Friday, 22 February 2013

Pak Din bomoh patah berubat guna air mineral

Posted by   on


Kawan aku Yus, minta dibawakan bertemu dengan Pak Din, seorang bomoh patah yang terkenal tinggal di Sg Pencala. Yus patah kedua tangan dan kakinya dalam satu kemalangan dulu. Anggota yang patah tersebut penuh diisi dengan besi bagi merawat masalah tulangnya.


Kini dia rasa sakit dan berbisa entah sebab apa. Mendengar cerita aku tentang Pak Din, dia mahu mencuba kalau-kalau kesakitan yang dialaminya sekarang dapat dihilangkan.

Beberapa hari lalu aku dengan Yus berkunjung ke rumah Pak Din. Aku bawa bersama kamera untuk merakamkan bagaimana cara pak Din melakukan rawatan peliknya yang tidak memerlukan urutan pada anggota yang mengalami masalah.

Apa yang Pak Din perlukan hanyalah sebotol air mineral untuk didoakan dan seterusnya air tersebut digunakan untuk di minum dan disapu pada anggota bermasalah di rumah.

Kegunaan air doa Pak Din


Air tersebut boleh digunakan untuk tiga perkara:
  1. Minum dan disapukan pada anggota yang patah. Sapu secara menurun.
  2. Masukkan secawan ke dalam timba. Campurkan dengan air bersih dan gunakan untuk bilasan selepas mandi. Untuk menurut keseluruhan badan.
  3. Sapukan pada anggota lain yang bermasalah seperti pinggang atau lainnya.
Baca doa pada anggota bermasalah

Larangan perubatan Pak Din

Sepanjang menggunakan air tersebut dilarang:
  1. Menggunakan sebarang inyak diluar. Samada minyak rambut, minyak urut, minya wangi ataua apa saja. Kalau makan ikan goreng berminyak tak apa sebab makan tu minyak masuk bahagian dalam.
  2. Minum atau makan sebarang makanan atau minuman dari peti air.
  3. makan atau minum air kelapa.
Membaca doa pada air

Sijil penghargaan menyertai kajian perubatan
Alternatif

Rumah Pak Din

64 comments:
Write comments
  1. Replies
    1. Pak Din baca doa lalu ditiup pada air. Kata Pak Din dia mohon pada Allah. Kalau Allah perkenankan jadilah, kalau tidak itu urusan Allah dia hanya berikhtiar.

      Tambahnya lagi kalau tak percaya pergilah cari orang lain, dia tak kisah. Wallahu'alam.

      Delete
  2. sungai pencala tu besar tolonglah berikan alamatnya kami ni dok kat utara.setakat gambar rumah pak din tak membantu.terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. baru nak jawab...dah ada tolong jawab kat bawah.

      Delete
  3. 131jln sg penchala indah 5. sg pechala kl...
    aku dah g 3.... sofar rasa ok.... bln 3 ni nak g flw up doc... patah paha... buhvbesi.... ingat nak g lagi mgu dpn....

    ReplyDelete
  4. En Mohd tau tak No, Tel Pak Din........

    ReplyDelete
  5. terima kasih buah pala banyak menolong lagi banyak pahala.

    ReplyDelete
  6. Semalam teman abg ipar jmpe Pak din minta air penawar sbb bahu nye patah.. Alhamdulillah lps pd jmpe pakdin.. dgn Izin allah keadaan abg ipar beransur pulih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. baguih tu.. kita ikhtiar pi jumpa sapa pun.. tetapi kembali kpd Allah sebab kuasa menyembuh hak Allah sebab makhluk pun ciptaan Allah so kena bersyukur pada Allah. Bukan apa nak peringat takut2 kita jatuh SYIRIK..
      D - Doa
      U - Usaha
      I - Ikhtiar/Ikhlas
      T - Tawakkal

      Delete
    2. Terima kasih Pak Ten, peringat!

      Delete
  7. Salam..ada bayaran tertentu diletakkan atau ikhlas kepada pelanggan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pak Din tak kenakan sebarang bayaran, tapi bagi dia ambik

      Delete
  8. mak mertua patah peha dan tangan akibat jatuh di rumah. masuk hospital selayang selama 2 mingu. operation untuk masuk besi dibatalkan memandangkan pada usia dan penyakit sedia ada. bayangan mak terlantar dirumah dan memerlukan penjagaan rapi tak dapat dinafikan. diatas nasihat kekawan saya bawa mak berjumpa pak din walaupon saya kurang percaya. alhamdulillah selepas seminggu mak boleh gerakkan kaki dan berdiri sendiri selepas sebulan. selepas 2 bulan jalan bertongkat dan bulan ke 3 jalan sendiri. sekarang bulan 4 mak dah normal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masyallahu kan wama lam yasya'....lam ya kun!

      Delete
  9. Bayaran ikut suka nak bagi berapa. Tak bagipun tak apa sebab Pak Din tak minta. kalau nak bagi, hulurkan masa bersalam nak balik dengan Pak Din

    ReplyDelete
  10. Mak saya umur 85 tahun. Baru-baru ni jatuh pada 10Ramadhan. Walaupun x-ray kata tiada retak tapi sudah sebulan mak saya masih mengerang sakit. Semalam saya terjumpa seorang doktor dan bila saya cerita perihal mak saya doktor itu syak mesti ada patah atau retak pada tulang. Mak saya tak mahu ke hospital kalau kena pakai simen. Rasa- rasanya Pak Din boleh tahu tak ada patah atau tidak?

    Harap saudara dapat beri nasihat.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba ikhtiar pergi kpd Pak Din dan tawakkal pada Allah. Pak Din tak boleh tahu samada retak atau tidak maupun patah atau tidak...tapi biasanya usaha atau ikhtiar Pak Din berkesan.

      Delete
  11. Pak Din boleh tahu tak sama ada tulang ada retak atau tidak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak boleh...! retak atau patah, sama saja Pak Din berubat, kalau Allah izinkan insyaallah lega.

      Delete
  12. no fon pakdin ade x?

    ReplyDelete
  13. tgk kt atas dh tulis..

    ReplyDelete
  14. salam anak sy pth tgan semalam..pth legan meyerong..x simin penuh..blh ke pergi awal2..kna exray blik 14.10

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf, saya tak perasan soalan saudara/i, boleh saja pergi jumpa sebab pak din hanya berdoa dan tak urut tangan patah tu

      Delete
  15. saya baru berjumpa dengan Pak Din, pak din memang ramah.. sebelum berubat dia sajikan minuman untuk kami. Moga-moga kita semua diberkati.. amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang selalu begitu setiap kali pergi dia akan jamu teh o dengan karipap kalau waktu pagi dan goreng pisang kalau waktu petang..makan lah!

      Delete
  16. Kena buat appointment ke sebelum datang? Ke boleh datang je bila2?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh pergi terus ke rumahnya, ada no telefon kat salah satu ruang komen di atas, boleh call dulu. Elok pergi week days sebab tak ramai orang

      Delete
  17. Kena buat appointment ke sebelum datang? Ke boleh datang je bila2?

    ReplyDelete
  18. 10 pagi hingga 10 malam

    ReplyDelete
  19. salam...abah sy sakit jantung and bru wat by pass..den keliling paru2 die plak ade air..bkn dlm paru2..so semput asma..den plg truk xleh tdo lgsung..family sy ade terdengar kt sg penchala ade org leh tgk2 kn..btl ke pak din ni yer?ke ade org len yg bkenaan dgn jantung n xleh tdo..sekian..

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya tak pasti samada Pak Din boleh usahakan masalah itu, yang saya tahu dia lebih ariff tentang barah dan juga patah sahaja...boleh cuba call dan tanya Pak Din sendiri. TK

      Delete
  20. salam,,kalau patah tu da lama berbelas tahun boleh ke pak din tolong usaha rawatkan,,sekadar bertanya

    ReplyDelete
  21. Salam,sy na tanya samada pak din boleh mengurut kaki yg sudah bersimen ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh cuba pergi. Yang saya tahu tak ada masalah...

      Delete
  22. blh tak melalui telefon sahaja sbb saya jauh la nak g sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak pasti pulak...boleh cuba, Pak Din 019-263 7674

      Delete
  23. Replies
    1. Susah nak cakap...sebab dia tak buat kerja fizikal. Boleh ler cuba..

      Delete
  24. Saya pernah berubat di Puchong dan melaka dgn urutan seperti Pak Din iaitu hanya menggunakan air dan kesakitan akan hilang secara tiba2. Masalahnya kedua2nya telah pun meninggal. Adakah cara Pak Din juga begitu? T.kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak dengarpun apa-apa berita..rasanya masih ok

      Delete
    2. Maksud saya adakah kesakitan itu akan hilang tiba2? Mungkin saya akan ke sana hari ni sebab saya baru kena masalah tulang belakang dan menyebabkan susah utk bergerak..

      Delete
    3. Terima kasih kerana info yg saudara berikan dan amat membantu saya, insyaAllah saya akan ke sana hari ini..

      Delete
    4. Tak! kena bawa balik air ke rumah dan sapu pada tempat bermasalah dulu di rumah...mungkin keesokkannya baru hilang...ertinya ambil masa sikit dan tidak secara tiba-tiba sebaik saja selesai Pak Din pegang tangan dan baca doa!

      Delete
  25. sakit x? saya masih ragu2 nak buat cara tradisional ni.. tapi mak saya insisted xnak kasi pakai besi.. takut ah

    ReplyDelete
  26. Saya br balik dr rumah pak din td untuk meminta penawar utk sy yang patah tulang jari kaki.

    Pakdin dah tak berapa sihat sekarang.
    Dia mengalami penyakit tekanan darah rendah.
    Tp masih boleh berubat orang lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Moga tuan cepat sembuh. Terima kasih atas maklumat!

      Delete
  27. Sy baru balik dr jumpa pak din saja td merawat patah pada jari kaki kiri.
    Pak din dah tak berapa sihat sekarang.
    Dia mengalami penyakit tekanan darah rendah.
    Tp masih boleh berubat orang lagi

    Sy akan updated selepas sy sembuh drpd patah ni.

    In sha Allah.

    ReplyDelete
  28. Assalam,sy mengalami patah di tulang pegelangan kaki ( Talus) dan sudah menjalani operation masuk besi..sudah 1 bln lbih sy x blh bjn..klu dah masuk besi pak din blh buat x? Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh cuba...! Pak Din kata tak apa akalu masuk besi pun. Itu kata dia masa saya pergi dulu...

      Delete
    2. Boleh x kalau x bwk org yg patah tu

      Delete
    3. rasanya tak boleh... kena bawa empunya badan jugak

      Delete
  29. Salam admin..bagaimana dengan keadaan kawan admin bernama YUS tu???

    Halesa Kamil..bagaimana dengan keadaan awak sekarang...kes awak sama ngan kes saya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setakat ni ok saja. Kawan saya Yus tu pun rasanya tak berapa ada perubahan sangat. Saya ada pergi ke tempat lain juga yang betulkan secara fizikal, yg kedua secara fizikal tu rasanya lebih berkesan....

      Delete
  30. Yg secara fizikal tu di mana ya admin???boleh kongsi di sini x???

    ReplyDelete
  31. Asalamualakum..
    Nk tya pak dn masih ada ke?




    ReplyDelete
  32. Asalam nak tanya Pak Din masih ada ke?

    nak bwk ank jumpa dia.

    ReplyDelete
  33. Wktu bila boleh jmpa pak din utk rwtn? Siang atau mlm atau call dulu?

    ReplyDelete

Hey, we've just launched a new tips for small business blog. You'll like it - hidupringkas.com
Join Our Newsletter