Monday, August 9, 2021

Teknik bantu orang selesaikan masalah yang saya belajar dari kursus jadi coach

  Mat       Monday, August 9, 2021

Perjalanan hidup sentiasa di penuhi dengan aktiviti selesaikan masalah. Samada masalah yang memang kita sendiri mahu selesaikan. Atau masalah yang kita dipaksa untuk selesaikan.

Itulah yang berlaku berulang-ulang.

Dengan latihan demi latihan. Paksa keupayaan akal keluar dari zon selesa. Akal kita berkembang. Makin lama makin bijak dan berpengalaman.

Banyak masalah yang dahulunya sukar, sekarang dah jadi sangat mudah. Malah, bukan lagi satu masalah.

Jadi macam tu bukan disebabkan masalah itu bertukar dari susah jadi senang. Masalah tu tetap sama saja. Yang berubah adalah kita sendiri. Keupayaan akal kita yang dahulu lemah, sekarang kuat.

Jadi. Kalau nak masalah makin lama makin mudah. Anda perlu pastikan akal makin lama makin kuat. Itu saja caranya.

Upah orang selesaikan masalah

Ada satu lagi cara mudah untuk selesaikan masalah tanpa perlu kuatkan akal. Tak perlu selesaikan sendiri.

Anda hanya perlu ada duit.

Bayar kepada mereka yang akalnya kuat. Biarkan mereka yang ada pengalaman, ada kemahiran, ada ilmu dan lain-lain yang diperlukan untuk selesaikan masalah anda.

Zaman dahulu macam itulah. Anda ada kemahiran tertentu yang dapat selesaikan masalah orang. Orang bayar untuk dapatkan khidmat atau barang yang anda jual.

Kemudian, ada orang yang lebih bijak. Dia pergi cari apa masalah orang ramai. Lepas tu, dia pergi cari individu yang boleh selesaikan masalah tersebut. Dia upah individu itu selesaikan masalah orang ramai.

Orang ramai gembira sebab masalah selesai. Individu itu lega sebab dapat upah atas kemahirannya. Orang bijak itu bahagia sebab untung besar. Dia guna duit untuk buat duit.

Orang yang bijak itu sekarang dinamakan taukeh.

Masa mula berniaga dahulu, saya tak ada duit. Saya juga tak ada kemahiran untuk selesaikan masalah orang.

Apa yang saya buat ketika itu adalah cari orang yang ada duit. Kemudian cari orang yang boleh selesaikan masalah orang ramai. Pergi ambi duit dari kawan, bayar kepada tenaga mahir yang pergi selesaikan masalah orang ramai.

Keuntungan dari semua urusan itu saya bahagikan antara kawan yang bagi duit tadi dengan saya sendiri. Macam tu pun boleh!

Yang pastinya, semua melibatkan proses selesaikan masalah. Kena pakai akal. Perlu bersabar. Cari jalan dan bukan cari alasan.

Selesaikan masalah perniagaan

Saya hanya kenal perkataan business coach ni bila dah lama berniaga. Sebelum itu tak pernah dengar pun.

Perkataan coach tu paling ketara muncul sejak saya ada akaun di media sosial terutamanya facebook di awal dahlu. Kalau tak silap, orang pertama yang saya jumpa pakai gelaran coach didepannya adalah Coach Bahar. Saya tak tahu dia masih aktif atau tidak.

Selepas itu muncul lebih banyak nama-nama coach dalam berbagai industri. Masing-masing letak perkataan coach di depan nama mereka.

Bila buat sedikit pencarian dalam internet, saya dapati di Eropah dan Amerika sana, kebanyakan usahawan akan dapatkan bantuan dari business coach.

Orang barat dah lama pakai business coach untuk bantu mereka selesaikan masalah perniagaan.

Masalah paling asas dalam perniagaan adalah, memecahkan kebuntuan dalam mencari jalan untuk pastikan perniagaan berkembang. Bagaimana nak buat supaya kerja semakin lama semakin berkurangan, dalam masa yang sama hasilnya makin bertambah.

Itu formula asas yang semua orang berniaga nak capai.

Untuk dapatkan bimbingan ke arah itu, saya ambil khidmat satu syarikat bernama Action Coach untuk bantu boss di salah satu syarikat yang saya ada. Banyak duit saya belanjakan untuk itu. Hampir RM30 ribu saya bayar kepada business coach dari syarikat itu.

Tapi tak berapa nak nampak hasilnya. Saya tak tahu samada salah coach atau salah orang yang di-coach tu.

Dipendekkan cerita, akhirnya saya sendiri pergi masuk kelas untuk belajar macam mana nak jadi seorang coach yang berkelayakan. Kursus tu di anjurkan oleh Corporate Coach Academy (CCA). Harganya boleh tahan. Saya belanjakan belasan ribu juga untuk kursus itu.

Pengasas syarikat CCA itu ialah Dr. Michael Heah. Dia antara orang awal yang mula perkenalkan konsep coaching ni kat negara kita. Itu yang saya diberitahu.

Dalam kelas yang saya hadir itu ada pelajar dari Malaysia, Indonesia, Belgium dan Sweden kalau tak silap saya. Memang Dr Michael Heah punya kelas terkenal sehingga ke peringkat antara bangsa. Alhamdulillah saya berkesempatan dapatkan sijil pengiktirafan sebagai seorang coach dari akademi yang beliau tubuhkan.

Cara coach selesaikan masalah

Apa yang saya belajar dari kursus tersebut tentang cara untuk selesaikan masalah?

Ada pendekatan yang berbeza digunakan oleh seorang coach yang berpengalaman dalam menyelesaikan masalah. Ianya sangat berkesan terutamanya untuk seorang taukeh atau usahawan yang mahu maju ke depan.

Pendekatan coach mudah saja.

Berikan tumpuan kepada keadaan semasa. Apa yang anda ada, apa yang tak ada. Bagaimana nak gunakan semua itu untuk pergi kepada keadaan atau destinasi yang anda mahu.

Saya ulang lagi konsepnya. Ada 2 perkara penting,

  • Nak pergi mana atau nak jadi macam mana?
  • Apa yang anda ada sekarang?

Jika anda jumpa coach, itulah yang diberikan tumpuan. Pusing kot manapun, seorang coach yang berpengalaman akan bantu anda untuk sentiasa jelas terhadap apa yang anda ada atau tak ada sekarang.

Bila kesemua itu dah jelas terang lagi bersuluh. Fokus pula kepada usaha bagaimana nak gunakan semua itu untuk dapatkan apa yang anda mahu. Ringkas saja.

Memang formulanya sangat ringkas.

Tapi untuk amalkan konsep coach sangatlah sukar. Coach yang tak terlatih akan mudah lupa diri lalu lebih banyak nak cerita tentang dirinya sendiri.

Coach yang tak terlatih juga akan cuba pengaruhi orang yang dia nak bantu untuk jadi macam dirinya sendiri. Sedangkan pengalaman coach sudah tentu tak sama dengan pengalaman coachee.

Akhirnya coach hanya akan syok sendiri dan coachee buat keputusan bukan berdasarkan kesesuaian untuk dirinya. Tetapi lebih sesuai untuk coach tadi sahaja. Lebih teruk adalah bila coach ada produk untuk up-sell .. memang lari terus matlamat coach.

Coach akan jadi salesman untuk lariskan produknya sahaja.

Untuk elakkan semua itu, kursus yang saya ambil di CCA tu sediakan latihan praktikal yang sangat banyak. Selain dari kelas teori, semua pelajar perlu habiskan tempoh masa tertentu bertindak samada sebagai coach atau coachee, buat latihan selesaikan masalah secara real.

Kalau anda lihat asas selesaikan masalah dengan cara coaching di atas, tentu anda sedar bahawa, perkara paling penting yang anda perlu ada untuk membolehkan seorang coach bantu adalah, masalah yang anda mahu selesaikan.

Ini lah yang paling sukar bila saya cuba bantu para usahawan.

Mereka kebanyakannya samada rasa tak ada masalah. Atau tahu ada masalah, tapi tidak bersedia untuk hadapi dan selesaikannya. Berpusing-pusing cuba mengelak dari selesaikan masalah itu sampai akhirnya saya sendiri jadi pening.

Jika anda nak saya bantu selesaikan masalah, anda perlu bersedia untuk jawab soalan secara jujur dan berterus terang tanpa selindung. Kalau saya tanya soalan pedih, jangan marah. Bukan bertujuan nak jatuhkan air muka anda. tapi nak tahu kedudukan sebenar sahaja.

Semua maklumat itu bertujuan untuk berikan kesedaran kepada anda sendiri untuk berpijak di bumi nyata. Bila ada kesedaran dan tahu kedudukan, perancangan untuk ke destanasi adalah jauh lebih realistik. Itu sahaja.

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Teknik bantu orang selesaikan masalah yang saya belajar dari kursus jadi coach

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !