Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Wednesday, December 17, 2008

Siapa harus dipersalahkan...?

  Mohd Shubhi       Wednesday, December 17, 2008

Semalan saya diminta untuk pergi ke Masjid Ar-Rahman dekat universiti Malaya untuk memeriksa anai-anai yang di khuatiri menyerang struktur kayu di situ.

Pukul 9 pagi saya bersama Pakcik Hashim, petugas penyelenggaraan masuk ke bahagian stor untuk ditunjukkan pada saya kawasan serangan. Memang sah anai-anai telah menyerang penuh di bahagian atas bumbung masjid. Habis struktur siling masjid tersebut dikerjakannya.

Saya mencadangkan agar teknik umpan digunakan untuk menghapuskan anai-anai tersebut sehingga ke puncanya sebelum anai-anai memusnahkan semua struktur kayu Masjid tersebut.

Selesai dengan Pak Cik Hashim, saya minta diri untuk beredar. Sebelum beredar saya masuk sebentar ke dewan solat untuk solat Duha. Semasa masuk saya terlihat seorang tua di tepi tiang sedang membaca surat Yasin. Saya habiskan solat saya dan ke pintu untuk keluar sambil lalu di tepi orang tua tadi. Sampai di tepinya dia mendongak sambil berkata sesuatu pada saya.

Suaranya yang amat lemah membuatkan saya mendekatinya untuk mendengar apa katanya. Sambil terketar-ketar dia merenung saya dan berkata dengan lemah: "boleh belanja pakcik makan, pakcik sangat lapar".

Saya menghulurkan wang padanya. Dia terketar-ketar bangun, mengambil beg, dan terus ke arah pintu masjid mahu ke kantin yang terletak di depan masjid. Sempat juga dia pelawa saya bersamanya.

Saya biarkan dia pergi dahulu sementara saya memakai kasut dan mengubah kereta saya ke bahagian depan masjid. Sesampai di kantin saya lihat dia sudah masukkan sepinggan nasi lemak, ada sedikit kuah sambal dan sedikit telur rebus juga segelas teh 'o'.

Saya mengambil segelas air suam dan duduk bersamanya. Sedih saya lihat dia makan perlahan-lahan, entah dah berapa lama dia tak makan agaknya.

Saya bertanya samada dia ada isteri. Jawabnya isterinya sudah meninggal. Anaknya perempuan dua orang dan keduanya dah kahwin mengikut suami masing-masing. Asalnya dari melaka dan dia keluar dari rumah pusaka yang di tumpangnya setelah berlaku perebutan harta dengan saudara mara. Oleh kerana dia tiada apa-apa yang boleh dipertahankan dia beralah membawa diri.

Saya terfikir ke mana kesudahannya orang tua ini....? siapa harus dipersalahkan...?
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Siapa harus dipersalahkan...?

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !