Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Sunday, March 15, 2015

Simpang lampu isyarat paling kerap dicabul di Shah Alam

  Mohd Shubhi       Sunday, March 15, 2015
Ini bukan cerita orang kena cabul yang kerap tersiar dalam surat khabar yang mahu melonjakkan hasil jualan mereka di negara kita. Tapi ini kisah simpang lampu isyarat yang kerap dicabul di Shah Alam.

Orang yang tinggal di sekitar Shah Alam tentu pernah malalui simpang empat lampu isyarat yang besar ini. Orang yang sering pergi ke Stadium Malawati Shah Alam juga tentu pernah atau kerap melalui simpang lampu isyarat ini.

Kalau ada yang sering pergi ke Pasaraya Giant Shah Alam, mereka juga tentu pernah atau sering lalu di simpang lampu isyarat yang saya nak ceritakan ini.

Simpang lampu isyarat paling sesak

Setiap hari selepas pukul 4 petang, simpang lampu isyarat ini amat sesak dengan berbagai jenis kenderaan. Semua orang yang nak turun ke Lebuhraya Persekutuan atau nak ke Batu 3 perlu melalui simpang lampu isyarat ini.

Kedudukan simpang lampu isyarat ini amat strategik. Ia menjadi pusat berkumpul semua kenderaan yang datang dari Glenmarie, yang datang dari Stadium Shah Alam, dari Batu 3 atau yang naik dari Lebuhraya Persekutuan samada dari Subang Jaya atau dari Klang.

Jika anda datang dari Bukit Jelutong, dan mahu turun ke Lebuhraya Persekutuan, anda terpaksa tahan sabar banyak kali. Ini disebabkan terpaksa beratur panjang daripada simpang lampu isyarat di Giant sebaga permulaan.

Kemudiannya selepas melepasi simpang lampu isyarat itu, anda maju ke depan. Tersangkut pula pada simpang lampu isyarat yang paling kerap dicabul yang saya katakan tadi. Jika anda lepas simpang tersebut dan mahu terus ke Batu 3, tersangkut pula di lampu isyarat atas Crossover Lebuhraya Persekutuan.

Pemandu kerap cabul simpang lampu isyarat

Saya sering melalui simpang lampu isyarat yang paling kerap kena cabul tersebut. Biasanya saya datang dari Batu 3 untuk pergi ke MSU. Itu jalan rutin yang dilalui setiap pagi untuk pergi ke Pejabat di Shah Alam.

Diwaktu pagi memang sentiasa sesak dan perlu beratur panjang sebelum dapat melepasi simpang lampu isyarat di atas crossover federal highway. Tapi biasanya tak kisah sangat sebab sering berjalan lancar walaupun kena tunggu lama.

Tetapi jika anda datang dari Batu 3 dan mahu masuk ke Glenmarie atau jika anda datang dari Glenmarie dan mahu ke MSU atau lain tempat dengan belok ke kanan, anda akan terperangkap penuh geram melihat betapa ramai pemandu yag datang mencabul simpang lampu isyarat tersebut dengan rakus kejam secara bergilir-gilir.

Biasanya mereka yang datang dari arah Giant dan mahu terus ke simpang atas crossover federal highway akan terus melanggar simpang tersebut walaupun lampu isyarat dah merah. Mereka akan berhenti di dalam petak kuning selamba rock saja tanpa sedikitpun merasa belas terhadap orang lain yang tersangkut.

Tak pernah lagi saya lepas di simpang tersebut dengan lancar tanpa rasa kecewa dan marah terutamanya pada waktu kemuncak. Mereka teruskan juga perjalanan dan beratur atas petak kuning lalu membuatkan pemandu yag datang dari Batu 3 tak boleh masuk jika giliran mereka telah datang.

Begitu juga yang datang dari Glenmarie. Mereka setia menunggu lampu isyarat hijau sebelum bergerak ke depan melintas simpang lampu isyarat tersebut. Namun malangnya senantiasa ada saja kenderaan samada kereta bas, lori dan seumpamanya akan menghalang. Tekanlah hon sekuat manapun, mereka akan buat tak tahu saja.

Fenomena simpang lampu isyarat dicabul pada tempat tersebut dah berlanjutan sejak dahulu lagi dan tidak ada yang prihatin untuk bertaubat dari mengulanginya. Bila sampai saja ke situ semua orang akan mula mencabul setiap kali diberi peluang.

Buta mereka yang tak tahu lagi, sila jangan datang ke simpang lampu isyarat yang saya sebuatkan di atas tadi semasa waktu kemuncak atau pada waktu biasa antara pukul 8 pagi sehingga waktu 7 petang. Jika anda masih mahu ke situ, anda akan naik darah melihat para pemandu mencabul simpang tersebut bergilir-gilir.
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Simpang lampu isyarat paling kerap dicabul di Shah Alam

Previous
« Prev Post

4 comments:

  1. Polis dimana Polis dimana

    ReplyDelete
  2. Terima kasih banyak Aky Ternyata Angka jitu hasil Ritual KI JAYA Yang saya minta ternyata Tembus SINGAPUR 4D SABTU 14 MARET 2015 DENGAN ANGKA [5816] Puji TUHAN SAYA mendapatkan kemenangan 230 JUTA. Sampai-sampai saya mengeluarkan Air mata, SAYA sangat terharu, bahagia dan bersyukur kpd TUHAN Yang Maha Esa. Skrng SAYA sudah memiliki modal untk buka usaha sendiri dan sdh membeli Rumah dan yg paling utama SAYA tdk Terlilit Utang lagi sewaktu SAYA menjadi pegawai pabrik. Jgn pikirkan lagi, langsung hub "KI JAYA" Di (((085-321-606-847_))) Terima kasih banyak Aky Semoga TUHAN membalas kebaikan Anda Jangan Lupa baca blog Ki jaya [⌣»̶•̵̭̌✽̤̈•̵̭̌☀̤̈>>KLIK*DISINI<<☀̤̣̈̇•̵̭̌✽̤̈•̵̭̌«̶⌣]

    ReplyDelete
  3. Bro..POLIS dok siap sedia nk GEMPUR pnunjuk persaan KITA LAWAN laa..TAU..Penyamun, Peragut, Pembunuh n KESALAHAN yg LEN wat KEMUDIAN...HAHAHAHAHAHAHAH MALAYSIA BOLEH...

    ReplyDelete
  4. Baru balik dari Jepun, sana kereta sangat kurang. Bestkan kalau malaysia pun gunakan keretapi sebagai pengangkutan utama.

    ReplyDelete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !