Saturday, March 29, 2014

Toyota Hilux di Malaysia vs Toyota Hilux di Thailand

  Mat Bihi       Saturday, March 29, 2014
Toyota Vigo 2.5

Menarik bila cerita saya mengenai pengalaman pertama pakai Toyota Hilux di sini dibaca dan dikomen oleh seorang pembaca yang tinggal di Thailand.

Pembaca tersebut yang malangnya tak berikan nama sebenar dan komen menggunakan anonymous berkongsikan pengalamannya yang berniaga di negara jiran kita di Thailand. Dia merupakan warga negara Malaysia, tetapi telah berhijrah cari makan dengan berniaga di Thailand.

Dari pengalamannya berniaga di sana, kelihatan seperti Kerajaan Thailand atau mungkin pegawai kerajaan di Thailand adalah teramat mesra peniaga.

tips selenggara toyota hilux

Gambaran yang kawan kita di sana berikan menunjukkan bahawa para pegawai kerajaan nampaknya lebih mencari jalan bagaimana nak pastikan orang berniaga dan bukannya cari jalan bagaimana nak bagi orang berhenti berniaga.

Melihat peniaga lari seperti dikejar hantu

Kalau di negara kita sebagai contoh di sekitar pasar malam, para peniaga akan bertaburan seperti dikejar hantu apabila adanya para pegawai penguatkuasa majlis datang membuat rondaan pada kawasan perniagaan di pasar malam.

Saya sering saksikan sendiri bagaimana peritnya orang yang cari makan dengan berniaga secara kecil-kecialan di pasar malam. Mereka datang buka meja dan mula menjaja berbagai benda daripada ikan, sayur, buah-buahan sehinggalah ke barang permainan atau pakaian.

Tetapi agak malang mereka tersebut tak ada tempat atau ruang untuk menjalankan perniagaan. Biasanya tempat di pasar malam dah penuh dan untuk mendapatkan kebenaran dan seterusnya memiliki tapak di pasar malam bukanlah sesuatu yang mudah.

Tetapi ada kalanya para peniaga yang ada tapak tak datang menjalankan perniagaan mereka, maka kesempatan inilah yang digunakan oleh mereka yang tak ada tapak untuk menumpang tapak. Memang ada pro dan kontra jika kita berlembut dengan para peniaga haram sebegini, terpulang pada pemikiran masing-masing untuk membahaskannya.

Fokus pada lahirkan peniaga bukan hapuskan mereka

Tetapi bagi saya mungkin satu jalan perlu dicari agar para pegawai meletakkan matlamat untuk meramaikan lagi usahawan atau peniaga di pasar malam atau di mana-mana. Bukannya bertindak seolah-olah matlamat mereka mahu menghapuskan para usahawan sebanyak mungkin.

Untuk itu, segala usaha mestilah bermatlamatkan membantu mereka menjadi usahawan atau peniaga berjaya. Berikan jalan atau panduan untuk berniaga dengan mudah dan berlesen dan bukannya berikan saman dan sita semua barangan sampai para usahawan menangis berair matakan darah.

Apa beza Toyota Hilux di Malaysia berbanding Thailand

Berbalik pada tajuk entri di atas, apa yang nak saya tonjolkan di sini adalah berkenaan keupayaan membeli Toyota Hilux di Malaysia berbanding di negara jiran kita Thailand.

Berdasarkan kawan kita yang berhijrah ke Thailand yang saya ceritakan tadi, dia membeli sebuah Toyota Hilux jenis Vigo 2.5 di Thailand dengan harga hanya RM65 ribu sahaja. Sedangkan saya membeli Toyota Hilux yang dipakai sekarang dengan Harga RM100 ribu lebih.

Bila saya tambah lagi kontainer di belakang Toyota Hilux yang saya beli dan menukarkan sarung kerusi fabrik biasa di dalamnya pada sarung kulit, harganya bertambah lagi. Saya habiskan lagi RM5 ribu untuk kesemua itu. Itu belum lagi masuk tambah ciri-ciri keselamatan antitheft dan pasang cermin tinted!.
Toyota Hilux Vigo 2.5

Jom kita baca komen rakan kita di Thailand berkenaan Toyota Hilux

" Dok di Malaysia aku x mampu pakai kereta. Bila hijrah keThailand banyak perkara Thailand ni x menyusahkan rakyat asalkan hang jangan kacau, ok.

Aku dah pakai 5 tahun hilux. Kali pertama lepas 1000kilo nak pi servis dia kata x payah, kena tunggu 10,000 kilo dulu. Dimalaysia kena tukar minyak enjin buat 1000 kilo yg pertama tu , dia balas itu teknologi enjin 10 tahun sudah.


Nak beli kereta diapun mudah x dak kerenah macam di malaysia, ada sea keris dan bermacam macam lagi. DiThailand bayar booking RM500 dan kalau batal booking , boleh dapat balik duit. Nak finance tunjuk bukti akaun simpanan sajapun dah cukup.


Orang finance sendiri mai rumah ambil buku savings lepas tiga hari dapat kereta. Bayar muka 10% kena ada guarantor kalau bagi downpayment 20% x payah guarantor. Dah keluar kereta x ada nombor plate lagi, bila tanya - kalau kena saman polis tunjukkan resit saman pada toyota nanti toyota bayar balik.


Aku pakai model vigo 2.5 harga cash disini kira RM tu RM65 ribu duit kita. Baru ni ambil mazda3 pun begitu mudah macam aku ambil toyota tu 5 tahun sudah harga cash RM 76 ribu duit kita, tiga hari dah dapat kereta.


OK! lah juga dok di Thailand, tak berserabut otak. Tau x aku berniaga ditepi jalan pekan Klong Ngae (persimpangan menuju Hadyai-Narathiwat Patani) tak mai berniaga sehari pegawai penguatkuasa dia macam pegawai penguatkuasa DBKL lah tapi cukup mesra peniaga dan penjaja, x macam DBKL dan sengkatannya di 1malaysia.


Penguatkuasa dia kata jangan halang lalu lintas dan jaga kebersihan sudahlah, jangan berhenti niaga tau kerana awak juga menggerkkan ekonomi thailand. Di Thailand x ada kerenah macam serba serbi tekanan yang aku biasa kena dengan majlis tempatan.


Teringin juga nak pakai plate malaysia, tunggu harga kereta dan insuran road tax nak turun tak juga turun yang buat aku mampu nak beli. "


Jika anda dah baca komen kawan kita kat atas tu, tentu ada banyak perkara yang terfikirkan dalam kepala. Paling menarik adalah harga kereta Toyota Hilux di Thailand berbanding Toyota Hilux di negara kita. Harga kereta Mazda juga mengancam jiwa.

Oklah, jangan hanya pendamkan saja pandapat anda dalam kepala, kongsikan di ruang komen di bawah dan luahkan pendapat anda. Nama blog inipun pendapat anda, jadi rugi kalau tak berikan pendapat anda di sini. Sila kan!!!
logoblog

Thanks for reading Toyota Hilux di Malaysia vs Toyota Hilux di Thailand

Previous
« Prev Post

54 comments:

  1. Kita bunuh saja bn ituuuuuu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. jangan bunuh...pembangkang perlu ada!

      Delete
  2. Kalau kerajaan BN tak rasuah dan menggalakkan rasuah...banyak pembangunan fizikal dan rohani dapat dilakukan...Kita redha kerana Allah swt beri kita ujian. Namun kita wajib tak boleh duduk diam dengan nasib ini. Berjuanglah kerana Allah swt....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah, siapa saja naik, kita perlu beri tekanan untuk merealisasikan yang terbaik

      Delete
  3. Mintak Sahabat kita tuu..tolong Hubungi balik blog ini..., nak mintak tolong beli kereta Thailand lah.... Toyota Fortuner Thailand... kot dapat harga murah dari harga sini.....!! Yg ke2...... PRU ke14.... Kita Tolak BN ramai-ramai.....!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kwan kita dah berikan maklumat kat bawah !

      Delete
  4. bn ni suka hati dia jer nak naikan harga kereta.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak buat camna itu pilihan raya....!

      Delete
  5. Oh! ya masa aku beli toyota vigo hilux tu, mintalah apa apa aksesori diberinya percuma ( kitapun nak minta rasa patut patutlah, jangan dok tekan sebab depapun nak cari makan ). Oh! ya toyota hilux model vigo tu kalau hang bawa sampai diesel kering, hang isi balik , terus boleh jalan. Kabarnya enjin diesel model dimalaysia punya kalau habis minyak diesel, hang kena buka ganti pam. Masa aku pi window shopping mazda tu di shopping complex, jengok jengok saja tanya harga dan ansuran saja sajapun tak ada niat nak beli, diberinya hadiah saguhati kepada pengunjung - sebuah kipas brand sharp 16 inci. barang an elektrikal sharp thailand dibuat oleh federal electrical company, kualitinya lebih baik dari sharp malaysia ikut pengalaman aku.
    Pasal kawan kita yang tanya Foretuner tu, x usah disebut foretuner, semua jenis kereta dan motosikal murah giler berbanding malaysia. Nak pakai kereta thailand cari dan kawin makwe patani atau yala - guna nama depa. Nak masuk malaysia kena bersabarlah sikit, tunggu antara 3 ke 6 bulan nak dapat nombor plat resmi sebab nombor plate merah adalah sementara menunggu nombor plate putih. Bila dah dapat nombor plate putih hangpa boleh pi di jpj kita kat sempadan boleh dapat road tax percuma yang boleh diperbharui sebulan kesebulan atau 3 bulan sekali ikut bodi bicara jpj. Hanya perlu ambil insuran 3rd party malaysia sekitar tak sampai $300 duit kita, bukannya rupiah m.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih buat tambahan, harap tuan ok saya cerita pengalaman tuan kat sini!

      Delete
  6. insuran 3rd party tak samapai $300 kita untuk tempoh 6 bulan.

    ReplyDelete
  7. silap buka $300 tapi diantara $150 ke $200 aje.

    ReplyDelete
  8. Ok! kalau hangpa nak tukar tayar ke atau apa ke bende boleh lah perkenal setakat mana yang aku mampu. nak kontak aku emel: barangdapur@kedaithai.com atau buka website (masih dalam pembinaan) taip diURL http:// kedaithai.com/main

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang nak tukat bumper depan belaang yang besi punya! dengar kata kat sana murah dan banyak pilihan! bila dah aman nanti boleh ke sana!

      Delete
    2. thailand ni tak darurat sebenarnya, hanya digembar gemburkan darurat - semuanya hanya nak alihkan perhatian. Balik sini ok ! don 't worry come over. InsyaAllah apa yang hangpa nak beli, sama sama kita cuba ikhtiar.

      Delete
  9. Haha..2 dalam 1..bini dapat keta pun dapat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak tambah bini ni yg masalah ni sbb aku dah ada dua...... haha

      Delete
    2. ada dua lagi koata belum di isi!

      Delete
  10. pemerintah siam paham, prihatin & tau akan kesusahan & kesengsaraan majoriti besaq rakyat dia (negara buddhist tu). tapi disini bukan saja 'tau buat2 tak tau', malah dok toreh lagi macam pokok getah 24/7. mampueh kita!

    ReplyDelete
    Replies
    1. dalam dok fahampun depa buat huru hara...kalau sini tak tau jadi macam mana!

      Delete
    2. hari tu yang dok bom tu pasal yingluck nak alih tumpuan perhatian demonstrasi puak bersih baju kuning siam. kerajaan siam hari ni adalah kerajaan yang tak sah(yingluck).

      Delete
  11. Saya sokong 100%...saya selalu juga dari KL masuk Thailand..ada masa bawa kereta terus sampai Bangkok..Apa yg menariknya sikap pemandu Thailand xsama dgn negara kita...pemandu Thailand lebih berhemah drp negara kita...nak memotong mereka akan sentiasa memberi laluan...lagi satu yg menariknya berkaitan mesin ATM...bersepah mesin ATM kat Thailand..dari kedai 24jam..sampai tepi2 jalan masuk kampung..walaupun mesin ATM agak kecil sikit kat Thailand dengan saiz kat Malaysia..kebanyakan mesin ATM beroperasi 24jam di Thailand...kita xpernah dengar pula mesin ATM dicuri atau diangkut bawa lari...macam kat Malaysia...

    ReplyDelete
    Replies
    1. pelik juga kan...? buruk bebenor rakyat negara kita...kenapa?

      Delete
  12. Tapi dalam tv di thailand ni selalu berlaku pergolakan politik macam demo kumpulan kuning vs merah tu.. seolah-olah di sana tak aman.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu ler yang jadi persoalan...pelik juga. Ada sesuatu yang tak kena.

      Delete
    2. yang baju merah dithailand tu tak tumpah sebiji macam umno dan yang baju kuning tu juga tak tumpah sebiji macam pakatan rakyat.

      Delete
  13. Rakyat bayar Cukai depa mentekedarah duit.angkat pemimpin yg bodoh2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. akhir zaman ramai yag buat kerja bukan bidang mereka

      Delete
  14. maka berkata si bodoh kangkung.." pi hijrah ke thailand..hahahaha...

    Di Indonesia pun sama dgn Thailand, punca kenderaan kita mahal krn mcm2 cukai, tujuannya x mau kasi proton mampus..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau kita tolong proton berkembang di pasaran dunia, kita dapat lepaskan diri daripada masalah mereka...ada idea?

      Delete
  15. Aku bukan kawin dua. Bini original mati jadi ustazah yg patani sebagai ganti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasanya ustazah ada ramai lagi saing mereka...bolh KIV seorang dua untuk kawan-kawan kat sini ...?

      Delete
    2. nurse, misi, jururawat, cikgu, pensyarah selain ustazah pun ramai. pi bagi salam kat penghulu depa saja, dia nanti tanya mau yg mana, habaq mai saja.....

      Delete
    3. Hehehe...macam best saja bunyinya...!

      Delete
  16. terbaekkk.....like like like....huhuhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang mana satu terbaek tu...yang isteri ke yang kereta...?

      Delete
  17. pasal chit chat sumer kat atas....seronot bace...huhuhu

    ReplyDelete
  18. Masa aku mula dok di Thailand dengan harapan nak beli proton pasal dengar proton dijual murah diluar negara, ini juga bersandarkan pengalaman aku masa pi haji diArab saudi memang murah sungguh, rasa diri ini pula macam perumpamaan kita ni dirumah sianaknya di biar kelaparan , beruk dihutan pula disusukan. Bila pi tanya harga proton, punyalah terkejut bewak dibuatnya aku. Kenapa tidak, kereta proton lebih mahal dari harga yang dijual dimalaysia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aik! tak tau pulak Proton kat sana jadi mahal...memang buat supaya orang tak beli kott?

      Delete
  19. sekali sekala aku isi diesel shell v-power untuk cuci enjin dan memulihkan pickup dengan lebih baik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ilmu baru nih! Insyaallah akan diamalkan selepas ni.Tq

      Delete
  20. en.shim.
    betul ke kawan saya kata selepas setahun kerajaan thailand bayar balik 20,000 bath setahun untuk 5 tahun? kalau betul memang murah harga kenderaan di thailand.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ini x aku tak pasti, mungkin satu ketika mungkin ada sekim semacam tu. apa yang aku tahu beberapa tahun lalu, bila ekonomi thailand macam nak terbantut, kerajaan buat sekim siapa tak pernah miliki kereta boleh beli kerta baru pada harga x kena cukai. Aku terlepas peluang tu. Orang thailand pula nak guna kereta malaysia buat bisnes jual minyak petrol. Kalau ke thailand jangan guna minyak bio diesel, yang lain ok

      Delete
  21. Dithailand , budak umur 11 tahun naik moto dijalanraya, tak pakai helmet sampai 3 orangpun, x ada lesen, x ada insuran, lalu depan polis - masih x kena saman. Bila ada oerasi kena saman, budak yg naik moto macam ni kena tahan polis, mak/bapa kena mai bayar saman ciput $20 aje. Kalau kes kena pi mahkamah yg pasal traffic offence, hakim buat keputusan - tanya kat kita nak bayar $100 ke atau $30 ?1+ Thailand ni x menyusah mana keatas rakyatnya janji jangan menusah orang, bohong, penipu.... cakap betul betul dari awal kata x mampu, ok! Kita dok tempat orang jadilah resmi ayam betina bukan kerana penakut tapi pandang dari perspektif menafaat - malahan kita diberi perlindungan. itulah sifat fitrah manusia, melayani tetamu.

    ReplyDelete
  22. Mamang artikel diatas adalah tepat kerana mak saya orang thailand dan saya amat tahu suasana di Thailand. pasal kereta Malaysia mahal adalah kerana kerajaan menolong 'menindas' rakyat kita dan satu lagi untuk menjaga kepentingan kroni-kroni serta syarikat yang hampir bankrap iaitu PROTON. Secara jujurnya kerajaan Thai tidak menyusahkan rakyatnya dan menggalakkan rakyatnya berniaga. Kat Malaysia kita kena ada premis baru berniaga.Sampai ke sudah orang yang miskin x akan boleh berniaga...

    ReplyDelete
  23. Mamang artikel diatas adalah tepat kerana mak saya orang thailand dan saya amat tahu suasana di Thailand. pasal kereta Malaysia mahal adalah kerana kerajaan menolong 'menindas' rakyat kita dan satu lagi untuk menjaga kepentingan kroni-kroni serta syarikat yang hampir bankrap iaitu PROTON. Secara jujurnya kerajaan Thai tidak menyusahkan rakyatnya dan menggalakkan rakyatnya berniaga. Kat Malaysia kita kena ada premis baru berniaga.Sampai ke sudah orang yang miskin x akan boleh berniaga...

    ReplyDelete
  24. Aku dah pasangkan stiker TURUNKAN HARGA KERETA di belakang kereta ford aku yang buruk tu TAPI ORANG MASIH NAK DUIT BRIM TU LAGI WALAUPUN CUMA RM600 LEBIH KURANG .Kita dah tawarkan setiap kereta baharu sebanyak 20% kurang pun tak reti2 AGAKNYA TAK TAU KIRA2 KOT. mana hendak 650 lebih atau RM10,000 Kira2nya begini RM50,000x20% bahagi 100 jawab nya RM10,000 jadi RM50,000 tolak RM 10,000 jumlah nya RM 40,000 pikir2lah

    ReplyDelete
  25. saya dok suvey nak dapat tayar kereta hilux yg murah, kalau ada maklumat blh contact 0149057891

    ReplyDelete
  26. Cemburu jugak bila baca pengalaman kawan kita yg dok kat Thailand skg ni.. Beli Toyota Hilux baru RM65000.. Huhu, sabar je lah wahai hati dan perasaan! Kerna dipimpin oleh pemerintah yg tak knal hati perut rakyat sndiri..

    ReplyDelete
  27. Salam Tuan
    Tumpang tanya, di thailand kt mana tempat utk dapatkan tayar kereta yg murah/ berpatutan
    Contoh mcm di malaysia ni ramai kata di Klang and Rawang. Klu tahiland kt area mana?
    Cadang hujung bulan ni nk blk kg bole lajak masuk jap tgk2 sport rim n tayar
    So far dah 2 kali masuk tapi tak jumpa tempat tu
    Thanks in advance

    ReplyDelete