Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Tuesday, March 3, 2015

Adakah rumah anda dimasuki toyol

  Mohd Shubhi       Tuesday, March 3, 2015

Persoalan tentang toyol ini dah lama bermain dalam kepala saya dan saya masih tak dapat satu kepastian yang tetap samada benar-benar wujud kes toyol yang suka curi duit orang.

Kenapa saya agak berminat dengan isu toyol ini adalah kerana saya juga sering kehilangan duit sejak 10 tahun yang lalu tanpa dapat dikenal pasti ke mana duit itu telah pergi.

Pembuktian bahawa duit yang telah hilang itu dicuri oleh toyol atau tidak, tidak pernah dapat dibuktikan oleh saya sendiri. Oleh itu saya anggap ianya masih kekal sebagai salah satu daripada sebab duit hilang.

Duit hilang dicuri Toyol kekal sebagai satu daripada kemungkinan saja.

Andaian lain yang perlu dipertimbangkan adalah, kemungkinan duit itu telah dibelanjakan. Dan orang yang membelanjakannya telah hilang ingatan. Dan dia tak dapat ingat atau kesan, bahawa dia telah belanjakan duitnya itu.


Satu lagi andaian adalah, berkemungkinan duit itu telah jatuh. Atau mungkin juga duit tersebut telah diambil oleh manusia berkepala hitam yang tak mengaku dia telah mengambil duit orang tanpa kebenaran.

Biasanya jika terlalu kerap sangat hilang dalam rumah sendiri. Manusia berkepala hitam yang ambil duit itu terdiri daripada ahli rumah itu sendiri. Kalau suami hilang, yang ambil mungkin isteri. Kalau ayah, mungkin anak yang ambil dan begitulah seterusnya.. lebih kurang.

Namun begitu, saya telah membuat satu pendekatan mencatitkan secara terperinci semua duit dalam dompet dalam sebuah buku nota kecil. Segala perjalanan duit dalam dompet direkodkan dengan sistematik ke mana, untuk apa dan berapa serta bila ianya dibelanjakan. Walaupun bernilai sebanyak 20 sen akan dicatit.

Rumusan daripada aktiviti mencatit itu yang saya laku dalam tempoh masa lebih kurang setahun, dilakukan setiap hari, adalah memang benar duit telah hilang lesap tanpa dapat dikesan ke mana ianya pergi. Hanya jumlahnya sahaja yang dapat direkodkan setiap kali ia hilang.

Di bawah ini saya kongsikan satu update daripada pemilik akaun FB bernama Mohd Syamsuriyadi yang berkongsikan sedikit maklumat berkenaan kehilangan duit angakara toyol. Mungkin dia mencatitkannya berdasarkan pengalaman dirinya sendiri. Baca dan buat rumusan sendiri:

Nak tahu rumah dimasuki toyol atau tidak?

  1. Duit hilang sedikit demi sedikit. Yang saya perasan, duit RM300 tinggal RM150. Duit tu disediakan untuk bayar tukang rumah yang sedang buat renovasi bilik
  2. Di tingkap ada bekas 3 jari kecil. Tadi saya cek tingkap, ada beberapa tingkap yang terdapat bekas kemasukan makhluk ini
  3. Ia berwarna hijau? Ya. Ia dinyatakan sendiri oleh jiran-jiran yang cuba mengepung makhluk berkenaan. Apabila terkepung ia ghaib. Ia berwarna hijau berkilat
  4. Saiznya seperti bayi
  5. Apabila ia memasuki rumah, ia akan berbunyi seperti cicak berbunyi. Tetapi apabila masuk, cicak didalam rumah akan bertempiaran lari
  6. Toyol kat sini suka mengambil not RM50 ke atas. Terutamanya Not RM50 sangat digemari. Memilih betul...huhuhuh
  7. Kebiasaannya ia suka memasuki rumah ketika senja. Tapi banyak kes kat sini, siang hari pun dia sapu duit dari wallet yang diletakkan kat mana mana
  8. Ia tak ambil barangan berharga yang berada di badan manusia.

Cara mengatasi rumah dimasuki Toyol

  1. Amalkan membaca sural al-baqarah sekurang-kurangnya 3 hari berturut-turut. Baca bukan pasang MP3 ya.. 
  2. Dinding rumah dengan Ayatul Qursi dan air yang dirukyah. Sesetengah orang gunakan garam dan lada hitam

p/s: gambar dibawah gambar yang saya ambil pada tingkap berdebu (nak raya baru basuh). Beberapa tingkap ada bekas jari.

p/p/s: Saya pelik kenapa toyol tak curi duit dari ATM. Kompom banyak duit..hahaha.

Apa pendapat anda...?

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Adakah rumah anda dimasuki toyol

Previous
« Prev Post

39 comments:

  1. Rakan saya pernah tangkap toyol.gambarnya saya simpan dalam fb saya sehingga sekarang.anda berminat.saya boleh hantar.percuma sahaja.untuk kongsi pengetahuan.dan ini bukan gambar edit.memang original

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menarik tu... bolehlah hantar kat saya untuk disiarkan kat sini, boleh ramai-ramai pakat tengok.. mohdshubhi@gmail.com

      Delete
    2. BRO...SEBARKAN KEK ALAM MAYA NIE..KITA PUN NAK TGK GAK..TQ...!

      Delete
  2. Salaam dalam masa 5hari duit note 100 hilang lepas tu 50 pulak.. Handbag ditepi katil jer sebab saya sakit lepas operation. Suami yakNanak baru 3tahun pernah usik handbag saya dari mula kawin. Kejadian ni dari masuk 2015 sekarang baru perasaan patutlah duit selalu jer hilang

    ReplyDelete
  3. Is toyol break in to chinese house also?
    Can they take object like handbag?

    ReplyDelete
    Replies
    1. So far,never heard any story from Chinese people. Toyol just take money, not object.

      Delete
    2. It happens to any race. My money was constantly missing. Same with my family members. Some of family members from other states also complaining of missing money when they are staying here. Nothing can I do to stop it beside putting all my money in bank. Just leave small amount for use... even that small amount in my wallet also can gone missing. arggh.... honestly I had seen one entity that I believed is toyol. I once saw a orange coloured hand in my house when I'm alone. It's shiny like plastic. I'm not sure whether it's toyol or other ghost. My mom once saw money stuck at window near ceiling. After checking her wallet, indeed it was her money because same amount of her money is missing. We had to use a ladder to recover bck the money.

      Delete
  4. Posibble tak utk toyol curi duit selain rm? Cth usd.. Sblm nie simpan duit rm kalau dah bundle seribu2 msti akan kurang.bru lg dlm 4 hari nie, bundle usd 1300, ingat nk tuka tngu currency naik cket,td kira da tinggal 1000 je..

    ReplyDelete
  5. maaf tuan.saya tak perasan tuan mohd subhi nak gambar toyol.ok.jap lg saya send

    ReplyDelete
  6. masalah toyol masih berlaku lg pada bulan ini.nanti saya send gambar terbaru ya tuan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun baru terkena..Saya
      hanya Nak tau Betul ko toyol ni wujud..duit saya pun hilang

      Delete
    2. Toyol ambil duit yg sama nilai masa tuannya membeli. Kalau beli rm50, maksimum dia boleh ambil rm50. Begitu yg saya pernah dengar

      Delete
    3. Benar. Pls simpan duit dlm bank. Toyol tak dpt curi sbb duit dlm akaun bank hanyalah number (data) dan bukan duit sebenar (cash money)

      Delete
  7. kami hilang jgk.. musykil sgttt.... cmana nk confirmkan ni. siang pon dia amik ke.

    ReplyDelete
  8. Sy pon sentiasa hilang duit bila berpindah ke kuantan. Kebiasaannya syaitan ne akan ambik note 50. 20 atau 10 setan nia ambik gak bila note 50 tak de. Mmg misteri sebab rumah sy sahaja yg kena. Tanya jiran2 tak pulak kena.

    ReplyDelete
  9. Kalu dalam laci berkunci pun toyol boleh curi juga ke?

    ReplyDelete
  10. Nak tny...Toyol curi emas tak??

    ReplyDelete
    Replies
    1. yaa.... biasa ambil rantai tapi tak ambil loket nya..

      Delete
  11. sesiapa yang non muslim tahu cara untuk menghalang toyol memasuki rumah minta tolong reply yaa... sudah hampir 7 tahun duit atau barang perhiasan sentiasa hilang...

    ReplyDelete
  12. Baru ja hilang 300 dlm poket seluaq... 100 2 keping + 10 ngan 20.... bukak seluaq letak atas katil... anak ada bini pn ada kat dlm bilik..kluaq mandi nk pakai seluaq balik, duit dah x dak.... tension btoi... dah la nk dekat raya nii... bulan posa ni pn duit keluaq deraih gak, soq ngan berbuka...tp duit rumah saya ni hilang lama dah... dulu dok rumah kampung, mak saya letak duit dalam Yasin pn hilang gak... la ni duduk flat pn hilang gak... x tau nk buat mcm mn... x halal dunia akhirat sapa yg telan duit aku tu...

    ReplyDelete
  13. rasanya toyol x tau pasword sebab tu toyol x curi duit kat atm

    ReplyDelete
  14. Emak sya pun bln ni asyk hilang duit aje... baru2 ni rm 100... pening dah sapa yg ambk...

    ReplyDelete
  15. Saya pun dah tiga kali hilang duit tanpa sebab yang munasabah, note 50, note 20. Kita tahu duit hilang sebab kita jarang keluar/berbelanja dan ada gaya tersendiri dalam menyediakan bilangan tertentu duit-duit note kecil untuk memudahkan urusan di kemudian hari, jadi, memang boleh perasan duit tak cukup bilangan tanpa sebab. Sekarang ini, saya guna strategi simpan duit dekat tempat yang kita sendiri pun cukup susah nak ambil, dompet biar kosong, semua simpan ATM, withdraw apabila perlu sahaja. Tak boleh nak tuduh siapa-siapa sebab tak ada bukti. Orang putih kata, when you have nothing, you have nothing to lose, kapanama.

    ReplyDelete
  16. Saya tak nak komen dan tak nak cerita..saya nak tau siapa yang boleh tolong hapuskan

    ReplyDelete
  17. saya pun asik hilang duit, isteri tak mengaku, so toyol lah kot... tadi keluar duit atm, selang beberapa jam, 100 hilang, wallet tinggal kat bilik resort, bini tunggu kat bilik, wallet atas meja... dah beberapa kali berlaku, samada atm kuar duit tak cukup atau toyol ambil atau .... ???

    ReplyDelete
  18. Saya baru hilang RM750. Simpan 1k +
    Selama ni jiran dok kene, x sangka hari ni kene batang hidung sendiri

    ReplyDelete
  19. abg geram kat toyolMarch 6, 2019 at 8:41 AM

    baru je hilang duit dalam rumah xtahu kemana..ada cara nak halau x menatang toyol ni..

    ReplyDelete
  20. saya dah hilang banyak kali,,tadi 700 lesap..dah kira dan tulis rekod...letak dalam safe box ada kod pun hilang..selit dlm Quran tafsir lagi.susah betul kalau tak keluar cash...

    ReplyDelete
  21. Assalamualaikum...duit keluarga saya pun selalu hilang...pagi ni make saya nak bayar duit gas...duit dia hilang....dia ingat saya amek bg belanja anak sekolah...saya kata tak amek pun...sbb anak2 tak belanja Bulan puasa...saya suruh amek duit dalam wallet saya...semalam balik Dari bazar Ramadan..saya memang cek Ada banyak lagi cash dalam wallet...sekali mak saya cakap Ada Rm10 jer....arrghh...terkejut saya.....duit saya pun hilang juge....dah byk Kali berlaku... Dan Mak abah saya selalu ternampak Ada budak Kecik lelaki dalam Rumah...jalan jalan....toyollah tu kan...argh frustnyerlah...asek hilang duit

    ReplyDelete
  22. Ketara hilang..duit 1k bru gaji..hilang rm150...duit dlm sampul raya..rm100..dgn not rm50 sekeping....ada kesan jari kecil di cermin tingkap..bhgian atas cermin

    ReplyDelete
  23. saya juga hilang hampir rm1k. banyak kali dah kena. semua kawan saya kena curi

    ReplyDelete
  24. saya juga hilang banyak kali dah kena. Bagaimana nak elak!

    ReplyDelete
  25. Sy dah tiga Kali hilang barang kemas berturut turut ... Mmg tahu tempat Kita simpan emas Dan dapt rasa kehadiran toyol .. cam mn Cara nak atasinye ... Geram sangat ni ...

    ReplyDelete
  26. 3 hari lepas sy hilang duit 700 pelik jugak hanya sy jer ada dlm rumah masa tu

    ReplyDelete
  27. Mcm mana nak halang toyol masuk rumah.duit hilang je.

    ReplyDelete
  28. Ape petanda toyol masuk umah sape² terangkan sebb arini ayah sya baru hilang duit rm400

    ReplyDelete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !