Thursday, August 5, 2021

Ini 4 buku perlu baca sebagaimana dicadangkan oleh Schopenhauer

  Mat       Thursday, August 5, 2021

Nak kongsi 4 buku perlu baca kat artikel kali ini. Tapi bukan sebarang buku. Ianya buku yang dicadangkan oleh Athur Schopenhauer.

Sebelum itu. Pernah dengar nama Arthur Schopenhauer?

Dia merupakan seorang ahli falsafah berbangsa Jerman. Hidup antara tahun 1788 hingga 1860. Anda boleh google saja untuk dapatkan maklumat tentang dirinya. Atau boleh terus ke pautan sini untuk baca.

Dia punya pandangan agak pelik terhadap amalan membaca. Itu yang membuatkan saya tertarik untuk kongsikan.

Nak tahu apa nasihatnya dalam bab membaca?

Tak perlu membaca!

Dia kata, tak payah buang masa membaca sehingga terlupa apa sebenarnya matlamat yang nak dicapai dalam aktiviti membaca itu.

Perkara paling penting yang mahu dicapai adalah keupayaan berfikir. Jika asyik membaca dan membaca, anda akan terbawa-bawa dengan apa yang penulis fikirkan. Sehingga akhirnya akan terlupa untuk menggunakan akal sendiri untuk berfikir.

Setiap orang perlu mampu menggunakan akalnya sendiri untuk berfikir dan membuat keputusan. Bukan biarkan orang lain berfikir dan buat keputusan untuk kita.

Jadi dia sangat tak galakkan anda teruja sangat untuk dapatkan buku baru dicetak untuk dibaca. Terlalu banyak buku setiap saat ditulis dan dijual terutamanya sekarang.

Tujuan utama menulis, buat buku dan cetak lalu dijual, sudah pasti untuk buat duit. Jadi berhati-hati dengan apa yang anda baca dari semua buku tersebut.

Lebih baik pergi duduk kat kerusi taman dan lihat sekeliling dan mula berfikir. Itu adalah lebih baik dari buka buku dan membaca – Itu nasihatnya

Buku yang perlu di-tong-sampahkan

Perkara paling besar yang sangat terkesan masuk dalam kepala saya adalah petuanya dalam memilih buku yang nak dibaca.

Dia kata ..

“Kalau anda buka dan baca buku yang sarat dengan perkataan dan ayat, hanya untuk penuhkan ruang cetakan muka surat sahaja, campak saja buku itu masuk ke dalam tong sampah!”

Arthur Schopenhauer

Pedih sekali baca herdikan itu. Buat saya sentiasa cuba pastikan apa yang saya tulis bukan sekadar untuk penuhi ruang untuk jadikan ayat panjang.

Teringat zaman sekolha dulu, macam itulah. Bila buat karangan, fokus utama adalah nak bagi ayat panjang. Supaya jumlah perkataan capai lebih dari seribu. Hasilnya .. goreng meleret sampai menyampah nak baca karanga sendiri!

Penulisan mesti tepat padat dan ada tujuan. Lagi pendek lagi bagus.

Baca buku yang buat anda berfikir

Oleh kerana Arthur Schopenhauer banyak fokus dalam meningkatkan keupayaan berfikir, maka dia hanya galakkan anda baca buku yang mencetuskan aktiviti tersebut.

Jangan baca cepat-cepat untuk habiskan. Tapi baca dan buat refleksi dari apa yang ditulis. Fikir logiknya. Fikir betul atau tidak. Perlu hadam betul-betul apa yang anda baca.

Satu lagi perkara penting yang anda perlu buat adalah, baca lebih dari sekali setiap buku bagus yang anda jumpa.

Buku bagus bagi Arthur Schopenhauer adalah yang terbukti kekal lama dapat bertahan sepanjang masa. Buku yang masih kekal popular, dikaji, dibahas, dicetak semula dari dahulu sampai sekarang sudah tentu punya sesuatu yang penting di dalamnya.

Yang baru dicetak belum teruji lagi samada bagus atau tidak. Tak perlu teruja sangat nak dapatkan yang baru.

4 buku perlu baca

Cuba fikir.

Jika orang macam Arthur Schopenhauer, yang tak galakkan banyak baca buku. Yang hanya syorkan baca buku yang dapat buatkan anda berfikir. Berikan cadangan buku apa yang perlu di baca!

Sudah tentu buku yang dia cadangkan itu menarik dan perlu diberikan perhatian.

Jadi saya kongsikan kat sini apa dia 4 buku perlu baca sebagaimana yang dicadangkan oleh Arthur Schopenhauer.

#1. Tristram Shandy – Laurence Sterne

Ini merupakan sebuah novel klasik yang ditulis oleh Laurence Sterne. Diterbitkan dalam 9 volume. Terbitan untuk volume pertama dan kedua adalah pada tahun 1759. Tajuk penuh buku tersebut adalah The Life and Opinions of Tristram Shandy, Gentleman.

Saya tak baca lagi buku ni. Tapi memang jadi sasaran untuk cari dan baca satu masa nanti. Dari penerangan dah terasa seronok nak baca.

Buku ni fokuskan kepada kisah fiksyen seorang bernama Tristram Shandy. Dia jenis seorang yang susah nak terangkan sesuatu dengan ayat dan cara yang mudah. Mesti jadi panjang berjela, pusing merata untuk serlahkan lagi penerangannya. Sehinggakan dalam volume ke 3 barulah muncul kisah Tristram dilahirkan. Itulah yang membuat buku tersebut sangat lawak tetapi serius mengajak pembacanya berfikir.

#2. Julie; or, The New Heloise

Satu lagi novel yang ditulis oleh Jean Jaques Rousseau pada tahun 1761. Ia ditulis dalam bahasa Perancis dengan tajuk Julie, ou la nouvelle Héloïse.

Tajuk asalnya adalah juga dalam Perancis, Lettres de Deux Amans, Habitans d’une petite Ville au pied des Alpes (“Letters from two lovers, living in a small town at the foot of the Alps”)

#3. Wilhelm Meister’s Apprenticeship

Wilhelm Meister’s Apprenticeship atau dalam Bahasa Jerman bertajuk, Wilhelm Meisters Lehrjahre, merupakan novel ke-2 tulisan Johann Wolfgang von Goethe. Ia diterbitkan antara tahun 1795–96.

Ia merupakan kisah perjalanan mencari makna kehidupan.

#4. Don Quixote – Cervantes

Novel Don Quixote ini antara buku yang paling banyak diterjemahkan di seluruh dunia. Ditulis dalam bahasa Sepanyol oleh Miguel de Cervantes, dalam dua bahagian pada tahun 1605 dan 1615.

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Ini 4 buku perlu baca sebagaimana dicadangkan oleh Schopenhauer

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !