Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Saturday, December 13, 2008

Bidadari Syurga

  Mohd Shubhi       Saturday, December 13, 2008

Saya baru saja berjumpa dengan kawan kampung. Kami bincang-bincang sambil minum. Saya selalu ambil kesempatan untuk jumpa dia tiap kali balik kampung kerana dia baru saja mengalami cubaan kehidupan yang hebat. Cubaan pergolakan rumahtangga.

Setelah agak lama berumah tangga, setelah dikurniakan anak 2 orang, rumah tangga mereka sudah tidak dapat dipertahankan lagi. Isteri menyalahkan suami kerana suami banyak hutang, bisnes jatuh, lalu si isteri mencari lelaki lain sebagai tempat mengadu.

Hasrat kawan saya sudah tentu mahu mempertahankan mahligai rumah tangga yang dibinanya. Tapi apabila sudah ada pihak ketiga menyelit mengambil kesempatan, dia tak mahu menjadi dayus, apalagi berkali-kali si interi minta di ceraikan.

Dia lalu lepaskan isterinya. Berpisah dengan isteri tak ada hal bagi dia dia rasa tak guna simpan isteri macam tu. Waktu senang jalan sama, waktu susah tak mau jalan sekali. Yang dia tak tahan adalah terpaksa berpisah dengan anak-anak. Saya tak dapat bayangkan tekanan berpisah berjauhan dengan anak-anak.

Jadi, setiap kali saya bersama kawan saya itu, saya cuba mendengar segala luahan rasanya. Sambil memberi kata-kata peransang. Saya perhatikan dia banyak menyebut nama Allah, sering berdoa kepada Tuhan agar memberikannya kekuatan. Baguslah begitu, saya kata nampaknya Allah menghantar keburukan pada dia agar timbul kebaikan dalam jiwanya.

Sebelum berpisah saya tanya: "tak terlintas nak kahwin lain ka...?"

Dia jawab: "he...he...la ni ada miang-miang sikit kat aku bila tengok perempuan, tapi kalau aku nak kahwin, aku nak pilih betul-betul, yang cantik, sopan, beragama, sanggup bersusah payah dengan aku, dengar cakap aku, menghormati aku, tak mau kat orang lain kecuali aku, taat segala suruhan aku, layan aku dengan baik...panjang kalau nak sebut semua...he...he"

Saya kata: " yang hang mau tu dengarnya macam bidadari syurga, mana ada kat dunia ni, di syurga saja ada...hang takkan jumpa kat dunia ni"

Kata dia: "betul jugak no...aku tak terfikirpun, mana ada bidadari kat atas bumi ni, kalau macam tu apa yang Allah takdirkan jodoh aku, itulah yang aku ambil, aku yakin Allah akan berikan pada aku yang terbaik"
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Bidadari Syurga

Previous
« Prev Post

1 comment:

  1. En Shubhi,

    Terima Kasih kerana pautkan blog saya disini.

    Cerita cerita yang dipertengahkan di blog encik baik and juga beri banyak pengajaran.

    Terima Kasih, saya pun akan layari blog encik dari masa ke semasa.

    ReplyDelete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !