Jas duit

Jasduit - Just do it !

Monday, November 27, 2017

Masalah bateri kereta Yokohama Gold kering dah lemah belum sampai setahun

  Mat Bihi       Monday, November 27, 2017


Ini kali pertama saya hadapi masalah bateri kereta jenis kering yang dah lemah walaupun baru tukar tak sampai setahun. Bateri kering jenama Yokohama Gold tu saya tukar pada bulan March 2017 yang lalu.

Minggu sudah, hari jumaat petang, tengah duk leka berbincang dengan kawan kat pejabat, tiba-tiba dapat panggilan telefon dari isteri kat rumah.

"Bang!, kenapa kereta ni tak boleh nak start ya?", terdengar suara isteri cemas. Dia nak keluar ambil anak-anak balik sekolah tapi tak dapat nak hidupkan enjin kereta. Bila dia pusing kunci, bunyi tersekat-sekat dan enjin tak lekat.

"Biasanya bunyi macam ni macam bateri lemah saja ni bang!", sambung isteri lagi. Dia terpaksa minta tolong adiknya untuk selesaikan urusan ambil anak-anak dari sekolah. Jadi tak ada masalah sangat untuk selesaikan masalah kereta tak hidup tu dengan segera.

"Hish !!, abang baru saja tukar bateri tu bulan 3 lepas, tak sampai setahunpun, takkan bateri dah lemah kot!, nanti abang balik tengoklah..", saya cuba tenangkan isteri yang macam biasa nadanya sentiasa kedengaran panik.

Memang sah bateri kereta lemah

Balik ke rumah malam tu, saya periksa kereta apa yang tak kena. Alat kawal jauh dari kunci kereta itu masih berfungsi dengan baik. Ertinya masih ada sisa kuasa pada bateri tersebut. Tapi untuk elakkan sebarang masalah, saya kunci kereta secara manual saja.

Esok pagi, selesai jogging, saya terus ke kedai kereta kat depan taman sebelah jalan utama. Jumpa taukeh kedai itu dan minta dia pergi ke rumah sebentar untuk periksa keadaan bateri. Saya balik semula ke rumah dan tunggu dia sambil sarapan.

Tak lama kemudian nampak keretanya sampai kar depan rumah. Saya buka pintu pagar dan berikan dia masuk. Bonet depan tu dah siap terbuka dan dia keluarkan alat periksa bateri dan terus pasang dan tengok meter kuasa bateri kering Yokohama Gold itu.

"Ini bateri sudah lemah tak boleh pakai lagi, kena tukar bateri baru" terang pemuda  Cina itu pada saya.

"Tapi saya baru saja tukar bateri ini, tak sampai setahunpun. Takkan dah kong!", terang saya kehairanan.

Bateri Yokohama memang ada masalah

Taukeh itu kata bateri Yokohama memang ada banyak masalah. Sebelum ini dia ada jual bateri kering jenama Yokohama, bila terlalu banyak sangat aduan, dia tak bawa lagi jenama tersebut.

Dakwa taukeh itu lagi, dalam 10 biji bateri yang dia jual kat pelanggan, hampir 7 biji akan ada masalah. Masalah paling ketara adalah cepat kong. Dia terpaksa buat urusan ganti dan claim semula dari pengedar.

Walaupun bateri tersebut memang ada jaminan setahun, tapi bila kes bateri lemah dan kereta tak boleh nak dihidupkan di luar kawasan, ia banyak memberikan masalah dan kesusahan pada pelanggan.

Masalah saya pula adalah, bateri kering Yokohama Gold itu saya beli dari kedai lain. Jadi dia tak dapat nak bantu. Dia suruh saya cuba telefon kedai di mana saya beli bateri itu dan minta pulangkan balik wang.

Kalau taukeh kedai itu setuju, dia boleh tukarkan bataeri baru dari kedainya. Sekarang dia hanya pakai jenama Panasonic. Dah dua tahun dia bawa jenama tersebut dan sampai sekarang tak pernah ada masalah lagi.

Ertinya, taukeh bengkel kereta kat taman saya itu syorkan untuk pakai jenama Panasonic sahaja.

Wah! 70% daripada bateri Yokohama bermasalah. Itu satu angka yang amat tinggi. Bagi jaminan 2 tahunpun memang tak berbaloi memandangkan risiko bateri rosak kat luar kawasan adalah amat tinggi.

Takkan bateri Yokohama seteruk itu. Sedangkan ianya bukanlah satu jenama lekeh. Saya simpan saja maklumat dari taukeh itu dan tak ambilnya sebagai satu fakta yang benar. Mungkin dia hanya bertindak spontan untuk ketengahkan jenama bateri yang dia bawa saja.

Bawa semula ke kedai bateri Yokohama

Oleh kerana saya ada dua buah kereta, maka tak ada masalah sangat untuk selesaikan urusan aduan bateri kereta Sylphy yang lemah itu. Hari sabtu tu juga saya buka bateri itu, masukkan ke dalam kereta pikap hilux dan terus membawanya ke kedai.

Saya tkar bateri yokohama gold kering tersebut di sebuah kedai kereta di Glenmarie. Masalahnya, saya tak berapa nak cam pulak kedai yang mana satu. Masa tukar tu, main singgah saja sebab dah tahu perlu tukar bateri baru.

Mulanya saya singgah di kedai sebelah yang saya rasa macam kedai yang saya beli tempoh hari. Lagipun nampak dia banyak pasang banner bateri Yokohama. Mungkin itu kedainya. Sebaik saja sampai, pekerjanya datang bertanyakan apa masalah.

Saya tunjukkan yang bateri Yokohama yang baru dibeli dah ada masalah lemah. Jadi saya nak minta tengok dan nak clain warranty yang ada selama setahun. Saya tunjukkan kad warranty padanya.

"Aya!, ada bawa resit ka?", tanya cina itu pasa saya. Dia tak berapa pasti samada benar-benar saya beli bateri itu darinya.

Bila jadi macam itu, saya mula cuak. Mungkin saya silap kedai kot. Saya jeling kat kedai sebelahnya dan terlihat taukeh di mana saya berurusan dahulu ketika tukar bateri tersebut. Terus saya minta maaf padanya dan beritahu yang saya silap kedai.

Nasib baik kedai pakai sistem komputer

Saya ubah kereta dan pergi ke kedai sebelah. Ulang cerita yang sama dan taukeh itu juga minta samada saya ada bawa resit.

Dah berapa bulan beli manalah saya nak simpan resit tu. Memang ada dalam simpanan kat pejabat, tapi ada dalam file kewangan bersama semua resit lain yang syarikat saya bayar.

Jadi tak terfikir pulak nak kena bawa resit untuk clain bateri, sedangkan dia kata dahulu kalau ada apa masalah hanya perlu bawa kad warraty saja.

"Tak apa, saya semak dalam sistem, you berikan saja nombor kereta sama tengok", Taukeh Cina muda itu nampak tenang saja dan amat membantu. Dia buka sistem komputernya dan masukkan nombor kereta saya dan memang betul ada rekod saya beli bateri tersebut bulan March 2017 yang lalu.

Dia lalu keluarkan bateri itu dan mula pasang alat periksa keadaan bateri. Bia pakai alat yang lebih canggih dan bacaan menunjukkan bataeri itu memang lemah dan perlu di recharge. Kata taukeh itu bateri ini tak kong, tapi hilang kuasa sebab mungkin saya lupa tutup lampu atau lain-lain yang menyebabkan dia lemah.

Memang sah bateri Yokohama itu bermasalah

Saya semak dengan isteri dia kata tak ada apa-apa yang dia lupa padam. Saya terangkan pada taukeh itu dan dia seali lagi kata tak apa. Saya akan recharge semula bateri itu dan kita tengok bacaannya selepas recharge. Saya perlu datang semula dalam 4 jam.

Dipendekkan cerita, selepas 4 jam saya pergi semula dan memang sah bateri tersebut ada masalah walaupun dah di recharge semula. Dia perlu hantar bateri itu ke kilang dan minta mereka periksa apa yang tak kena.

Sementara itu, dia gantikan pada satau bateri baru jenis Yokohama pula. Katanya dalam seminggu, dia akan hubungi saya semula untuk lihat apa keputusannya...

Dah masuk hari yang dia janji tapi nampaknya masih belum ada berita. Dan saya masih kekal pakai bateri pinjam yang dia gantikan untuk sementara itu sampai sekarang.

Mungkinkah memang betul kata Taukeh bengkel pertama kat depan taman rumah saya tadi. Bateri Yokohama memang ada banyak masalah?

Mungkin anda juga pernah ada hadapi masalah yang sama?

Boleh kongsikan tak pada ruang komen tak bawah ni?

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Masalah bateri kereta Yokohama Gold kering dah lemah belum sampai setahun

Previous
« Prev Post

2 comments:

  1. Bateri jenama Century (kering) pun bagus cuma mahal sedikit, tapi tahan kadang2 sampai 2 thn lebih.. Skrg masih guna rasanya dah 2 tahun tunggu masa dia Kong..

    ReplyDelete
  2. apasal kat tempat aku kata century nyer bateri tak elok. pening kepala. mana satu betul ni haha

    ReplyDelete