Saturday, 30 May 2015

Tiga masalah pada Toyota Hilux saya

Posted by   on

Kalau nak diikutkan rasa hati, mahu rasanya nak pakai Ford Ranger. Semuanya gara-gara komen yang amat-amt memberansangkan daripada para pembaca dalam artikel yang lalu bertajuk Ford Ranger lebih baik berbanding Toyota Hilux.

Daripada komen yang ada terbukti bahawa perbandigan secara pro yang saya berikan dalam artikel tersebut disahkan oleh ramai para pengguna Ford Ranger. Boleh dikatakan Ford Ranger pukul Toyota Hilux dalam semua segi.

Keselesaan Ford Ranger jauh lebih bagus daripada Toyota Hilux, keupayaan atau prestasi kenderaan juga menang kat Ford Ranger. Keluasan dalaman pun Ford Ranger menang. Reka bentuk pun boleh kat Ford Ranger jugak sampai pemanduanpun boleh kat Ford Ranger.

Cumanya masa nak beli hari tu, Hilux boleh kawtim seminggu dapat manakala Ford Ranger entah bila boleh dapat. Bila difikirkan dari segi servis pulak rasa macam lebih mudah pakai Hilux sebab rangkaiannya yang meuas di seluruh Malaysia. Last sekali pakai juga Toyota Hilux.

Tetap puas hati dengan Toyota Hilux

Untuk membuatkan hati selesa dan untuk menjadikan transaksi pembelian Toyota Hilux suci dan bersih, maka tak bolehlah disesalkan apa yang dah dibeli. Dan memang secara jujurnya, tidak ada apa-apa lagi yang membuatkan saya rasa serik dengan pembelian Toyota Hilux tersebut.

Supaya tidak ada maklumat atau pengalaman membuat perbandingan secara amali antara Toyota Hilus berbanding Ford Ranger, maka saya buat keputusan tidak akan cuba membawa pandu Ford Ranger selagi masih ada Toyota Hilus dalam tangan.

Dengan tidak adanya maklumat atau pengalaman membawa Ford Ranger, saya tak akan ada perasaan kehilangan terhadap apa yang Toyota Hilux tak ada berbanding Ford Ranger. Itu cara paling baik untuk rasa puas hati dengan apa yang ada sekarang.

Biasanya jiwa tak tenteram bila kita sesalkan apa yang tidak dapat setelah ada maklumat dan pemahaman dengan perkara tersebut. Ertinya bila ada keupayaan buat perbandingan dengan melihat apa yang tak ada.

Macam buat perbandingan rupa bentuk dan kecantikkan isteri dengan wanita lain yang kita jumpa tepi jalan. Sudah tentu hampir kesemua wanita cantik yang kita jumpa tepi jalan jauh lebih mantap meninggalkan isteri di rumah. Depa bersolek, bergaya, muda ramping dan macam-macam lagi. Tak betul buat perbandingan sebegitu.

Manusia itu datang secara pakej. Kecantikan luar dan dalaman. Perangai dan akhlak, kekayaan dan keturunan. Tak lengkap sekadar bandingkan hanya kecantikan sahaja. Itu benar-benar nafsu sementara yang biasanya hanya indah sebelum dimiliki.

Tapi kalau Isteri ( atau suami) yang ada kat rumah, kecantikaan (kekacakkan) tak ada, luar dan dalam, perangai atau akhlak juga buruk, kekayaan dan keturunan juga tak boleh diharapkan dan mengecewakan, maka sesuatu perlu difikirkan segera.

Melalut ke bab suami isteri pulak. Ok, dalam bab pemilikan Toyota Hilux secara keseluruhannya belum pernah lagi ada masalah besar baik dari segi pemanduan, servis, keselesaan dan keupayaannya, semuanya ok dan hebat. Cuma adalah sedikit di sana dan di sini masalah yang boleh diterima.

3 Masalah pada Toyota Hilux

Setakat ini saya dah kumpulkan 3 masalah yang saya hadapi dengan Toyota Hilux yang saya dah pakai lebih dari setahun.

  • Masalah mudah buang - Maksudnya jika terlebih tekan sikit dengan Toyota Hilux yang tak ada muatan, bahagian belakang Toyota Hilux akan mudah lari dari track. Bagi yang tak biasa akan jadi pucat dan terkejut biawak. Tambahan lagi kalau jalan licin dan waktu hujan.
  • Masalah bergetar ketika tekan brek - Jika anda lari melebhi 100 km/j kenderaan Toyota Hilux akan bergetar jika anda tekan berek. Lagi laju lagi kuat kenderaan tersebut beringgut. Kadang-kadang rasa macam drek nak tercabut. Bila tanya pada pusat servis, mereka jawab itu masalah ABS. Tak ada apa-apa bahaya sangat. Harap-harap begitulah hendaknya. Jalan terbaik adalah jangan belasah laju sangat.
  • Penumpang belakang mudah melantun - ini satu lagi masalah Toyota Hilux yang tidak mesra orang tua. Jika anda bawa orang tua jangan suruh mereka duduk belakang. Elok duduk bahagian depan kenderaan supaya tak melantun sangat dan lebih selesa.
  • Susah nak kunci - Saya ada pasang penutup pada bahagian bawa barang Toyota Hilux. Penutup tersebut dari jenama Aero. Masalah besar yang penutup itu bagi kat saya adalah payah nak tutup dan lock penutup itu di kiri dan kanan. Terpaksa tekan dengan kuat dan kadang kala kena panjat untuk pijak bahagian penutup itu supaya terkunci rapat. Itupun kebanyakan masa tak berjaya. Mungkin ini masalah pemasangan aksesori. Saya cadangkan mereka yang nak pasangnya pilih jenis lain lagi bagus.


Begitulah setakat ini 4 masalah utama yang ada pada kenderaan Toyota Hilux. Masalah yang ke-4 tu saya rasa bukan terletak pada Toyota Hilux tapi lebih kepada aksesori yang Hilux tidak ada kuasa untuk membaikinya.

Bagi anda yang ada masalah lain dengan kenderaan Toyota Hilux di luar sana bolehlah kongsikannya di ruang komen bawah supaya kita dapat panduan. TK

12 comments:
Write comments
  1. Masalah Penumpang belakang mudah melantun, sy rasa mmg normal utk chasis truck toyota. Avanza, innova dan rush contohnya, gunakan chasis truck dgn masalah sama. Ada yg tukar absorber utk atasi masalah ni. Kebanyakannya terima, telan dan hadamkan saje masalah ni... Lama2 jadi lali.

    ReplyDelete
  2. ha ha ha lawak punye cerita... ingatkan masalah major tadi... kah kah kah... beli kereta edan atau mpv lah weiii...

    ReplyDelete
  3. Emm..mslh awk ni xla kronik sgt..sy ni beli triton ..sy nk bgth tlg jgn beli triiton..truk gila..ada ke stering xbfungsi...dan memandu panas gila di kaki..beli guna nama adik, jd die jek kena pegi servis senter mcm2 alasan mereka bg..sb sy keje luar kl ..sb tu guna nama die..sy pegi bwk mekanik luar .dorang pun sahkan mslh tu..tp klu suruh mekanik luar btulkan hilang waranti..belli keta ari pertama dh rosak..dh mkn 5bln bkn 2benda tu jek rosak..sensor, radio dan kerusi pun rosak jek dorang tkr..xke gila.keta br dlaman pun byk rosak..so pd yg lain pikir2 lupakan triton..

    ReplyDelete
  4. Masalah tu normal je...
    Hilux khas utk buat kerja2 heavy..ford x boleh lawan..dah experience pakai dua2 tu..mmgchilux jauh lebih power..ford utk keselesaan dan bawa berjalan oke..sekadar dr pengalaman sendiri..

    ReplyDelete
  5. Masalah tu normal je...
    Hilux khas utk buat kerja2 heavy..ford x boleh lawan..dah experience pakai dua2 tu..mmgchilux jauh lebih power..ford utk keselesaan dan bawa berjalan oke..sekadar dr pengalaman sendiri..

    ReplyDelete
  6. hurmm..berminat dengan ford ranger sebenarnya..tapi nak amik yang 2nd hand..nak bawak air tin je tp jln berlubang n x rata

    ReplyDelete
  7. salam tuan blog...
    skrg tgh berminat nk dptkan hilux terpakai..
    boleh ke..kongsi tips berguna utk dijadikan pedoman

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah nanti kita buat satu atikel khas untuk tips beli Hilux 2nd hand

      Delete
    2. terima kasih...
      sbnrnya..apakah kos penyelenggaraan biasa seperti tayar...minyak pelincir..agak tinggi?

      Delete
  8. Hilux lg ekonomik bro..,,dah bwk 5 thn smpai lenjan mmg thn lasak dr jb smpai bkt kayu hitam. Dah test navara ngan triton...jauh beza pas 5 thn pkai ...hilux ttp dihati

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hilux ttp dihati..samalah kita bro..aku pun bw hilux..mmg trbaik hilux..Sprti yg admin pktakan dlm bloq dia..ada yg tak betul..sbb mgkin hilux itu tidak diselanggarakn dg btl. Cuba buat penambahpasang pd bhgia komponen hilux tu..ttu mslh dpt diatasi..klu nk pasang biar yg original puasa hati. Tukar yg tak original mstilah bbrpa bln buat hal..Alaa kereta mn2 pun buat hal klu salah pilih brg..Diringkaskn cerita kereta buruk pun klu dislnggaran dg btl mmg power dan laju..so fikirkn lah..

      Delete
  9. Terimakasih banyak pada tuan punya blog, dapatlah saya tahu serba sedikit mengenai Hilux.

    ReplyDelete

Hey, we've just launched a new tips for small business blog. You'll like it - hidupringkas.com
Join Our Newsletter