Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Sunday, June 27, 2021

Kredit Komuniti - Amboi sedapnya nama pemberi pinjaman berlesen sekarang

  Mohd Shubhi       Sunday, June 27, 2021


Penjenamaan semula dari Pemberi Pinjaman Wang Berlesen kepada Kredit Komuniti diumumkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) hari ini.

Syarikat pemberi pinjam wang (PPW) berlesen adalah di bawah kementerian itu. Ada sebanyak 4,115 pemberi pinjaman wang berlesen didaftarkan di bawahnya.

Kalau nak pinjam dari mereka, anda akan dikenakan faedah sebanyak 12% jika ada cagaran. Kalau tak ada cagaran pun boleh juga pinjam. Tapi faedahnya lebih mahal, 18%.

Bukan saja penjenamaan semula untuk mereka. Malah dibenarkan untuk beroperasi sepanjang tempoh PKP 3.0 Fasa 1 sekarang.

Kerajaan prihatin mudahkan berhutang

Kerajaan perihatin dan tahu rakyatnya sekarang sesak tak ada duit.

Terutamanya mereka yang selama ini kerja sendiri dan tak boleh nak berniaga. Begitu juga ramai yang kena buang kerja dan tak ada sumber pendapatan. Dari tahun lepas keadaan ekonomi negara sangat buruk kepada rakyat marhaen.

Bila tak ada kerja dan tak ada duit, hutang banyak nak kena bayar. Sewa rumah, bayaran ansuran kenderaan, perabut, karpet dan lain-lain. Haji Gokar, mamat Pakistan yang banyak perabut diambil darinya hari-hari datang minta bayar hutang perabut.

Jadi, sekarang boleh la pinjam dari Kredit Komuniti yang dah boleh beroperasi. Pinjam lagi dengan jumlah .bunga yang lebih tinggi.

Ini sudah pasti dapat membantu rakyat untuk jatuh tercekik dengan lebih parah lagi. Makin lama makin parah dan akhirnya akan mampus. Orang susah memang elok mampus awal.

Itulah agaknya yang kerajaan impikan berlaku kepada rakyatnya. 

Biar semua orang susah mampus beramai-ramai dan hanya tinggal orang kaya sahaja yang mampu bayar cukai kepada kerajaan.

Duit cukai pulak boleh digunakan untuk buat projek yang dibolot oleh kroni para ahli politik yang dan sedia kaya raya tahap gaban. Dapat projek akan jadikan mereka lebih kaya lagi. Sebahagian bayar cukai, sebahagian bagi komisyen kat ahli politik

Orang politik dapat tingkatkan kekayaan mereka lagi selepas ini.

Boleh hantar anak-anak mereka ke sekolah di luar negara supaya jadi pandai dan tak bodoh macam rakyat Malaysia kebanyakkan sekarang.

Tapi ada juga ahli politik yang waras. Yang prihatin dan tahu keadaan kedudukan kewangan orang ramai dalam keadaan ini. Tok Mat bidas kenyataan dan pengumuman Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) itu sebagai sangat tidak masuk akal. Baca sini.

Adakah patut pelan pemulihan ekonomi negara dan rakyat adalah dengan membenarkan pemberi pinjaman wang berlesen yang kadar bunganya mencekik darah beroperasi. Kalau tak ada duit boleh pinjam pada mereka .. gila ke apa?

Di bawah pula saya siarkan pendapat seorang kawan ..

Saya kongsikan kat bawah ni tulisan saudara Azad Jasmi, pandangannya terhadap Kredit Komuniti ni. Bacalah dan sila komen pendapat anda pula selepas ini ya!

*********************************

Kredit Komuniti

Azad Jasmi l 26 Jun 2021

————————————-

Rasanya Kredit Komuniti ialah satu nama baru yang penuh kesantunan dan “lembut” nadanya bagi nama lama iaitu “Along”. 

Senario ini memungkinkan lebih ramai terjebak ke kancah yang memberikan satu jalan keluar yang tidak pasti bila.

Ini bukan lah satu langkah meringkankan bebanan keperitan kewangan rakyat tetapi menjadi satu cara menghalalkan “Along” dan lebih memberikan impak kewangan yang lebih perit kepada pengambil pinjaman.

Sepatutnya agensi pinjaman seperti Tekun Nasional, Amanah Ikhtiar Malaysia serta bank-bank yang dipunyai saham oleh kerajaan melonggarkan polisi pinjaman didalam keadaan polemik kewangan yang mendesak.

Penukaran nama syarikat pemberi hutang kepada Kredit Komuniti ini boleh mengaburi mata sebahagian rakyat dan mungkin ramai lagi syarikat akan mengambil kesempatan diatas nama baru ini untuk “menghulurkan” hutang kepada rakyat dan seterusnya menjerat rakyat yang terlibat.

Semoga Allah melindungi kita.

1. Surat Al-Baqarah ayat 278-2

Artinya: Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan tinggalkan sisa riba (yang belum dipungut) jika kamu orang-orang yang beriman. Maka jika kamu tidak mengerjakan (meninggalkan sisa riba), maka ketahuilah, bahwa Allah dan Rasul-Nya akan memerangimu. Dan jika kamu bertaubat (dari pengambilan riba), maka bagimu pokok hartamu; kamu tidak menganiaya dan tidak (pula) dianiaya. Dan jika (orang yang berhutang itu) dalam kesukaran, maka berilah tangguh sampai dia berkelapangan. Dan menyedekahkan (sebagian atau semua utang) itu, lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui.

2. Al- Baqarah: 275

Maksudnya: “Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba.”

3. “Jauhilah kamu daripada tujuh dosa besar ini (perkara yang membinasakan). Para sahabat bertanya: Apakah ia wahai Rasulullah SAW? Rasulullah SAW bersabda: Syirik kepada Allah SWT, sihir, membunuh jiwa yang telah diharamkan oleh Allah SWT melainkan dengan kebenaran, memakan riba, memakan harta anak yatim, melarikan diri dari peperangan dan menuduh wanita yang beriman dengan berzina”. [Riwayat al-Bukhari (2766) (6857) dan Muslim (145

*********************************

Apa pandangan anda?


logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Kredit Komuniti - Amboi sedapnya nama pemberi pinjaman berlesen sekarang

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !