Jas duit

Jasduit - Just do it !

Wednesday, September 9, 2015

Sebab apa Melayu ketinggalan di belakang berbanding bangsa lain

  Mat Bihi       Wednesday, September 9, 2015
Kedudukan orang Melayu dalam arena ekonomi memang nyata jauh ke belakang berbanding bangsa Cina di negara kita. Ini fakta yang tak boleh dinafikan samada kita suka atau tidak suka.

Dalam arena pendidikan juga orang Melayu ketinggalan jauh ke belakang berbanding bangsa Cina. Malah jika nak dibandingkan dengan bangsa India, sekarang orang Melayu juga nampaknya mula tercabar. (sumber gambar)

Selain daripada jawatan di dalam sektor kerajaan, orang Melayu berada di kedudukan tercorot. Pergi lihat syarikat-syarikat swasta, kilang-kilang dan sebagainya, orang Melayu hanya jadi kuli biasa dan orang Cina jadi ketua atau Boss.

Di syarikat-syarikat besar dari luar negara, orang Cina biasanya akan menjadi boss besar. Orang India juga ramai yang jadi boss besar di syarikat multinasional. Orang Melayu yang jadi Boss besar boleh dibilang dengan jari.

Kalau syarikat besar tempatan, tak payah sebut. Taukeh atau pemilik syarikat adalah dari kalangan orang Cina. Sudah tentu taukeh akan melantik orang cina juga dalam memenuhi jawatan-jawatan penting di syarikat mereka.

Bila masuk kilang pembuatan, samada syarikat multinasional atau syarikat tempatan, lihat di kawasan production, hampir kesemua operator pengeluaran terdiri dari kalangan orang Melayu. Lebih sedih sekarang ini, orang Melayu sudah diganti dengan orang luar dari kalangan warga vietnam, atau indon atau gurka.

Kemana perginya semua operator pengeluaran wanita yang cukup ramai suatu masa dahulu, tidak dapat dipastikan. Berkemungkinan besar semuanya dah jadi isteri orang dan menjadi suri rumah tangga sepenuh masa.

Kalau rupa paras dan tubuh bandan cantik, beruntung dapat kahwin dengan pegawai samada supervisor atau jurutera kilang tempat kerjanga dahulu. Kalau rupa paras tak ada, mungkin masih single atau kahwin dengan laki yang bermasalah.

Memang sedih kalau nak fikirkan nasib orang Melayu yang masih tak ada kemajuan dari segi prestasi berbanding angsa lain. Kenapa ?

Kerajaan tolong orang Melayu

Kedudukan istimewa orang Melayu di Malaysia membuatkan urusan membantu orang Melayu diberikan tumpuan penuh oleh kerajaan. Berbagai bantuan di berikan pada orang Melayu dari segi ekonomi mahupun dari segi pendidikan.

Kalau orang Melayu nak berniaga tapi tak ada duit, lalu orang Melayu akan memohon bantuan daripada kerajaan. Lalu diberikan pada mereka duit untuk berniaga.

Bila orang Melayu dapat duit dan mula berniaga, dia mengadu pula produk atau perkhidmatannya tidak boleh dijual, lalu dia mengadu lagi pada kerajaan. Maka kerajaan buat sistem pembelian dengan syarat ada status bumiputera untuk membeli produk dari usahawan Melayu.

Dari situlah lahirlah ramai usahawan Melayu yang hebat-hebat bila mendapat tender kerajaan. Usahawan Melayu berjaya menjual produk atau perkhidmatan mereka pada kerajaan dengan harga yang lumayan.

Begitulah hebatnya orang Melayu. Dibantu dengan amat gigih oleh Kerajaan Melayu dari mula sampai akhir dan menjadikan segelintir kaya raya.

Kenapa hanya segelintir sahaja yang kaya raya sedangkan majoriti besar beratur panjang mengharapkan bantuan BR1M ?

Mengapa masih ramai yang ketinggalan sedangkan macam-macam keistimewaan dirangka dan diberikan pada orang Melayu ?

Ada yang kata, disebabkan terlalu dibantu dan ditatang dengan hebat oleh kerajaan maka Melayu menjadi rosak, manja dan ketinggalan.... betulkah ?

Orang Melayu di Singapura

Cuba lihat pula kedudukan orang Melayu di Singapura. Mereka tidak mendapat banyak keistimewaan berbanding orang Melayu di Malaysia. Malah orang Melayu menuduh kerajaan tidak buat secukupnya untuk membantu orang Melayu di sana bersaing dengan Bangsa Cina terutamanya.

Secara umum, orang Melayu terpaksa berdikari dan bersaing untuk muncul ke atas di negara jiran kita itu.

Disitulah yang menarik. Jika di Malaysia orang Melayu mungkin menjadi lemah dan manja kerana sering diberikan tongkat, maka kenapa orang Melayu yang tidak mendapat tongkat istimewa di Singapura turut sama berada di belakang berbanding orang Cina ?

Saya baca buku berkenaan orang Melayu di Singapura baru-baru ini. Fakta menyedihkan turut sama melanda orang Melayu di sana. Samada dari segi politik, ekonomi atau pendidikan, mereka ketinggalan berbanding orang Cina dan juga India.

Jumlah kes perceraian orang melayu lebih ramai berbanding bangsa lain. Masalah keluarga juga lebih merosoh berbanding bangsa lain. Kes jenayah, penagihan dadah dan seumpamanya juga lebih buruk berbanding bangsa lain.

Tahap lulus peperiksaan dan pencapaian akademik orang Melayu Singapura juga lebih buruk berbanding bangsa lain. Keadaan lemah orang Melayu di Singapura amat merisaukan para pemikir Melayu di sana.

Nampaknya sama macam dengan orang Melayu di negara kita. Tetapi dalam keadaan dan kedudukan yang berbeza.

Apa yang boleh dirumuskan dari contoh orang Melayu dari Singapura dan juga Malaysia adalah, samada dibantu atau tidak dibantu, orang Melayu masih tetap lemah.

Jadi kat mana silapnya ?

Saya ada baca buku tulisan dari seorang pemikir masyarakat yang menarik. Bagi penulis buku itu, masalah orang Melayu sebenarnya adalah hasil daripada pemahaman Islamnya yang salah.

Pemahaman Islam yang tidak progresif dan tidak berfikiran kritis terhadap pegangan agama yang disampaikan oleh golongan bijak pandai agama membuatkan orang Melayu semakin lama semakin tenggelam. Itu pandangan penulis buku tersebut.

Apa pendapat anda ?
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Sebab apa Melayu ketinggalan di belakang berbanding bangsa lain

Previous
« Prev Post

20 comments:

  1. terlalu meng"hamba"kan diri kepada kaum feudal (raja-raja) seolah-olah kaum feudal boleh buat apa sahaja .... dari dahulu hingga sekarang, ada sahaja masalah semua nak harapkan kaum feudal selesaikan .... sikit-sikit raja/sultan....tetapi kaum feudal tak mampu nak buat apa-apa pun ....kaum cina dah buang kaum feudalnya, jadi mereka terpaksa berjuang untuk kelangsungan hidup mereka....kaun india sama dengan kaum melayu .....!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kaum feudal dalam era sekarang kat Malaysia ni kumpulan mana agaknya ?

      Delete
    2. raja-raja dan sultan-sultan ....dan puak-puak yang menggunakan raja-raja dan sultan-sultan untuk menghimpun kekayaan dengan harta rampasan...contoh: zon pembangunan Iskandar ... siapa Iskandar..??? lesen-lesen pembalakan, bijih besi, bijih timah, pembangunan resort-resort semua atas nama raja atau sultan tetapi yang mengaut keuntungan adalah puak-puak bangsawan yang bersandar kepada raja/sultan......

      Delete
  2. Org melayu ada penyakit wahan. Cinta dunia dan takut mati. Takut mati bermaksud 'tidak berani menghadapi risiko'.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul juga tu, takut mati atau tidak berani hadapi risiko. Tapi kalau cinta dunia, kenapa tak kejar kejayaan duniapun ya...?

      Delete
  3. Org melayu ada penyakit wahan. Cinta dunia dan takut mati. Takut mati bermaksud 'tidak berani menghadapi risiko'.

    ReplyDelete
  4. Melayu Bahalol

    Tamak kedekut hanya pikir sendiri saja

    Padan muka jika papa kedana di tanah air sendiri

    Kepala Otak!!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tamak, kedekut, fikir sendiri dan bahalol memang sikap yang tak guna. Boleh didapati pada mana-mana individu yang 'kepala Otak' tak kira bangsa

      Delete
  5. Bukan bukan bukan!......Org melayu ada pendekau bugis, sauh dilabuh, tebar layar pun tak begerak......itulah kehandalan pundekau pendekau melayu.Tunjuk satu dunia keris dan tombak......org lain dah pakai senapang dan meriam? Tongong betul........rasuah 2.6 bilian dok diam, ringgit jatuh duduk diam, GST ? Tak pe ada brim. Sememangnya puakpuak pendekau ni yg benggongkan melayu! Ade ulamak pun hanya pandai tangkap ikan dan talakan rumahtangga umat! Hanya Mereka lah yg paling suci dan syurga sedang menanti mereka! Tapi sebab sebenar melayu ketinggalan ialah kerana DAP tolak hudud......itu sebabnya ameno dan Pas habis habisan menentang DAP. DAP juga lah yg larikan 2.6 Billion dan DAP juga lah yg menyerahkan singapura kpd Cina. Ade lagi ...skandal PKFZ pun DAP yg seleweng!

    Jemaah islam bertanding tak mau menang, kalau menang juga mereka lantik KULI jad pemimpin........

    ReplyDelete
    Replies
    1. dari raja/sultan hingga ke ketua kampung adalah melayu yang mengaku beragama Islam..... kalau semua mereka ini setuju laksana hudud, cina dap dapat buat apa..??? merusuh..??? memberontak..??? buat undi tak percaya di parliment..??? lari ke luar negara..??? pecahkan empang kenyir..??? apa lagi mereka nak buat..???

      SEBENARNYA MELAYU ISLAM ITU SENDIRI YANG TAKUT NAK LAKSANA HUDUD SEBAB BILA LAKSANA, ORANG YANG PERTAMA SEKALI DIKENAKAN HUKUM HUDUD ADALAH MEREKA SENDIRI...........!!!!!!!!!!!! kah..kah..kah..!!!!!

      Delete
  6. Di mesia, kerana umno memerintah lama sangat n semua grants n subsidies hanya untuk kronies n menipu....

    ReplyDelete
  7. Di mesia, kerana umno memerintah lama sangat n semua grants n subsidies hanya untuk kronies n menipu....

    ReplyDelete
  8. Melayu tidak maju & bodoh sebab umno memang mahu melayu begitu. Kalau melayu maju & bijak mereka akan buang umno kelongkang spt yg berlaku dibandar2 umno kalah teruk. Nyawa umno bergantung kpd melayu luar bandar terutama felda begitu juga sabah & sarawak. Melayu perlu dibangunkan dari segi ilmu & insan yg berakhlak utk maju bersaing dgn bangsa lain. Melayu kini hidup dibebankan dgn hutang sejak belajar dari universiti hinggalah tua.

    Bila ada pelajaran dan kebolehan melayu akan maju bersaing dgn bangsa lain dan umno tak diperlukan lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu tak masuk lagi hutang pakistan carpet dan singer

      Delete
  9. rezeki secumpak takkan jadi segantang..adalah permahaman yg salah. salah pentafsiran tentang qada dan qadar Allah. sepatutnya berusaha bersungguh2 bagi mencapai matlamat dn berserah hati kpd Allah,

    ReplyDelete
  10. Melayu suka berbelanja di kedai cina mereka tak pandang pun kedai melayu. Cina tak kan singgah di kedai melayu mereka sokong bangsa sendiri. Ada pula melayu tak bersungguh sungguh menafaatkan peluang yang diberi. Pemuda pemudi Melayu apabila tamat pengajian tak pandai mengatur priority kehidupan. Belum pun stable dalam kerjaya dan belum bersedia sudah gila nak berumah tangga. Dari masa masih belajar dah sudah bercinta cinta asyik fikir yang seronok saja. Apabila hidup jadi berserabut kerjaya tak kemana anak keliling pinggang standard hidup jatuh balik kezaman datuk nenek mereka. Bayangkan kalau lebih separuh anak muda kita tidak pandai rancang hidup masing masing kita balik kezaman nenek moyang kita lah. Jadi janganlah hairan mengapa melayu tak maju.

    ReplyDelete
  11. FIRMAN ALLAH .QURAN 47:38 "Jika kamu beralih Allah akan menggantikan kamu dengan kaum lain dan mereka tidak bertindak saperti kamu".Dalam bahasa english "And if you turn away,HE will substitue another people instead of you ,then they will not be like you" Baca
    lah ayat2 in betul2 dan tafsir dan fahami baik2 semoga ALLAH akan memberi ilham tentang maksudnya. Untuk pengetahuan saudara islam ALLAH telah berikan kpd kaum lain segala pengetahuan pembikinan (creation ,innovation,invention sain dan teknologi) kpd kaum lain kerana orang2 islam menderhaka kpd NYA.

    ReplyDelete
  12. Semuanya kerana melayu bahlol ............... dulu umno sanggup pinggirkan pas dan ajak mca serta mic sbg saudara utk perintah malaysia ....... depa dok pulun harta sesama depa hingga tak peduli amaran pas ttg kerugian yg ditanggung oleh org melayu islam dan kini ada pula parti melayu lain pakat dgn Dap seta pinggirkan pas sekali lagi semata2 nakkan kuasa serta tolak hudud walaupun antara hikmah hudud ialah utk jaga kepentingan melayu islam dlm pelbagai aspek termasuklah agama ............. antara geng tersebut ialah admin sendiri !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nampaknya anon 10:48 percaya semua orang salah dalam menyebabkan Melayu kebelakang kecuali PAS !

      Delete