Friday, July 23, 2021

Guna konsep game dalam urusan kerja dan kehidupan untuk sukses dan bahagia

  Mat       Friday, July 23, 2021

Konsep game! jadikan kerja dan kehidupan macam main ‘Game’?

Tentu ada yang tak setuju. Kerja gila. Tak serius. Main-main dengan kehidupan. Tak pernah dibuat orang ..

Kalau anda rasa begitu. Elok jangan teruskan baca. Artikel ini memang tak sesuai untuk anda. Takut terpengaruh pulak nanti dan timbul rasa teringin nak amalkan.

Saya tulis cara guna pendekatan game dalam kehidupan dan kerja ni bila ada cadangan dari saudara Fakhruddin Razi. Dia komen dalam page FB Easelife bila saya kongsikan perkara pelik yang berlaku bila anda main game.

Dalam kajian tentang permainan yang dibuat oleh Nicole Lazzaro, dia dapati anda biasanya akan gagal 80% dalam permainan.

Dalam ertika lain, dalam 5 kali bermain, pemain sesebuah permainan akan gagal sebanyak 4 kali. Samada masa dah tamat tak sempat habiskan misi permainan, mati sekerat jalan, tak mampu selesaikan masalah atau teka-teki, gagal tambah score dan lain-lain seumpamanya.

Hakikatnya sesebuah permainan jauh lebih sukar dari kehidupan sebenar, susah dari kerja makan gaji, malah asyik gagal lebih banyak dari menang.

Adakah anda gibab dengan sebab itu?

Tidak!

Apa .. anda memang suka gagal dari berjaya ke?

Errrr .. Ya!, terbukti berlaku dalam permainan apapun. Frust memang frust bila mati dalam game. Tapi main lagi lepas tu. Mati lagi, main lagi.

Frust yang menyeronokkan? .. ehh pelik kan!

Konsep game yang misteri

Lebih pelik lagi. Dalam games, lebih susah, lebih seronok. Bila game jadi mudah, kita mula rasa bosan.

Masa tamat sekolah tingkatan 5 dulu, sementara tunggu keputusan SPM, saya kerap curi-curi ke pusat permainan di Pekan Bukit Mertajam.

Ada banyak pusat permainan kat pekan kecil tu. hampir ksemuanya ada sebelahan dengan panggung wayang. Satu sebelah Panggung Wayang Cheok Sah dan satu lagi sebelah Panggung City Light tak jauh dari Cathay.

Ada satu game bernama 1948. Bawa Kapal Terbang Perang pergi gempur kapal perang musuh. Sekali nak main masukkan 20 sen. Dapat 3 kapal perang untuk dibawa.

Saya pergi main hampir setiap hari sebelum balik kerumah waktu petang untuk buka stall burger.

Menggigil pegang drum stick elak dari peluru yang datang macam hujan. Punyalah susah nak pepas dari satu staeg ke satu stage. Entah berapa banyak siling 20 sen saya habiskan. Susah Tuhan saj yang tahu. Frust macam nak tendang mesin game tu bila kena tembak dan mampus habis kesemua kapal terbang yang ada.

Tapi esok datang main lagi. Beratus kali macam tu dan maju sikit demi sedikit.

Sehingga akhirnya saya dapat kuasai permainan tu sambil lewa saja dari mula sampai ke stage paling akhir yang kapal perang musuh punyalah besar memenuhi ruang skrin game tu. Peluru dia macam hujan monsoon. Ruang mengelak terlalu nipis.

Punyalah cekap sebab beratus kali main, saya relaks saja tembak jatuhkan musuh bertahan mengelak hujan peluru dalam ruang yang sempit lebih dari 5 minit. Bonus kapal terbang free panjang penuh skrin kat atas tu sebab saya hanya perlukan satu kapal terang saja untuk main dari mula sampai habis lebih dari sejam.

Semuanya mula menjadi mudah. Adakah saya lebih seronok bila segala dah mudah macam tu?

Tidak. Saya dah mula rasa bosan dan akhirnya tinggalkan game tak main lagi dah.

Berbeza dalam kerja dan kehidupan. Susah kita belah dan yang mudah itulah kita lebih suka.

Ringkasnya dalam permainan, semuanya terbalik 360 darjah berbanding kerja dan kehidupan.

Konsep game dalam kerja

Dari apa yang saya cerita kat atas tu, ternyata ada satu misteri dalam permainan.

Apa yang ada dalam game yang boleh anda ambil untuk diserapkan ke dalam kerja dan kehidupan?

Bukan bermakna nak buat kerja dan kehidupan itu satu permainan. Cuma nak korek apa elemen yang ada membuatkan ianya seronok.

Untuk pastikan hidup susah, bukannya buat kita putus asa, tetapi lebih teruja nak cuba dan cuba lagi sampai jadi senang. Kemudian naik ke atas satu level lagi untuk cuba yang lebih susah dan perasaan teruja kekal serta menyeronokkan.

Juga nak pastikan gagal jauh lebih banyak dari sukses, lansung tak membuatkan kita sumpah tak mahu lagi kerja atau hadapi masalah hidup.

4 elemen penting ada dalam game

Tanpa goreng panjang untuk bawa anda feel idea ni, saya teruskan saja kongsikan apa yang ada dalam permainan yang buat anda jadi seronok dengannya.

Perlu ada 4 elemen penting dalam aktiviti yang anda lakukan supaya ianya bertindak seperti sebuah permainan.

#1. Boleh menang

Semua game, semua permainan, tak kisah video atau fizikal, direka dengan adanya ciri-ciri boleh menang. Bukannya mustahil untuk menang.

Walaupun anda mungkin kalah 80 kali. tapi disebabkan tahu ada ruang untuk memang, anda teruskan juga dengan lebih teruja. Pulun sampai dapat juga menang.

Jika setelah dipertimbangkan, dikaji, terbukti ianya sia-sia. Tak ada, tak nampak lansung elemen anda boleh menang. Dan anda terpaksa juga teruskan sebab tak ada pilihan, sila pecahkan kepada proses lebih kecil dan mudah supaya anda boleh menang dan tak putus asa.

Tahu yang anda boleh menang akan buat perjalanan jadi lebih seronok. Sekalipun anda kalah bertubi-tubi.

Jika diteruskan sedangkan tahu tak ada harapan menang, anda akan rosakkan jiwa dengan teruk.

#2. Cabaran baru

Setiap permainan, sentiasa wujud cabaran demi cabaran baru yang berbeza. Ada elemen kejutan setiap kali anda bergerak maju ke depan.

Itu yang best. Suspen, takut dalam masa yang sama tetap nak bergerak untuk tahu apa kejutannya. Nak belajar dan hadapi. Sekalipun kejutan itu buat anda tumbang mati dalam game.

Dalam kerja, kejutan tak akan buat anda mati. Tapi kejutan sangat menakutkan samda dalam kehidupan atau kerja. Sebab itu ramai yang elakkan kejutan dan lebih suka kekal buat kerja atau aktiviti biasa dari cuba perkara baru.

Oleh itu buka mata dan mula pantau cabaran baru. Catit dan kaji. Kalau cabaran terlalu besar, pecahkan jadi kecil-kecil dan kaji serta hadapinya satu persatu.

Tewas, bangun. Tapi bangun dengan tambahan satu lagi maklumat baru untuk terokai maklumat misteri yang lain pula.

Teruskan mencari sampai jumpa cabaran baru, cari sampai anda nampak.

#3. Mesti ada sasaran

Tak ada satu pun permainan yang tak ada sasaran.

Bolasepak umpamanya, kena jaringkan gol untuk menang. Game 1948 yang saya cerita kat atas tadi, sasarannya adalah tembak jatuh kesemua kapal perang musuh samada laut atau udara.

Untuk terapkan elemen game samada dalam kerja atau kehidupan anda, sasaran sebegitu perlu jelas. Perlu tentukan sasaran yang perlu dipenuhi untuk menang.

Jika anda kerja sebagai seorang salesman di syarikat contohnya. Untuk menang anda perlu jadi salesman terbaik syarikat. Rujuk semula elemen #1 di atas tadi. Tak ada masalah pun untuk jadi the best salesman. Malah boleh dicapai.

Sasaran anda sekarang adalah untuk kawtim sebanyak mungkin sales. Ikat sebanyak mungkin kontrak. Bawa seramai mungkin pelanggan. Yang pentingnya, kena ‘close the deal’.

#4. Maklum balas

Dalam setiap permainan, bila anda buat perkara betul, dapat point. Jika buat salah, kena penalti.

Itu adalah elemen maklum balas yang ringkas dan jelas ada dalam semua game yang anda main. Semuanya reson tersebut dipamerkan. Siap dengan ada bunyi spesifik kepada jenis kesalahan atau perkara betul yang dilakukan.

Dalam contoh jadi salesman tadi. Jumlah RM yang dah berjaya anda buat, jumlah kontrak yang telah pelanggan tandatangan. Jumlah pelanggan setia yang renew kontrak dan sebagainya adalah salah satu cara dapatkan kesemua maklum balas atau respon.

Jika anda kerja dalam bidang yang tak boleh nak ukur seperti kerani contohnya. Macam mana nak dapatkan maklum balas dalam bentuk ukuran?

Boleh saja reka apa-apa sistem maklum balas. Asalkan anda tahu kerja tu ditujukan untuk siapa. Jabatan dan pegawai mana yang gunakan semua kerja yang anda dah berjaya siapkan.

Dapatkan maklum balas dari mereka secara konsisten. Sama da baik atau buruk tak kisah. Asalkan ada maklum balas.

Jika baik, catit dan ulang lagi dan buat lebih baik. Kalau buruk, belajar lagi.Cari kat mana yang tak betul, dan betulkan. Kemudian aplikasikan dan tengok lagi apa maklum balasnya pula.

Begitulah berterusan.

Kreatif dan terapkan elemen game dalam hidup

Saya berikan kerangka saja di atas tu. Semuanya adalah berdasarkan kajian terhadap apa yang membuatkan manusia suka dan ketagih layan game.

Dalam semua lapangan, tak kisah apapun jua aktiviti, anda boleh terapkan elemen game ni bila terasa bosan dan dah mula hilang punca serta tibul kekosangan.

Dalam bersenam setiap pagi, walaupun dah berpuluh tahun saya amalkan. Ada waktunya dicubaui dengan rasa malas nak habiskan 5 kilometer setiap pagi. Asyik timbul idea nak berhenti dan balik breakfas saja.

Bila jadi begitu, saya biasanya akan mula lancarkan projek game. Saya akan set sasaran untuk capai satu pusingan dalam tempoh 11 minit.

Berdasarkan keadaan semasa, dengan pace yang ada, saya mula anggarkan perlu tambah kelajua macam mana untuk bergerak. Dan mula bergerak pantas. Bila genap pusingan itu dan berjaya capai. Saya set pulak untuk pusingan berikutnya kurangkan lagi 15 saat.

Begitulah berterusan sehingga biasanya, jika buat macam itu, saya akan terlajak sampai lebih dari 6 kilometer. Leka teruja dan paling penting seronok sampai terlupa perlu habiskan 5 kilometer saja.

Selamat mencuba!

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Guna konsep game dalam urusan kerja dan kehidupan untuk sukses dan bahagia

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !