Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Saturday, November 25, 2017

Ini merupakan 6 pikap trak 4x4 terbaik menjadi pilihan utama rakyat Malaysia

  Mohd Shubhi       Saturday, November 25, 2017


Antara carian paling kerap membawa pembaca kepada Jasduit.com ini adalah carian terhadap pikap trak 4x4. Kebetulan pula blog ini ada tulis beberapa artikel khas untuk kenderaan pikap 4x4 secara santai berdasarkan pengalaman amatur penulis.

Bila sebut pasal pikap trak 4x4 masa mula dulu, saya akan bayangkan bahawa semua pemilik kenderaan tersebut ialah mereka yang memang kaki lasak masuk dalam hutan guna kenderaan 4x4. Orang yang kaki masuk hutan lasak itu biasa panggil aktiviti Offroad.

Pengalaman ikut beberapa kali kawan-kawan yang kaki masuk hutan dengan pikap trak 4x4 juga membuatkan saya mula tanam impian untuk beli sebuah 4x4 jika ada rezeki satu masa nanti. Dan akhirnya memang beli juga sebuah Pikap Trak 4x4 Toyota Hilux.

Pikap Trak 4x4 bukan hanya untuk masuk hutan

Bila dah mula berikan perhatian pada kenderaan pikap trak 4x4, saya mula perasan bukan semua orang yang beli kenderaan tersebut untuk bawa masuk hutan dalam aktiviti lasak.

Kita boleh tengok banyak kenderaan pikap trak 4x4 yang dimekap dengan cantik berkilat. Bentuknya kelihatan amat gagah dengan macam-macam gajet khas untuk 4x4. Tapi satu calit selutpun tak ada pada bawan 4x4 itu dan seluruh kenderaan cuci calat bersih dan dalamnya kemas berbau harum.

Sudah tentu pemilik sedemikian tak pernah bawa masuk pikap trak 4x4 mereka ke dalam hutan untuk aktiviti lasak. Mereka pakai 4x4 hebat itu hanya untuk melaram atas jalan tar biasa. Mungkin sekali sekala guna untuk bawa barang berat sahaja atau untuk buang sampah.

Memang kebanyakan kawan-kawan yang kaki adventure masuk hutan untuk kembara lasak biasanya akan pakai pikap trak lama berlemoih penuh dengan selutpun. Calar dan kemek di sana sini dan mereka buat tak perduli asalkan kenderaan itu boleh jalan dan kuat buat kerja. Rupa paras tak pernah diambil peduli.

Pikap Trak 4x4 kenderaan pelbagai guna

Sekarang rasanya terma yang sesuai untuk kenderaan pikap trak 4x4 adalah dalam kategori kenderaan pelbagai kegunaan. Tak semestinya untuk aktiviti lasak offroad semata-mata. Ada yang lebih banyak guna 4x4 untuk bawa seisi keluarga pergi jalan.

Dalam masa yang sama mereka guna pikap trak 4x4 untuk cari makan. Samada untuk kerja kontrak, kerja bawa barang perniagaan atau kenderaan bawa balik kampung masuk kebun. Jadi boleh bawa satu isi keluarga berjalan ke kebun dan bawa balik hasil kebun penuh kat belakang 4x4 itu.

Bila dah dianggap sebagai kenderaan pelbagai guna, maka tak hairanlah semakin banyak kenderaan pikap trak 4x4 kat atas jalanraya kita sekarang. Tahun 2016 sahaja, dalam jumlah keseluruhan kenderaan yang terjual kat negara kita, 10% darinya merupakan kenderaan jenis pikap trak 4x4.

Itu satu jumlah yang banyak dan rasanya semakin lama semakin mendapat perhatian dari semua pebuat kenderaan berjenama besar kat Malaysia.

6 jenama pikap trak pilihan

Sekarang kita cuba lihat apakah jenama kenderaan pikap trak 4x4 paling diminati dan sentiasa boleh kita jumpa berselisih atas jaan raya kat malaysia. Semua kenderaan pikap trak ini adalah yang paling kerap kita jumpa samada di kampung atau di bandaraya.

1. Toyota Hilux

Tak payah nak diperkenalkan lagi pada Toyota Hilux pada rakyat malaysia. Jenama dari Toyota ini merupakan kenderaan nombor satu paling banyak dijual di negara kita. Saya juga pakai sebuah dan setakat ini tak pernah pagi bawa masuk hutan.

Paling terukpun hanya redah kat jalan kampung berselut dan becak selepas hujan. Atau masuk ceruk kampung yang tak ada jalan tar. Bawa barang banyak macam manapun tak kisah sebab Toyota Hilux memang lasak dan tidak pernah mengecewakan.

Bila hujan saja dan tanah becak, masa itulah peluang untuk masukkan 4x4. Memang besat dan terasa perbezaan dari segi cengkamannya pada jalan berselut dan licin macam mana sekalipun.

Kos selenggaranya juga tak mahal dan mudah untuk dilakukan. Ada banyak servis center Toyota di seluruh Malaysia dan saya tak pernah hantar ke tempat lain kecuali hanya sekali saja. Itupun sebab baiki penutup pada cover belakang Toyota Hilux tersebut.

Anda boleh beli sebuah paling murah hanya RM89,900 untuk jenis single cab, 2.4 liter dengan gearbox manual. Tapi ini memang untuk kegunaan buat kerja saja nampaknya sebab single cab.

Paling mahal pula adalah RM133,900 untuk jenis 2.8G automatik. Yang terbaru ini menjanjikan penjimat minyak kurang 10% lagi daripada hilux yang sebelumnya. Yang biasa sajapun memang dah menjimatkan. Apa lagi kalau yang terkini.

2. Ford Ranger

Satu lagi jenama pikap trak yang tak perlu diperkenalkan pada mereka yang dah mula minat pada kenderaan 4x4 pelbagai guna ini. Ford Ranger dan duduk di tangga kedua paling banyak dijual kat negara kita sekarang.

Puncanya saya rasa lebih kepada penampilan dan rupa bentuk yang Ford Ranger berikan pada peminat kenderaan pelbagai guna. Memang nampak gagah dan bergaya tambahan pulak kalau anda beli yang paling mahal iaitu jenis 3.2 liter WildTrak dengan harga RM139,838 lebih kurang.

Menurut laporan yang saya baca dari NST, Ford Ranger memang duduk nombor dua paling banyak dijual kat negara kita. Rasanya selepas Toyot Hilux, Ford Ranger memang antara paling kerap kita selisih kat atas jaan raya.

Dari komen-komen mereka yang kaki lasak penggunaan pikap trak 4x4 ini, saya boleh nampak ramai yang tak suka dengan Ford Ranger. Mereka kata lembek kenderaan ini kalau bawa muatan banyak dan akan cepat kondem. Ramai yang lebih puji Hilux dari segi ketahanan.

Tapi komen dari pemakai Ford Ranger samada yang model lama atau yang baru pulak, semuanya kata tak ada masalah. Masih tetap power walaupun dan berpuluh tahn menggunakannya. Tak tahu mana yang betul. Yang pastinya jenama Ford Ranger memang paling popular kat Amerika sana.

3. Isuzu D-Max

Ini antara yang paling kerap juga kita jumpa kat atas jaan raya. Kedudukan mereka juga nampaknya semakin lama semakin meningkat dari segi hasil jualannya. Malah kalau ditengok dari segi jumlah jualan kenderaan komersial laing tinggi kat Malaysia, Isuzu duduk di tangga ke-2 selepas Toyota.

Barang kalai ia banyak dibantu oleh Usuzu D-Max ini ada kemungkinan juga memandangkan jumlah yang kerap kita tengok kat atas jalan tu.

Secara peribadi, saya pernah bawa Isuzu D-Max ini memang sedap dan selesa. Paling murah anda boleh beli dengan harga RM83,000 sahaja untuk model 2.5L manual. Samada ianya selasak Hilux atau tidak saya tak dapat nak jamin.

Begitu jugak samada boleh load barang berat bertimbun tanpa hilangkan kuasanya, saya tak pasti. Hanya mereka yang memiliki dan pernah guna saja boleh jawab.

4. Mitsubishi Triton

Jenama Mitsubishi Triton ni satu masa dahulu pernah jadi antara kenderaan paling kerap kena curi. Sampai insuran tak berani nak lindungi jika anda beli Mitsubishi ni. Sekarang rasanya tak lagi jadi macam tu.

Harganya pula lebih rendah sedikit sahaja dari D-Max iaitu RM82,604 sahaja untuk model manual Triton VGT Adventure X.

Secara peribadi saya tak suka bentuk Triton yang bulat bulat tu. Walaupun ramai terutamanya orang muda suka melaram dengan Triton ini saya nampak ianya macam pikap trak 4x4 yang agak lembik jika digunakan untuk tujuan lasak bawa barang berat.

Itu hanyalah gambaran dari segi visual sahaja. Tak tahu pulak bagi mereka yang memang pakai Triton ini sejak lama dan dah ada pengalaman guna dalam berbagai kerja berat dan ringat serta aktiviti lasak.

Bagi yang ada pengalaman boleh komen kat bawah ini untuk kita semua dengar sendiri dan buat penilaian.

5. Nissan Navara NP300

Kenderaan Pikap Trak Nissan Navara NP300 ini selalu saya tengok. Kat taman tempat tinggal saya saja ada dua 3 buah. Seorang taukeh restoran, dan dua orang lagi kerja kontrak yang memakainya.

Saya sendiri ada beli sebuah untuk kegunaan syarikat saya dan sampai sekarang memang tak ada masalah. Tapi kenderaan itu saya tak guna sangat untuk kerja lasak dan bawa barang berat, jadi tak pasti samada power atau tidak bila buat kerja berat.

Dari segi pemanduan, memang tak boleh dinasikan lansung. Kedudukannya yang rendah mudah nak naik memang tak boleh ditandingi oleh semua pikap trak 4x4 yang lain. Saiznya juga lebih bear sikit dari yang lain.

Kalau nak bawa sedap samada kat atas jalanraya atau kat dalam hutan, rasanya Nissan Navara NP300 ni paong selesa berbanding semua kenderaan pikap trak 4x4 yang lain. Duduk kat dalam tu terasa macam bawa kereta sedan sahaja, punyalah selesa dan lancar.

6. Chevrolet Colorado

Memang tak ada banyak sangat model Chevrolet Colorado ni kat atas jalan raya. Kalau kat kawasan bandar atau lembah kelang memang anda boleh jumpa sekali sekala. Paling murah anda boleh beli dengan harga RM95,000. Agak tinggi juga untuk yang paling murah.

Tapi power memang power. Kalau anda pakai model 2.8L, VGT, boleh spin tayar macam kereta race dengan mudah saja. Kenderaan pikap trak 4x4 ini sebenarnya ada banyak kelebihan tapi tidak dipandang sangat oleh para peminat pikap kat Malaysia.

Mungkin jenama Chevrolet itu sendiri masih baru dan tidak berapa meluas jualannya di seluruh negara.

Kesemua 6 jenama yang saya senaraikan kat atas itu antara yang paling digemari oleh rakyat negara kita. Memang ada lagi model dan jenama lain yang kita boleh jumpa kat atas jalan, tapi jarang-jarang. Masing-masing ada lebih dan ada kurang.

Kalau anda ada komen boleh tulis kat bawah. Nak kondempun tak kisah sebab semua orang bebas memberikan pendapat dalam negara kita yang mengamalkan demokrasi ini. Jangan timbulkan isu agama dan bangsa sudahlah, selain dari itu hentam saja !

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Ini merupakan 6 pikap trak 4x4 terbaik menjadi pilihan utama rakyat Malaysia

Previous
« Prev Post

37 comments:

  1. macamana pulak dengan 4wd yang bersaiz kecil macam feroza atau jimny. ada tak apa-apa cadangan? macam berkenan dengan 4wd saiz macam ni sebab keterbatasan ruang, tapi perlu untuk beberapa perkara berkaitan kerja.

    ReplyDelete
  2. Ranger mmg lembik kalau masuk offroad. Isuzu tak laju tapi minyak jimat gila. Hilux yg terbaik antara semua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha negara pembuat toyota pun tak berani pakai buatan mereka sendiri.mereka sanggup export ke negara2 asia dan sanggup pakai FORD.

      Delete
  3. Isuzu dmax vcross sememangnya jimat dr segi service dan penggunaan minyak disel.

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mitsu Triton dr segi maintenance dgn minyak mcm mane ye.?

      Delete
    2. tumpang tnya kalau 4x4 yg bagus bawa barang atas highway yg mana okey & jimat ? ada yg kata navara laju sedap bawak atas highway hehe mohon pencerahan

      Delete
    3. nak bwa barang berat ats jln plih toyota d jamin lasak dn power

      Delete
  5. Salam sahabat, saya nk kluar sbiji. Tapi Confius yg mana satu. Minat navara, tapi bnyak conplain. Saya tk lasak, cuma nk ambik brg niaga dan berjalan. Mana yg sesuai bos.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy dh pakai dekat 2 tahun. Memang sedap mcm bwak keta sedan biasa. Xpernah lgi ade major problem. Kalau ade msalah tu complain je lah kt sc

      Delete
  6. Ford ranger 2.2 ok

    ReplyDelete
  7. Baru dua hari pakai triton athlete. Nak tanya otai mitsubishi triton minyak dan maintenen mcm mana ya

    ReplyDelete
  8. ulasan anda lebih byk tidak pasti.. tidak tahu.. cuma ada tengok di taman perumahan.
    ni adalah ulasan yg tidak adil dan tidak berilmu.

    ReplyDelete
  9. salam semua...wow 4X4 memang best giler kalau pandai guna tak kisah apa jenis isuzu,toyota,navara,mitubishi,ford dll...tapi kena tgk tempat la juga...kebiasaan 4X4 offroad manual sesuai AT pun ok tapi bagi yang pro guna la...leburaya paling sesuai AT perjalanan jauh sharing saja yee

    ReplyDelete
  10. Nak laju selesa navara np300
    Nak lasak tp keta tak selesa hilux bawa laju cepat terbalik..
    Triton tempat duduk sempit duduk 3 org rasa kaki kepit hahaha
    Dmax minyak jimat lembab bayar rotex ikut cc tak padan nk potong keta lain pun susah..tp jiwa selamat hahaha

    ReplyDelete
  11. InsyaAllah..bakal ambik navara black series VL..ok ke??
    dari segi spairpart n sbgainya??

    ReplyDelete
  12. assalam cuba komen 4x4 yg paling sedap..dok tgah servave ni hati nak navara..saya nak bawak buah pisang ja...sekali sekala masuk sawit masuk utan getah g mancing dan riadah bersama keluarga jaa..mohon pencerahan

    ReplyDelete
  13. antara auto dan manual yg mana ok nissan 4x4 nawara

    ReplyDelete
  14. triton paling lasak antara semua.....memang terbukti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Triton maintenance low or hig spare murah ke compare dgn toyota and ford.minta advice

      Delete
  15. triton paling lasak..sy dah masuk hutan & dah bandingkan kesemua pickup diatas..terbukti triton paling gagah perkasa mntenen pun jimat..barang mitsu belambak mcm toyota juga

    ReplyDelete
  16. Kalau mau puas hati cuba semua model 4x4 bawah off rood mana satu yg tahan... Tapi toyota dan isuzulah jadi pilihan kerana dua jenama nilah yg laris single cab has offrood punya

    ReplyDelete
  17. Harga spareparts/maintenance mana yg paling jimat/murah? hilux/triton/navara/dmax?

    ReplyDelete
  18. hi, advice please.. nk pakai 4x4 tp dalam delama ford ranger atau hilux,
    untuk kereta harian, bawa famly jalan2,

    ReplyDelete
  19. Assalamualaikum otai 4x4 semua, sekarang sy tengah pk antara Triton or Ford ranger utk kerja kontrak...bwk brg xberat sgt pun .. boleh suggest mn ok antara 2 model tu...tk admin

    ReplyDelete
  20. Company aku pkai hilux, triton, navara, dmax.

    Nasihat aku sebelum beli try test drive semua. Bukan semua orang citarasa sama. Bagi aku semua pun ada kelebihan dan kekurangan.

    1. Hilux 2.4- terbaik dari segi body teguh, enjin lasak terbukti, kuasa biasa2 je. suspension belakang keras padu, semua kerja berat ladang guna hilux, spare part meluas.

    2. Triton- kuasa pecutan mivec agak power, turning radius bagus, suspension lembut selesa bawa penumpang blkg. Namun interior kurang menarik.

    3. Ranger 2.2- body besar, sistem ford handling corner yg lbh stabil, kuasa laju sikit dr hilux, suspension lbh selesa dari hilux.
    3. Ranger 2.0 - kuasa agak power dan minyak jimat, road tax murah.
    Org miskin takut beli ranger sbb jenama eropah spare part enjin mahal sikit dri hilux dan waranti pun pendek.

    4. Navara- king of comfort level dlm 4x4, selesa bawa penumpang, kuasa agak power juga.

    5. Dmax- kuasa biasa2 je tapi minyak jimat, ini jenama jentera lori yg dipercayai untuk kerja lasak.

    ReplyDelete
  21. Selepas baca artikel & komen2 disini. Saya yang sedang mencari 4x4 second utk tujuan berniaga, rasanya nak amik hilux, tapi disebabkan harga sedikit mahal, mungkin pilihan ke arah isuzu isuzu dmax pula. Saya lebih mementingkan maintenance & tahan lasak. Betul tak rasa2 pilihan saya? Tq for advice

    ReplyDelete
  22. Isuzu Dmax dah jadi no 1 di Sabah. Di Sabah, bahan ganti isuzu dmax paling senang di cari, tempat service juga banyak. Yg kata isuzu dmax tak laju tak boleh dipercayai. Kelajuan itu ikut keberanian orang.

    ReplyDelete
  23. Isuzu Dmax dah jadi no 1 di Sabah. Di Sabah, bahan ganti isuzu dmax paling senang di cari, tempat service juga banyak. Yg kata isuzu dmax tak laju tak boleh dipercayai. Kelajuan itu ikut keberanian orang.

    ReplyDelete
  24. Isuzu dmax terbaik di Sabah

    ReplyDelete
  25. Land Rover Defender paling padu!

    ReplyDelete
  26. go for dmax or hilux or triton...

    ReplyDelete
  27. mau yg heavy duty, jalan jauh ke sane, kesini.... pakai dmax. Jarang2 ada masalah rosak tengah jalan.

    ReplyDelete
  28. Cmne dgn Frontier??

    ReplyDelete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !