Tuesday, 18 March 2014

Nasi dalca Rahim Pulau Pinang

Posted by   on

makanan sedap di pulau pinang

Kali pertama saya pergi nak makan nasi dalca Rahim ini dengan seorang kawan yang tinggal di Gelugor. Dia yang tunjukkan tempat tersebut pada saya. Tapi malangnya ketika saya dan dia sampai semua dah habis. Nasi dah habis dan semua lauk pauk yang ada dah habis.

Bila saya berseloroh, mnta kuah dalca sahaja untuk hirup, dia kata kuahpun dah habis. Saya terus simpan hasrat nak cuba sekali bila ada kesempatan balik ke Pulau Pinang nanti. Tentu sedap masakan Rahim Nasi Dalca tu. Kalau tidak, takkan sampai kuahpun licin.

Baru-baru ini, Allah bagi rezki untuk saya balik ke Pulau Pinang dan pada hari ahad, malam isnin saya bersama dengan beberapa orang kawan pergi ke Pulau Pinang. Kebetulan kawan seorang tu nak beli kasuk di Little India kat Pulau Pinang dan kat situ lah lokasi Rahim Nasi Dalca yang saya mengidam nak makan.

Banyak lagi makanan sedap sekitar Rahim Nasi Dalca

Bila sampai di situ malam itu, kami terus pergi ke kawasan Rahim Nasi Dalca dan dapatkan tempat dua meja untuk santapan malam. Kebetulan kesemua kawan orang Pulau, maka mereka semua tahu semua selok belok tempat tersebut.

Rupa-rupanya kat situ ada capati, ada Putu Mayam, dan ada lagi restoran lain yang saya pernah makan sebelum ini, iaitu Restoran Tajuddin Husain. Saya dah pernah paparkan cerita makan di Restoran Tajuddin Husain tersebut sebelum ini.

Sementara kawan-kawan duduk berbual di meja makan saya meronda dengan kamera sekitar kawasan tersebut untuk melihat-lihat apa yang menarik kat sana. Saya beli dua bungkus putu mayam yang disertakan dengan gula merah dan kelapa parut untuk dimakan beramai-ramai di meja makan.

Sempat juga saya merakamkan beberapa keping gambar untuk dikongsikan bersama dengan pembaca kat sini. Sampai di meja makan, saya tengok mereka dah pergi beli capati dan minta sepinggan gulai kambing untuk makan dengan capati.

Subhanallah! teramatlah lazatnya gulai kamping tersebut. Ada juga kawan yang order tosai masala untuk dimakan bersama dengan gulai kambing. Saya pulun makan sampai licin sehingga terlupa terus nak rakamkan gambar. Jadi tak dapatlah nak kongsikan gambar makanan yang disantap beramai-ramai kat situ.

Banyak tempat menarik berdekatan Nasi Dalca Rahim

Tidak jauh daripada kawasan Nasi Dalca Rahim tersebut, kita boleh menikmati nasi kandar beratur yang terletak berhampiran dengan Masjid Kapitan Keling Pulau Pinang. Kebetulan ketika sedang menjamah, bunyi azan Isya, saya bersama kawan-kawan terus pergi bersolat berjemaah di Masjib Kapitan Keling sebelum datang dan sambung makan semula.

Suasana malam di Pulau Pinang terutamanya di sekitar kawasan tersebut memang meriah sekali dengan kedai masih dibuka dan kunjungan orang ramai yang datang untuk menikmati makanan dan juga membeli barang unik di sekitar Little India di situ..

Setakat ini dulu kali ini dan sila nikmati beberapa keping gambar yang saya kongsikan untuk anda semua. Kalau ke Pulau Pinang, boleh cuba rasa masakan Nasi Dalca Rahim. Kalau anda tanya saya macam mana rasanya sedap atau tidak, sudah tentu saya kata sedap. Tapi sedap tahap ok saja berbanding dengan banyak lagi masakan lain di Pulau Pinang.

Nota:

Untuk mereka yang nak cuba makan Nasi Dalca Rahim ini, dia hanya mula jalankan perniagaan waktu lewat petang. Letaknya di sekitar Queen Street Pulau Pinang satu deretan dengan Restoran Tajuddin Hussain. Google saja Queen Street, insyaallah boleh jumpa.


11 comments:
Write comments
  1. Kalau boleh mintak tolong tuan tanah point lokasi sekali supaya senang kami pembaca nak try. Mana tahu kot2 ada kesempatan sampai sana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Landmark dia Masjid Kapitan Keling, cari Queen Street. Satu deret dengan Restoran Tajuddin Hussain. Dia buka hanya selepas petang...

      Delete
  2. Teman memang suka lokasi area ni dan selalu bermalam di hotel sebelah nasi dalca rahim ni,.,.bila malam boleh makan nasi dalca,capati bakar dan mcm2 lagi,.,.
    Dia punya ayam mmg semacam,.,.bayangkan bahagian dada pun sedap d makan walhal bhgn itu mmg teman kurang gemar sebab keras,., tp entah apa resepi mamak rahim ni ayam tu jadi lembut dan enak bila di makan,.,
    Sarapan pagi ada auntie jual kuih apam tak jauh dr nasi dalca rahim ni,.,, apa pun kwsn ni mmg teman sukankerana makanan nye lain dr yg lain,.,.

    Lokasi lebuh chulia atau chulia road

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih berkongsi cerita Tuan...

      Delete
  3. TELIOQ DAH NI..SELALU PEKENA KAT NASI KANDAQ BERATOQ..NANTI PI KAT SINI PLAK

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasi kandar beratur kat jalan kapitan keling,., dekat je area ni..,.

      Delete
  4. saya yang duduk penang pun x tau pasal tmpt nih, hehe

    ReplyDelete
  5. Baru0baru cuba singgah tapi takde rezeki nak merasa mungkin lain kali :)

    ReplyDelete

Hey, we've just launched a new tips for small business blog. You'll like it - hidupringkas.com
Join Our Newsletter