Monday, June 21, 2021

Usahawan perlu buat apa sementara menunggu semua pulih semula ke asal

  Mat       Monday, June 21, 2021

Nak kongsikan sikit apa yang usahawan perlu buat sementara menunggu semua kembali pulih macam biasa.

Mulanya malas nak tulis apa-apa pasal bisnes. Siapa nak baca? Rasa macam buang masa saja ..

Nak tulis pasal bisnes apa lagi dalam keadaan sekejap PKP sekejap PKPB. Sekejap buka sekejap tutup. Banyak bisnes dah lingkup, dah tutup kedai. Ramai lagi akan turuti mereka bila dah tak mampu bertahan.

Usahawan yang 5 bintang sebelum ini pun kecundang. Buka bisnes dengan bergaya, dikagumi semua rakan dan taulan. Berebut bank tawarkan pinjaman. Yang macam itu pun sekarang sedang bergelut melawan mati.

Sejak tahun lalu, bila wabak covid-19 ni melanda dunia, tindakan ekstrem yang terpaksa diambil oleh semua negara di dunia mengakibatkan banyak bisnes terkesan. Ada 3 tahap kesan kepada bisnes ..

  • Sangat Teruk
  • Sederhana
  • Tiada kesan atau sangat baik

Industri pelancongan, industri hiburan dan pertunjukkan umpamanya, sangat teruk menerima kesannya.

Kedai makan juga teruk menerima kesan. Kalau sebelum ini banyak bergantung pada pelanggan yang datang secara fizikal, tentu tak berapa ambil peduli pelanggan online. Proses untuk ubah cara kerja dari fizikal ke digital akan ambil masa sikit.

Ada kawan-kawan yang tak tahan. Buat keputusan tutup saja kedai dan beroperasi dari rumah saja. Fokus 100% kepada order online. Pekerja semua terpaksa di buang. Nasib merekalah. nak buat macam mana lagi. Pandai-pandailah cari jalan nak hidup.

Oleh kerana perniagaan kedai makan merupakan bisnes yang paling banyak di negara kita, maka tak hairanlah ramai yang dilihat mengeluh dan marah setiap kali kerajaan buat apa saja pengumuman yang kurang jelas.

Ada sesetengah bisnes yang kesnanya adalah sederhana saja.

Nak kata teruk sangat pun tak sebab masih ada sales dalam separuh daripada biasa atau lebih teruk dari itu. Tapi tak sampai bungkus mampus terus. Bisnes seperti workshop masuk dalam kategori macam tu.

Kalau duit simpanan ada banyak, lega. Tambah pula bisnes tak ada apa-apa komitmen hutang dengan bank atau mana-mana agensi kerajaan.

Tapi kalau hutang banyak. Selama ini besarkan bisnes dengan ambil duit bank, make up kedai supaya nampak cun dan kasi glamour dengan harapan bisnes meletup. Bila berhadapan dengan keadaan wabak ini, sudah pasti akan goyang kuat.

Duit banyak manapun akan pantas susut bila beroperasi dalam keadaan dibawah titik pulang modal.

Usahawan perlu bertahan

“Apa boleh buat lagi! hadap sajalah!, bertahan sampai semuanya pulih semula!”

Itu keluhan kawan bila saya tanya apa perancangan dalam keadaan PKP tak habis-habis ni.

Betul. Perlu bertahan. Itu saja yang semua orang boleh buat. tambahan pulak bisnes yang kita buat bukannya bisnes tak perlu. Malah masuk dalam senarai keperluan yang dibenarkan beroperasi.

Bila keadaan pulih macam biasa, insyaallah bisnes belayar balik sebab memang diperlukan.

Persoalannya bila masa itu akan datang?

Kalau ikutkan perancangan kerajaan, katanya akhir tahun ni akan selesai lah semuanya. Insyaallah. Harap janji manis itu betul akan berlaku walaupun saya 99% tak percaya semua akan selesai semudah itu.

Sementara menunggu ni nak buat apa?

Buat kemas kini dalaman. Itu cadangan saya pada kawan-kawan semua. Ini masa yang sesuai untuk aktiviti tersebut bila kerja kurang.

Jangan tunggu dan tunggu tak buat apa-apa. Nanti bila buka balik semua ekonomi, takut tertinggal jauh dari semua orang.

Setiap siling akan datang dengan dua belah. Satu kepala dan satu lagi bunga. Cabaran wabak ini juga begitu. Anda boleh saja lihat ianya satu masalah atau anda boleh juga lihat ianya satu peluang.

Peluang untuk kemaskan hal ehawal dalaman cara anda beroperasi dan menjalankan bisnes selama ini.

Buat apa saja penambahbaikan asalkan tak keluarkan modal.

Cara mudah yang anda boleh buat adalah seperti berikut.

  1. Senaraikan semua rekod masalah – Anda dah lama berniaga sebelum ini. Apakah masalah-masalah yang sering dilalui selama menjalankan perniagaan. Buat senarai satu persatu.
  2. Sorting – Susun dari yang paling kerap berlaku kepada yang paling jarang berlaku tapi pernah berlaku.
  3. Guna prinsip pareto untuk tapis masalah – Biasanya, anda akan dapati hanya 20% daripada masalah yang menyumbang kepada 80% daripada kekerapan masalah yang berlaku selama ini. Sila lihat dan senaraikan masalah ang mewakili 20% itu.
  4. Tapis lagi yang 20% itu – Dari senarai yang 20% itu pun sama juga. Berkemungkinan besar, hanya 20% saja dari senarai yang ada itu menyumbang paling banyak masalah.
  5. Pilih satu masalah paling besar – Tapis dan tapis sehingga anda jumpa hanya satu masalah saja yang paling banyak memeningkan kepala. Selesaikan masalah tersebut dengan cara jalan mencegah ianya dari berlaku.

Jika anda rasa selama ini tak ada masalah ketika berniaga, memang anda bohong. Tak ada satu urusanpun kat muka bumi ini yang sunyi dari masalah.

Setiap masalah yang datang adalah satu petanda nak bagi tau ada satu peluang untuk jadi lebih baik. Itu saja.

Yang pentingnya, jangan sekadar fikirkan dalam otak saja. Keluarkan dia dari otak itu bubuh atas kertas. Itu membantu anda lebih mudah untuk hadam dan rangka jalan penambahbaikan.

Biasanya saya akan senaraikan 5 proses ini untuk cari idea nak tambah baik kat bahagian masa dan macam mana.

  1. Prospek – macam mana nak tambah supaya lebih ramai jumlah prospek yang ada dalam data base syarikat.
  2. Kadar Pertukaran – Fikirkan macam mana nak tingkatkan kadar prospek yang datang berubah jadi pelanggan. Adakah and asimpan maklumat prospek yang datang tapi tak beli. Adakah anda berhubung dengan mereka bina kepercayaan. Adakah mereka benar-benar golongan sasaran .Kaji kenapa mereka masih belum beli-beli lagi sampai sekarang. Kenapa masih gagal untuk ubah mereka jadi
  3. Purata Pembelian – Fikirkan kat mana lagi boleh upsell setiap kali prospek berjaya diubah jadi pelanggan. Apa barang berkaitan boleh ditawarkan lagi. Apa aktiviti yang perlu dilakukan supaya jumlah perbelanjaan setap pelanggan tu meningkat setiap kali masuk dan beli barang. Mudahkan cara bayar adalah salah satu pendekatan yang berkesan.
  4. Kekerapan Membeli – Fikirkan idea macam mana nak kerapkan lagi pelanggan datang membeli dalam satu tempoh tertentu. Kalau selama ini sebulan mereka biasanya hanya datang sekali, fikirkan idea macam mana nak bagi jadi 2 kali.
  5. Profit Margin – Berapa profit margin bisnes anda selama ini. Tengok rekod lama. Tanya atau goggle berapa industri punya pencapaian. Adakah anda bawah purata atau lebih baik dari purata. Apa idea yang boleh dilakukan untuk tingkatkan lagi profit margin ini. Kurangkan kos adalah idea paling popular. Tapi anda ada berusaha ke untuk itu?

Ada banyak perkara yang usahawan perlu buat sekarang dalam keadaan tempoh masih bertenang. Itupun jika anda masuk dalam kumpulan perniagaan yang kesannya hanya sederhana teruk.

Kalau bisnes masuk kumpulan teruk gaban, tak ada pilihan selain dari buat transformasi mode survival. Do or die. Buat keputusan samada nak teruskan juga atau gulung tikar saja. Buat keputusan pantas. Sebab makin lama tunggu, makin teruk keadaan anda untuk pulihkan diri dan perniagaan nanti.

Cari lah kawan untuk brainstorm .. kalau tak ada, boleh hubungi saya dengan email ke menu ‘contact’ kat atas tu.

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Usahawan perlu buat apa sementara menunggu semua pulih semula ke asal

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !