Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Tuesday, March 13, 2018

Komen dari pembaca yang kondem Toyota Hilux untuk anda pertimbangkan

  Mohd Shubhi       Tuesday, March 13, 2018



Saya ada tulis berkenaan beberapa buah kenderaan 4x4 yang paling banyak di pakai di negara kita Malaysia. Kalau nak baca boleh pergi kat sini.

Dalam ruang komen, ada seorang pembaca yang tak setuju dengan apa yang saya tulis tu. Sebab saya ada puji Toyota Hilux. Atas faktor saya sendiri pakai Toyota Hilux juga rasanya. Saya juga ada puji Ford Ranger, sebab memang dari segi rupa bentuk, saya suka Ford Ranger.

Saya ucapkan terima kasih pada pembaca yang berikan komen tersebut. Dia ada pendapatna sendiri. Pendapatnya pula disokong oleh pengalamannya sendiri dalam menggunakan beberapa jenis kenderaan 4x4 yang ada saya tulis sebelum ini.

Berikut saya siarkan komen dari pembaca tersebut untuk pertimbangan anaa semua.

Pembaca kondem Toyota Hilux

Penulis jika nak komen hendaklah kaji dulu kenderaan. Jangan berat sebelah kerana anda pemilik salah sebuah kenderaan di atas.

Saya bekas Safety Manager project earthwork, keluar masuk bukit paya dan sering outstation utara selatan ingin komen.

Pernah memakai 3 jenis kenderaan 4wd. Toyota Hilux, Mitsubishi Triton dan Isuzu D Max. Dan pernah pandu juga memandu Ford Ranger milik subcon.

Hilux. Nama yg gah sebab jenama. Yg perlu anda terima sebagai pemilik hilux, servis minor mahupun major di servis center,memang mahal berbandung 4wd yg lain. Ia 4wD yang tidak jimat minyak. 2 kali ujian selekoh(di oversea) gagal.

Pertama pada tahun 2007, kedua pada 2016. Gah hanya pada jenama.

Ford Ranger. Ia milik subcon. Saya bawa di earthwork, macam siput nk gerak. 6 gear tersebut adalah untuk lajak. Pick up tiada. Lihat info. Ford pernah memamggil semua kenderaannya keluaran tahun 2012 - 2016 kerana kegagalan selak.

Saya nasihatkan jika anda ingim membeli ford ranger, belilah model 3.2 not 2.2 Model lama ranger 2.5...tu ok. Kadang2 terfikir "Car of The Year"...sendiri cetak ke.

Isuzu. Lihat kosmo. Kosmo sendiri memuji isuzu D Max. Jentera 4wD yg tidak pernah gagal. Bahkan ada info Bombastik. Isuzu dengan hanya 1 tangki 76 liter pernah membuat cabaran ujian dari Bangkok ke Singapura. Berjaya. Saksi ada iaitu AAM, Persatuan Automobil Malaysia.

Mengenai servis, paling murah berbanding 4wD yang lain.

Fakta: Tentera darat Malaysia bahkan Tentera Darat Indonesia juga memakai Isuzu D Max. 

Mitsubishi Triton. Ok. Saya pun minat juga. Jika sering untuk membawa family bersiar2 (isteri dan anak2) better beli kereta ini. Suspensionnya lembut sikit. Jika utk offroad-bukit-paya...tak berapa bagus.

Nissan Navara. Ia 4wD yg jimat seperti Isuzu D Max. Citarasa dari segi bentuk, saya tidak minat. Tapi itu citarasa saya, mungkin itu citarasa anda. Hak masing-masing.

--Pendapat bekas SM project project earthwork (hutan, paya,bukit) 012-9330750 (Noh)

Nasihat: 4wD tidak sesuai untuk kelajuan. Accident nanti. Yg laju belilah mercedes,bmw, ferrari.

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Komen dari pembaca yang kondem Toyota Hilux untuk anda pertimbangkan

Previous
« Prev Post

1 comment:

  1. Pada pendapat saya tulisan jusduit.com tidaklah terlalu berat sebelah. Kita semua ada minat sendiri. Sebagai orang asia, kita membeli sesuatu memikir jangka panjang. Kalau 4x4 memang akan beli Toyota sebab tahan lama dan harga resale pun tinggi. Land Rover bagus tapi berapa ramai yang pakai ?. Paling banyak di Cameron Highlands itu pun dah banyak tukar enjin kereta jepun. Sebagai orang yang bekerja diplantation dan minat off road, berbagai 4x4 saya dah pakai. Dizaman sekarang teknoloji dah banyak perubahan. Tetapi kalau kita lihat bagi penggunaan 4x4, Malaysia dan Australia lebih cenderung kepada Toyota Hilux. Dinegara2 Pakistan dan Afrika juga Hilux menjadi pilihan utama. Saya sekarang pun pakai Hilux. Memandangkan saya jarang off road dan banyak on road, saya sepatutnya pakai Navara sahaja. Jimat minyak.Apa pun kita jangan gaduh, tepuk dada tanya selera

    ReplyDelete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !