Jas duit

Jasduit - Just do it !

Wednesday, March 4, 2015

Pengalaman setahun bersama Toyota Hilux - Kos servis

  Mat Bihi       Wednesday, March 4, 2015
Bulan ini masuk setahun pengalaman menggunakan Toyota Hilux sebagai kenderaan utama ke sana sini seluruh Malaysia. Memang sejak mula menggunakan Toyota Hilux ini habis semua tempat dah dijelajahi dengannya.

Dari kiraan purata, saya memandu dalam jarak lebih daripada 100 kilometer sehari. Itu berdasarkan jumlah mileage yang dah mencapai lebih daripada 40 ribu kilometer sejak hari pertama ianya digunakan.

Perjalanan yang diambil adalah daripada Perlis sampai ke Johor. Hanya ke Kelanta sahaja masih belum sampai lagi menggunakan Toyota Hilux tersebut sebab setiap kali ke Kelantan, perjalanan melalui udara digunakan. Begitu juga perjalanan ke Sabah, menggunakan pengangkutan udara.

Memang rasa nak gunakan saja Toyota Hilux untuk ke sana samada Sabah atau Kelantan, tapi keadaan tidak mengizinkan dek kekangan masa. Kalau pergi bercuti atau berjalan selepas ini terutamanya ke Kelantan, nak lenjan Toyota Hilux juga, Insyaallah.

Penyelenggaraan Toyota Hilux setahun


Selepas beli Toyota Hilux dan mula menggunakannya, penyelenggaraan pertama yang mesti dibuat apabila kereta tersebut dah capai perjalanan sejauh seribu kilometer. Saya jenis yang ikut nasihat cadangan dari pembuat kereta tersebut jadi bila dah capai, terus hantar masuk servis di Toyota One Stop Centre, Shah Alam.

Servis Toyota Hilux ke-2

Servis pertama saya kena bayar RM143.80. Kos yang dikenakan untuk minyak enjin, air cuci cermin, penapis minyak dan juga gasket. Tak kena bayar kos kerja, dan percuma untuk khidmat cuci dan vakum kereta sampai bersih macam baru berkilat-kilat.

Masuk servis yang kedua pada perjalanan melebihi 5 ribu kilometer, saya kena bayar RM113. Masih lagi dapat khidmat basuh dan vakum percuma dan tiada kos kerja dikenakan. Murah sedikit pada kali kedua ini sebab tak tukar penapis minyak. Kali ini saya buat aduan button aircond patah dan tercabut dan mereka betulkannya tukar dengan yang baru secara percuma kerana masih dalam tempoh jaminan.

Servis Toyota Hilux ke-3

Masuk pula servis ke 3 setelah kereta mencapai lebih dari 10 ribu kilometer. Saya dah terlajak sampai 11,500 kilometer tapi masih ok. Takkan nak set hantar servis ngam-ngam 10 ribu kot. Memang biasanya sentiasa akan lebih kilometer baru hantar servis.

Servis ke tiga saya kena bayar RM394.30, dah mula naik kos penyelenggaraannya. Kos kerja dan kos basuh kereta dah tak percuma lagi sebab dah tamat tempoh jaminan. Tapi mereka kenakan kos basuh dan vakum hanya RM12 sahaja, masih murah lebih kurang sama saja dengan diluar.


Servis selepas 10 ribu kilometer ini saya dinasihatkan untuk membuat balancing keempat-empat tayar yang dikenakan bayaran RM10 untuk setiap tayar, jadi semuanya RM40. Saya juga dicadangkan untuk buat alignment dan kena bayar lagi RM30.

Servis ketiga ini juga dinasihatkan untuk membuat sedikit pembetulan pada Camber dan Caster di bawah kereta tersebut. Elok buat jika tak mahu tayar makan sebelah jika dibiarkan begitu saja, nasihat mereka pada saya. Saya akur dan kena bayar lagi RM60.

Akhirnya mereka kenakan kos yang dipanggil sebagai Advance Maxcheck 1 sebanyak RM95, dan saya bayar setelah angguk saja walaupun tak faham apa yang dimaksudkan dengan nama canggih itu. Saya andaikan itu adalah terma yang mereka guna pakai untuk lapor charge, entahlah, lepas ni saya akan tanya untuk kepastian.

Servis Toyota Hilux ke-4

Servis ke-4 ini dibuat setelah perjalanan melebihi 15 ribu kilometer. Dalam kes saya dah terlajak sampai melebihi 17,700 kilometer sebab asyik buat kerja ke sana sini dan tak sempat pergi hantar servis. Kos yang perlu dikeluarkan pun tak mahal, hanya RM151 sahaja.

Jimat sikit sebab saya tak basuh nak cepat ambil kereta dan sambung kerja. Lagipun tak tukar penapis minyak yang biasanya dikenakan sebanyak RM30.70. Mereka hanya tukar setiap 10 ribu kilometer saja dan bukannya setiap 5 ribu km.

Servis Toyota Hilux ke-5

Ini servis yang perlu dibuat selepas kereta mencapai lebih 20 ribu km. Saya dah lajak sampai lebih dari 23.6 ribu km. Biasa lajak sebab dah dari awal lajak maka akan terus terlajak. Harga yang dibayar naik kepada RM269. Ada tambahan sebanyak RM131 yang mereka namakan seali lagi Maxcheck Advance.. masih tak tanya apa ke benda tu...

Servis Toyota Hilux ke-6

Kereta dah jalan lebih daripada 28,500 km. Kali ini saya hanya bayar sebanyak RM169. Sepatutnya murah sikit sebab tak perlu tukar filter tapi mereka kenakan kos Maxcheck Basic sebanyak RM41.40 dan kos basuh dan vakum sekali dengan cuci enjin sebanyak RM20

Servis Toyota Hilux ke-7

Ini masuk perjalanan lebih dari 33 ribu kilometer. Saya kena bayar kesemuanya sebanyak RM684. Dah mahal jadinya sebab dicadangkan untuk buat servis pendingin hawa yang masih sejuk. Tapi sebab saya memang nak dengar segala nasihat mereka kerana mereka lebih tahu daripada saya, maka saya setuju buat servis pendingin hawa tersebut.

Saya buat sekali lagi balancing dan alignment dan perbetulkan sekali lagi camber dan caster. Sebab itu kosnya melambung tinggi dan menjadi antara yang paling tinggi setakat ini. Servis aircond saja kena bayar RM97.50 ditambah pula degan Maxcheck Advance yang mahal sikit dari Basic. Lesap duit aku!.

Servis Toyota Hilux ke-8

Kali ini kereta itu dah pergi sejauh 42,445 kilometer. Dah lebih 40 km dan kena buat major servis. Itulah yang mereka nasihatkan pada saya dan macam biasa saya angguk untuk teruskan.

Mereka buang segala apa saja minyak yang ada dalam kereta tersebut untuk ditukarkan dengan yang baru termasuklah minyak gear, minyak brake dan lain-lain lagi. Hasilnya bil sampai kat saya berjumlah RM929.15

Jadilah sejarah paling tinggi saya keluarkan duit untuk kayakan lagi Toyota servis centre tersebut dalam tempoh setahun memiliki Toyota Hilux untuk cari makan dan jalan-jalan.

Secara keseluruhannya, dalam tempoh setahun, saya telah belanjakan sebanyak RM2,853.60 untuk kerja selanggara sahaja. Itu masih belum masuk kos diesel yang naik turun ikut suka hati pasaran dan kos tol perjalanan ke sana sini. Belum juga masuk kos insurance yang tak pernah dituntut dan juga kos roadtax.

Nota: Kos roadtax yang saya kena bayar adalah RM850 setahun. Kos insurance pulak sekali dengan perlindungan cermin depan adalah RM2300 setahun.

Sekian update pengalaman setahun bersama Toyota Hilux dengan perincian kos selenggara selama itu. Moga jadi panduan untuk mereka yang belum beli lagi dan nak buat congakkan kos ntuk bajet kewangan anda.  

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Pengalaman setahun bersama Toyota Hilux - Kos servis

Previous
« Prev Post

10 comments:

  1. Salam Tuan Bihi,

    Nak tahu Road tax harga berapa ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah jawab soalan tu pada nota tambahan kat atas perenggan bawah... tq

      Delete
    2. mahal juga harganya. berapa CC tu ? Diesel ke petrol ?

      Delete
  2. Salam tuan mohon pencerahan sbb kos servis hilux lebih murah dr servis saga fkx saya....minyak jenis ape yg tuan guna?

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. TQ BRO.. NI NAK MASUK SERVICES KETIGA TAPI XPERGI2 LAGI..ADUIII
    DAH LEBIH 10RIBU KILOMETER NI.. PATUT LA TAYAR MAKAN SEBELAH MBY CAMBER ALGMENT AND LAIN2 KOT KENA SETTING... RASA NAK CALL WAT APOIMENT NGAN TOYOTA SERVICES HARI NI HAHAHA

    ReplyDelete
  5. 3.0 trd sportivo baru... hurmmm abis la mati roadtax tahun dpn kena spare 4k..... apapun hilux terbaiKKK...

    ReplyDelete
  6. Nanti kalau nak cari tayar pula, cuba website https://mytayar.com

    Ada banyak kedai di kawasan Lembah Klang, Johor Bharu, Ipoh, Seremban dan Pulau Pinang yang feed harga kat website. Harga yang dipaparkan termasuk GST, tayar dan lain2 seperti yang dinyatakan mengikut kategori. Tiada ruang akan ditipu dengan kedai sebab semua terms + conditions dah dijelaskan di website. 

    Anda hanya perlu masukkan spec tayar terus ke website. Website akan menunjukkan info mengenai offer dari Network Workshops kami. Anda boleh pilih apa yang penting untuk anda samada harga, lokasi, jenama atau model tayar. 

    Kita akan pantau kedai supaya mereka tak menipu customer website. Anda hanya perlu bayar 5% deposit online. Lepas tu website akan hantar email info mana nak pergi. Balance 95% bayar terus kat kedai bila kerja dah siap.

    Cara jimat, mudah dan telus untuk membeli tayar.

    ReplyDelete
  7. Saya menggunakan Hilux 2.4G (A) tahun 2017...buat masa sekarang saya mengunakan diesel euro 5...selain harga apakah perbezaan diesel max2 dgn euro5...

    ReplyDelete
  8. Tak mahal sangat. Kurang RM900 saja. Sorry lambat jawab soalan ni. Terima kasih bertanya !

    ReplyDelete