Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Friday, March 6, 2015

Workshop baik pulih Volkswagen lama

  Mohd Shubhi       Friday, March 6, 2015
Workshop baik pulih Volkswagen lama
Baru-baru ini saya ada pergi berjalan melawat beberapa usahawan yang menjalankan perniagaan perkhidmatan membaiki dan menyelenggara kereta di sebelah negeri Johor. Dalam lawatan tersebut berpeluang meninjau salah sebuah workshop baik pulih Volkswagen lama atau antik yang diusahakan oleh seorang usahawan muda di Pasir Gudang, Johor.

Untuk maklumat para peminat Volkswagen lama yang klasik dan vintage atau retro, saya kongsikan alamat serta maklumat perhubungan usahawan muda itu di bawah. Manalah tahu kalau-kalau ada yang menghadapi masalah untuk mencari sebuah workshop yang khas mendedikasikan perniagaannya kepada kerja-kerja pembaikan atau baik pulih volkswagen lama ini, boleh cuba tinjau ke workshopnya.

CVR Werk (Classic, Vintage, Retro),No 20, Jalan Pelanduk 7, Taman Scientex,81700 Pasir Gudang, JohorEn Zaini: 012-701 6419email: zaini@cvrwerk.com

Usahawan muda yang bernama Zaini ini merupakan seorang lulusan dalam kejuruteraan elektrik, tapi dek kerana minat terhadap kenderaan lama sejak kecil membuatkan dia berusaha mendalami ilmu terhadap segala teknik pembaikan kereta-kereta lama yang bukan dizamannya.

Skop kerja workshop baik pulih volkswagen lama


Berdasarkan apa yang saya lihat dan juga berdasarkan cerita En Zaini sendiri, dia membuat banyak kerja-kerja baik pulih volkswagen yang lama dari A sampai Z.

Dia membuka semula kesemua parts kereta tersebut satu persatu sampai bogel tinggal body saja. Kemudiannya dia memulihkan body kereta sampai elok, mengecat body kereta dengan kerja-kerja mengecat yang berkualiti.


Selepas itu Zaini akan memasang kembali semua bahagian trim kereta dengan menggantikan mana-mana bahagian yang rosak atau tak ada. Kesemua parts gantian dibelinya yang original, dengan mengimport dari luar negara.

Bukan sahaja bahagian trim, malah bahagian enjin juga dibaik pulihnya satu persatu sehingga mantap, berkilat dan power semula. Jika pemilik mahu upgrade enjin kepada yang lebih power, dia juga boleh selesaikannya dengan import enjin dari luar negara. Saya dapat tahu kos enjin seketul boleh mencapai RM40 ribu.


Bila dah selesai semuanya, dia akan memasang satu persatu dengan penuh minat dan terperinci dan akhirnya siaplah sebuah kereta Volkswagen lama yang mengiurkan oleh sesiapa saja peminat kereta retro yang boleh berfungsi dengan baik.

Pasaran khibmat baik pulih volkswagen lama

Sebenarnya ada ramai peminat kereta volkswagen lama di negara kita. Malah bukan sahaja jenis volkswagen, mini atau lain-lain jenama lama yang retro dan klasik mempunyai ramai peminatnya yang tersendiri tak kira samada tua atau muda.

Biasanya orang kaya yang ada citarasa klasik meminati kenderaan retro ini. Begitu juga orang muda yang berpendapatan pertengahan dan terdedah kepada seni kenderaan retro ada ramai di negara kita. Dan mungkin anda yang sedang membaca ini merupakan salah seorang yang ada minat terhadap volkswagen lama atau lain-lain model lama.


Kalau ada minat dan mahu berkenalan dengan Zaini di Pasir Gudang boleh hubungi belau di alamat yang saya kongsikan di atas.

Sekarang anda tidak lagi pening nak cari siapa yang mampu baik pulih volkswagen lama atau lain-lain model lama. Asalkan anda sanggup sediakan wang yang mencukupi sudah ada tempat yang baik di Pasir Gudang.


Saya kongsikan kat sini beberapa keping volkswagen lama yang sedang dibaiki oleh Zaini. Juga sedikit gambaran workshop baik pulih Volkswagen tersebut untuk tatapan peminat.
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Workshop baik pulih Volkswagen lama

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !