Jas duit

Jasduit - Just do it !

Tuesday, December 19, 2017

Gambar-gambar tanda pepijat kat rumah yang rasa menyampah jika anda tengok

  Abu Ays       Tuesday, December 19, 2017



Pernah tengok katil atau tilam yang diserang dengan pepijat yng banyak? Rupa tilam atau tempat yang teruk diserang pepijat sudah tentu mampu membuatkan anda rasa menyampah nak tengok.

Menyampah sebab rasa ngeri. Kadangkala rasa menjijikkan. Tambahan pulak jika ada pengalaman tinggal di asrama bujang samada sekolah atau kerja yang tempat tidurnya penuh dengan pepijat. Bertambahlah rasa menyampah nak tengok sekali lagi gambar pepijat bersepah di sana dan sini.

Tapi bagi anda yang tak ada lagi pengalaman diserang pepijat tentu teringin juga nak tengok. Bagaimana rupanya tempat yang teruk kena serang binatang penghisap darah pepijat ini. Bagaimana rupa tilam dan katil yang dipenuhi dengan pepijat?

Kalau dah tengok dan boleh rasakan betapa menjijikkan keadaannya, maka akan timbul rasa prihatin untuk segera hapuskan pepijat sejak dari peringkat awal lagi. Jangan tunggu rumah dan kelam kabut kena serangan pepijat barulah nak buat sesuatu.

Kesan darah dari pepijat yang kena penyet

Gambar ini menunjukkan bagaimana samada tilam atau cadar di tempat tidur anda punyai tanda-tanda adanya pepijat sudah mula bermaharaja lela ketika anda sedang tidur semalam. Mungkin ketika dia dah kenyang, sedang turun dari badan anda dalam keadaan perutnya yang buncit penuh darah anda. Tangan anda terpenyet sikit badanya itu.



Kesan kotoran dari pepijat

Gambar ini pula adalah rupa bagaiman kesan kotoran yang dibuat oleh pepijat jika dia memang dah duduk kat tempat sempit celahan tilam atau mana-mana kain kat katil anda itu. Nampak macam kesan titik dakwat yang kecil bertompok.



Kesan teruk serangan pepijat pada tilam spring

Ini lagi teruk punya rupa serangan pepijat. Ia boleh berlaku pada tilam jenis spring yang ramai orang suka pakai. Rupa yang ada dalam gambar ini nampaknya bukan baru punya serangan ini. Tapi sudah beberapa lama dibiarkan tanpa ada usaha untuk hapuskan serangan pepijat dari peringkat awal.


Tak berapa nampak sangat dengan jelas gambar kat atas tu kan!, tapi boleh rasakan yang tilan itu tidak segar dan ada bintik-bintik hitam padanya. Jom kita zoom sikit lebih dekat apa yang ada pada kawasan bintikan hitam pada tilam tersebut.


Nampak lebih jelas sikit pada gambar di atas tu. Tengok pepijat dok relaks tenangkan diri. Mungkin sedang fikir bila mangsa nak masuk tidut kat atas tilam tu. Tapi masih tak nampak sangat lebih terperinci, hanya ada pepijat saja. Kita zoom lagi supaya nampak lebih real sekali dengan telurnya yang teramat banyak melekat pada tilam tu.


Nampak rupa putih macam buih kat dalam gambar tu. Itulah telur pepijat yang tunggu masa saja untuk keluarkan lagi banyak anak-anak pepijat selepas ini.

Pepijat sedang menyorok dalam lubang kecil

Tengok pula gambar kat bawah ini. Nampak kecil saja dan sekali pandang comel juga lubang kecil keluar udara pada katil atau tilam anda tu. Kadang-kadang lubang macam tu juga ada pada perabut kat dalam rumah anda.



Tapi bila di zoom kan dengan lebih dekat lagi, mula kelihatan anak-anak pepijat sedang melepak kat dalam lubang itu. Berselerak mereka main aci lut kat dalam celahan yang ada. Memang menyampah melihatnya.

Gambar pepijat pada perabut rumah

Cuba tengok pula gambar serangan pepijat pada perabut rumah. Kalau tak selongkar semua sudut pada perabut kat rumah anda mungkin nampak elok saja dari luar. Macam tak ada apa-apa. Tapi jika memang ada pepijat, macam inilah rupanya


Tengok kat celahan skrupun dia boleh jadikan pot tempat membiaknya!


Itu rupa bila perabut yang nampak kemas pada luarannya tapi rupanya ada pepijat dok menyorok di dalam celahan perabut tersebut.

Lagi gambar pepijat

Ini koleksi lain gambar pepijat daloam berbagai keadaan. Gambar kat bawah ini adalah rupa telur pepijat. Ia melekat sebab ada macam gam pada telur itu. Samada melekat pada bahan kayu atau bahan kain kat katil atau tilam anda.


Gambar kat bawah ini adalah dicelahan engsel pintu. Kat situpun dia boleh membiak kalau tak diperhatikan.

Gambar kat bawah ini juga adalah rupa telur pepjat bersepah pada tempat pembiakannya.


Kat bawah ini pula bila telur dbesarkan. nampak berkilat berwarna putih.


Jika anda perlukan khidmat hapuskan pepijat, boleh hubungi syarikat pest control berpengalaman yang ada berdekatan tempat tinggal anda.

Bagi mereka yang tinggal di sekitar lembah kelang, anda boleh dapatkan khidmat hapuskan pepijat dari Easelife Services Sdn Bhd dengan menggunakan wap haba panas. Cara ini jauh lebih berkesan dan amat selamat tanpa menggunakan bahan kimia.

Semua pepijat dewasa atau anak, malah telur pepijat sekali akan dapat dihapuskan dengan segera. Boleh hubungi Puan Siti atau Whatsapp di nombor 012-2067357 untuk maklumat lanjut.
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Gambar-gambar tanda pepijat kat rumah yang rasa menyampah jika anda tengok

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment