Bila staff bermula dengan cara yang segak bergaya, saya susah sikit nak puji atau berikan harapan sebab itu bukan perkara pokok.

Macam saya terangkan kat atas tadi, kebiasaannya, ia mendatangkan masalah balik kepada staff yang cuba bersolek nak tunjuk bagus dan berbakat. Prestasi awal pada saya adalah ukuran ttik mula sahaja.

Selepas itu saya akan mula menilai berdasarkan tempoh masa ia bekerja. Mendapatkan maklum balas dari semua staff yang dia berhubung dan melihat sendiri pada mata kasar saya.

Dari pengalaman, staff yang baru masuk disukai dan dipuji, itulah yang makin lama makin mendatangkan masalah. Bila dapat staff yang macam tu, biasanya saya amat skeptikal dan lebih suka tunggu dan lihat. Tapi sudah tentu perlu berikan galakan moga prestasinya kekal atau bertambah baik. tak boleh lah nak tunjukkan sikap skeptik kita di depannya.

Apa yang saya paling suka dan berikan harapan adalah pada staff yang manjadi dirinya sendiri tanpa perlu bersolek dan bermuka-muka. Sikap berterus terang sangat membantu untuk semua orang berbanding sikap cuba berlakon.

Tak ada manusia yang sempurna. Semua orang nak jadi yang terbaik dalam semua perkara. Malah penjenayah pun saya yakin ada niat nak jadi baik. Tapi kelemahan dan kealpaan kita sering membawa masalah. Diparahkan lagi oleh sikap tidak membantu rakan dan suasana sekeliling.

Bagi saya, asalkan mahu berubah, saya rela berikan peluang. Tunjukkan saja perubahan sedikit demi sedikit peningkatan dari segi kemahiran dan sikap. Anda akan menuju kejayaan, Insyaallah.

Macam mat saleh sebut, just be your self and make improvement. Progress 1% ke depan sudah memadai untuk anda bergerak ke depan dari hari ke hari. Itulah yang jauh lebih baik dari bergerak lagu 99% kemudian makin lama makin merosot dan akhirnya terhenti penambah baikan.

Fokus pada keupayaan diri anda

Bila berniaga, sikap fokus kepada keupayaan diri adalah sangat penting. Biarlah kawan lain buat apa bisnespun, kaya macam manapun, tak perlu dibandingkan antara pencapaian anda dengan dia.

Manakan boleh jika anda menternak kambing dan tanam sayur nak bandingkan dengan kawan yang bisnes oil & gas. Atau anda buat bisnes hasilkan biskut kat kilang, nak bandingkan dengan kawan seorang lagi yang buat bisnes syarikat pembinaan dan pembangunan hartanah ratusan juta ringgit.

Jika kawan kontraktor pakai Merz atau BMW terkini, atau Porche, biarlah mereka begitu. memang macam tu permainannya. Anda yang bela kambing dan tanam sayur lebih sesuai pakai 4×4. Lagi lasak berselut lagi bagus.

Kawan asyik keluar negara naik kapal terbang mesyuarat dan deal bisnes kat London, biarkan lah. Anda hanya perlu buat apa yang perlu untuk bina perniagaan anda sahaja dnegan cara yang bersesuaian.

Masing-masing ada lebih dan ada kurangnya. Anda dengan cara anda, mereka dengan cara mereka. Kehidupan akan jadi mudah dan tidak mengecewakan bila anda faham bahawa cara hidup adalah berdasarkan apa yang anda nak buat dalam hidup ini dan berdasarkan apa yang anda nak jadi.

Buat apa yang membantu untuk jadi diri anda sendiri dan jayakan apa yang anda nak buat. Selain dari itu tinggalkan saja. Sekalipun dengan berbuat begitu anda tak jadi glamor!

Tak ada orang lain yang lebih pandai untuk jadi diri anda selain diri anda sendiri. Sampai matipun anda tak akan mampu jadi orang lain, jadi tak perlulah nak cuba.

hidupringkas.com

Dalam apa saja anda lakukan, berusahalah untuk mencapai ke tahap purata. Bila dah sampai, terus istiqamah membina kekuatan sedikit demi sedikit ikut cara anda yang tersendiri. Tak perlu nak berlumba dengan sesiapa melainkan dengan pencapaian diri anda sendiri sebelumnya.

Perubahan sedikit demi sedikit akan menghasilkan satu lonjakan besar bila dikekalkan dalam satu tempoh yang mencukupi.

Perjalanan anda dari dulu sampai sekarang adalah satu proses untuk kenali diri anda sendiri. Kat mana lemahnya dan kat mana kekuatannya.

Bila dah cukup tempoh, biasanya dalam umur 35 ke atas, anda sepatutnya dan tahu bidang tumpuan berdsarkan kekuatan yang ada. Jangan buang masa lagi dan mula berikan tumpuan.

Hidup ni tempohnya pendek. Jika anda leka asyik ubah haluan, sedar-sedar dah nazak atas katil saja. Tak best macam tu. Perlu ada sesuatu yang anda pupuk agar dapat memberikan sumbangan kepada masyarakat, bangsa dan agama seterusnya kepada manusia secara umumnya.

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Fokus pada keupayaan diri sendiri tanpa perlu berlumba dengan orang lain

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !