Jas duit

Jasduit - Just do it !

Monday, March 31, 2014

Mee goreng dan mee rebus sedap di Puchong

  Mat Bihi       Monday, March 31, 2014
mee rebus puchong
Kalau mereka yang tinggal di kawasan Puchong tentu tahu ada beberapa gerai atau kedai yang menawarkan mee goreng dan mee rebus yang sedap. Salah satu gerai yang jual mee goreng dan mee rebus kat Puchong Perdana adalah Mee Simpang 4 Kangkung.

Tapi malangnya Mee Simpang 4 Kangkung yang biasanya berniaga tak jauh daripada bulatan pertama di Puchong Perdana, berhadapan dengan Komplek Niaga Puchong Perdana telah lebih 4 bulan tak menjalankan perniagaan mereka.

mee sedap puchong perdana
Dengar kata lesen berniaga yang Mee Simpang 4 Kangkun tersebut pelah ditarik balik atau dibatalkan sebab dah lama sangat tak berniaga. Mungkin ada yang tak suka adanya perkataan Kangkung pada kedai atau gerai mee tersebut.

Apa yang saya tahu ada sedikit masalah yang dihadapi oleh perniagaan mee goreng dan mee rebus di situ dan akhirnya perniagaan tak jalan. Patutlah ramai kawan yang pergi ke sana dalam 4 bulan sebelum ini beritahu bahawa mee tersebut tak ada. Biasanya saya akan kata mungkin dah habis waktu mereka pergi ke situ. Biasanya mee rebus dan mee goreng kat situ habis awal.

mee rebus puchong perdana
Kadang-kadang kalau pergi selepas pukul 10 malam mee dah habis. Begitulah sedapnya mee rebus dan mee goreng yang ada di situ. Ada cita rasa utara pada mee tersebut dan mereka yang dah terbiasa makan mee rasa utara pasti akan berulang kali ke sana bila sekali dah rasa.

Mee goreng dan mee rebus sedap baru

Semalam saya balik lewat dan terus pergi ke tempat mee goreng dan mee rebus berhampiran bulatan Puchong Perdana itu, tapi malangnya gelap dan tak ada orang berniaga. Oleh kerana nak pastikan apa yang berlaku, saya berhentikan kereta sebentar di depan tempat mereka biasanya berniaga dan terbacalah, dah berpindah ke Belakang Restoran Syed Bistro Puchong Perdana.

Oh! rupanya tukang goreng mee goreng dan mee rebus itu telh pindah ke sana rupanya. Lalu saya terus pergi ke Syed Bistro dan melihat di belakang Restoran tersebut. Ada satu kawasan letak kereta dan kawasan khas untuk penjaja telah dibina di kawasan itu. Taukeh Mee Goreng dan Mee Rebus telah menjadi orang pertama yang mula menjalankan perniagaan mee goreng dan mee rebus nya.


Cik Wan Mee Mamak

Orang yang sama jadi tukang masak dan sudah tentu rasa yang sama akan dihasilkan. Saya tak pikir panjang lalu duduk dan order sepinggan mee goreng kegemaran. Selesai buat kerjanya, tukang masak aka taukeh datang duduk semeja bersembang dengan saya. Ini peluang untuk saya selidik apa yang dah berlaku.

Panjang ceritanya yang tak perlu disebarkan di sini, yang pentingnya siapa yang kempunan nak kakan mee goreng yang biasa mereka makan di utara atau di bulatan Puchong Perdana, boleh pergi ke belakang restoran syed Bistro setiap petang sampai malam. Ada mee goreng dan mee rebus sedap kat situ.

Namanya juga telah bertukar kepada Cik Wan Mee Mamak. Walaupun yang menggorengnya bukan seorang maka, malah seorang Melayu asli, mee mamak memang merupakan nama satu jenis masakan mee. Belum ada lagi yang namakan gorengan mereka mee melayu.

Mee goreng dan mee rebus sedap orang tak tahu

Oleh kerana tempat itu baru dan dia menjadi pelopor kawasan itu, maka sudah tentu jumlah pengunjungnya masih perlahan. Lagipun dia baru berpindah dan menjalankan perniagaannya baru tiga minggu. Jadi taukehnya mengeluh juga sementara nak ok.

Oleh itu saya dengan berbesar hati keluarkan kamera yang memang sentiasa ada dalam kereta dan mula rakamkan beberapa keping gambar. "Tak apa!, saya cuba bantu!" kata saya pada Wan semalam. Memang kita kena bantu sedaya boleh sesuai dengan keupayaan kita untuk pastikan orang kita dapat berjaya.

Oleh kerana saya ada blog yang ada pembaca tetap dan biasa buat promosi kedai akan yang sedap-sedap, maka saya perlu buat promosi yang sama untuk Cik Wan kita. Jadi sila lihat gambar yang saya rakam dan rupa mee mamak yang saya makan semalam. Rupanya gelap, memang macam rupa mamak. Tapi serius saya cakap...sedaaaap!. Saya suka berdasarkan lidah utara saya.

Buat peminat mee goreng dan mee rebus, jom kita pi support kawan kita yang buat mee goreng dan mee rebus sedap kat situ, tempatnya mudah cari dan senang nak parking. Luas lagi sebab hanya dia seorang saja yang baru mula berniaga. Waktu berniaga adalah setiap hari kecuali hari ISNIN!


logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Mee goreng dan mee rebus sedap di Puchong

Previous
« Prev Post

51 comments:

  1. Alhamdulillah itu lah kemajuan.. dari niaga kat tepi jalan sekarang dh bergerai esok ada bajet atau support buka kedai sendiri.. itu yg kita mahu

    ReplyDelete
  2. hoh...kat situ rupanya depa pindah...saya pn dok heran gak mana pi cik wan ngn lori dia yg sllu parking kat ronbot tu...mmg sedap mee dia...
    tempat baru tu macam tersorok ja...sok nak kena p ni...lama da dok mngidam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun baru tahu...dah tahu boleh pi pekena mee rebus lepas ni

      Delete
  3. patut laa carik tmpt dulu x daa... tq.. tq..admin sok bleh g..

    ReplyDelete
  4. pehh..nampak menyelerakan tu.

    ReplyDelete
  5. saya suka review pasal tempat makanan kat blog ni, sebab semuanya `mampu milik'...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... memang semuanya mampu milik...!

      Delete
  6. En shubhi
    Terliur mmbaca entri dn menatap gambar yg diposkn...
    Terus buat plan nk mkn di sini
    Lps maghrib saya suami dn anak berangkat...
    Hampagas hati saya
    Xdpt merasa mee grg mamak che wan
    Lokasi tu kosong kosong kosong
    Che wan xniaga kot....
    Kami buat pusingan g ke ikram mikail

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mohon maaf, kesian le pulak, nanti saya pi sound Cik Wan, apasal pulak tak niaga hari ni..sebenarnya saya pun terkena hari ni, balik kerja terus ke belakng syed bistro, tapi cik wan tak ada...terus pergi cari laksa kat tepi jalan...memang dia nak kena Cik Wan nih...jangan putusa asa lain kali boleh cuba lagi

      Delete
    2. Laksa tu best tak
      Hihi ckp ngan che wan dia ada peminat...

      Delete
    3. Laksa tu dap tak
      Hihi ckp kat che wan ini peminat baru

      Delete
    4. Lak sa tu kira ok saja. Sedang-sedang sebab tak boleh lawan laksa campu kat Kampung Petani, Bukit Mertajam permatang pauh. Cuba search blog saya dengan keyword laksa campur

      Delete
  7. En shubhi
    Dgn semangat berkobar2 saya suami n anak pergi ke sini lps maghrib
    Hampa n kecewa....
    Che wan x niaga kot mlm ni...
    Ini first time nak rasa...
    Akhirnya kami landing di ikram mikail...

    ReplyDelete
  8. Nampak dalam gambar tu digoreng sampai garing mee tu.Memang citarasa begitu ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu bukan hangit, tapi garing...hehe, rasanya sedap!

      Delete
  9. I suka mee goreng...pedas dan panas...
    Itu bkn garing...tapi just nice...tauge tu yg buka selera...tu yg teringin nak cuba...

    ReplyDelete
  10. Dtg la merasainya.. sya dh rsa mmg terbaek...

    ReplyDelete
  11. cik wan ada hphone tak? tlg bagi jadi pelanggan bole kol dulu .....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagi yang nak call dulu sebelum pergi boleh ambil nombor ini. Cik Wan 017-3465977

      Delete
  12. cik wan ada hphone tak? tlg bagi jadi pelanggan bole kol dulu .....

    ReplyDelete
  13. Memang sedap..menyelerakan, kami sekluarga memang slalu ke situ...tp suami saya xmakan daging...alahan...slalunya suami saya order mee goreng cara dia nak makan...boleh tahan gak olahan tu...mee + kuew tiaw + ayam =siap + gan kuah mee. Kami sekluarga kalo nk order cara tu....cuma ckp gan cik wan...mee goreng stail apad...dia dah tau.....kadang2 saya tukar ayam ke daging, kalo anak2 yg makan.....cuba lah kalo berkenan xrugi....

    ReplyDelete
  14. Sedap...menyelerakan...xsyak lg, terbaeekk...
    Kami sekeluarga suka cara masakannya..suami saya alahan daging, jd suami saya akan memesan mee + kuew tiaw + ayam = siap + kuah utk mee.... :P jd mee goreng ala2 banjir gitu...so kalo kami sekeluarga yg order, sebut jew.....mee goreng stail apad....cik wan dah tau dah...kelasss gitu

    ReplyDelete
  15. Replies
    1. Hari ini hari isnin....mee cik wan tak berniaga....!

      Delete
  16. Assalamualaikum,kepada pelanggan2 yg dihormati,waktu operasi perniagaan CIK WAN MEE GORENG MAMAK,beroperasi pada jam 5.50ptg hingga 12.30 malam,perniagaan CIK WAN MEE GORENG MAMAK,cuti pada hari isnin sahaja,sebarang kesulitan amat dikesali,dan saya memohon maaf di atas kesulitan yg tak dapat dielak,k tima kasih.

    ReplyDelete
  17. Dah lama saya cari dah lama tak pekena mee rebus ,hari ni jugak saya pi. THANK....

    ReplyDelete
  18. As Salam..mlm tadi baru pi makan mee goreng ni..terbaeekk..isteri saya pun suka..tak berminyak..portion tak sikit sangat dan tak banyak sangat..dengaq2 cara cakap Cik Wan ni orang utagrha..sbab tu sempoooii..saya pun orang Pala Bataih..next time nak try bihun sup plak..TQ sebab promosi gerai ni..laksa campuq BM tu yang ada sotong kat train station tu ka?? - MD Putra Heights

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cik Wan orang Kedah, satu loghat la tu!, baguslah kalau sedap, maknanya memang sedap betoi. Laksa campur kat Stesen Keretapi BM tu memang pot lama sejak sekolah rendah Stowell lagi. Yang kat Kampung Petani lain sikit, tapi semua kira ok! terima kasih komen kat sini.

      Delete
  19. Ada lagi ka yg kat train station tu? Stowell mknanya kita musuh ketat la..Sya Soksek hehe - MD Putra Heights

    ReplyDelete
  20. oh da nak puasa...masih belum sempat nak pi merasa mee che wan

    ReplyDelete
  21. Abdul Rasid Mohd SallehAugust 7, 2014 at 12:47 PM

    Nak juga mee kuah. Puchong kat hah. Dok selalu kat situ.

    ReplyDelete
  22. As Salam Tuan,

    Tau tak bila Che Wan buka gerai balik lepas raya ni? Saya dah g 3 kali tutup je..

    SMS kat nombor tu tak berbalas. TQ

    MDUSJ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak jumpa lagi dia selepas raya ni... insyaallah akan cuba siasat tengok...tq

      Delete
  23. Tq..mintak2 dia cepat buka

    MDUSJ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cik wan mee goreng mamak telah BEROPERASI!!! sekian timakasih.

      Delete
  24. Cikwan mee goreng mamak telah pun beroperasi!!!,sekian tima kasih,

    ReplyDelete
  25. harap tak kecewa lepaih ni...bila p tak buka...huk huk...

    ReplyDelete
  26. as Salam..mana pi che wan ni..lama dah x buka..saya dh 3 kali lpas raya ni pi still tarak - MDUSJ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hari tu sebelum raya, ada jumpa Che Wan kat Bazar Ramadan Puchong. Dia kata aan cuti panjang selepas raya nanti. Tak diberitahu pulak berapa panjang... !

      Delete
  27. panjang sgat tu ckap dia..ni dah lpas Syawal pun tak buka2 lagi..try check tgok..dia pakai hp no sama lagi ka dah lain? Yg dulu hntaq SMS x berjawap..MDUSJ

    ReplyDelete
  28. As Salam..dngaq kata Che Wan dah buka balik..betoi ka?? Takmau pi sat gi dok buat tak buka lgi..MDUSJ

    ReplyDelete