Wednesday, March 19, 2014

Pengalaman pertama pakai Toyota Hilux

  Mat Bihi       Wednesday, March 19, 2014
toyota hilux hitam

Perkongsian pengalaman pertama pakai Toyota Hilux ini adalah satu perkongsian amatur yang jahil dalam dunia permotoran. Saya bukan pandai buat review macam kaki kereta yang tahu serba serbi berkenaan teknologi dan selok belok kenderaan.

Jadi kalau anda rasa perkongsian ini macam bangang saja, itu perkara biasa sebab yang tulis ini memang agak bangang dalam bab kereta. Yang saya tahu hanya start enjin, masukkan gear dan terus memandu.

Setelah berbelah bahagi antara Mazda CX5, Honda Accord atau Toyota Hilux, akhirnya saya pilih Toyota Hilux Double Cab 2.5G AT. Alasannya sebab memang itu kereta yang saya benar-benar nak pakai dan bukannya untuk kegunaan melaram.

Lagipun kereta jenis sedan dah ada sebiji. Kereta Nissan Sentra yang dah lama dipakai masih elok lagi untuk kegunaan lain seperti nak hantar anak pergi sekolah dan sebagainya. Tak kan nak pakai sampai dua kereta jenis yang sama. Tak praktikal rasanya.
toyota hilux interior

Walaupun tahu Toyota Hilux ini merupakan kereta kegemaran yang paling kerap kena curi antara kereta-kereta bukan buatan dalam negara, oleh kerana minat punya pasal, pejam mata beli juga. Kalau nak tunggu Mazda CX5, bulan aprilpun belum tentu dapat lagi.

Daripada pencarian maklumat berkenaan kereta 4x4 seangkatan dengannya juga saya dapati kereta Ford Ranger merupakan yang terbaik. Tapi daripada komen-komen yang bernas saya rumuskan kereta Toyota Hilux adalah pilihan terbaik dalam jangka panjang. Walaupun setelah beberapa lama dipakai dan dilenjan, prestasinya tidak banyak berubah berbanding dengan kereta 4x4 lain. Oleh itu Toyota Hilux menjadi pilihan utama untuk dipakai.

Saya tak tahu apa kena dengan pengeluaran kereta Mazda CX5 ini. Adakah terlalu ramai sangat orang ak beli atau kerana kilang Inokom di Kulim Kedah sana terlalu lembab dan tidak buat pemasangan dengan pantas dengan kekalkan kualiti yang sepatutnya.

Pemanduan Toyota Hilux

Untuk pengalaman pertama bawa Toyota Hilux ini rasanya selesa. Tapi tak boleh dibandingkan dengan bagaimana rasanya bawa kereta biasa seperti Nissan Sentra. Bila dah asyik bawa Toyota Hilux, bila bertukar sekejap pada Nissan Sentra, terasa macam duduk atas lantai saja.

Itulah perbezaan antara bawa kereta biasa berbanding bawa kereta Toyota Hilux yang tinggi. Kalau disekitar jalan yang dulu dilalui menggunakan Nissan Sentra ada pemadangan yang tak nampak sebab dihadang oleh pagar atau pokok, kini banyak pula yang dulunya tak nampak dah nampak. Memang banyak perbezaan dari segi pemandangan ketika memandu Toyota Hilux ini.

Bunyi enjin kereta Toyota Hilux ini memang agak kuat dan bising, maklumlah enjin diesel, apa nak diharapkan sangat. Kalau bunyinya kedengaran macam bunyi lori, itu perkara biasa. Tapi saya agak kagum sebab sebaik saja kita masuk dalam tutup pintu dan naikkan tingkap, semua bunyi bising itu terus hilang.

Nampaknya banyak pembaikan dari segi noise-proof telah dikemas kini oleh pembuat kereta jepun. Sampai kereta lasak seperti Toyota Hilux itupun mereka pastikan tiada bunyi bising ketika membuat pemanduan. Kalau tak dengar terus bunyi enjin kereta, pasang radio kuat sikit. Itu petua jurutera dari Perancis pada saya ketika bekerja di kilang automotif satu masa dulu.

Bagaimana pula dengan penggunaan minyak, keselesaan dan lain-lain lagi akan saya kongsikan selepas ini. Sebelum itu, buat mereka yang arif dalam bab curi kereta, mohon kongsikan sedikit tip bagaimana saya boleh rendahkan risiko kecurian terhadap Kereta Toyota Hilux ini. Kongsikan pengalaman anda di ruang komen di bawah. Terima kasih.
logoblog

Thanks for reading Pengalaman pertama pakai Toyota Hilux

Previous
« Prev Post

63 comments:

  1. Tuan buat review yang cukup menarik sekali...saya cuma pernah tumpang..belum pernah bawak lagi..

    Sehingga jumpa lagi dan salam ukhuwah dari admin PORTAL ILMU

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih. Insyaallah nanti beli dan bawa ler tu...!

      Delete
    2. Review terbaik dari ladang, terima kasih tuan-tuan semua. HILUX & FORTUNNER lebih sporty dengan varian TRD sportivo, lebih nilai dengan wang anda. Bminat?? Boleh hubungi 017-236 1340 authorised toyota advisor (whatsapp 24/7) tempahan seluruh malaysia
      http://www.mudah.my/Toyota+Hilux+TRD+NEW+2015+Fortuner+Hiace+Altis-33364846.htm?last=1

      Delete
  2. Menarik... semoga sentiasa terhibur dgnnya.. mmg best.. :)

    ReplyDelete
  3. Pengalaman diperingkat awal merasai memandu dgn kedudukan lebih tinggi, amat menyeronokkan. Perasaan yg sama juga timbul jika memandu Toyota Avanza, Prado, Exora, Alza, Citra dll dlm kelas binaannya. Terasa gayat untuk memotong dan parking tapi perasaan ini tidak lama berbanding memandu yg tentunya tidak akan teruja untuk memandu kereta sedan kembali, walau semewah mana sekalipun sedan itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu...bila dah bawa baru tahu..

      Delete
  4. Dok dMalaysia aku x mampu pakai kereta. Bila hijrah keThailand banyak perkara Thailand ni xmenusahkan rakyat asalkan hang jangan kacau, ok. Aku dah pakai 5 tahun hilux. Kali pertama lepas 1000kilo nak pi servis dia kata x payah, kena tunggu 10,000 kilo dulu. Dimalaysia kena tukar minyak enjin buat 1000 kilo yg pertama tu , dia balas itu teknologi enjin 10 tahun sudah. Nak beli kereta diapun mudah x dak kerenah macam di malaysia, ada sea keris dan bermacam macam lagi. DiThailand bayar booking RM500 dan kalau batal booking , boleh dapat balik duit. Nak finance tunjuk bukti akaun simpanan sajapun dah cukup. Orang finance sendiri mai rumah ambil buku savings lepas tiga hari dapat kereta. Bayar muka 10% kena ada guarantor kalau bagi downpayment 20% x payah guarantor. Dah keluar kereta x ada nombor plate lagi, bila tanya - kalau kena saman polis tunjukkan resit saman pada toyota nanti toyota bayar balik. Aku pakai model vigo 2.5 harga cash disini kira RM tu RM65 ribu duit kita. Baru ni ambil mazda3 pun begitu mudah macam aku ambil toyota tu 5 tahun sudah harga cash RM 76 ribu duit kita, tiga hari dah dapat kereta. OK! lah juga dok dithailand, tak berserabut otak. Tau x aku berniaga ditepi jalan pekan Klong Ngae (persimpangan menuju Hadyai-Narathiwat Patani) tak mai berniaga sehari pegawai penguatkuasa dia macam pegawai penguatkuasa DBKL lah tapi cukup mesra peniaga dan penjaja, x macam DBKL dan sengkatannya di 1malaysia. Penguatkuasa dia kata jangan halang laulintas dan jaga kebersihan sudahlah, jangan berhenti niaga tau kerana awak juga menggerkkan ekonomi thailand. Dithailand x ada kerenah macam serba serbi tekanan yang aku biasa kena dengan majlis tempatan.Teringin juga nak pakai plate malaysia, tunggu harga kereta dan insuran road tax nak turun tak juga turun yang buat aku mampu nak beli.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah! menarik pengalaman tuan dok di Thailand berniaga kat sana. Kalau dapat berkenalan boleh saya masuk ke sana ziarah tuan berniaga kat situ. Teringin juga nak rasa pengalaman duduk di sana. Terima kasih berkongsikan pengalaman.

      Delete
    2. Pengalaman menarik..

      Delete
  5. Salam Alaik, aku punya hilux dah umur 5 tahun & mileage dah 185k, tp masih tip top lg.
    Alhamdulillah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah! banyak tuan berjalan dengan kereta tu...lebih daripada 100km sehari

      Delete
    2. saya buat keje ronda satu semenanjung pakai hilux ni, nasib baik takde jambatan ke borneo, silap2 sy belasah bwk jugak ke sabah & sarawak haha

      Delete
    3. nanti dia orang buat jambatan tentu sampai ke sana...hehehe

      Delete
  6. Nikmat tu kereta besar. Puas hati bila memandu.

    ReplyDelete
  7. Salam.
    Saya kerja di W.P. Labuan, tapi kampung halaman di Bahagian Lundu, Kuching Sarawak.Dari Labuan ke Kuching lebih kurang 1300 km guna jalan darat.Setakat ni guna Toyota Hilux 2.5 manual ni,tiada masalah balik ka kampung.Belanja minyak kereta dari Labuan ke Kuching seterusnya ke kampung halaman di Lundu,cuma RM180.00 sahaja.
    Memang berbaloi beli kereta jenis ni utk perjalanan yang agak jauh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menarik!, terima kasih berkongsi pengalaman tuan di sana

      Delete
    2. Sy tgk google maps labuan ke lundi dalam 1000km.. rm 180.
      500 km dalam rm 90 lah.. baru nk ambil.. in sha allah.. doakan.. hehe..
      sblm ni gna vios.. balik kelantan dlm 500km..minta rm 85.. ni rm90. xjauh beza lah.. hehe

      Delete
  8. Assalamualaikum bang.
    Hilux ini memng terbaik.Sahabat baik saya pun pakai Hilux untuk kegunaan harian.
    Keselamatan Insya Allah 2 kali ganda lebih baik dari kereta sedan.Ada satu kereta langgar belakang hilux sahabat saya ini,kereta orang tu remuk teruk sampai tidak boleh start enjin.Manakala belakang hilux sahabat saya sikit aja kemek.Itupun besi palang belakang aja.Kuat betul besinya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sudi kongsikan pengalaman kawan..

      Delete
    2. Dari pengalaman saya yg menggunakan hilux vigo/kun 25r di jln "off road" (kawasan perlombongan)amat mengecewakan,selalu sgt rosak berbanding model LN166R.

      Delete
  9. toyota hilux sesuai untuk bisnesman..
    org makan gaji tak terlarat nak bayo de

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena jadi businessman ler kalau nak pakai nampaknya

      Delete
  10. untuk elakan kete dicuri masa parking tayar depan bagi koner habis. jng bagi tayar depan lurus macam biasa org parking, sebab pencuri pakai kren tarik kete dari belakang,sebab tayar belakang saja yg mati (BREAK)bila tarek handbreak tayar depan tak terlibat. Bila ditarek ikut belakang tayar depan koner tak boleh nak tarek. stering otomatik terkunci. mudah2an selamat insyaalah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Satu perkongsian imu elak curi yang baik. Insyaallah akan diamalkan. Terima kasih banyak-banyak, tak pernah terfikir pulak macam tu...TQVM

      Delete
    2. thank you sharing this tips...most valuable for me...

      Delete
  11. Kalau di Shah Alam, Toyota Hilux ni "panas" bro..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kebetulan pulak saya selalu main kawasan shah alam, kena berhati-hati ler nampaknya. Terima kasih atas info

      Delete
  12. Jika nak beli Hilux 2nd hand okay ke ya ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa saja kereta second hand kena berhati-hati sebelum beli. Pengalaman menunjukkan lebih banyak keburukan daripada kebaikan...kena pandai tengok kereta dan kalau boleh biar kereta orang yang kita tahu atau kenal cara pemakaiannya

      Delete
  13. pernah tak di kalangan kamu yang pernah pakai toyota hilux tiba tiba mengalami jam brake...maksud dia..brek pedal tiba tiba tak menjadi..kena pam banyak kali..atau kena sejukkan brak dulu...soalan saya adakah toyota hilux memang bergini or how..saya pakai toyota hilix since 2010..mengalami perkara bergini sebanyak 2 kali.so diharap sini boleh mendapat nasihat dari member member toyota hilux

    ReplyDelete
  14. hai..ingin bertanya kepada peminat peminat hilux..saya juga guna hilux sejak 2010...kamu pernah mengadapi masalah jam brek tak..maksuddia bila u pijak brek pedal..dia free je..brek tak makan...kena main pam baru makan..ada solution untuk menghadapai masalah ni tak.

    ReplyDelete
  15. Your comment is awaiting moderation.

    Assalam semua kawan2..
    Rasanya kes saya yg terkini kecurian 4×4 di Pandan Cahaya
    TOYOTA HILUX
    W6565N
    Warna Hitam Model Terbaru Tanpa apa2 ubahsuai
    Reg : 28 Jan 2014
    Kehilangan : 28 April 2014
    Report telah dibuat tp belum ada apa2
    feedback lg dari pihak polis.
    Kemungkinan 4WD saya telah dilarikan ke Pahang -LIPIS (usaha melalui ‘scanner’)
    Harap sgt dpt jumpa semula. Kalau ada kawan2 yg nampak tolong hubungi sy.
    Sy sedia memberi ganjaran jika dijumpai semula. Terima kasih tuan tanah.
    0126556092 Wan

    ReplyDelete
  16. Your comment is awaiting moderation.

    Assalam semua kawan2..
    Rasanya kes saya yg terkini kecurian 4×4 di Pandan Cahaya
    TOYOTA HILUX
    W6565N
    Warna Hitam Model Terbaru Tanpa apa2 ubahsuai
    Reg : 28 Jan 2014
    Kehilangan : 28 April 2014
    Report telah dibuat tp belum ada apa2
    feedback lg dari pihak polis.
    Kemungkinan 4WD saya telah dilarikan ke Pahang -LIPIS (usaha melalui ‘scanner’)
    Harap sgt dpt jumpa semula. Kalau ada kawan2 yg nampak tolong hubungi sy.
    Sy sedia memberi ganjaran jika dijumpai semula. Terima kasih tuan tanah.
    0126556092 Wan

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah di bawak kethailand dh tu bang.

      Delete
  17. As-Salam kpada semua...

    saya mohon bantuan dari segi pendapat pada yg ade pgalaman...
    saya dlm dilema dari segi pemilihan hilux atau ford ranger...

    saya seorng peniaga dan pembekal makanan...saya nk beli untk angkat bahan mentah sperti kelapa dn lain... kadang2 ada ikut meniaga di program2 ceramah dan aktiviti politik dan mcm2 lgi.. jadinya, confirm la kan kne cari yg lasak sikit.. tapi nak lah melaram skit2 kn hihihi....

    saya sbenarnya mmg mint hilux dari dulu lagi.. cumanya bila saya dgar orng kondem pasal hilux tu xslesa dn tayar blakang cepat membuang, saya jadi takut...

    dlm masa yg sama ada juga saya dengr pasal ford ranger... mereka kata ford ranger, mmg best.. BHP tinggi tapi agak "manja"... gear 4x4 yg main pulas2 tu kalu buat hal, kos repair makan xhabis, btol ke?? harganya pula merudum jatuh, it's that thrue?

    ada pulak yg bgitahu saya jgn risau, soal tayar blakang hilux yg membuang tu, boleh soft dgn cara pakai sportrim yg lebar skit..., iye ke?? pasal suspension hilux yg keras tu, satu kelebihan kerana itu mnjdikan hilux gagah dari 4x4 yg lain.. hilux mampu bawa 1 ton bebanan pada jalan yg offroad... betul ke??

    jadi mohon pandangan dari kawan2 yg tahu ye.... tq..

    ReplyDelete
  18. As-Salam kpada semua...

    saya mohon bantuan dari segi pendapat pada yg ade pgalaman...
    saya dlm dilema dari segi pemilihan hilux atau ford ranger...

    saya seorng peniaga dan pembekal makanan...saya nk beli untk angkat bahan mentah sperti kelapa dn lain... kadang2 ada ikut meniaga di program2 ceramah dan aktiviti politik dan mcm2 lgi.. jadinya, confirm la kan kne cari yg lasak sikit.. tapi nak lah melaram skit2 kn hihihi....

    saya sbenarnya mmg mint hilux dari dulu lagi.. cumanya bila saya dgar orng kondem pasal hilux tu xslesa dn tayar blakang cepat membuang, saya jadi takut...

    dlm masa yg sama ada juga saya dengr pasal ford ranger... mereka kata ford ranger, mmg best.. BHP tinggi tapi agak "manja"... gear 4x4 yg main pulas2 tu kalu buat hal, kos repair makan xhabis, btol ke?? harganya pula merudum jatuh, it's that thrue?

    ada pulak yg bgitahu saya jgn risau, soal tayar blakang hilux yg membuang tu, boleh soft dgn cara pakai sportrim yg lebar skit..., iye ke?? pasal suspension hilux yg keras tu, satu kelebihan kerana itu mnjdikan hilux gagah dari 4x4 yg lain.. hilux mampu bawa 1 ton bebanan pada jalan yg offroad... betul ke??

    jadi mohon pandangan dari kawan2 yg tahu ye.... tq..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setakat ni saya pakai Hilux ok saja. Tapi daripada komen dan perbandingan di internet saya dapati ramai syorkan Ford Ranger lebih baik daripada Hilux secara keseluruhannya. Cuma tak pasti pula dengan keperluan spesifik tuan, adakah mungkin Hilux lebih sesuai....tapi yang pastinya Hilux selalu kena curi...itu faktor yang penting juga. Dan tak semua insuran sanggup ambil Hilux...harap ada komen lain daripada para pembaca yang arif. TQ

      Delete
  19. Hilux sekarang memang power. Saya juga bekas pengguna Nissan Sentra. Tetapi keseronokan memandu Hilux memang tiada tandingan. Cuma yang sedih sikit ialah Toyota Malaysia memasang tayar jenis Bridgestone Dueler HT yang menjejaskan kemampuan brek Hilux.

    ReplyDelete
  20. Eden nak tanyo sikit - hilux Manual dgn Autto mano lagi baik..dan apokah kekurangan nyer pulak..tq banyak..

    ReplyDelete
  21. Salam..tumpang tanya..di mana area Selangor tayar hilux yang berkualiti dna harga berpatutan......tayar nak botak...heheh..azmi

    ReplyDelete
  22. ford ranger vs toyota hilux. long term maintenance lebih baik beli hilux. ada yg bercerita dekat sc ford dah berderet ranger, nak rawat gearbox katanya. hilux nampak old skool skit tapi dia mmg kekalkan ciri 4wd yg unggul dan mudah dari dulu. kalau tak, tak kan hilux pikap paling laris jualannya dan laris dicuri. member-member di sabah mmg rekomen brand toyota kerana mudah dibaiki. rupa mmg kureng tapi janji poket x rabak. lepas ni gst lagi. sendiri mau ingat boh. utk membuang tu, hilux tidak sesuai dipandu laju tanpa muatan, lebih2 lagi bila hujan. kalo hujan jgn lebih 110. pikap body tinggi boh, x rendah mcm kereta.nak laju kena lenjan lambo la boh.lagipun abg trafik mmg suka kita bawak laju he he. selamat memandu & menjaga hilux anda....

    ReplyDelete
  23. Review terbaik dari ladang, terima kasih tuan. HILUX lebih sporty dengan varian TRD sportivo, lebih nilai dengan wang anda. Bminat?? Boleh hubungi 017-236 1340 authorised toyota advisor (whatsapp 24/7) tempahan seluruh malaysia http://www.mudah.my/Toyota+Hilux+TRD+NEW+2015+Fortuner+Hiace+Altis-33364846.htm?last=1

    ReplyDelete
  24. review yang menarik.
    kami dari Hilux Tuners Club Malaysia mengalu-alukan anda untuk menyertai kelab kami.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ada kelab rupanya. Boleh berikan sedikit maklumat macam mana nak sertai Hilux Tuners Club Malaysia, mema sedang cari dan nak aktif jadi ahli... tq

      Delete
  25. xyahla beli hilux ni takat wat jalan ats jalan raya sedap lagi ford everset..hilux ni melantun2 kalo xde beban..sape ckp ford punye servis mahal..xde lah..korg xpenah pakai mane nk tau..tanye budak2 yg slalu offroad..hilux ni dlm hutan manja..semedangnye rosak..stakat tahan ats jln raya nk wat pe baik pakai kancil je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kongsikan pendapat..

      Delete
    2. Tolong bg pencerahan.....hilux manual dengan hilux auto....
      Mn lebih than lama n jimat...

      Delete
    3. Ye ker hilux manja dlm hutan.klu gtu tokey2 balak tak pakai la hilux.pakai rangor la..kah10.hilux la yg plg tahan dlm hutan.aku keje balak aku tahu la.

      Delete
    4. Ye ker hilux manja dlm hutan.klu gtu tokey2 balak tak pakai la hilux.pakai rangor la..kah10.hilux la yg plg tahan dlm hutan.aku keje balak aku tahu la.

      Delete
  26. Kabar dari Sabah..
    Saya pakai Hilux 3.0G AT. dah 4 tahun guna tiada masalah cuma tukar tayar saja dan minyak yang berkaitan...memang selesa duduk pemandu dan penumpang depan ...kalau penumpang belakang tu agak bum sikit kerana keta ni dibuat untuk angkat barang dan memang springnya keras...mahu yang selesa daripada jenisnya untuk penumpang beli suv Toyota Fortuner.

    ReplyDelete
  27. dah setahun pakai hilux...
    semiggu 4 / 5 kali angkut beban 700-1000kg (ubi kayu)
    masih mantop n bertenaga
    hilux vnt 2.5 auto

    ReplyDelete
  28. nak tanya, hilux ni myk teruk tk?kesave?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Save!. Jawapannya ada kat sini http://www.pendapatanda.com/2015/11/berapa-kos-penggunaan-minyak-toyota.html

      Delete
  29. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  30. dah 4 taun main offroad menggunakan hilux 2.5 manual...msh tip top sampai sekarang...

    ReplyDelete
  31. KELIRU NK BELI HILUX (101K) ATAU DMAX (99K). RAGE LEBIH KURANG. TOLONG KOMEN

    ReplyDelete
  32. hilux bapak saya (sekarang dah menurun kt saya) 2.5AT tahun 2009 mileage 162k km sampai sekarang elok lagi takda problem. toyota 4WD mmg tahan lasak.. kalau tak buat apa orang arab gila2 beli toyota untuk buat sand dune kt negara diorang. pernah tengok video diorang ikat belakang toyota land cruiser ngan hummer? diheretnya hummer tu bawak p. kehkehkeh... yang penting skrang bila bawak hilux ni takda kereta lain yg berani buli saya. sbb dulu saya pakai viva, selalu kena buli. sadis..

    ReplyDelete
  33. ayah sy keje felda gne single cab untuk long distance mmg lasak tahap gaban.sy pun berkira2 nk beli sebijik double cab klu ada rezki lebih..klu kt sabah hilux ni lh plg popular.

    ReplyDelete