Friday, September 18, 2015

Tak ada masalah kerjasama antara Melayu dengan Cina

Sejak akhir-akhir ini banyak yang diperkatakan tentang hubungan bangsa Melayu dan Cina. Itulah persepsi yang cuba dibangkitkan oleh golongan tertentu untuk meraih sokongan.

Jika dilihat dengan betul, sebenarnya ia lebih berkisar tentang persaingan antara UMNO dengan DAP dan bukannya antara Bangsa Melayu dengan Bangsa Cina. Lebih tepat lagi (pendapat saya) cubaan UMNO untuk meraih sokongan orang Melayu dengan menjadikan DAP sebagai mangsa.

Kenapa Cina dikaitkan dengan DAP

Sebabnya mudah sahaja. Semua orang boleh lihat sekarang majoriti daripada orang Cina sokong DAP sekarang. Sebab itu bila sebut orang Cina, kita akan nampak Cina DAP dan juga golongan kaum Cina yang sokong DAP.

Kita bukan tak tahu bahawa ada lagi parti politik lain yang mewakili orang Cina. Barisan Nasional, hasil daripada usaha Tun Razak telah berjaya mengumpulkan 3 bangsa besar yang menduduki Malaysia, iaitu Melayu, Cina dan India di bawah bendera dacing.

Sejak terkumpulnya kerjasama antara Melayu, Cina dan India juga bangsa-bangsa minoriti lain, Barisan Nasiona pukul liau-liau semua pesaing mereka dalam pilihan raya demi pilihan raya sejak berpuluh tahun yang lalu.

Tiada masalah kerjasama antara Melayu dengan Cina

Tak ada masalah sebenarnya untuk semua bangsa yang berbeza duduk semeja membangunkan negara Malaysia. Itulah yang telah dibuktikan oleh Barisan Nasional.

Tetapi sejak akhir-akhir ini, sokongan orang Cina sudah beralih pada DAP. Ramai yang tinggalkan MCA dan Gerakan yang satu masa dulu merupakan parti politik yang disokong oleh majoriti orang Cina.

Bila dah jadi begitu, tiba-tiba orang Melayu dihasut untuk melihat bahawa Cina sudah mahu marampas kuasa dari orang Melayu. DAP dituduh sebagai dalang, sebuah parti yang jahat yang mahu melumpuhkan kuasa orang Melayu.

Sedangkan DAP merupakan sebahagian daripada Pakatan Rakyat yang menjadi pesaing kepada Barisan Nasional. Pakatan Rakyat yang baru berkubur (angkara sebuah parti yang berteraskan agama) adalah hasil daripada kerjasama antara berbagai bangsa berbeza, sama dengan Barisan Nasional juga sebelum ini.

Cuma bezanya Pakatan Rakyat berbeza berbanding Barisan Nasional dari segi perjuangan mereka yang lebih menjurus ke arah Humanisme. Mereka memperjuangkan keadilan dan cuba untuk merubah landskap politik negara ke arah politik yang lebih telus dan tidak korup.

Majukankan negara dengan kerjasama bangsa

Banyak negara yang kita lihat hancur apabila politik perkauman di jadikan landasan pemerintahan. Apa lagi jika sesebuah negara itu adalah berbilang kaum seperti negara kita Malaysia.

Dunia tidak pernah sunyi daripada wujudnya berbagai bangsa. Tetapi bukan untuk saling tindas menindas. Sebaliknya untuk kita saling kenal mengenal dan saling lengkap melengkapi.

Selagi orang Melayu tidak dapat berfikir secara teratur dan menolak golongan yang cuba mengekalkan kuasa dengan politik perkauman, selagi itu negara kita tak boleh pergi lebih jauh.

Hakikatnya negara kita sekarang didiami oleh berbagai bangsa tidak dapat dinafikan. Kita perlu belajar untuk hidup begitu dan mencari jalan untuk menjadikan keadaan itu sebagai satu kelebihan dan bukannya menjadikan ianya satu alasan untuk tidak maju.

Semua orang tahu bangsa dipergunakan

Bagi mereka yang celik politik tentu dapat lihat bagaimana perjuangan bangsa dijadikan alat untuk segelintir manusia meraih kuasa dan harta.

Usaha untuk memberikan keistimewaan terhadap orang Melayu di salah gunakan oleh mereka yang ada kuasa. Yang kayanya hanya segelintir dan orang Melayu masih tetap ketinggalan dari segi ekonomi mahupun pendidikan secara umumnya.

Samada orang Cina atau Melayu, orang susah tetap ada. Samada Melayu susah atau Cina susah, Melayu kaya atau Cina kaya, semuanya tetap rakyat Malaysia.

Di mana-mana saja terutamanya di kedai mamak, kita boleh semua bangsa boleh duduk dalam satu kedai menikmati teh tarik dan roti canai. Tak ada masalah langsung. Dan itu sudah berlaku sejak lama dahulu sampai sekarang.

Jadi tak perlu nak ikut pemimpin yang kurang cerdik yang mahu kekal berkuasa dengan meniupkan api perkauman. Kita boleh berfikiran waras untuk melihat bahawa apa yang cuba dibohong oleh mereka itu sebenarnya jauh dari kebenaran dalam kehidupan kita seharian.

Apa pendapat anda ?
Previous Post
Next Post

post written by:

6 comments:

  1. melayu sebenarnya tak ada masalah pun... cuma kaum pendatang je yg tak sedar diri..."beri betis nak peha"

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous
      Cerita beri betis nak peha hanya cerita khayalan lapuk. Tak ada nas nas yang meyakinkan. Cuba baca ni jawapannya ni lebih yakin dan lojik:
      http://alditta.blogspot.my/2012/09/jika-umno-mampusorang-melayu-tak-kan.html#!/tcmbck

      http://alditta.blogspot.my/2012/09/jika-umno-mampusorang-melayu-tak-kan.html

      Delete
  2. Saudara, sila lihat sejarah negara Tanah Melayu. Anda dalam tulisan di atas bersikap bias, hanya menyalahkan penduduk bumiputera khasnya Melayu sebagai punca utama perpecahan kaum. Tuduhan anda tidak berasas, Melayu sememangnya terkenal dengan sikap peramah dan sudi menerima siapa sahaja untuk hidup, tinggal dan mengaut keuntungan di bumi tercinta ini. Melayu tidak pernah prasangka terhadap kaum pendatang dahulu. Buktinya mereka sekarang telah beranak cucu dan telah menjadi warganegara. Melayu ini pantangnya diusik agama dan herdik bangsa mereka. Lihat peristiwa 13 Mei dahulu, siapa yg punya angkara? Biar saya cadangkan kepada anda membuat kajian lapangan (survei) tentang sikap masyarakat dan ibubapa kaum yang anda sanjung di atas, dalam mendidik anak2 mereka tentang persepsi terhadap bangsa Melayu. Publishkan kajian anda dan biar seluruh rakyat boleh menilai betul atau tidak pendapat anda di atas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pendapat yang menarik , Terima kasih. Pembetulan terhadap bab sanjung, penulis hanya sanjung taqwa dan bukannya bangsa.

      Delete
  3. ketua2 melayu yg yang mempunyai mempunyai kuasa hari ini asyik fikir tempolok sendiri,poket sendiri kekayaan dan jawatan mereka untuk berkuasa dengan menindas golongan melayu yg lemah....lihatlah masih ada rakyat negara ini yg masih lagi miskin tegar tinggal dipondok2 buruk..dll tanpa mendapat pembelaan...,tiada pekerjaan kerana majikan suka ambil warga asing terutama taukeh2 kaum cina...jangan salahkan melayu kerna dikatakan pilih kerja....sikap tak ambil peduli org atasan kepada golongan bawahan semakin ketara...terutama dari segi perumahan...rumah mampu millik...bagi golongan berpendapatan rendah hanya mampu lihat saja...bumi dipijak milik pendatang...bila ada kuasa ni bantulah dulu kaum sendiri dalam semua bidang sebelum membantu kaum lain,,,,jangan jadi seperti anak dirumah mati kelaparan. kerana asyik menyusukan kera dihutan.

    ReplyDelete
  4. Sapa yg perintah negara ni sejak merdeka..raja melayu..pm melayu..mb melayu..ketua2 jabatan melayu..kenapa nk salahkan bangsa lain..chinatown ada di seluruh dunia..mereka usaha sendiri..melayutown kat mana..mengapa melayu tertindas di malaysia..sbb melayu tindas melayu sendiri..hasad dengki..

    ReplyDelete