Tuesday, 3 March 2015

Adakah rumah anda dimasuki toyol

Posted by   on

Persoalan tentang toyol ini dah lama bermain dalam kepala saya dan saya masih tak dapat satu kepastian yang tetap samada benar-benar wujud kes toyol yang suka curi duit orang.

Kenapa saya agak berminat dengan isu toyol ini adalah kerana saya juga sering kehilangan duit sejak 10 tahun yang lalu tanpa dapat dikenal pasti ke mana duit itu telah pergi.

Pembuktian bahawa duit yang telah hilang itu dicuri oleh toyol atau tidak tidak pernah dapat dibuktikan oleh saya sendiri. Oleh itu saya anggap ianya masih kekal sebagai salah satu daripada sebab duit hilang. Ia hanyalah satu daripada andaian saja.

Andaian lain yang perlu dipertimbangkan adalah kemungkinan duit itu telah dibelanjakan dan orang yang membelanjanya telah hilang ingatan dan tak dapat kesan bahawa dia telah membelanjakan duitnya itu.



Satu lagi andaian adalah berkemungkinan duit itu telah jatuh. Atau mungkin juga duit tersebut telah diambil oleh manusia berkepala hitam yang tak mengaku dia telah mengambil duit orang tanpa kebenaran.

Namun begitu, saya telah membuat satu pendekatan mencatitkan secara terperinci semua duit dalam dompet dalam sebuah buku nota kecil. Segala perjalanan duit dalam dompet direkodkan dengan sistematik ke mana, untuk apa dan berapa serta bila ianya dibelanjakan. Walaupun bernilai sebanyak 20 sen akan dicatit.

Rumusan daripada aktiviti mencatit itu yang saya laku dalam tempoh masa lebih kurang setahun, dilakukan setiap hari, adalah memang benar duit telah hilang lesap tanpa dapat dikesan ke mana ianya pergi. Hanya jumlahnya sahaja yang dapat direkodkan setiap kali ia hilang.

Di bawah ini saya kongsikan satu update daripada pemilik akaun FB bernama Mohd Syamsuriyadi yang berkongsikan sedikit maklumat berkenaan kehilangan duit angakara toyol. Mungkin dia mencatitkannya berdasarkan pengalaman dirinya sendiri. Baca dan buat rumusan sendiri:

Nak tahu rumah dimasuki toyol atau tidak?


  1. Duit hilang sedikit demi sedikit. Yang saya perasan, duit RM300 tinggal RM150. Duit tu disediakan untuk bayar tukang rumah yang sedang buat renovasi bilik
  2. Di tingkap ada bekas 3 jari kecil. Tadi saya cek tingkap, ada beberapa tingkap yang terdapat bekas kemasukan makhluk ini
  3. Ia berwarna hijau? Ya. Ia dinyatakan sendiri oleh jiran-jiran yang cuba mengepung makhluk berkenaan. Apabila terkepung ia ghaib. Ia berwarna hijau berkilat
  4. Saiznya seperti bayi
  5. Apabila ia memasuki rumah, ia akan berbunyi seperti cicak berbunyi. Tetapi apabila masuk, cicak didalam rumah akan bertempiaran lari
  6. Toyol kat sini suka mengambil not RM50 ke atas. Terutamanya Not RM50 sangat digemari. Memilih betul...huhuhuh
  7. Kebiasaannya ia suka memasuki rumah ketika senja. Tapi banyak kes kat sini, siang hari pun dia sapu duit dari wallet yang diletakkan kat mana mana
  8. Ia tak ambil barangan berharga yang berada di badan manusia.

Cara mengatasi rumah dimasuki Toyol



  1. Amalkan membaca sural al-baqarah sekurang-kurangnya 3 hari berturut-turut. Baca bukan pasang MP3 ya.. 
  2. Dinding rumah dengan Ayatul Qursi dan air yang dirukyah. Sesetengah orang gunakan garam dan lada hitam

p/s: gambar dibawah gambar yang saya ambil pada tingkap berdebu (nak raya baru basuh). Beberapa tingkap ada bekas jari.

p/p/s: Saya pelik kenapa toyol tak curi duit dari ATM. Komfirm banyak duit..hahaha.

Apa pendapat anda...?

17 comments:
Write comments
  1. Rakan saya pernah tangkap toyol.gambarnya saya simpan dalam fb saya sehingga sekarang.anda berminat.saya boleh hantar.percuma sahaja.untuk kongsi pengetahuan.dan ini bukan gambar edit.memang original

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menarik tu... bolehlah hantar kat saya untuk disiarkan kat sini, boleh ramai-ramai pakat tengok.. mohdshubhi@gmail.com

      Delete
    2. BRO...SEBARKAN KEK ALAM MAYA NIE..KITA PUN NAK TGK GAK..TQ...!

      Delete
  2. Salaam dalam masa 5hari duit note 100 hilang lepas tu 50 pulak.. Handbag ditepi katil jer sebab saya sakit lepas operation. Suami yakNanak baru 3tahun pernah usik handbag saya dari mula kawin. Kejadian ni dari masuk 2015 sekarang baru perasaan patutlah duit selalu jer hilang

    ReplyDelete
  3. Is toyol break in to chinese house also?
    Can they take object like handbag?

    ReplyDelete
    Replies
    1. So far,never heard any story from Chinese people. Toyol just take money, not object.

      Delete
    2. It happens to any race. My money was constantly missing. Same with my family members. Some of family members from other states also complaining of missing money when they are staying here. Nothing can I do to stop it beside putting all my money in bank. Just leave small amount for use... even that small amount in my wallet also can gone missing. arggh.... honestly I had seen one entity that I believed is toyol. I once saw a orange coloured hand in my house when I'm alone. It's shiny like plastic. I'm not sure whether it's toyol or other ghost. My mom once saw money stuck at window near ceiling. After checking her wallet, indeed it was her money because same amount of her money is missing. We had to use a ladder to recover bck the money.

      Delete
  4. Posibble tak utk toyol curi duit selain rm? Cth usd.. Sblm nie simpan duit rm kalau dah bundle seribu2 msti akan kurang.bru lg dlm 4 hari nie, bundle usd 1300, ingat nk tuka tngu currency naik cket,td kira da tinggal 1000 je..

    ReplyDelete
  5. maaf tuan.saya tak perasan tuan mohd subhi nak gambar toyol.ok.jap lg saya send

    ReplyDelete
  6. masalah toyol masih berlaku lg pada bulan ini.nanti saya send gambar terbaru ya tuan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun baru terkena..Saya
      hanya Nak tau Betul ko toyol ni wujud..duit saya pun hilang

      Delete
    2. Saya pun baru terkena..Saya
      hanya Nak tau Betul ko toyol ni wujud..duit saya pun hilang

      Delete
    3. Toyol ambil duit yg sama nilai masa tuannya membeli. Kalau beli rm50, maksimum dia boleh ambil rm50. Begitu yg saya pernah dengar

      Delete
    4. Benar. Pls simpan duit dlm bank. Toyol tak dpt curi sbb duit dlm akaun bank hanyalah number (data) dan bukan duit sebenar (cash money)

      Delete
  7. kami hilang jgk.. musykil sgttt.... cmana nk confirmkan ni. siang pon dia amik ke.

    ReplyDelete
  8. Sy pon sentiasa hilang duit bila berpindah ke kuantan. Kebiasaannya syaitan ne akan ambik note 50. 20 atau 10 setan nia ambik gak bila note 50 tak de. Mmg misteri sebab rumah sy sahaja yg kena. Tanya jiran2 tak pulak kena.

    ReplyDelete

Hey, we've just launched a new tips for small business blog. You'll like it - hidupringkas.com
Join Our Newsletter