Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Saturday, December 20, 2008

Mustahil

  Mohd Shubhi       Saturday, December 20, 2008
Ketika saya masih seorang pelajar dahulu. Saya mempunyai seorang pensyarah Fizik berbangsa Perancis. Seorang pensyarah lelaki yang kacak, bijak dan juga seorang Etheis (Free Thinker). Ketika itu saya cukup suka cara dia menghisap rokok, nampak macam sedap sangat asap yang disipnya lalu dihembus bulat-bulat ke udara.

Satu kali ketika dia menunggu kami menyelesaikan satu soalan kuliah. Dia membuat selingan dengan satu soalan yang amat hebat...katanya: " kamu mempercayai adanya Tuhan, dan Tuhan itu Maha Pencipta dan Maha Berkuasa. Jika dia benar-benar berkuasa, mengapa tidak diciptakanNya satu lagi Tuhan sepertiNya ?". "Cuba fikirkan", sambungnya lagi.

Setakat ini saya sering menemui orang yang bertanya soalan dalam makna yang serupa seperti:
"Jika Tuhan itu benar-benar berkuasa..."
-bolehkah Tuhan itu menjadikan diriNya rupa manusia dan berada di muka bumi ini ?
-bolehkah Tuhan itu menjadikan diriNya tiada ?
-dan sebagainya

Jika seseorang itu tidak memahami dan mengenali apa itu Tuhan, dia akan terperangkap dalam soalan tersebut. Hendak dikatakan tak boleh, nampak seolah-olah menafikan Tuhan itu Maha Berkuasa.

Pernah ada yang menjawab dengan "boleh, cuma Tuhan tak mahu saja buat begitu", kerana dia rasa itulah jawapan yang betul menunjukkan kononnya dia memahami erti Maha Berkuasa.

Sebenarnya sesiapa yang mengatakan "boleh", bermakna dia menafikan itu Tuhan. Sedangkan jawapannya ialah "Mustahil", sebabnya ialah kerana dia "Tuhan".

Semua soalan yang disebut di atas tadi boleh dirumuskan seperti soalan ini:
"Bolehkah Tuhan menjadi makhluk"...sudah tentu jawapannya ialah MUSTAHIL.

Untuk soalan yang ditanya oleh pensyarah tadi. Sesuatu yang dicipta bukan Tuhan, bermakna, bagaimana mungkin terjadi sesuatu yang dicipta tidak ada permulaan...? sudah tentu MUSTAHIL.

Oleh kerana itu amat penting kita mempelajari Tauhid, dan benar-benar menghayatinya. Moga kita semua memahami dan mengenali Tuhan, agar tidak terperangkap dengan soalan-soalan yang sengaja ditanya oleh mereka yang celaru fikirannya.

Harap huraian saya tidak mengelirukan. Wallahu'alam.
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Mustahil

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !