Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Sunday, September 21, 2014

Apa jadi jika orang tua anda menghidapi Dementia

  Mohd Shubhi       Sunday, September 21, 2014
Ini salah satu aktiviti saya bila jaga ibu di kampung, aktiviti mencari maklumat untuk memahami apa yang sedang berlaku pada ibu. Dengan cuba memahami apa yang sedang berlaku, maka diharapkan jiwa menjadi lebih tenang menghadapi segala dugaan dan seterusnya cuba menyelesaikan segala permasalahan.

Setelah bertanya ke sana sini dan cuba dapatkan ubat atau apa-apa saja yang boleh memulihkan ibu, saya terpaksa menerima hakikat bahawa tak ada apa-apa yang boleh dilakukan.

Apa jadi jika orang tua anda menghidapi Dementia
Para pakar memberitahau bahawa ibu saya menghidapi Dementia. Dan yang paling best adalah masalah Dementia tu tak ada ubat.

Ada juga mereka yang memberikan tips bahawa sayalah yang perlu mencari ubat supaya dapat bersabar dengan kerenah orang tua yang menghidapi dementia.

Kerenahnya hebat dan untuk bersabar tak ada cara lain selain daripada memahami gejala dementia dan menangani serta memberikan respon yang betul terhadap masalah yang timbul.

Sudah tentu banyak mengingati Allah adalah satu lagi ubat yang paling penting untuk saya mengecapi nikmat bersabar.

Kesan pada orang yang jaga pesakit dementia

Kenapa orang yang bertugas menjaga pesakit dementia perlu bersabar?, sebabnya kerana anda yang menjaga mereka yang menghidapi dementia biasanya akan menghidapi tekanan jiwa dengan apa yang sedang berlaku.

Tekanan jiwa datang bila orang lain yang tak kena jaga mereka yang menghidapi dementia akan berikan berbagai nasihat dan pedoman sedangkan mereka sebenarnya tak tahu bagaimana rasanya secara benar ketika berhadapan dengan pesakit dementia.

Para penasihat yang sekadar berada bersama mereka yang menghidapi dementia dalam tempoh sejam atau dua jam sering merasakan mudah dan yakin mereka boleh handle pesakit dementia dengan baik.

Sedangkan orang yang menjaga pesakit dementia yang terpaksa bersama pesakit dalam tempoh 24 jam tujuh hari tujuh malam berada dalam zon yang amat berbeza daripada mereka.

Rasa keliru

Satu lagi kesan yang bakal dihadapi oleh mereka yang menjaga pesakit dementia adalah rasa keliru atau orang putih panggil konpius (itu ejaan orang kampung saya).

Biasanya tak ada orang lain yang perlu menjaga dan memelihara mereka yang menghidapi dementia selain daripada keluarga terdekat si pesakit. Samada anak-anak atau saudara adik atau abang atau menantu yang selama ini dah biasa dengan si pesakit ketika sebelum menghidapi dementia.

Bila selama ini orang yang mereka rapat dalam keadaan normal dan mereka kenal luar dan dalam perasaan mereka, secara tiba-tiba berubah menjadi pelik dan tidak dapat dijangka, sudah tentu ia menimbulkan rasa keliru.

Lebih bahaya lagi jika anda tidak dapat menerima kenyataan dan masih anggap orang itu sedang bersandiwara dan sengaja mahu menyakitkan hati anda.

Perasaan tak keruan dan penuh keliru itu mungkin membuatkan anda sering menyanyikan lagu Ramli Sarip Keliru!, Keliru!...


Rasa tertekan dan tidak berdaya

Semua yang berlaku di atas bakal membuatkan diri anda tertekan dan tidak berdaya. Anda akan rasakan seperti sudah tidak dapat dibantu lagi dan dunia menjadi gelap gulita atau orang putih kata helpless.

Kerenah mereka yang menghidapi dementia dirasakan amat menyakitkan jiwa anda. Anda rasa seperti dicabar dan disengajakan untuk hidup sukar dan terus tersiksa setiap hari setiap malam dan siang.

Rasa tertekan itu membuatkan anda mahu semuanya cepat berlalu samada orang lain yang ambil tugasan tersebut, ataupun mungkin anda berdoakan bilalah tiba masanya. Tiba masanya samada anda yang pergi dahulu atau pesakit dementia yang pergi dahulu.

Perasaan itu bakal menimbulkan dilema seperti lagu KRU kerana takkanlah anda sanggup mengharapkan begitu pula pada orang yang anda sayang dan rapat selama ini. Nak luahkan nanti orang akan terbeliak mata dan kata anda dah gila dan tak berhati perut pula...dilema!

Apa itu dementia

Bila dah baca panjang setakat ini, saya masih belum terangkan apa itu dementia. Anda sudah tentu tertanya-tanya apakah dementia, apa pasal tak bagi tau saja dementia tu benatang apa, sampai teruk pukulannya mereka yang menerima dugaan mereka yang menghidapi dementia.

Saya mulanya memang nak beritahu apa itu dementia, apa gejalanya dan bagaimana menghadapinya dalam artikel ini.

Tapi bila dah tulis keadaan mereka yang perlu menjaga pesakit dementia saja dah jadi panjang lebar ditambah dengan ayat-ayat mengarut saya (untuk hiburkan jiwa yang lara), rasanya terpaksa terangkan selepas ini dalam satu artikel yang berasingan.

Untuk maklumat para pembaca, sekarang dah pukul 3.51 pagi saya depan komputer atas meja makan tengah rumah.

Depan saya orang tua yang sekejap tidur, tak sampai 5 minit bangun dan mula buat kerja cuci atau lipat selimut atau tepuk bantal kemudian tidur semula dan kemudian bangun lagi dan tidur lagi.

Saya masih berjaya siapkan artikel ini... itulah salah satu gejala mereka yang menghidapi dementia...
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Apa jadi jika orang tua anda menghidapi Dementia

Previous
« Prev Post

6 comments:

  1. Saudara, orang yang datang sekejap jengok macam pelawat bukan ziarah ibu bapa memang senang beri komen. Buat itu buat ini dan macam macam lagi. Kita yang bersama mereka 24 jam sehari sahaja yang tahu bebannya. Memang Allah memberi peluang kepada kita menjaga ibu bapa. Anugerah Allah kepada kita, kita beruntung kerana masih ada ibu bapa untuk dijaga, hati mesti ikhlas. Orang lain yang tidak berpeluang menjaga orang tua rugi sangat. Kita ambil peluang yang Allah anugerahkan kepada kita dengan sebaik mungkin memberi kasih sayang kepada kepada mereka. Semuga penorbanan kita mendapat balasan yang setimpal dan di berkati Allah. Dengan ini juga kita menjadi dekat dengan Allah, InsyaAllah

    ReplyDelete
  2. Arwah ibu mertua saya menghidap dimentia. Dr umur suami sy kecik, ditinggalkan suami yg meninggal dunia, bekerja utk menyara anak ... Selepas bapa dia meninggal, dia rasa kekuatan dah tiada, bermula ingatan hilang sikit demi sedikit, yg rutin saja diingat ...cuma syukur tidak nyanyuk ... Suami sy dpt menjaga sekejap, sbg isteri mmg perlu tabah n sabar .... Utk dapat pahala bukan mudah ....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq sudi berkongsi kat sini. Biasanya mereka akan ingat amalan rutin sebelum ini...

      Delete
    2. saya, suami dan anak2 mengalami tekanan yg amat sgt. saya menjaga bapa saudara dan isterinya. mereka menjaga sy dari kecil selepas ibu dn bapa sy berpisah. sekrg isteri bpa sdra sy mengalami dementia. dan bpa sdra sy memburukkan lg keadaan dgn tidak menerima isterinya sebnrnya sakit. sy menjaga 2 org tua... semoga Allah berikan sy banyak kesabaran

      Delete
  3. Saya amat setuju dengan artikel diatas. Memang itu lah yg dirasai oleh orang menjaga pesakit dimentia. Sayang teramat sayang, tapi pedih teramat pedih. Nikmat kehidupan itu hilang bagi penjaga dimentia. Hanya Allah lah yg mampu merubah segalanya.

    ReplyDelete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !