Saturday, 23 February 2013

Roti canai Cathay, Bukit Mertajam - Terbaik!!!

Posted by   on

Di Pekan Bukit Mertajam suatu ketika dulu terdapat sebuah panggung wayang Cathay. Masa zaman aku remaja dulu panggung tersebut masih hidup dan aktif. Aku tak pasti bila kebanyakan panggung wayang kat Malaysia mula malap. Yang aku ingat sebaliknya aku dari luar negara, kesemua panggung wayang di pekan BM dah pupus.

Apa yang nak difokuskan bukanlah berkenaan panggung wayang, tetapi sebuah restoran mamak yang terletak bersebelahan dengan panggung wayang Cathay di Pekan BM. Mungkin bersempena dengan nama panggung tersebut mamak menamakannya sebagai Restoran Cathay.

Panggung dah mati, tapi restoran masih hidup hingga kini
Kalau aku balik ke BM, ini salah satu restoran yang aku tak lepas untuk pekena rotai canainya. Kelembutan rotainya cukup berbeza dan saiznya juga besar. Kalau makan sebiji dah cukup untuk kenyangkan perut. Biasanya aku akan jogging pagi-pagi kat keliling kampung Penanti kemudiannya aku naik kereta ke Pekan BM untuk bungkus beberapa keping roti canai dari restoran Cathay.

Selain daripada rotinya yang istmewa, aku paling suka kuah parpu original yang disediakan oleh kedai makak tersebut sebagai kuah roti canainya. Kalau di KL, kita panggil kuah dal, tapi kalau di Penang kita tak sebut kuah dal. Kalau sebut juga kuah dal mungkin orang Penang akan sangkakan kuah dalca.
Bangunan Panggung Cathay masih kekal
Kuah parpu buatan mamak penang dibuat dari kacang parpu asli. Kuahnya pekat kuning. Bila dicampur sedikit dengan kuah kari dan ditaburkan di atas roti canai yang dikoyak-koyak halus, rasanya memang cukup lazat.

Baru-baru ini aku balik dan bawa seorang kawan dari KL untuk pekena roti canai restoran Cathay. Kami belasah seorang dua biji. Kawan aku makan laju habis licin. Aku hampir terbeliak mata menelan untuk menghabiskan sepinggan bertimbun  Sedap memang sedap tapi aku tak reti makan banyak-banyak. Olewh kerana  sayang sebab sedap akau makan juga pelan-pelan sehingga habis!

Bagi mereka yang singgah di pekan bukit mertajam waktu pagi, jangan lupa seinggah sebentar kat restoran Cathay untuk rasa penangan roti canainya. Jalan kat situ kesemuanya sehala sekarang. Jadi perlu berhati-hati mencari arah atau bertanya pada orang tempatan untuk ke sana. Tanya sekolah Jit Sin atau Panggung Cathay  kat pekan BM tu, orang lama tentu tahu.

11 comments:
Write comments
  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. nampak mcm kedai mamak kimma ponya? sedap mcmana pon tak kelapaq aku nak makan, klau makan asik terbayang moka mamak madey pedukang nak montah aku

    ReplyDelete
  3. kalau balik dari market BM kadang2 singgah gak kedai nih..pekena roti canai...

    ReplyDelete
  4. hang ni silap besaa brapa lama da tingaikan BM around penanti, tanah liat..permtg janggus banyak roti yg ditebaq oleh melayu muslim PAS jauh lebih terangkat dari cathay tuu sheh..ketingalan zaman anta nie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kedai Melayu kat Masjid Kbg Semang dan depan kedai Pak oih hari-hari makan, roti canai segera kat pondok ustaz Bakaq selalu mak aku beli..roti canai BM tu sebulan sekali paling kerap...aku tak la sewaraq anta, rakyat marhaen, doakan aku agar jadi insan yang waraq macam hang, insyallah dengan berkat doa insan solleh macam anta makbullah hendaknya...amin

      Delete
  5. saya suke makan roti canai di kedai mamak..tapi kalau diorang nak sokong bn secara terang-terang..saya akan boikot...lebih baik makan di kedai melayu islam..tapi kalau dia sokong macam mamak terang-terang baik kita boikot..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebelum biokot pi check kat mamak tu dia sokong parti mana. Aku rasa dia sokong DAP dan PKR...tak terjejas Melayu Islam jika setiap hari makan roti canai mereka dan hanya sebulan sekali makan roti canai mamak Islam.

      Delete
  6. Kalau di pekan BM roti canai mamak tepi Alka-Ria (depan stesen bas lama BM) pun sedap jugak.. Tapi kena buh kuah parpu saja, kalau campur dengan kari tak berapa best.. Teringat dulu-dulu naik pi BM sebelum naik bas, pi pekena roti canai kat kedai ni.

    ReplyDelete
  7. Nak makan roti canai pon tgk parti...apa ke bangangnya melayu skang...

    ReplyDelete
  8. byk kenangan di pekan BM..1982-1987,seronok main billiard kt depan cheok sah..

    ReplyDelete

Hey, we've just launched a new tips for small business blog. You'll like it - hidupringkas.com
Join Our Newsletter