Friday, 25 September 2015

Persamaan antara Melayu dan China, mungkin anda tak sedar

Betulkah ada persamaan antara Melayu dan Cina di Malaysia ini ?

Jawapannya adalah, sudah tentu ada !. Itupun kalau kita mahu mencarinya.

Nak lihat perbezaanpun boleh jumpa juga, asalkan kita buat niat atau keputusan terlebih dahulu samada nak cari persamaan atau perbezaan.

Kat sini, kita cuba lihat apakah persamaan antara Melayu dan Cina di Malaysia. Dengan maklumat ini, boleh jadi persepsi kita yang tak betul selama ini dapat diubah menjadi lebih baik dalam membuat keputusan, terutamanya keputusan politik dan ekonomi harian.

Melayu dan Cina dari rumpun Ras yang sama

Ada 3 jenis Ras utama kat dunia ini. Mongoloid, Negroid dan Caucasoid. Dari nama saja kita dah boleh teka Melayu dan juga Cina ini masuk dalam kumpulan mana.

Mat Saleh yang pernah menjajah dan memperbodohkan kita satu masa dulu adalah daripada Ras Caucasoid. Dari segi rupa bentuk muka dan juga tubuh badan memang mereka amat jelas berbeza berbanding dengan Melayu dan Cina.

Satu lagi Ras yang nampaknya sudah mula masuk menerjah mencari makan di negara kita adalah daripada Ras Negroid. Dari segi warna kulit mereka jelas berbeza, hitam pekat. Bentuk tubuh badan juga amat berbeza dengan curve yang lebih menonjol terutama di bahagian dada dan juga punggung.

Dan kita, Melayu dan Cina termasuk dalam Ras Mongoloid. Bentuk muka, tubuh badan dan curve pada dada dan punggung amat jelas berbeza samada dibandingkan dengan Negroid atau Caucasoid. Kebanyakan daripada kita berpunggung leper. Begitu juga bentuk muka terutamanya pada hidung dan mata.

Melayu dan Cina pnya Ras sama berbeza etnik

Dari buku tulisan seorang ahli sains sosial yang hebat dari negara kita, saya belajar bagaimana persaingan antara Melayu dan Cina di negara kita sebenarnya adalah persaingan dalaman antara satu Ras yang sama.

Melayu dan Cina berbeza dari segi etnik. Begitu juga antara Cina dan Jepun, dua etnik berbeza ini saling bermusuh ketika zaman pendudukan Jepun di negara kita. Cina mengambil pendekatan lawan dengan Jepun sedangkan Melayu ambil pendekatan kawan.

Orang Melayu terutamanya dari KMM masuk berkerjasama dengan Jepun dengan harapan untuk membebaskan Malaya daripada pemerintahan Inggeris. Malangnya Jepun walaupun sama Ras dengan Melayu, lebih jahat dan kejam daripada Inggeris.

Berpunca daripada sikap yang berbeza antara Melayu dan Cina terhadap tentera Jepun, satu kawan dan satu lagi lawan, maka ia memberi kesan tak baik apabila Jepun cabut lari meninggalkan Malaya. Cina balas dendam pada orang Melayu dengan tuduhan menjadi tali barut Jepun.

Berlaku pembunuhan pegawai Melayu di Johor dan ia membawa kepada tindakan balas dendam orang Melayu terhadap orang Cina ketika itu. Kisah Panglima Salleh yang berarak dengan kumpulannya mengamuk di Johor ada di ceritakan dalam buku tulisan ahli sains sosial yang saya baca itu.

Tapi ada kebaikannya daripada peristiwa tersebut. Dato Onn Jaafar berjaya memujuk hasrat kumpulan Panglima Salleh untuk mengamuk bantai Cina, dan dia menjadi buah mulut dan mendapat pujian Inggeris. Selepas itu dia terus menjadi orang penting sehingga Umno ditubuhkan.

Susunan kelas Melayu dan Cina adalah sama

Kita semua tahu samada Melayu atau Cina ada dua kelas utama yang membezakan mereka dalam etnik yang sama. Ada dua kelas dalam kumpulan orang Melayu. Secara umumnya dua kelas tersebut adalah Kelas Melayu Elit dan kelas Melayu Biasa.

Begitu juga dengan orang Cina di Malaysia ada dua kelas. Satu adalah dari kelas Cina Elit dan satu lagi kelas Cina biasa. Lebih mudah kita buat dua kelas saja dan tidak masukkan satu lagi kelas yang boleh kita panggil sebagai kelas Cina menengah.

Kalau nak diikutkan ada Cina Elit, Cina Pertengahan dan Cina miskin, tapi terutamanya dalam zaman sekarang jurang antara menengah dengan elit telah berpisah jauh dari segi kekeyaan dan tarah hidup. Begitu juga dengan orang Melayu. Sebab itu mudah jika kita longgokkan saja sebagai dua kelas iaitu Elit dan Biasa.

Dari segi susunan kelas nampaknya Melayu dan Cina sama saja. Segelintir orang Cina masuk dalam kumpulan Elite dan majoritinya masuk dalam kumpulan biasa. Begitu juga dengan Melayu. Segelintir kecil masuk dalam kumpulan Melayu Elit dan majoriti besar masuk kumpulan Melayu Biasa.

Melayu Elit dan Cina Elit saling berhubungan

Cuba lihat hubungan antara Melayu dan Cina pada peringkat elit di atas sana. Contonhnya ahli politik tahap menteri atau ahli perniagaan tahap jutawan. Mereka pulun jaga kepentingan masing-masing untuk kekal dalam kumpulan elit dengan buat kerjasama samapada ekonomi atau politik.

Yang menjadi masalah adalah kumpulan Cina dan Melayu biasa di bawah. Mereka rata-rata dipergunakan oleh kumpulan elite ini untuk meraih sokongan terutamanya untuk kekal dalam kumpulan elit mereka.

Ada juga kumpulan Melayu menengah yang cuba nak jadi kumpulan elit menggunakan kelas Melayu biasa ini untuk melonjakkan mereka naik ke atas. Dan biasanya Melayu biasa akan terus kekal sebagai Melayu biasa.

Melayu dan Cina punya persepsi salah

Kita biasa dengan ayat kononnya Melayu menguasai politik di Malaysia. Itulah persepsi orang Cina dan mereka cuba memecahkan monopoli tersebut. Begitu juga orang Melayu punya persepsi kononnya Cina menguasai ekonomi di Malaysia, dan Melayu cuba pecahkan monopoli itu.

Tapi hakikatnya ia tidak berapa betul sangat. Yang berkuasa dalam politik adalah kelas Melayu dan Cina yang sama, iaitu kelas Elite antara mereka samada Melayu atau Cina. Begitu juga yang menguasai ekonomi adalah kelas yang sama iaitu Melayu dan Cina Elit juga.

Yang masih tak berubah adalah kelas bawah ini. Masih kekal dipergunakan dari dulu sampai sekarang. Mungkin tidak seteruk ketika zaman penjajah dahulu, tapi masih tetap berlaku demi menjaga kepentingan kumpulan elit kat atas itu.

Begitulah lebih kurang keadaan yang boleh kita cuba renungkan dalam bab persamaan antara Melayu dan Cina di negara kita. Melayu dan Cina biasa sebenarnya perlu ada kerjasama untuk memperjuangkan hak mereka agar tidak tertngal jauh dibawah kelas elite kat atas tu.

Sekurang-kurangnya mesti ada satu kerjasama untuk tidak dipergunakan atas dasar perbezaan etnik sedangkan ia hanya dibuat untuk menjaga kepenting kelas elit masing-masing.

Menarik juga masalah ini betul tak ?

Apa pendapat anda ?

24 comments:
Write comments
  1. aku pun pelik kalau kau kata melayu dan cina ada persamaan...yg sama mereka keturunan nabi adam tapi mereka makan babi, kafir ,anti melayu...kalau yea pun nak suruh sokong Lim Kit Siang janganlah hina bangsa sendiri...Jepun dulu pun ada slogan asia utk org asia...tapi apa jadi setelah tawan tanah melayu...berapa ramai wanita melayu kena rogol....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak perlu pelik anon tak baca apa yang ditulis. Kalau baca masih pelik, ertinya ada masalah kecerdikan menyusun dan mencerna maklumat.

      Delete
  2. 7.13....anda x faham tajuk tulisan ini kot....baca ngan tenang baru anda faham...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih tuan Usop Ali cuba tenangkan jiwa yang kacau tu. Ramai rupanya yang macam tu kat negara kita ya !

      Delete
  3. 7.13....anda x faham tajuk tulisan ini kot....baca ngan tenang baru anda faham...

    ReplyDelete
  4. YANG BAHALOL JANGAN BACA YA, KELAK MAKIN BAHALOL

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bahalol tu nama.seorg ulamak la bangang...jgn suka jadi tali barut...pegang tali allah...irg nk buat blog nk berblog...tp x menyumbang kpd islam...melayu nk islam x blh...kafir nk pilihanraya pbt xper...kapir nk arak xper...kapir nk besar kandang babi xper...kapir nk halal melayu murtad xper...lbh bangga jadi lidah kapir

      Delete
    2. Menarik maklumat tu, Bahalol adalah nama seorang ulama ! bagilah sedikit biodata ulama nama Bahall tu supaya orang lain dapat belajar, kan baik !

      Delete
  5. "Dato Onn Jaafar berjaya memujuk hasrat kumpulan Panglima Salleh untuk mengamuk bantai Cina, dan dia menjadi buah mulut dan mendapat pujian Inggeris. Selepas itu dia terus menjadi orang penting sehingga Umno ditubuhkan." Dari mana anda dapat fakta ini? Fakta sebenar adalah sebaliknya, kalau tidak makin ramai yang akan maut. Data yg anda perolehi tidak berserta sumber sahih. Ini cuma tanggapan dan pendapat anda menerusi persepsi anda sendiri. Sila buat kajian lebih terperinci sebelum memberikan bukti untuk menyokong pendapat anda. Memanglah umat manusia semuanya berasal dari Nabi Allah Adam dan Allah menyatakan dalam Al-Quran, "Wahai manusia sesungguhnya kami jadikan kamu lelaki dan perempuan dan kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan berpuak-puak supaya kamu kenal-mengenal. Sesungguhnya sebaik-baik kamu di sisi Allah ialah yang paling bertakwa di antara kamu." (Al-Hujurat: 13) Bila islam menjadi tunjang, maka tiada jurang akan berlaku yang melibatkan kaum dan bangsa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jenis x buat kajian...dpt file dr kapir terus siarkan....kene kencing x sedar2..

      Delete
    2. Yang penulis faham memang kejadian tu dimulakan oleh pembunuhan Melayu dilakukan oleh orang Cina (Komunis) ketika itu yang mungkin membalas dendam.

      Rentetan dari itu orang Melayu bangkit mempertahankan diri atau melawan. Interpretasinya semua betul bergantung dimana anda duduk. Tapi yang pastinya, semua yang dibunuh samada cina atau melayu kebanyakannya tidak terlibat secara lansung pada asal kejadian.

      Macam kejadian 13 mei, cina yang naik basikal dan kemudiannya ditetak sampai mati di kampung baru ketika itu sudah tentu tak ada kena mengena dengan sebab asal orang Melayu mengamuk.

      Boleh cikgu berikan sedikit pencerahan apa yang dimaksudkan fakta sebaliknya tu.

      Penulis cuba bersikap tidak berpolitik di sini. Sekadar cuba melihat dari perspektif luar (sudah tentu ada sedikit kecenderungan cara melihat). Jika salah boleh dibetulkan.

      Terima kasih sudi berikan komen

      Delete
    3. Saya sokong penuh fakta-fakta di atas dan yang di tulis oleh penulis adalah benar belaka. Mongoloid ialah bangsa yang agung di zaman dahulu. Apabila Islam berkembang ke Negara China, sebahagian bangsa Mongoloid telah memeluk agama Islam. Keturunan Islam ini masih ramai di Sin Kiang dan Wilayah Yunnan. Mereka juga mengamalkan budaya macam orang Islam di Malaysia. Terdapat juga peralatan seperti kris di sana. Cumanya China Mongoloid mempunyai banyak lagi wilayah lain yang belum memeluk agama Islam. itu saja bezanya. Di negara China mereka tak kisah pun sama ada yang Islam atau pun tak Islam, mereka layan sama rata sebagai satu bangsa unggul. Di mana kita dapati orang-orang Islam pun pernah menjadi Maharaja, Panglima tentera dan sebagainya asalkan mereka ini semuanya bangsa Mongoloid yang sama. Walaupun ada kes picisan, yang di katakan tindas-menindas. Itu hanyalah hasutan dari pihak Yahudi America. Bangsa Mongoloid memang bijak bertoleransi. Tidak heranlah mereka bersatu-padu sehingga hari ini, bukan macam di India, Wallahualam.

      Delete
    4. Saya sokong penuh fakta-fakta di atas dan yang di tulis oleh penulis adalah benar belaka. Mongoloid ialah bangsa yang agung di zaman dahulu. Apabila Islam berkembang ke Negara China, sebahagian bangsa Mongoloid telah memeluk agama Islam. Keturunan Islam ini masih ramai di Sin Kiang dan Wilayah Yunnan. Mereka juga mengamalkan budaya macam orang Islam di Malaysia. Terdapat juga peralatan seperti kris di sana. Cumanya China Mongoloid mempunyai banyak lagi wilayah lain yang belum memeluk agama Islam. itu saja bezanya. Di negara China mereka tak kisah pun sama ada yang Islam atau pun tak Islam, mereka layan sama rata sebagai satu bangsa unggul. Di mana kita dapati orang-orang Islam pun pernah menjadi Maharaja, Panglima tentera dan sebagainya asalkan mereka ini semuanya bangsa Mongoloid yang sama. Walaupun ada kes picisan, yang di katakan tindas-menindas. Itu hanyalah hasutan dari pihak Yahudi America. Bangsa Mongoloid memang bijak bertoleransi. Tidak heranlah mereka bersatu-padu sehingga hari ini, bukan macam di India, Wallahualam.

      Delete
  6. orang dulu yang dikatakan panadai sebenarnay tidak nampak 100 tahun kedepan apa apakan jadi jika
    setuju dengan syarat britis
    sekarang bukankah dah terjadi
    kalau negara ini dulu kepunyaan mereka adakha mereaka setuju denagn britris untuk bagi orang luar jadi
    rakyat negara ini ?
    bristis datang ke tm untuk lemahkan Islam
    berjaya nampaknya setakat ini
    malayu mau senang cepat takut bekorban tunduk denagn britis

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalaulah manusia boleh nampak masa depan, tentu dunia berbeza...

      Delete
    2. Ni macam agenda liberal je yg dimasyhurkan oleh macai dan balaci Dap spt PKR dan Parti Amanah serta didokong oleh admin !

      Delete
    3. Boleh anon 2:09 berikan sedikit penerangan dalam konteks artikel di atas bagaimana yang dikatakan sebagai tidak liberal. Atau sumbangkan artikel untuk disiarkan di sini ?

      Delete
  7. Yg pentingnya, jadi Islam yg baik, dan mati sbg org Islam yg baik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah, semoga itu akhirnya riwayat hidup ini

      Delete
  8. lu kata sama lu punya pasal...aku bukan cina dan tak sekali angkat mereka lebih dari babi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Peringatan ! Jumlah orang Cina Muslim adalah ramai, dan meletakkan kedudukan manusia mana-mana bangsa sekalipun lebih hina dari haiwan Babi adalah salah dan disukai syaitan !

      Delete
    2. Satu topik yg kena pada masa. Bidang anthropologi yg luas hingga dapat temukan lubang peluh mongoloid hanya separuh lubang peluh caucasian dan negroid.
      Namun kena juga ambilkira gelembung negroid lebih awal ke nusantara dari gelembung mongoloid dan mungkin menghasilkan kaum melanesia yg mendudukki tenggara Asia dan pulau2 laut teduh. Juga perkahwinan2 rentas etnik.
      Aspek sosioekonomi seperti rakyat ramai diperkudakan olih kaum elit adalah gejala masyarakat alami yg juga perlu diketengahkan walaupun mendapat cemuhan dan tentangan.
      Semuga terus taburkan ilmu yg bermenfa'at.

      Delete
    3. Terima kasih tuan Md Tajudin Md Ali. Sejuk dada membaca komen yang sebegini. Maklumat menarik yang tuan berikan di atas tu, minat bidang anthropologi ke ?

      Delete
  9. Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahanam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.

    ReplyDelete

Hey, we've just launched a new tips for small business blog. You'll like it - hidupringkas.com
Join Our Newsletter