Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Thursday, June 23, 2022

Kenapa anda perlu fikir banyak kali sebelum beli kereta Nissan Sylphy - Masalah CVT

  Mohd Shubhi       Thursday, June 23, 2022


Nissan Sylphy 1.8 yang ada sekarang saya beli pada tahun 2016. Beli baru, terus dari showroom Nissan di Glenmarie.

Beli pun sebab tewas dengan tawaran salesman yang pandai lembikkan tengkok saya. 

Bukan pasal produk sangat. Tapi lebih kepada cara dia melayan dan ambil berat terhadap segala permasalahan saya. 

Tujuannya hanya nak trade in Nissan Sentra saja. Tapi akhirnya terlanjur ambil Nissan Sylphy 1.8 yang saya pakai sampai sekarang ni. 

Menurut salesman, Sylphy berwarna putih tu adalah kereta terakhir yang diimport khas dari Thailand masuk terus secara CBU. Bukannya di pasang di Malaysia.

Ertinya tahun saya beli tak sama dengan tahun kereta itu dipasang. Dah lewat setahun.

Dengan semua kekurangan serba sedikit itu, harga yang ditawarkan adalah diskaun sebanyak RM25 ribu dari harga asal. Jatuh harganya dalam lingkungan RM90k saja.

Siapa tak berminat dengan harga menarik tu!

Lagipun, rupa bentuk Sylphy yang ada ketika itu memang sangat mengancam. Menarik dalam segenap segi. Model yang sebelum sebelum inipun saya memang ada sedikit terpikat tapi hanya pendampkan saja tak beli beli.

Sebaik saja dapat tawaran sebegitu, maka tanpa banyak songeh terus setuju dan buat segala proses pembelian sampailah keluar kereta, berwarna putih. Dan masih dipakai sampai sekarang.

Hutang dah habis bayar 

Walaupun kereta itu tak ada lagi hutang, dah pakai puas. Boleh dijadikan modal sedikit untuk down payment kereta baru lain, tapi rasa sayang nak buang duit dan sambung bebanan bayar hutang setiap bulan.

Jadi kekalkan saja pakai Sylphy tu sekalipun banyak desakan dari anak isteri yang teringin kereta baru.

Kalau dengar cerita cabaran yang dihadapi oleh pemilik Sylphy malang, memang agak menakutkan. 

Masalah paling tak tahan dihadapi adalah bab CVT. 

Kalau dia nak rosak, tak payah tunggu lama. Ada seorang kawan, kereta ayahnya baru mileage 90 ribu dah kong di tengah jalan ketika mereka ada di Kelantan. Dah jadi satu hal nak kena towing kereta balik ke Alor Setar!.

Kes macam tu, rujuk pada Nissan Service, mereka suruh tukar saja Transmisi atau CVT tersebut. Tukar yang baru. Harganya mahu RM30 ribu. Gila ke apa nak keluarkan duit macam harga Proton untuk tukar Transmisi saja!

Tak silap saya, selepas tarik balik ke Kedah, mereka repair dan habis dalam 6 ke 7 ribu juga. Tapi bawa dah tak sesedap asal lagi. Begitulah kata kawan yang kena bencana CVT Nissan tu.

Sejak itu, hati sentiasa berdebar. Tunggu bila agaknya masa akan tiba untuk saya berhadapan dengan masalah yang sama.

Berhadapan masalah CVT

Akhirnya, giliran saya sampai juga. Tiba-tiba saja kereta tu tekan minyak tapi tak pergi. Berat berdengung, sangat perlahan untuk bergerak. Jadi begitu ketika isteri bawa kereta tu pergi ambil anak-anak balik sekolah.

Keadaan begitu buatkan sylphy hanya boleh digunakan untuk urusan dekat saja. Pergi sekolah, pergi kedai. Mustahil dapat bawa naik lebuhraya dengan keadaan macam tu.

Saya bawa ke kedai specialist gearbox untuk tengok dan dia sahkan memang masalah CVT. Dia perlu lukar part yang dah mungkin haus di dalamnya.

Saya pun memang dah jangka dan tak banyak soal, setuju saja. Dia terus buat semua kerja dan siapkan dalam masa lebih seminggu juga.

Bila dah siap, boleh bawa macam biasa. Tapi sekali sekala ada jerk.

Keaadan itu merisaukan saya. Tapi buat tak tau sebab anggap ia masalah biasa pada kereta yang dah lama pakai dan tukar parts pulak. Jadi pendamkan saja. 

CVT tu saya repair pada bulan August 2020. Masa kelam kabut dengan masalah Covid-19 yang tak habis-habis naik turun ketika itu. 

Habis lebih dari RM5 ribu juga time tu. Tak apa sebab dah habis bayar, sedapkan hati sikit ..

Masalah CVT berlaku lagi

Tepat pada bulan Jun 2022, ketika saya travel ke penang dan nak balik, hampir sampai ke Bukit Tagar, kereta tu jadi berat tak boleh nak laju. 

Menurun dan turun sehingga mampu gerak 40 ke 60 km/sejam saja. Nasib baik sempat ke lane perlahan.

Dan nasib baik dalam 5 km dari exit ke Bukit Tagar saja. Saya terus keluar, berhenti di hentian tol Bukit Tagar tu dan call orang rumah datang ambil. 

Kereta ditinggalkan kat situ. Esok baru nak fikir.

Diringkaskan cerita, esoknya, towing dari insurance pergi ambil kereta dah hantar ke workshop pakar gearbox yang saya pakai dulu.

Sedih juga sebab tak sampai 2 tahun masalah sama datang kembali. Kalau berlaku 3 tahun sekali pun saya masih ok. Hanya perlu stand by dalam RM6 ribu untuk 3 tahun tanpa ada bayaran bulanan yang perlu ditanggung rasanya masih ok.

Hanya bajet dalam RM167 saja sebulan. Ok la. Tapi kalau tak ada problem lagi bagus.

Kononnya, menurut Nissan, CVT tu boleh tahan sampai 18 tahun tanpa masalah!. 

Pigidah! boleh blah.

Betul ke idak dakwaan mereka tu. Berdasarkan berapa peratus punya kejadian tu agaknya?

Kereta saya dah masuk workshop lagi. Sedang dibetulkan. Masalah masih tak selesai dan pomen sedang berusaha kenal pasti kenapa masih tak lancar pergerakannya. Dia terpaksa buat turun kesemua transmisi tu sekarang.

Saya masih menunggu dengan penuh sabar. Entah berapa pulak nak kena kali ni ! .. jeng jeng jeng ! 

Peluang untuk tukar kereta baru nampaknya ..

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Kenapa anda perlu fikir banyak kali sebelum beli kereta Nissan Sylphy - Masalah CVT

Previous
« Prev Post

2 comments:

  1. Tengah serius baca, sebelum ending artikel ni jadi kelakar pulak.. Hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe .. sedih pun tak boleh selesaikan masalah CVT tu !

      Delete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !